Anda di halaman 1dari 4

Pembangunan kerjaya adalah satu proses berterusan yang melibatkan pergerakan individu

melalui beberapa peringkat kehidupan (Greenhouse dalam Norhani, et.al.,2009)

Berdasarkan kenyataan di atas, sediakan satu pelan pembangunan diri dan kerjaya anda untuk
menjadi seorang yang professional berdasarkan peringkat-peringkat perkembangan guru.

2.0 Pendahuluan

Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan Pelan Pembangunan Malaysia (2013-


2025) yang mengutamakan peningkatan profesionalisme dalam profesian keguruan. Untuk
menjayakan hasrat tersebut setiap individu guru perlu bersedia untuk bertindak proaktif kea rah
meningkatkan profesionalisme dalam kerjaya masing-masing dengan hasrat murni objektif
Pelan Pembangunan Malaysia tersebut. Guru sebagai entiti utama dalam pelaksanaan
kurikulum pada peringkat sekolah seharusnya mengambil langkah yang proaktif dalam
meningkatkan pembangunan diri dan kerjaya yang dilihat sebagai mekanisme utama untuk
meningkatkan martabat profesionalisme keguruan. Tindakan ini adalah untuk meningkatkan
profesion keguruan yang diletakan dalam Pelan Pembangunan Malaysia oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia. Dalam perkara ini, pembangunan diri dan pembangunan kerjaya
merupakan perkara yang penting untuk peningkatan kerjaya guru. Hal ini ditekankan Teori
Trotter (1986), Noriati A.Rashid et.al (2012) menyatakan bahawa pada tahun 1986, Trotter telah
memperkenalkan teori Lima Peringkat Perkembangan Guru. Dalam teori Trotter terdapat 5
peringkat perkembangan guru iaitu novis, novis lanjutan, cekap, mahir dan pakar. Guru perlu
melaksanakan beberapa perkara bagi setiap peringkat untuk meningkatkan tahap
profesionalismenya.

2.1 Guru Novis dan Novis Lanjutan

Guru novis adalah guru yang baru menerima tugas sebagai guru. Guru ini masih kurang
berkemahiran untuk menjalankan tugas sekolah dengan baik kerana kurang pengalaman. Pada
peringkat ini, guru haruslah berusaha untuk memahami dan melaksanakan tugasan yang
diberi oleh pihak pentadbiran. Guru Novis harus sentiasa bersedia untuk menerima teguran dan
kritik dari pihak beratasan dan bimbingan daripada guru besar dan guru yang berpengalaman.
Dalam peringkat itu, keupayaan menyelesaikan masalah amat penting.
Dalam peringkat ini guru harus pandai mengurus masa untuk meningkatkan pengetahuan
kandungan pedagogi dan harus tidak malas untuk memperbanyakn pengetahuan am dari masa
ke semasa. Selain itu,guru juga harus mempunyai hubungan yang baik antara murid dan rakan
sekerja untuk mengelakkan masalah komunikasi dengan murid dan rakan pekerja. Sebagai
guru baru hendaklah sentiasa peka terhadap perkembangan ICT. Bagi pengajaran dan
pembelajaran abad ke-21 ini pengajaran dan pembelajaran penggunaan teknologi maklumat
merupakan satu perkara yang sangat disambutkan oleh bukan sahaja Kementerian Pendidikan
Malaysia malah ibubapa dan masyarakat. Untuk mengatasi masalah ini, guru haruslah
sentiasa meningkatkan pengetahuan sendiri dengan sentiasa merujuk kepada rakan pekerja
yang berpengalaman tinggi dan cuba mendapatkan pengalaman mereka. Selain daripada
bimbingan guru berpengalaman, guru novis juga dapat meningkatkan diri dengan menghadiri
ke kursus yang dapat menbantu menyelesaikan masalah yang disebutkan di atas.
Antaranya adalah ceramah pengurusan bilik darjah, program masyarakat seperti gotong-
royong, kem yang berkaitan dengan pengetahuan kandungan pedagogi, pengetahuan
kandungan, pengetahuan pedagogi, dan ceramah tentang cara komunikasi yang berkesan.

Melalui kaedah ini guru dapat meningkatkan kemahiran dalam mengatasi dan mengelakkan
masalah-masalah yang mungkin berlaku semasa berkerja kelak. Lama kelamaan selepas
mendapat pengalaman guru nokis akan menjadi guru novis berlanjutan. Guru novis berlanjutan
merupakan guru yang sudah biasa dengan keadaan sekolah tetapi masih memerlukan latihan
dalam usaha meningkatkan kemahiran sebagai guru.

