Anda di halaman 1dari 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS TEMENGGONG Tel.: +607-2364788. 07-2364624 Fax:


IBRAHIM JALAN DATIN HALIMAH +607-2379736, 07-2382996
80350, JOHOR BAHRU E-mail: ipgkti.admin@ipgm.edu.my
Laman Web: http://ipgkti.moe.edu.my
JOHOR DARUL TAKZIM

____________________________________________________________________________
Ruj Kami : IPGKTIJB.600/50.jld.7 (83)
Tarikh : 13 Oktober 2019
________________________________________

________________________________________

________________________________________

Tuan,

MOHON SUMBANGAN PROGRAM KELUARGA ANGKAT, KESUKARELAWAN DAN


KEMBARA ANAK TEMENGGONG IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR
BAHRU, JOHOR.

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru akan
mengadakan Program Anak Angkat, Kembara Dan Kesukarelawan Anak Temenggong dimana
siswa/siswi akan ditempatkan dengan keluarga angkat dan didedahkan dengan situasi sebenar
kehidupan bermasyarakat melalui kegiatan amal dan kesukarelawanan.

3. Untuk makluman Yang Berhormat Dato/Datin/Tuan/Puan, program ini bertujuan


memperkasakan serta membuka ruang dan peluang dalam meningkatkan lagi kemahiran
insaniah serta kebolehpasaran pelajar itu sendiri dengan tema siswa/siswi masuk kampung
serta membentuk siswa/siswi Bangsa Johor IPG Kampus Temenggong Ibrahim mempunyai jati
diri yang tinggi. Selaras dengan Watak Temenggong, program ini juga bertujuan
mempromosikan Budaya dan Bangsa Johor dikalangan masyarakat Tambunan Sabah.

4. Sehubungan itu, besarlah harapan kami sekiranya Yang Berhormat Dato /Datin /
tuan/puan dapat memberikan sedikit sumbangan dan derma ikhlas bagi menampung
perbelanjaan melaksanakan Program ini. ( Kertas kerja dilampirkan ).

5. Sebarang bentuk sumbangan bolehlah disalurkan kepada Koperasi M.P. Temenggong


Ibrahim Bhd. No akaun Maybank 551137100991. Sebarang bentuk pertanyaan boleh hubungi
Encik Sallehudin bin Ibrahim di talian 019-3371505.

Kerjasama dan sumbangan dari Tuan bagi menjayakan program ini amat kami hargai

Sekian, terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(MOHD ZAIN BIN BADUI)


Pengarah
Institut Pendidikan Guru
Kampus Temenggong Ibrahim,
Johor Bahru, Johor

Anda mungkin juga menyukai