Anda di halaman 1dari 14

MASJID SULTAN IDRIS SHAH II

KERTAS KERJA CADANGAN

FUTSAL PIALA YB PENGERUSI MSIS II


1.0 PENDAHULUAN

Futsal adalah satu bentuk permainan bola sepak dalaman yang terletak di bawah naugan
FIFA yang dimainkan di seluruh dunia oleh lebih kurang 25 juta pemain. Istilah FUTSAL adalah
satu istilah antarabangsa. Futsal adalah permainan 5 sebelah yang dimainkan secara dalaman di
atas permukaan gelanggang yang berbagai. Sukan ini juga merupakan permainan yang menjadi
‘trend’ masa kini dan mencabar bagi remaja mahupun dewasa kerana mempunyai versi
permainan yang membentuk kemahiran, tindakbalas pantas,hantaran tepat dan cekap minda.

Dalam meniti arus kemodenan ini, masjid harus menjadikan pusat ibadat itu sebagai
membina ukhuwah dalam kalangan masyarakat Islam, sekali gus menyemarakkan masjid sebagai
pusat penyatuan ummah serta berperanan sebagai pusat aktiviti sosial bagi umat Islam. Masjid
tidak sepatutnya menghadkan fungsinya dalam satu-satu konteks sahaja, malah ia boleh
diperluaskan sebagai contoh menerusi penganjuran program seperti karnival sukan belia
mahupun liga futsal yang mampu menarik minat para belia untuk mendekati masjid. Justeru,
aktiviti mengimarahkan atau menyemarakkan masjid tidak sewajarnya tertumpu kepada
penglibatan warga emas sebaliknya menuntut kehadiran generasi muda dan wanita.

Dengan itu, sebuah kejohanan futsal sempena Piala YB Pengerusi MSIS II dirangka
untuk memberi peluang kepada warga belia masjid-masjid sekitar Ipoh untuk menyertai
pertandingan di samping merapatkan silaturahim di kalangan jemaah masjid.

2.0 MATLAMAT

Matlamat utama kejohanan ini adalah untuk merapatkan hubungan antara warga MSIS II
dan para jemaah masjid-masjid di sekitar Ipoh. Selain itu, program ini bertujuan
mendekatkan golongan remaja yang pasti meminati sukan ini supaya berjinak-jinak
kepada aktiviti masjid serta memberi gambaran bahawa masjid bukan sekadar khusus
untuk ibadah solat semata-mata.
3.0 OBJEKTIF

Di akhir program ini diharapkan agar :

a) Dapat merapatkan hubungan ukhwah antara warga MSIS II dan para jemaah masjid-
masjid di sekitar Ipoh.
b) Dapat mendekatkan golongan belia yang meminati sukan ini supaya berjinak-jinak
kepada aktiviti masjid.
c) Dapat merasai pengalaman,kepuasan dan keseronokan dalam menyertai sesebuah
pertandingan.

4.0 Penganjur
Masjid Sultan Idris Shah II

5.0 Sasaran Penyertaan


Bilangan peserta yang disasarkan adalah 16 pasukan ( 1 pasukan = 8 orang ).

6.0 Tarikh Program


5 April 2020

7.0 Tempat Program


Sportizza - Home of Sports: 1850 (Arena Futsal), Jalan Lahat Batu 2 1/2, 31450 Ipoh, Perak.
8.0 JAWATANKUASA PENGELOLA

AHLI JAWATANKUASA PENGELOLA

Kejohanan Piala YB Pengerusi MSIS II 2020

Penasihat MSIS II : YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim


Pengerusi : S.F. Tn. Hj. Abd Farid bin Hj. Salleh
Timbalan Pengerusi : A.F. Ustaz Tun Ihsan Bin Abdul Karim
Setiausaha : A.F. Ustaz Fakharuddin Hatta bin Takaijudin
Penyelaras Program : A.F. Ustaz Mohamad Faizal Azrin bin Mohd Amin Soo