2.2 Guru Cekap

Guru Novis lanjutan akan ke peringkat ke guru cekap dalam masa 5 hingga 10 tahun berkerja.
Biasanya guru cekap merupakan guru yang mahir menyelesaikan masalah tetapi kurang
keupayaan dalam mencari cara meningkatkan prestasinya. Guru cekap mudah diberi tugasan
sebagai penyelia dan pembimbing yang minimum ke atas guru novis atau guru novis lanjutan.

Berbanding dengan guru novis dan guru novis berlanjutan guru cekap lebih tinggi motivasi dan
semangatnya untuk berubah cara pengajaranya untuk menjadi lebih quality dan berksan. Bagi
meningkatkan motivasi dan semangat bagi mencapai pretasi yang tinggi guru cekap harus
sentiasa membuat action research."Action research" merupakan satu kaedah penyelidikan yang
bersifat saintifik. Dalam "action research", guru akan mengumpulkan maklumat dan
menganalisiskan maklumat yang dikumpul. Melalui ini guru dapat mengenalpasti kelemahannya
dan cara mengatasi masalah serta meningkatkan prestasinya dengan lebih teliti dan tepat.
Untuk mendapatkan satu penyelidikan yang lebih kualiti guru cekap digalakkan untuk
menghadiri kursus menyediakan action research. Guru cekap juga harus membaca journal dan
artikel penyelidikan bukan sahaja dari Negara kita tetapi juga dari Negara luar.

2.3 Guru berkesan

Tahap seterusnya selepas guru cekap adalah guru berkesan yang merupakan guru yang
berpengalaman luas dan mempu menyelia dan membimbing guru-guru yang lain, contonhya
penolong kanan pentadbiran, guru besar dan guru bergred DG 48. Selain menyelia dan
membimbing guru, beliau juga dapat melakukan educated guess secara organisasi.
Biasanya guru berkesan akan mempunyai kebolehan pentadbiran terutamanya dalam
pentadbiran dalaman, pengurusan konflik, team building, kreatif dan inovasi, relationship dan
networking dan interpersonal pengurusan berkesan.

Bagi mengukuhkan kekuatan dalam membina kemahiran penadbiran guru berkesan haruslah
rajin menghadiri kursus atau bengkel yang berkaitan dengan pengurusan kumpulan .
Tindakan ini akan membantu guru berkesan untuk belajar cara menangani konflik psikologi
antara rakan sekerja yang lain.

2.4 Guru Mahir

Selepas guru berkesan sudah mahir dalam bidangnya, dia akan menerima perubahan ke
pangkat lain, iaitu guru mahir. Guru mahir biasanya menerima pangkat DG52 dan
merupakan pangkat seseorang guru besar di sekolah. Sebagai seorang guru besar atau
pengetua, beliau haruslah mempunyai kebolahan pengurusan dan kepimpinan yang dapat
membawa perubahan kepada suatu organisasi. Antaranya kebolehan ialah pengurusan
organisasi, system thinking dan Change Management.

Antara kursus yang boleh diikuti oleh guru mahir adalah :

a) Pengurusan organisasi yang berkesan


a. Dengan menghadiri kursus ini guru mahir dapat belajar cara mengurus
guru-guru yang lain dibawa pentadbirannya. Guru mahir memainkan peranan
penting dalam mengendalikan organisasi sekolah dengan bijak dan harmoni.
Sebagai seorang pengurus guru mahir haruslah mengenal cara menguruskan
sumber tenaga. Guru mahir haruslah cekap dalam mengagihkan tugasan
sekolah kepada semua guru secara adil dan juga dapat mengetahui cara
untuk memimpin sekolah ke arah gemilang.

2.5 Guru Pakar

Seterusnya adalah guru pakar iaitu guru yang paling tinggi dalam peringkat perkembangan
guru. Tugas guru pakar adalah menjadi konsultan dan merangka strategi yang komperhensif
dan melaksanakan tugasnya dengan tepat untuk memastikan kejayaan sesebuah
organisasi. Guru pakar harus mahir dalam mengambil keputusan yang wajar dan tepat. Selain
daripadanya guru pakar juga haruslah menpunyai pemikiran yang dapat membentuk satu
organisasi yang mahir serta cemerlan dan menjalankan kursus latihan bagi
menyempurnakan kemahiran para guru sekolah yang berkerja dibawa pengawasannya.

Anda mungkin juga menyukai