Anda di halaman 1dari 1

IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM,

JALAN DATIN HALIMAH, No. Tel : 07-2364788


80350 JOHOR BAHRU, No. Fax : 07-2379736
JOHOR E-mel : ipgkti.admin@ipgm.edu.my

“1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”


Tapak Perkhemahan Telok Gorek
86900 Mersing,
Johor. 25 September 2019

Tuan,

PERMOHONAN UNTUK MENYEWA TAPAK PERKHEMAHAN

Saya dengan segala hormat dan takzimnya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Kokurikulum IPGKTI akan mengadakan aktiviti


perkhemahan Bina Insan Guru (BIG) di Tapak Perkhemahan Telok Gorek, Mersing.

3. Sehubungan itu , kami dengan penuh harapan memohon kebenaran tuan untuk menyewa
Tapak Perkhemahan, Dewan dan kemudahan yang ada untuk melancarkan lagi segala aktiviti
yang dirancangkan. Butiran aktiviti adalah seperti berikut :
Tarikh : 6 Oktober 2019 hingga 10 Oktober 2019
Bil. Peserta : 40 orang guru pelatih dan 12 orang pensyarah

4. Bersama-sama ini disertakan Senarai nama peserta yang terlibat dan Ahli Jawatankuasa
sebagai dokumen sokongan kepada permohonan ini.

5. Jasa baik tuan meluluskan permohonan ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

______________________
( CHOO HUI ZHEN )
Setiausaha,
Jawatankuasa Program Bina Insan Guru.

Anda mungkin juga menyukai