9.0 PERATURAN PERTANDINGAN


9.1 SISTEM DAN FORMAT PERTANDINGAN FUTSAL
- Pakaian mestilah Patuh Syariah ( menutup aurat ).
- Pertandingan akan dijalankan dalam sistem permainan liga berkumpulan dan
peringkat kalah-mati (Separuh Liga)
- 5 pemain utama dan 3 pemain simpanan untuk satu pasukan bertanding.
- Peraturan permainan 'out ball' serta 'corner kick' diguna pakai.
- Tiada 'sliding tackle',' hard tackle', 'tackle from behind', ’body holding’
dan'body contact' dibenarkan di dalam permainan futsal.
- Jaringan gol adalah dikira di mana-mana kawasan’pitch’ (walaupun jaringan
dilakukan dari kawasan sendiri).
- Penjaga gol tidak dibenarkan memegang bola di luar kawasan D sendiri.
- Jaringan secara balingan terus oleh penjaga gol adalah tidak dikira kecuali
terdapat sentuhan dari mana-mana pemain sebelum bola masuk ke gawang
gol.
- Sepakan terus dari permulaan perlawanan tanpa disentuh dan terus masuk ke
gawang gol adalah dikira GOL.
9.2 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
- Semua jadual perlawanan termasuk tarikh, masa dan tempat perlawanan akan
ditetapkan oleh Jawatankuasa Penganjur Kejohanan
- Semua pasukan dikehendaki berada dan sedia untuk bermain di tempat
pertandingan 10 minit sebelum perlawanan dimulakan.
- Tempoh masa menunggu adalah 5 minit daripada masa yang dijadualkan dan
mana-mana pasukan yang melanggar peraturan akan dikira kalah seperti
berikut:- Pasukan lawan mendapat kemenangan 3-0.
- Pihak penganjur berhak dan berkuasa menangguhkan atau mengubah sesuatu
Perlawanan dengan memaklumkan kepada pasukan yang terlibat atau
diputuskan dengan serta merta tanpa diberitahu terlebih dahulu.
- Semua pemain di wajibkan berpakaian sukan yang sesuai dan tidak
dibenarkan merokok.
- Hanya pemain-pemain yang didaftarkan dalam Borang Penyertaan sahaja
dibenarkan bermain di sepanjang pertandingan ini.
- Syarat-syarat dan peraturan di atas boleh diubah atau ditambah oleh
penganjur tanpa perlu memaklumkan kepada pasukan-pasukan yang akan
bertanding.
- Segala keputusan oleh pihak penganjur adalah muktamad.

9.3 MASA PERMAINAN


- Masa bagi permainan pusingan liga dalam kumpulan ialah 7 minit separuh
masa tanpa rehat.
- Masa permainan pusingan kedua atau suku akhir ialah 7 minit separuh masa
tanpa rehat.
- Masa permainan separuh akhir dan akhir ialah 10 minit setiap separuh masa
dan 1 minit masa rehat. Bagi perlawanan pusingan separuh akhir dan akhir.
- Jika kedudukan seri. Setelah masa tamat, 5 tendangan penalti akan diberikan
untuk menentukan pemenangnya dan Jika masih seri tendangan penalti
(sudden death) dijalankan.
9.4 PENGGANTUNGAN
a. Seseorang pemain yang dibuang padang akan dikeluarkan terus sehinggakan
tidak dibenarkan duduk dibangku simpanan.

b. Pasukan di mana pemainnya dibuang padang boleh diganti selepas 2 minit


permainan berjalan atau selepas pihak lawan menjaringkan gol yang mana
terdahulu.

c. Hantaran 2 minit akan dikira dan ditentukan oleh penjaga masa atau penolong
pengadil jika penjaga masa tidak digunakan.

d. Pemain gantian tidak boleh terus menggantikannya sehingga permainan


diberhentikan serta mendapat kebenaran pengadil.

Merujuk Keputusan Pengadil*

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Anggaran Pendapatan
Bil Perkara Harga Kuantiti Jumlah
1 Yuran penyertaan RM 160.00 16 RM2560.00
-16 pasukan
2 Sumbangan jika ada RM 1000.00 5 RM 5,000.00
(SYARIKAT-SYARIKAT
YANG ADA DI SEKITAR
RM 7560.00
IPOH)
Anggaran Belanjawan
Bil Perkara Harga Kuantiti Jumlah
1 Hadiah pemenang
-Piala RM 200 1 RM 200
-Pingat RM 8.00 24 RM 192
-Hamper SaguHati RM 50 2 RM 100
-Wang tunai RM 2200 RM 2200
RM 2692
2 Makanan/minuman
( Pagi dan petang)
-AJK RM 15 10 RM 150
-VIP RM 15 6 RM 90
-Peserta (air dlm tong ) RM 70 1 hari RM 70
RM 310
3 Promosi
-Banner RM 50 3 RM 150
-Bunting RM 15 10 RM 150
RM 300
4 Bayaran lain-lain
-Pengadil RM 150 4 RM 600
-Media/wartawan RM 50 3 RM 150
-Urusetia RM 100 8 RM 800
RM 1550
5 Tempat
- Gelanggang Futsal RM 250 2 RM 500
- Servis Cuci RM 200 RM 200
Gelanggang
- Meja / Kerusi - - MSIS II
RM 700
6 Siaraya
Kelulusan
- Portable speaker / - 1 Imam Besar
microphone MSIS II MSIS II

