Anda di halaman 1dari 2

KEM PEMANTAPAN SOLAT

MASJID JAMEK HUTAN KAMPUNG

1.0 PENDAHULUAN

Solat merupakan satu tuntutan wajib yang penting bagi setiap individu yang bergelar Muslim.
Pelaksanaan solat yang baik dan tepat membolehkan pengamalnya menerima impak yang
hebat di dalam kehidupan seharian. Sehubungan itu, masjid mengambil tanggungjawab untuk
menganjurkan satu kem pemantapan solat yang dilaksanakan untuk memastikan anak-anak
boleh menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan. Aktiviti ini
dilaksanakan secara intensif di kawasan masjid mengikut kesesuaian. Kem ini disarankan
dibuat secara berkala pada hujung minggu.

2.0 TARIKH/MASA

15-16 SEPTEMBER 2022


5 Petang – 11 Pagi
*Tarikh di atas adalah tertakluk kepada pindaan

3.0 OBJEKTIF

Kem Pemantapan Solat ini diadakan bertujuan untuk memastikan anak-anak dapat
1. Mengetahui kepentingan solat
2. Mengetahui cara berwudhuk dengan sempurna
3. Melaksanakan semua perbuatan di dalam solat dengan betul
4. Menguasai bacaan dan perbuatan dan mengaplikasikannya dengan baik dan lancar
5. Menunaikan solat secara individu dan berjemaah.
6. Mengetahui masalah berkaitan Haid bagi anak-anak perempuan.

4.0 KUMPULAN SASARAN

60 kanak-kanak berumur 9-12 tahun.(30 lelaki/ 30 perempuan)


5.0 TENTATIF PROGRAM

5.00 ptg - Sesi pendaftaran dan Taklimat Kem Pemantapan Solat

6.00 ptg - Latihan Dalam Kumpulan 1


(Pengenalan anggota wudhuk dan amali wuduk)

7.00 ptg – Rehat dan kudapan


7.30 mlm- Solat Maghrib/ Bacaan Yaasin/ Solat Isya’

9.00 mlm - Latihan Dalam Kumpulan 2


(Bacaan pendek dalam solat)

10.30 mlm – Rehat dan kudapan/Tidur


4.30 pagi – Persiapan diri/ Qiyamullail
5.30 pagi- Solat Subuh/ Tazkirah
7.00 pagi- Kudapan/ Senaman
8.00 pagi - Latihan Dalam Kumpulan 3
(Perlakuan dalam solat dan amali solat/ Perbincangan Haid untuk
perempuan)

11.00 pagi – Penutup dan bersurai

Anda mungkin juga menyukai