Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

PROGRAM CAKNA SOLAT


2022

SMK TINGGI SEGAMAT


TAHUN 2022M/1444H
1.0 PENDAHULUAN
Solat merupakan satu tuntutan wajib yang penting bagi setiap individu yang bergelar
Muslim. Pelaksanaan solat yang baik dan tepat membolehkan pengamalnya menerima
impak yang hebat di dalam kehidupan seharian. Program ini merupakan satu usaha penting
untuk memperkasakan amalan fardhu ain khususnya wuduk dan solat dalam kalangan
murid. Program ini mensasarkan semua murid secara umum dan murid yang mempunyai
penguasaan pelaksanaan perkara fardhu ain yang lemah dan sederhana secara khusus.
Penghayatan amali wuduk dan amali solat yang berkesan memungkinkan murid untuk lebih
yakin dan mantap daripada aspek rohani, jasmani dan intelek. Ia juga akan membantu
dalam merealisasikan penghayatan secara berterusan.

2.0 NAMA PROGRAM


PROGRAM CAKNA SOLAT TAHUN 2022
Program Cakna Solat ialah aktiviti yang dilaksanakan untuk memastikan murid-murid
mampu menunaikan solat dengan sempurna daripada aspek bacaan dan perbuatan. Aktiviti
ini dilaksanakan secara intensif di suatu tempat khas.

3.0 KUMPULAN SASARAN


Ahli Persatuan Agama Islam dan Persatuan Bahasa Arab.

4.0 TARIKH/MASA

Hari Tarikh Masa

Rabu 7 Disember 2022 7.30 am – 9.00 am

5.0 TEMPAT
Surau SMK Tinggi Segamat

6.0 OBJEKTIF
Program Cakna Solat ini diadakan bertujuan untuk memastikan murid dapat:

1. Dapat menguasai amali wudhu’ dan bacaan dalam solat dengan betul
2. Dapat menguasai bentuk perbuatan dalam solat dengan pergerakan dan postur yang
betul
3. Dapat menguasai syarat sah solat dan syarat wajib solat dengan sempurna
4. Menanam sikap tanggungjawab untuk melaksanakan solat fardhu sebagai ibadat wajib
dalam kehidupan harian.
7.0 STRUKTUR AHLI JAWATANKUASA DAN FASILITATOR

Pengerusi : Puan Rohaya Binti Md Zain (Pengetua SMK Tinggi Segamat)


N. Pengerusi : Cg Ngatimah Binti Basar (GPK Kokurikulum)
Penyelaras : Cg Laili Binti Ismail
Setiausaha : Cg Siti Norain Binti Muhamad
Bendahari : Cg Azinah Binti Jaafar

Ketua Fasilitator: Cg Asraf Bin Che Nor


Fasilitator : Cg Siti Norain Binti Muhamad
: Cg Siti Suhaila Binti Sulaiman

8.0 TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI CATATAN

7:30 – 7.45 - Pendaftaran  Bertempat di Surau


pagi - Pembahagian Kumpulan  Murid akan
Murid dibahagikan kepada
beberapa Kumpulan.

7:45 – 8:00 CERAMAH  Bertempat di Surau


pagi - rukun solat

8:00 – 8.45 LDK  Tempat mengikut


pagi - rukun solat dan amali kesesuaian fasilitator

 Surau
8.45 – 9:00 KUIZ
pagi

10.0 PENUTUP

Semoga pelaksanaan Program Cakna Solat ini memberi kesan positif kepada para pelajar
dalam meningkatkan kemahiran, kesungguhan dan rasa tanggungjawab untuk
melaksanakan perkara fardhu ain dalam kehidupan seharian mereka. Akhirnya, semoga
segala gerak kerja yang dilaksanakan mendapat keredhaan dan keberkatan Allah SWT.
Disediakan oleh: Disemak oleh:

.................................................. .............................................
(Muhammad Zaem Bin Che Hassan) (Noor Azlina Binti Basar)
Setiausaha Kem Bestari Solat, GPK Kokurikulum,
SMK Taman Scientex, SMK Taman Scientex,
Pasir Gudang Pasir Gudang .

Tarikh : Tarikh :

Disahkan oleh:

.........................................................
(Muhammad Azmi Bin Abdul Rahman)
Pengetua,
SMK Taman Scientex, Pasir Gudang.

Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai