Anda di halaman 1dari 18

KAEDAH PAMERAN DALAM MENINGKATKAN

PEMBELAJARAN GURU PELATIH KURSUS BUDAYA DAN


PEMBELAJARAN, INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS
IPOH.

Zulkufli bin Mahayudin


Shaddin bin Sabri
Zaini bin Abdul Ghani

Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Hulu Kinta, Perak, Malaysia.

Abstrak

Untuk kursus (EDU3106) Budaya dan Pembelajaran, guru pelatih


dikehendaki menyiapkan kerja kursus dan juga tugasan persembahan
tutorial bagi memenuhi kehendak proforma. Namun begitu, aspek
persembahan tutorial dalam bentuk power point kurang memberi kesan
jangka panjang kepada pelajar dalam usaha mencapai hasil pembelajaran
dan juga kemahiran insaniah seperti yang dicatatkan dalam proforma
kursus. Kajian tindakan ini menggunakan kaedah pameran pengajaran dan
pembelajaran sebagai alternatif menggantikan persembahan tutorial dalam
bentuk terdahulu. Dengan melaksanakan aktiviti pameran budaya dan
pembelajaran, hasil pembelajaran iaitu elemen PIES yang menekankan
kebergantungan positif, tanggungjawab individu, kesamaan penyertaan
dan interaksi serentak dalam meningkatkan pembelajaran guru pelatih
semasa persembahan tutorial dapat dicapai. Dalam menyiapkan tugasan
ini, peningkatan dari segi penglibatan, komunikasi, kerjasama berpasukan
dan tanggungjawab dalam kalangan guru pelatih telah dapat dikenal pasti.
Proses pengumpulan data adalah melalui aktiviti pemerhatian dan temu
bual. Analisis data telah menunjukkan beberapa kemahiran seperti yang
dihuraikan dalam PIES yang telah berjaya membina sahsiah guru-guru
pelatih. Dalam erti kata lain, persembahan tutorial pelajar seharusnya tidak
lagi tertumpu dalam bilik kuliah tetapi sebaliknya harus dilaksanakan di
luar bilik kuliah yang bersifat hands – on iaitu pelaksanaan pameran
budaya dan pembelajaran. Sebagai kesimpulan, kaedah pameran ini
berjaya membina kemahiran insaniah pelajar seperti yang diharapkan
dalam objektif kursus ini.

Jurnal Penyelidikan Dedikasi, Jilid 8, 2014


Abstract

For Culture and Learning (EDU3106) course, student teachers are


required to complete the course work and assignments to meet the
requirements tutorial presentation pro forma. However, aspects of tutorial
presentations in the form of power point less long-term impact on students
in achieving the learning outcomes as well as soft skills such as those
listed in the proforma courses. This action research of teaching and
learning uses exhebition as an alternative to replace the previous tutorial
presentations. By implementing cultural exhibits and learning activities,
learning outcomes, namely PIES elements that emphasize the positive
dependency, individual responsibility, equality, participation and
interaction simultaneously in improving learning tutorial teachers during
performances can be achieved. In completing this task, the improvement in
terms of participation, communication, teamwork and responsibility
among trainees have been identified. The process of collecting data is
through observation and interviews. Analysis of the data has shown some
skill as described in the PIES that successfully build character trainee
teachers. In other words, tutorial presentations students should no longer
concentrated in the classroom but instead must be performed outside the
classroom that are hands - on the implementation of cultural exhibitions
and learning. In conclusion, this display method successfully build soft
skills as expected in the course.

Kata Kunci: PIES, kemahiran insaniah, pameran budaya dan


pembelajaran, kebergantungan positif, tanggungjawab
individu, kesaksamaan penyertaan dan interaksi serentak.

PENGENALAN

Konteks/Latar Belakang Kajian

Kursus Budaya dan Pembelajaran (EDU3106) adalah salah satu kursus


teras dalam pengajian profesional Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh
yang wajib diikuti oleh semua guru pelatih yang bakal menjadi guru.
Kursus ini ditawarkan pada semester enam dan merujuk kepada proforma

Jurnal Penyelidikan Dedikasi, Jilid 8, 2014


yang disediakan. Kursus ini diajar dalam 3 kredit skop waktu interaksi 45
jam dengan maksud (3 + 0) iaitu 2 jam kuliah dan 1 jam tutorial seminggu
dan mempunyai pemberatan seperti 50 % kerja kursus dan 50 %
peperiksaan. Kandungan kursus ini merangkumi aspek sosio-budaya
pelbagai kelompok di Malaysia; gaya pembelajaran berdasarkan aspek
kepelbagaian budaya; kemahiran berkomunikasi; kemahiran hubungan
kelompok serta isu-isu kepelbagaian budaya di Malaysia.

Refelksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Dalam melaksanakan kursus ini setiap pensyarah wajib menyampaikan


kuliah dan mengatur tugasan persembahan tutorial pelajar dalam mencapai
objektif kursus yang khusus dan juga 8 objektif program (PLO) atau
disebut juga sebagai kemahiran insaniah yang terdiri daripada aspek-aspek
seperti pengetahuan dan kefahaman, kemahiran praktikal, kemahiran
sosial dan tanggungjawab, etika, profesional dan kemanusiaan,
komunikasi, kepimpinan dan kemahiran berpasukan, kaedah saintifik,
pemikiran kritikal dan kemahiran penyelesaian masalah, pembelajaran
sepanjang hayat dan kemahiran pengurusan dan keusahawanan.
Pengenalan kepada idea-idea baharu atau penambahbaikan dalam sistem
penyampaian pensyarah perlu dilihat semula dalam mencapai matlamat
atau objektif kursus ini dengan melaksanakan satu metodologi yang tidak
lagi terhad kepada persembahan power point pelajar semasa melaksanakan
sesi pembelajaran tutorial tetapi sebaliknya perlu disisipkan dengan
aktiviti-aktiviti pembelajaran yang menjurus kepada hands – on learning.
Idea baharu dan penambahbaikan yang jelas ialah apabila pensyarah
dengan kreatifnya menganjurkan apa yang disebutkan dalam kajian ini
iaitu; PIES. PIES menekankan kebergantungan positif, tanggungjawab
individu, kesamaan penyertaan dan interaksi serentak yang diharapkan
Jurnal Penyelidikan Dedikasi, Jilid 8, 2014
dapat meningkatkan pembelajaran guru pelatih semasa persembahan
tutorial.

ASPEK AMALAN BAGI PENAMBAHBAIKAN DAN FOKUS


KAJIAN

Tinjauan Masalah dan Analisis Tinjauan Masalah

Kursus Budaya dan Pembelajaran (EDU3106) adalah merupakan kursus


teras dalam pengajian profesional Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh
yang wajib diikuti oleh semua guru pelatih. Namun begitu terdapat
beberapa isu yang menjadi halangan kepada guru-guru pelatih untuk
menguasai subjek ini. Perkara ini perlu diberikan perhatian serius
memandangkan ia merupakan subjek teras yang akan menganggu
pencapaian keseluruhan guru-guru pelatih sekiranya ia tidak dapat
dikuasai dengan baik. Antara isu yang menjadi masalah dalam menguasai
Kursus Budaya dan Pembelajaran (EDU3106) adalah guru pelatih kurang
memahami isi kandungan kurikulum, guru pelatih kurang mahir dalam
kemahiran berkomunikasi, kemahiran interpersonel, dan kemahiran
pengucapan umum, guru pelatih tidak dapat mengaitkan isi pelajaran
dengan konteks sebenar kepelbagaian budaya murid di Malaysia, guru
pelatih kurang berminat dalam mempelbagaikan kaedah persembahan
tutorial mereka, guru pelatih kurang menguasai kemahiran insaniah seperti
kemahiran berkomunikasi, etika dan tanggungjawab, semangat kerja
berpasukan, pemikiran kritis dan kreatif serta kemahiran penyelesaian
masalah.

Objektif Umum

Jurnal Penyelidikan Dedikasi, Jilid 8, 2014


Secara umumnya, objektif kajian ini adalah untuk meningkatkan
kefahaman dan penguasaan guru pelatih dalam Kursus Budaya dan
Pembelajaran (EDU3106).

Objektif Khusus
Secara khususnya, kajian tindakan ini mempunyai objektif untuk:

(i) Menghasilkan satu bentuk pendekatan dan strategi pengajaran


yang sesuai dan berpotensi untuk membentuk dan melahirkan
bakal guru permulaan berkualiti menerusi persembahan
pameran.

(ii) Menimbulkan rasa minat pelajar terhadap isi kandungan


pelajaran yang dipelajari.

(iii) Meningkatkan penguasaan isi kandungan pelajaran dengan


berkesan melalui pameran.

(iv) Meningkatkan penguasaan kemahiran insaniah seperti


semangat kerja berpasukan, etika dan tanggungjawab,
pemikiran kritis dan kreatif serta kemahiran penyelesaian
masalah.

Soalan Kajian

(i) Adakah strategi persembahan pameran untuk aktiviti


persembahan tutorial guru pelatih dapat meningkatkan
penguasaan kemahiran insaniah guru pelatih?

(ii) Adakah aktiviti pameran budaya dan pembelajaran dapat


menimbulkan rasa minat guru pelatih terhadap kursus
EDU3106 Budaya dan Pembelajaran?

(iii) Adakah pameran kursus EDU3106 Budaya dan Pembelajaran


dapat meningkatkan penguasaan isi kandungan pelajaran?

Jurnal Penyelidikan Dedikasi, Jilid 8, 2014


Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasaran bagi kajian tindakan ini adalah 21 orang guru pelatih
Semester 5 PISMP Unit J1 Major Bahasa Melayu dengan fokus kajian
kepada pengendalian kursus EDU 3106 Budaya dan Pembelajaran.

PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PENGUMPULAN DATA

Dalam kajian tindakan ini, pengkaji telah mereka bentuk dan


melaksanakan satu kaedah baharu untuk memperbaiki amalan pengajaran
dan pembelajaran yang digunakan selama ini. Kajian tindakan ini
menggunakan kaedah pameran budaya pengajaran dan pembelajaran
sebagai alternatif menggantikan persembahan tutorial dalam bentuk
terdahulu. Dengan melaksanakan kaedah ini, hasil pembelajaran iaitu
elemen PIES yang menekankan kebergantungan positif, tanggungjawab
individu, kesamaan penyertaan dan interaksi serentak dapat dipenuhi
dalam meningkatkan pembelajaran guru pelatih semasa persembahan
tutorial. Peningkatan dari segi penglibatan, komunikasi, kerjasama
berpasukan dan tanggungjawab dalam kalangan guru pelatih dapat
ditingkatkan berbanding kaedah terdahulu.. Proses pengumpulan data
adalah melalui aktiviti pemerhatian dan temu bual. Persembahan tutorial
pelajar dilaksanakan di luar bilik kuliah yang bersifat hands – on iaitu
pelaksanaan pameran budaya dan pembelajaran yang diharapkan dapat
membina kemahiran insaniah pelajar seperti yang diharapkan dalam
objektif kursus ini.

Jurnal Penyelidikan Dedikasi, Jilid 8, 2014


Prosedur Pelaksanaan Pelan Tindakan

Langkah-langkah dalam menggunakan kaedah pameran budaya dan


pembelajaran.

i. Mengumpul guru pelatih yang mengambil kursus EDU3106,


Budaya dan Pembelajaran untuk diberikan taklimat
pelaksanaan tutorial mengikut dasar dan kaedah yang
ditetapkan.

ii. Setiap kelas tutorial dikehendaki menghantar wakil unit ke


pameran budaya pembelajaran.

iii. Guru pelatih diberi taklimat tentang cara pelaksanaan tutorial:


Jawatankuasa kecil pelaksana dibentuk, senarai tugas
disediakan termasuklah urusan surat menyurat.

iv. Jawatankuasa pameran menyediakan set dan lokasi pameran,


menetapkan masa dan tempat pertandingan, mengedarkan
syarat pertandingan dan borang-borang pemberian markah,
melaksanakan pameran dan pertandingan dengan mengumpul
kan segala bahan pameran untuk dipamerkan. Wakil unit akan
menjelaskan maklumat pameran kepada pengunjung.

Cara Mengumpul Data

Kaedah 1: Pemerhatian
Senarai semak pemerhatian dijalankan pada hari pameran dilaksanakan.
Senarai semak pemerhatian terhadap guru pelatih ini bertujuan untuk
mengenal pasti sama ada mereka dapat menguasai kefahaman konsep
yang jelas mengenai kursus EDU3106, Budaya dan Pembelajaran selepas
kaedah pameran budaya pembelajaran dijalankan. Menurut Sharifah
Zaleha Syed Hassan (2001), kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah
penyelidikan yang digunakan untuk mengukur pemboleh ubah
penyelidikan. Seorang pemerhati akan berada di tempat peristiwa berlaku
untuk melihat tingkah laku subjek (Mohd. Majid Konting, 2000). Untuk

Jurnal Penyelidikan Dedikasi, Jilid 8, 2014


memastikan ketekalan pemerhatian, senarai semak ini dikendalikan oleh
dua orang pensyarah lain. Sebanyak 4 item dalam senarai semak dibina
untuk menyemak kefahaman guru pelatih .
Kaedah 2: Temubual
Temu bual membolehkan maklumat tambahan diperolehi untuk
mengetahui perasaan atau pendapat sampel terhadap tindakan atau kaedah
baru yang dijalankan. Temu bual dilakukan secara individu dalam tempoh
masa 10 minit bagi setiap guru pelatih. Sesi temu bual diadakan di bilik
kuliah yang berasingan dan sebanyak 5 item temu bual disediakan dan
dikemukakan kepada guru pelatih. Semasa melaksanakan kaedah temu
bual, alat perakam audio digunakan bagi merekod semua interaksi lisan
seperti perkataan, sebutan dan perbualan yang berlaku antara guru pelatih
dan pengkaji. Rakaman audia dapat mengelakkan berlakunya bias dan
kekeliruan dalam pengumpulan dan penganalisisan data serta dapat
membantu pengkaji menilai mendengar kembali keseluruhan rakaman
tersebut untuk mendapat gambaran umum, mencari data-data dan isi-isi
yang penting sebagai dapatan kajian.
REFLEKSI TERHADAP TINDAKAN
Analisis Data Dan Interpretasi Dapatan Kajian
( i) Analisis Data Pemerhatian Menggunakan Senarai Semak
Pemerhatian turut serta digunakan untuk menganalisis keberkesanan
kaedah pameran budaya pembelajaran. Berikut adalah jadual analisis data
pemerhatian.

Aspek Pemerhatian Keterangan


Ite (Berdasarkan PLO –
m Programme Learning
Outcome /(kemahiran
insaniah)
1 P – Kebergantungan Sejauh mana pelajar saling bekerjasama secara
positif/Kerjasama positif dalam melaksanakan pameran?
2 I – Tanggungjawab individu/ Adakah setiap ahli jawatankuasa kerja berperanan
Jurnal Penyelidikan Dedikasi, Jilid 8, 2014
Etika dan tanggungjawab dan bertanggungjawab melaksana tugas yang
diamanahkan?
3 E – Penglibatan menyeluruh Adakah penglibatan pelajar menyeluruh?
pelajar

4 S – Interaksi serentak Bagaimana masa yang diperuntukkan kepada


pelajar dapat dimanfaatkan untuk menjayakan
pameran?

Jadual 1: Borang Senarai Semak Pemerhatian Terhadap Guru


Pelatih Berdasarkan PLO

Jadual 2: Analisis Borang Senarai Semak Pemerhatian Terhadap


Guru Pelatih Berdasarkan PLO

Bil Aspek Pemerhatian Keterangan Catatan


(Berdasarkan PLO –
Programme Learning
Outcome/kemahiran
insaniah)
1. P – Kebergantungan Guru pelatih saling Setiap kumpulan
positif/Kerjasama bekerjasama dan bekerja mempamerkan bahan-
dalam pasukan dalam bahan budaya
melaksanakan pameran mengikut etnik yang
ada
2. I – Tanggungjawab Setiap ahli dalam Penyediaan ruang
individu/etika dan jawatankuasa kerja pameran &
tanggungjawab berperanan dan menyediakan surat
bertanggungjawab menyurat
melaksana tugas yang membuat promosi
diamanahkan dalam web, surat
jemputan dan
mengatur majlis
perasmian
3. E – Penglibatan menyeluruh Penglibatan seluruh guru Guru pelatih memikul
guru pelatih pelatih mengikut tugas yang tanggungjawab
diberikan mengikut tatacara yang
disediakan
4. S – Interaksi serentak Guru pelatih mengalami Guru pelatih dapat
Jurnal Penyelidikan Dedikasi, Jilid 8, 2014
suasana sebenar budaya mengurus, mengelola,
suku kaum di Malaysia merancang dan
yang melibatkan pakaian, berkomunikasi dengan
makan minum, perayaan baik.
dan tempat tinggal

Berdasarkan hasil analisis borang senarai semak pemerhatian dalam Jadual


2, didapati guru pelatih berasa lebih seronok melaksanakan aktiviti tutorial
menggunakan kaedah pameran budaya pembelajaran. Didapati juga
kerjasama dan kolaborasi antara guru pelatih sangat kuat terjalin.
Kerjasama dalam kumpulan juga wujud dalam usaha menyediakan tapak
pameran menyebabkan kerja-kerja dapat dilakukan dengan lebih pantas
dan menjimatkan masa. Guru pelatih juga mengadakan sesi perbincangan
dan cuba menyelesaikan masalah dalam kumpulan kecil dan antara
kumpulan-kumpulan jawatankuasa pelaksana. Kemahiran berfikir dan
kreativiti terserlah apabila guru pelatih menghasilkan buku program,
pamplet, gambar-gambar dan bahan-bahan pameran yang konkrit. Oleh
itu, elemen PIES yang menekankan kebergantungan positif,
tanggungjawab individu, kesamaan penyertaan dan interaksi serentak dan
penglibatan secara menyeluruh dalam meningkatkan pembelajaran guru
pelatih semasa persembahan dapat dicapai semasa pameran diadakan.
Dalam menyiapkan tugasan ini, peningkatan dari segi penglibatan,
komunikasi, kerjasama berpasukan dan tanggungjawab dalam kalangan
guru pelatih telah dapat dikenal pasti.

(v) Analisis Data Temu Bual

Pengkaji telah memilih 4 orang guru pelatih menggunakan persampelan


secara bertujuan bagi menjalankan sesi temu bual selepas kaedah pameran
budaya pembelajaran dijalankan.Temu bual ini bertujuan untuk mengenal

Jurnal Penyelidikan Dedikasi, Jilid 8, 2014


pasti pandangan guru pelatih terhadap kefahaman tentang kursus Budaya
dan Pembelajaran setelah menggunakan kaedah pameran budaya
pembelajaran. Temu bual yang dijalankan adalah berbentuk berstruktur
yang mana soalan-soalan temu bual telah disediakan terlebih dahulu bagi
memudahkan dan melancarkan proses temu bual. Sebanyak 3 item telah
ditemu bual kepada guru pelatih yang terpilih. Kod G (guru pelatih) dan
kod P (pengkaji) digunakan dalam menganalisis data temu bual. Berikut
adalah soalan-soalan temu bual.

Soalan:

1. Apakah perasaan anda selepas berjaya mengadakan pameran?


2. Apakah pandangan anda tentang perbezaan antara persembahan
tutorial dalam bilik kuliah berbanding aktiviti hands-on ini?
3. Bolehkah anda nyatakan faedah-faedah aktiviti hands-on pameran
ini kepada guru pelatih dan pensyarah?

Jawapan guru pelatih:

1. Guru pelatih A: Perasaan saya sangat gembira kerana saya dapat


melaksanakan tanggungjawab saya dengan baik secara berpasukan.
Saya tidak menyangka aktiviti seperti ini telah meningkatkan
semangat dan keyakinan saya.

Guru pelatih B: Saya sungguh teruja kerana tidak menyangka


pameran ini telah menarik ramai pelajar dan pensyarah untuk
datang berkunjung.

