Anda di halaman 1dari 12

Pengenalan

Wacana Penulisan

Dalam pengertian linguistik, wacana adalah unit bahasa yang lebih besar daripada kalimat.
Semua perkara yang melibatkan bahasa ialah wacana. Retorik menjadi komponen yang penting
bagi wacana. Wacana adalah satuan bahasa terlengkap, tertinggi, dan terbesar atas kalimat/
klausa dengan kohensi tinggi, dengan kesinambungan dan mempunyai awal dan akhir yang
nyata sama ada disampaikan secara lisan atau tulisan. Perkataan wacana itu sama dengan
perkataan ucapan yang utuh untuk wacana lisan, dan karangan yang utuh untuk wacana tulisan
dalam pengajaran bahasa Melayu sebelum ini.

Selain itu, wacana merupakan satuan bahasa di atas sesuatu kalimat yang digunakan untuk
berkomunikasi dalam konteks sosial. Satuan bahasa itu dapat berupa rangkaian kalimat atau
ujaran. Wacana dapat berbentuk lisan atau tulisan dan dapat bersifat transaksional atau
interaksional. Dalam peristiwa komunikasi secara lisan, dapat dilihat bahawa wacana sebagai
proses komunikasi antara penutur dan pendengar, sedangkan dalam komunikasi secara tulisan,
wacana terlihat sebagai hasil dari pengungkapan idea penulis. Disiplin ilmu yang mempelajari
wacana disebut dengan analisis wacana. Analisis wacana merupakan suatu kajian yang
meneliti atau menganalisis bahasa yang digunakan secara ilmiah, baik dalam bentuk tulisan
ataupun lisan.

Menurut Asmah Haji Omar (1982) Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat,
yang di dalamnya memperlihatkan hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang
berurutan seperti ayat, sejumlah ayat, ceraian, perenggan, bab, buku, novel, cerpen, cerita,
dialog, siri buku (cerita) dan sebagainya.Menurut beliau lagi, wacana tidak mempunyai satu-
satu jenis ayat yang terdiri dengan utuhnya tanpa dipengaruhi oleh proses-proses kelahiran
ayat. Ini bermaksud bahawa ayat yang selalu didapati dalam struktur dan sistem secara teratur.
Beliau telah membezakan ayat sistem daripada ayat wacana. Ayat sistem adalah ayat atau
tutur yang dikeluarkan dan diasingkan dari konteks wacana, sedangkan ayat wacana yang juga
disebut ayat teks adalah ayat yang betul-betul terdapat dalam wacana teks dan wacana lisan.

Menurut Kamus Dewan pula, wacana merupakan keseluruhan tutur yangmerupakan satu
kesatuan, ucapan, pertuturan dan juga percakapan. Definisi lain bagiwacana yang dikemnukan
dalam Kamus Dewan ialah kesatuan fikiran yang utuh samaada dalam bentuk lisan seperti
pidato, khutbah atau tulisan seperti artikel, rencana,surat, novel dan cerpen.

1
Kesimpulannya, wacana ialah unit bahasa yang melebihi had ayat yang terdiridaripada ayat,
sejumlah ayat, ceraian, bab, buku, cerita, dialog, siri buku dansebagainya yang menunjukkan
hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yangberurutan. Ringkasnya, wacana ialah satu
unit bahasa yang mempunyai kesatuanfikiran yang utuh dan melebihi batas ayat.

Penulisan Akademik

Penulisan ilmiah merujuk kepada penulisan yang berlandaskan metodologi keilmuan atau
metodologi saintifik.Jenis penulisan ilmiah seperti disertasi, kertas kerja, laporan kajian, tesis,
disertasi dan banyak lagi.Penulisan ilmiah memerlukan huraian yang rasional.Contohnya,
disertasi melibatkan fakta berupa penemuan penulis sendiri berdasarkan metodologi kajian
saintifik dan analisis yang terperinci kerana disertasi akan dibentangkan dan dipertahankan
dihadapan panel atau lembaga viva-voce. Secara keseluruhan, kemahiran penulisan amat
penting untuk mempertingkatkan penulisan ilmiah dalam kalangan pelajar. Keseluruhan
daripada elemen-elemen teks penulisan ilmiah seperti kekemasan dalaman dan luaran,
kandungan dan input maklumat mestilah digabungkan dengan betul dan kemas agar ia mampu
menterjemahkan maksud ‘ilmiah’ yang sebenar.

Pengenalan Sambutan Hari Pahlawan

Sebagai menepati syarat kerja kursus dalam tugasan 1, pelajar telah dikehendaki menulis
suatu penilisan akademik bagi satu program untuk melahirkan generasi yang mempunyai nilai-
nilai patriotik.Saya telah memilih tajuk Sambutan Hari Pahlawan sebagai penulisan akademik
saya. Bangsa kita setiap tahun merayakan Hari Pahlawan pada 10 November. Pada saat itulah
kita mengenang jasa para pahlawan yang telah bersedia mengorbankan harta dan nyawanya
untuk memperjuangkan dan mempertahankan kemerdekaan. Tugas kita saat ini adalah
memberi makna baru kepahlawanan dan mengisi kemerdekaan sesuai dengan perkembangan
zaman. Saat memperjuangkan dan mempertahankan kemerdekaan, rakyat telah
mengorbankan nyawanya. Kita wajib menundukkan kepala untuk mengenang jasa-jasa
mereka.Oleh itulah kita merayakan Hari Pahlawan setiap 10 November.Pada masa yang sama
dapat memperkenalkan pejuang-pejuang yang berkorban bagi kemerdekaan Negara pada
zaman dahulu kepada generasi baru.Seterusnya, dengan menyambut hari pahlawan dapat juga
menyemarakkan lagi semangat patriotisme dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum. Pada
masa akan datang , dapat melahirkan rakyat yang cinta akan Negara dan yang mempunyai
nilai-nilai patriotik yang tinggi.

2
Tugasan 1

Penulisan Akademik: Sambutan Hari Pahlawan.

Setiap tahun pada tanggal 31 Julai, negara akan meraikan perajurit-perajurit negara yang
banyak berkorban demi tanah air tercinta dengan mengadakan sambutan Hari Pahlawan yang
bertujuan untuk memperingati jasa perajurit yang gugur dalam mempertahankan keamanan
dan kedaulatan tanah air. Tanggal 31 Julai 1960, Kerajaan Malaysia telah mengiystiharkan
sebagai Hari Pahlawan sempena tamatnya darurat pada tarikh tersebut yang mana ianya
merupakan platform bagi mensyukuri keamanan yang dikecapi negara sehingga membolehkan
kemajuan dan pembangunan negara berjalan lancar tanpa sebarang ancaman daripada anasir-
anasir luar yang tidak bertanggungjawab yang ingin menghuru-harakan kemakmurannya.

Simboliknya pahlawan adalah orang yang gagah dan berani, pejuang yang gagah dan
perwira yang ditakuti. Oleh itu, Hari Pahlawan boleh diertikan dengan hari memperingati
pahlawan yang terkorban di medan perang dalam mempertahankan kedaulatan negara
daripada ancaman musuh. Pahlawan negara seharusnya menjadi sejarah yang sentiasa
dikenang kerana telah mencipta ketamadunan negara kepada bumi bertuah ini. Perjuangan
mereka sama ada di era sebelum merdeka mahupun pasca merdeka terus menjadi titik tolak
bagi permulaan dalam kandungan sejarah negara. Ia biasanya disambut sempena hari
kelahiran seseorang pahlawan, atau hari kepahlawanannya. Hari Pahlawan di Malaysia
disambut setiap 31 Julai.