RM 5552
11.0 BORANG PENYERTAAN

BORANG PENYERTAAN
KEJOHANAN FUTSAL 2020
PIALA YB MSIS II
Nama Masjid :
NAMA KETUA PASUKAN(KAPTEN) :
NO TELEFON :
BI NAMA No. K/P
L
1
2
3
4
5
6
7
8

Saya/Kami ingin menyertai kejohanan seperti yang dinyatakan dan menyerahkan yuran
penyertaan bernilai RM 160.00 (Ringgit Malaysia Seratus Enam Puluh Sahaja). Sekiranya
saya/kami ingin menarik diri, kami tidak akan mendapat semula wang yuran penyertaan.

…………………………………………..
( )
Tarikh:
12.0 JADUAL PERLAWANAN

Jadual pertandingan
No
Team Vs Team kump catatan
game
1 1 Vs 2 1 Pusingan 1
2 1 Vs 2 2 Pusingan 1
3 1 Vs 2 3 Pusingan 1
4 1 Vs 2 4 Pusingan 1
5 3 Vs 4 1 Pusingan 1
6 3 Vs 4 2 Pusingan 1
Rehat
7 3 Vs 4 3 Pusingan 1
8 3 Vs 4 4 Pusingan 1
9 1 Vs 3 1 Pusingan 1
10 1 Vs 3 2 Pusingan 1
11 1 Vs 3 3 Pusingan 1
12 1 Vs 3 4 Pusingan 1
13 2 Vs 4 1 Pusingan 1
14 2 Vs 4 2 Pusingan 1
Rehat
15 2 Vs 4 3 Pusingan 1
16 2 Vs 4 4 Pusingan 1
17 1 Vs 4 1 Pusingan 1
18 1 Vs 4 2 Pusingan 1
19 1 Vs 4 3 Pusingan 1
20 1 Vs 4 4 Pusingan 1
Rehat
21 2 Vs 3 1 Pusingan 1
22 2 Vs 3 2 Pusingan 1
23 2 Vs 3 3 Pusingan 1
24 2 Vs 3 4 Pusingan 1
25 Pusingan 2
26 Pusingan 2
27 Pusingan 2
28 Pusingan 2
Separuh
29
akhir
Separuh
30
akhir
31` Akhir

PENUTUP

Pertandingan futsal yang akan diadakan pada kali ini diharap dapat memberikan manfaat kepada
semua yang terlibat dalam penganjuran dan memberikan impak yang baik dalam merapatkan
hubungan antara warga MSIS II dan warga jemaah masjid-masjid setempat .Usaha-usaha dan
kerjasama dari semua pihak yang terlibat dalam penganjuran program ini diharap dapat
menjadikan program ini antara program terbaik yang pernah dianjurkan oleh masjid ini.
Jawatankuasa pertandingan ini akan menjalankan tugas dan tanggungjawab sebaik mungkin bagi
melancarkan program ini. Kami juga berharap supaya program ini dapat diteruskan pada masa-
masa akan datang. Akhir kata semoga pertandingan ini mendapat restu dari Allah S.W.T dan
program ini dipelihara olehNya dari awal hingga ke akhir perjalanan program ini.
Disediakan Oleh, Disemak Oleh,

_________________________ _________________________
( Mohamad Faizal Azrin bin Mohd Amin Soo) ( A.F. Ustaz Fakharuddin Hatta bin Takaijudin )
Unit Informasi dan Pelancongan, Ketua Unit Imarah, Informasi dan Pelancongan,
Masjid Sultan Idris Shah II. Masjid Sultan Idris Shah II.

Disokong Oleh, Diluluskan Oleh,

_________________________ _________________________
(A.F. Ustaz Tun Ihsan bin Abdul Karim ) ( S.F. Haji Abdul Farid bin Haji Salleh )
Imam Utama Imam Besar,
Masjid Sultan Idris Shah II. Masjid Sultan Idris Shah II.

Anda mungkin juga menyukai