Guru pelatih C: Saya seronok menguruskan pameran dan


mempamerkan hasil kerja pasukan kami. Rakan-rakan juga telah
memberikan kerjasama yang sangat baik.

Guru pelatih D: Best sangat aktiviti ini. Ramai pengunjung yang


datang, jadi kami tak putus-putus melayan mereka yang pergi ke
booth kami. Penat… tapi saya sangat berpuashati dengan hasil
kerja kami.
Jurnal Penyelidikan Dedikasi, Jilid 8, 2014
2. Guru pelatih A: Aktiviti hands-on membantu kami mengalami
situasi sebenar konteks budaya berbanding dengan penguasaan isi
kandungan berbentuk teori dalam kelas kuliah.

Guru pelatih B: Persembahan tutorial dalam bilik kuliah bukan


tidak bagus, tetapi kami cepat rasa bosan.

Guru pelatih C: Aktiviti hands- on sangat menarik dan memupuk


kerjasama kumpulan yang tinggi. Dengan aktiviti ini kami lebih
memahami apa yang kami pelajari.

Guru pelatih D: Aktiviti hands-on tidak menjemukan.. Tambahan


pula, situasi sebenar yang ditonjolkan membantu kami memahami
dengan lebih jelas budaya sesuatu kaum.

3. Pelajar A: Banyak faedah yang boleh kami perolehi daripada


aktiviti pameran hands-on ini, misalnya kami dapat melihat
perkara sebenar apa yang dikatakan kepelbagaian budaya dari segi
pakaian, makanan, adat dan ritual budaya suku kaum di Sabah dan
Sarawak.

Pelajar B: Faedah paling ketara, cara pembelajaran kami lebih


seronok, mudah nak mengingati fakta dan kerja berpasukan telah
merapatkan lagi hubungan pelbagai kaum di Institut Pendidikan
Guru Kampus Ipoh ini.

Pelajar C : Aktiviti pameran hands-on membuat saya lebih faham


akan budaya sesuatu kaum. Berbanding sebelum ini, dengan
pembacaan semata-mata saya tidak dapat memahami dengan jelas
apa yang disampaikan.

Pelajar D: Aktiviti pameran hand-on ini jelas menyeronokkan,


meningkatkan perasaan ingin tahu, meningkatkan kompetensi
serta kreativiti melalui aktiviti yang dijalankan secara amali
berbanding aktiviti sebelum ini.

Jurnal Penyelidikan Dedikasi, Jilid 8, 2014


Hasil temu bual mendapati semua guru pelatih bersetuju bahawa
kefahaman mereka terhadap subjek ini telah meningkat setelah kaedah
pameran budaya pembelajaran dijalankan. Mereka juga berasa seronok
dan berpuashati dengan penglibatan mereka dalam pameran ini di samping
dapat memperatkan lagi hubungan dan kerjasama dengan rakan-rakan
yang lain.

Refleksi Terhadap Kajian Tindakan

Kajian tindakan ini telah memberi satu impak baharu kepada guru pelatih
dan pensyarah dalam melaksanakan kursus EDU3106 Budaya dan
Pembelajaran. Kaedah dan strategi penyampaian pensyarah tidak lagi
terhad dalam bilik kuliah dan persembahan pembentangan guru pelatih
semata-mata tetapi telah ditambah dengan menganjurkan pameran budaya
pembelajaran iaitu aktiviti pameran yang bersifat hands-on. Apa yang
dapat dikenal pasti ialah empat elemen utama dalam kajian ini iaitu
kebergantungan positif, tanggungjawab individu dan kesaksamaan
penyertaan dalam meningkatkan pembelajaran guru pelatih (student
teacher) telah dicapai dan selaras dengan PLO (Program Learning
Outcome – PISMP). Berdasarkan pemerhatian, guru pelatih telah dapat
memperbaiki beberapa aspek penting dalam pendidikan seperti kebolehan
mengurus, berkomunikasi, berfikir dan menyelesaikan masalah. Guru
pelatih juga telah dapat bekerjasama dan berkolaborasi dalam pasukan
untuk menjayakan pameran budaya dan pembelajaran. Mereka juga telah
mempamerkan tanggungjawab individu dan menonjolkan kebolehan,
keterampilan serta potensi yang ada untuk disalurkan kepada aktiviti
pameran tersebut. Tidak ada guru pelatih yang tersisih atau mengelakkan
diri daripada terlibat sama dalam menjayakan aktiviti ini. Interaksi

Jurnal Penyelidikan Dedikasi, Jilid 8, 2014


serentak juga berlaku semasa guru pelatih menjayakan aktiviti ini dengan
penglibatan keseluruhan mereka yang menjurus kepada melaksanakan
aktiviti pameran dalam masa yang ditetapkan.

Terdapat bukti yang nyata pameran budaya dan pembelajaran dapat


memberi faedah yang jelas kepada peningkatan kualiti dan produktiviti
guru pelatih (dapat ditunjukkan melalui video klip hasil temu bual dengan
guru pelatih). Pameran ini juga dapat meningkatkan tahap kepuasan dan
kefahaman guru pelatih, misalnya dalam pengajaran dan pembelajaran
atau pengurusan. Apabila aktiviti pameran diimplementasi, ia memberi
faedah kepada banyak pihak. Ini termasuklah guru pelatih sendiri,
pensyarah-pensyarah malah penggubal dasar. Implimentasi pameran yang
dilaksanakan telah meningkatkan kepuasan hati guru pelatih dan
meningkatkan prestasi kerja. Usaha pensyarah menyampaikan proforma
serta menentukan pencapaian hasil pembelajaran serta kemahiran insaniah
lebih mudah dilakukan kerana aktiviti pameran telah menghimpunkan
kesemua usaha membina kemahiran insaniah dan PIES tersebut di
samping menjurus kepada pencapaian hasil pembelajaran kursus Budaya
dan Pembelajaran itu sendiri.

Refleksi Terhadap Amalan Profesional Guru


Berdasarkan kepada hasil dapatan dalam kajian tindakan ini beberapa hasil
pembelajaran telah berjaya dikenal pasti dan faedahnya kepada guru
pelatih dan pensyarah iaitu perkembangan guru pelatih dalam aspek
peningkatan ilmu, keterampilan ikhtisas, pemupukan nilai, amalan
profesional, serta membina daya fikir yang kreatif dan inovatif. Kajian
tindakan yang telah dijalankan juga telah memperbaiki kualiti pengajaran

Jurnal Penyelidikan Dedikasi, Jilid 8, 2014


dan pembelajaran dengan penggunaan kaedah yang lebih mantap yang
mengukuhkan kefahaman guru pelatih. Kajian tindakan ini dilakukan
mengikut kitaran langkah-langkah yang disarankan dalam Model Kurt
Lewin iaitu mengenal pasti aspek amalan yang ingin ditambahbaik,
merancang pelan tindakan untuk menambahbaik amalan,
mengimplementasikan tindakan yang dirancang, mengumpul data tentang
kesan tindakan dan juga membuat refleksi terhadap kesan tindakan yang
telah dilaksanakan.

Setelah selesai menjalankan kajian ini, saya berpendapat bahawa kajian


tindakan harus di implementasi dalam proses pengajaran dan pemelajaran
kerana di sini pensyarah memainkan peranan sebagai seorang penyelidik
yang mengkaji proses pengajaran dan pembelajaran nya di kelas.
Pelaksanaan kajian tindakan di dalam kelas ini dapat meningkatkan
keberkesanan pengajaran pensyarah, meningkatkan prestasi pencapaian
guru pelatih, mengatasi masalah pembelajaran dalam menguasai
kemahiran dalam sesuatu subjek., membantu guru pelatih mencapai tahap
cemerlang dalam satu-satu mata pelajaran dan memperbaiki kualiti amalan
guru. Seorang pensyarah yang baik perlu mengatasi kelemahan dan
masalah yang dihadapi oleh guru pelatih. Kelemahan-kelemahan dan
masalah guru pelatih tersebut perlu ditangani oleh pensyarah itu sendiri
dengan cara mencari penyelesaian yang sesuai .untuk mengatasi masalah
tersebut. Hal ini demikian kerana, pensyarah-pensyarah yang mengajar di
dalam sesebuah kelas itu sendiri yang memahami kelemahan anak
didiknya. Oleh itu, pensyarah perlu mencuba langkah-langkah yang
difikirkan sesuai untuk mengatasi masalah tersebut. Beliau seharusnya
menjadi lebih kreatif dengan memperkenalkan kaedah atau teknik baharu
dalam pengajaran dan pembelajaran, di samping mengaplikasi aktiviti

Jurnal Penyelidikan Dedikasi, Jilid 8, 2014


hands-on bagi menarik minat guru pelatih untuk belajar di samping
meningkatkan prestasi akademik mereka. Jika masalah tersebut masih
tidak dapat diatasi, kajian semula harus dilakukan untuk mencuba langkah
lain yang lebih berkesan bagi mengatasi masalah itu. Dengan perkataan
lain, seorang pensyarah perlulah reflektif, kreatif dan proaktif bagi
merawat masalah yang dihadapi oleh guru pelatih dengan berkesan.

Satu perkara lagi yang perlu diberikan perhatian ialah pensyarah itu
sendiri perlu membuat muhasabah diri (cermin diri) dan mengkaji
kelemahan dirinya sendiri yang mungkin menjadi punca kelemahan dan
masalah anak didiknya. Seorang pensyarah tidak boleh menganggap
dirinya sudah sempurna dan tiada kelemahan langsung hingga
menyebabkan beliau tidak dapat menerima kritikan atau komen daripada
pelajar-pelajarnya, pandangan rakan-rakan sejawatan ataupun pihak lain
yang memberikan teguran. Oleh itu seorang pensyarah perlu bersikap
terbuka dan sanggup menerima kritikan demi kebaikan dirinya untuk
membaiki kelemahan yang ada. Dengan kata lain, kajian tindakan ini juga
boleh digunakan untuk mengkaji kelemahan diri, seterusnya memikirkan
cara untuk membaiki kelemahan tersebut dan akhirnya akan dapat
meningkatkan prestasi pengajaran.

Implikasi Kajian

Kajian tindakan ini mendapati bahawa penggunaan kaedah pameran


budaya pembelajaran telah dapat membantu meningkatkan kefahaman
guru pelatih terhadap isi kandungan kursus EDU3106 Budaya dan
Pembelajaran. Berdasarkan dapatan kajian ini didapati bahawa aktiviti
pameran telah menghasilkan kebaikan dan faedah kepada guru pelatih
yang mengikuti kursus EDU 3106 Budaya dan Pembelajaran. Elemen
PLO (Program Learning Outcomes) iaitu menambahkan ilmu
Jurnal Penyelidikan Dedikasi, Jilid 8, 2014
pengetahuan, meningkatkan semangat kerja berpasukan, meningkatkan
tahap komunikasi berkesan dalam kalangan guru pelatih, meningkatkan
tahap etika dan profesionalisme keguruan guru pelatih, meningkatkan
kemahiran praktikal serta mencetuskan keseronokan belajar dan menepati
konsep learning is fun yang telah berjaya dicapai. Didapati juga
penglibatan guru pelatih adalah menyeluruh di mana semangat kerja
berpasukan dalam mendapatkan bahan dan maklumat pameran telah
ditunjukkan. Berkolaborasi antara kumpulan dan unit dalam memilih dan
menentukan tugasan setiap ahli dalam kumpulan telah memantapkan ciri-
ciri kepimpinan guru pelatih yang telah berjaya melaksanakan tugas
sebagai pengurus serta pengarah yang cekap.

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Cadangan Tindakan Susulan dan Kajian Seterusnya

Penambahbaikan dalam pelaksanaan strategi, pendekatan, kaedah dan


teknik penyampaian pensyarah perlu diubahsuai dan selaras dengan
program transformasi pendidikan dan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013 – 2025 yang memberi fokus kepada pencapaian matlamat
melahirkan pelajar atau modal insan yang mempunyai ciri-ciri pemikiran
kritis, kreatif dan inovatif. Oleh itu, sekiranya penyelidik berpeluang untuk
meneruskan kajian ini, penyelidik mencadangkan agar kitaran kedua
diteruskan dengan melaksanakan tindakan lain menggunakan satu kaedah
baharu yang lain bagi membantu pemahaman guru pelatih. Aktiviti
pameran seperti ini akan diteruskan bukan sahaja kursus budaya dan
pembelajaran tetapi juga bagi kursus-kursus yang lain.

Jurnal Penyelidikan Dedikasi, Jilid 8, 2014


RUJUKAN
Allard, A. & Santoro, N. (2004), ‘Making Sense of Difference? Teaching
Identities, dlm Postmodern Contexts [online], Paper presented at the
Australian Association of Research in Education National
Conference, Melbourne, diperolehi daripada
http://www.aare.edu.au/04pap/all04561.pdf.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2001), ‘Pembangunan Pendidikan


2001-2010:
Perancangan Bersepadu Penjana kecemerlangan Pendidiakn’,
Kuala Lumpur: KPM.

Modal Insan Cemerlang, Minda kelas Pertama. (2008). Edisi Pelancaran,


Kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur: KPM.

Minit Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP) MS ISO 9001:2001


Bil. 1/2010)

Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah (Soft Skills) Untuk IPT (2006),


Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim.

Mohd. Majid Konting. (2000). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. (5th ed.


). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhammad Izzat Asyraf, Kartini Abdul Mutalib, Badariah Hashim dan


Ahamad Shabudin

Yahaya. (2011). Penggunaan Kaedah Kubela Untuk Meningkatkan


Kefahaman Konsep Pengeluar dan Pengguna Bagi Tujuh Orang
Murid Tahun 5 Ibnu Sina : Jurnal Penyelidikan Dedikasi IPG
Kampus Ipoh,4, 13-34

Sharifah Zaleha Syed Hassan. (2001). Islamisation and urban religious


identity: The middle class of Bandar Baru bangi in Southeast Asian
MiddleClasses: Prospects for Social Change and Democratization:
Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Jurnal Penyelidikan Dedikasi, Jilid 8, 2014

Anda mungkin juga menyukai

  • Sains Data
    Sains Data
    Dokumen2 halaman
    Sains Data
    SHARMILAAHDEVI NAGARETNAM
    Belum ada peringkat
  • Wacana
    Wacana
    Dokumen12 halaman
    Wacana
    SHARMILAAHDEVI NAGARETNAM
    100% (1)
  • JKFN
    JKFN
    Dokumen7 halaman
    JKFN
    SHARMILAAHDEVI NAGARETNAM
    Belum ada peringkat
  • Tugasan 2 Penulisan Esei 2
    Tugasan 2 Penulisan Esei 2
    Dokumen9 halaman
    Tugasan 2 Penulisan Esei 2
    SHARMILAAHDEVI NAGARETNAM
    Belum ada peringkat
  • Kuiz 2 - Soalan
    Kuiz 2 - Soalan
    Dokumen1 halaman
    Kuiz 2 - Soalan
    SHARMILAAHDEVI NAGARETNAM
    Belum ada peringkat
  • Sains Data
    Sains Data
    Dokumen2 halaman
    Sains Data
    SHARMILAAHDEVI NAGARETNAM
    Belum ada peringkat
  • Intro GPP
    Intro GPP
    Dokumen8 halaman
    Intro GPP
    SHARMILAAHDEVI NAGARETNAM
    Belum ada peringkat
  • Rujuk Lam
    Rujuk Lam
    Dokumen15 halaman
    Rujuk Lam
    SHARMILAAHDEVI NAGARETNAM
    Belum ada peringkat
  • Jadual Kerja Penyeliaan Praktikum
    Jadual Kerja Penyeliaan Praktikum
    Dokumen1 halaman
    Jadual Kerja Penyeliaan Praktikum
    SHARMILAAHDEVI NAGARETNAM
    Belum ada peringkat
  • RPH 7 MATEMATIK MASA DAN WAKTU 11.6 (I) 4AB
    RPH 7 MATEMATIK MASA DAN WAKTU 11.6 (I) 4AB
    Dokumen9 halaman
    RPH 7 MATEMATIK MASA DAN WAKTU 11.6 (I) 4AB
    SHARMILAAHDEVI NAGARETNAM
    Belum ada peringkat
  • Document 1
    Document 1
    Dokumen2 halaman
    Document 1
    SHARMILAAHDEVI NAGARETNAM
    Belum ada peringkat
  • KNLHJBJKB
    KNLHJBJKB
    Dokumen14 halaman
    KNLHJBJKB
    SHARMILAAHDEVI NAGARETNAM
    Belum ada peringkat
  • RPH 1 BM Tahun 5 Sal
    RPH 1 BM Tahun 5 Sal
    Dokumen8 halaman
    RPH 1 BM Tahun 5 Sal
    SHARMILAAHDEVI NAGARETNAM
    Belum ada peringkat
  • JGHJGJT
    JGHJGJT
    Dokumen10 halaman
    JGHJGJT
    SHARMILAAHDEVI NAGARETNAM
    Belum ada peringkat
  • RPH 7 MATEMATIK MASA DAN WAKTU 11.6 (I) 4AB
    RPH 7 MATEMATIK MASA DAN WAKTU 11.6 (I) 4AB
    Dokumen9 halaman
    RPH 7 MATEMATIK MASA DAN WAKTU 11.6 (I) 4AB
    SHARMILAAHDEVI NAGARETNAM
    Belum ada peringkat
  • Rancangan Pengajaran Individu
    Rancangan Pengajaran Individu
    Dokumen16 halaman
    Rancangan Pengajaran Individu
    SHARMILAAHDEVI NAGARETNAM
    Belum ada peringkat
  • BHJBKBN
    BHJBKBN
    Dokumen7 halaman
    BHJBKBN
    SHARMILAAHDEVI NAGARETNAM
    Belum ada peringkat
  • Lembaran Kerja
    Lembaran Kerja
    Dokumen7 halaman
    Lembaran Kerja
    SHARMILAAHDEVI NAGARETNAM
    Belum ada peringkat
  • BHJKBJK
    BHJKBJK
    Dokumen8 halaman
    BHJKBJK
    SHARMILAAHDEVI NAGARETNAM
    Belum ada peringkat
  • RPH 10 BM Tahun 4 Ar-Razi
    RPH 10 BM Tahun 4 Ar-Razi
    Dokumen7 halaman
    RPH 10 BM Tahun 4 Ar-Razi
    SHARMILAAHDEVI NAGARETNAM
    Belum ada peringkat
  • RPH 2 MATEMATIK MASA DAN WAKTU 11.1 (I) 4AB
    RPH 2 MATEMATIK MASA DAN WAKTU 11.1 (I) 4AB
    Dokumen9 halaman
    RPH 2 MATEMATIK MASA DAN WAKTU 11.1 (I) 4AB
    SHARMILAAHDEVI NAGARETNAM
    Belum ada peringkat
  • Lembaran Kerja
    Lembaran Kerja
    Dokumen5 halaman
    Lembaran Kerja
    SHARMILAAHDEVI NAGARETNAM
    Belum ada peringkat
  • Tfhytj
    Tfhytj
    Dokumen8 halaman
    Tfhytj
    SHARMILAAHDEVI NAGARETNAM
    Belum ada peringkat
  • Gthtyjy
    Gthtyjy
    Dokumen8 halaman
    Gthtyjy
    SHARMILAAHDEVI NAGARETNAM
    Belum ada peringkat
  • Ouil
    Ouil
    Dokumen9 halaman
    Ouil
    SHARMILAAHDEVI NAGARETNAM
    Belum ada peringkat
  • Jhdbchevb
    Jhdbchevb
    Dokumen3 halaman
    Jhdbchevb
    SHARMILAAHDEVI NAGARETNAM
    Belum ada peringkat
  • Lembaran Kerja
    Lembaran Kerja
    Dokumen5 halaman
    Lembaran Kerja
    SHARMILAAHDEVI NAGARETNAM
    Belum ada peringkat
  • Jihb
    Jihb
    Dokumen1 halaman
    Jihb
    SHARMILAAHDEVI NAGARETNAM
    Belum ada peringkat