Tugu peringatan Negara sebagai lambang penghormatan negara kepada perwira dan
perajurit yang sanggup mengorbankan nyawa mereka demi kestabilan dan keamanan tanahair.
Tujuan sambutan ini diraikan oleh seluruh rakyat Malaysia adalah untuk mengenang jasa dan
pengorbanan para Pahlawan Tanah Air yang terdiri dari pasukan keselamatan Tentera dan
Polis yang telah berjuang mempertahankan Agama, Bangsa dan Negara dari ancaman
musuh.Selain itu, sambutan ini menyuntik kesedaran mewarisi semangat kepahlawanan
pahlawan itu dan rela mengorbankan hartanya demi kepentingan agama, bangsa dan
negara.Seterusnya, sambutan ini membangun ingatan kolektif dan kesedaran berbangsa
berdasarkan Nilai-nilai Kepahlawanan, Keperintisan dan Kesetiakawanan Sosial.

Di samping itu, sama seperti setiap tahun Sambutan Hari Pahlawan ,tahun 2016 Sambutan
Hari Pahlawan juga disambut di peringkat kebangasaan yang akan dianjurkan oleh unit Bahasa
Melayu PPISMP sem 2 Institiut Pendidikan Kampus Dato’ Razali Ismail.Pelbagai acara akan
diadakan bagi menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat.Sambutan

3
Hari Pahlawan 2016 akan dimulakan dengan ketibaan Yang di Pertuan Agong ,Tuanku Abdul
Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong,Tuanku Hajah Haminah akan berangkat
menghadiri Sambutan Hari Pahlawan 2016 yang dijalankan secara penuh istiadat di Dataran
Merdeka.Ketibaan Seri Paduka berdua pada pukul 8.30 pagi akan disambut Perdana
Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak dan Isteri ,Datin Seri Rosmah Mansor serta menteri cabinet
yang lain.

Pertamanya, Seramai 800 orang akan terlibat dalam perbarisan yang terdiri daripada
anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) , Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM),
Tentera Darat , Polis Diraja Malaysia(PDRM) , Persatuan Bekas tentera Malaysia dan
Persatuan Bekas Polis Malaysia.Sebaik tiba, Seri Paduka akan menerima tabik hormat dan
memeriksa kawalan kehormat utama dan diiringi tembakan meriam sebanyak 21
das.Seterusnya, upacara sambutan hari Pahlawan dimulakan dengan tiupan ‘Paluan Akhir’
dengan jalur gemilang diturunkan sebagai simbolik untuk mengenang pejuang-pejuang yang
terkorban demi mempertahankan Negara.Secara tidak langsung pelancaran hari pahlawan
diadakan. Semangat kesatuan itu ditunjukkan melalui persembahan bertenaga dan perbarisan
oleh hampir 13,000 peserta pelbagai kontinjen termasuk daripada sektor awam dan swasta,
pelajar serta anggota pasukan keselamatan disusuli persembahan serentak bersama-sama
pelajar dengan melakukan kawad berirama.

Sambutan kemudianya diteruskan dengan tiupan ‘ Paluan Fajar’ iaitu Jalur Gemilang
dinaikkan diiringi nyanyian lagu kebangsaan Negaraku sebagai tanda memberi semangat
kepada anggota tentera dan polis yang masih hidup untuk terus mempertahankan kedaulatan
dan keamanan Negara.Berikutnya, ‘Daulat Tuanku’ dilaungkan sebanyak tiga kali sebagai
simbolik bukti taat setia anggota pasukan keselamatan dan rakyat di bawah naungan
baginda.Istiadat tahun ini akan menjadi sambutan kali keenam berlangsung di Dataran Merdeka
selepas berpindah dari Tugu Negara pada tahun 2010.Kehadiran masyarakat berbilang kaum
ke sambutan hari pahlawan di dataran merdeka akan mula meningkat secara drastik.

Acara seterusnya adalah, pelajar sekolah dengan pasukan teater atau drama yang aktif
juga akan diberikan peluang mengadakan lakonan semula adegan sejarah perjuangan
Kemerdekaan di pentas yang disediakan bagi membolehkan pelajar dan masyarakat mengikuti
kisah mereka dengan lebih Sambutan turut diteruskan dengan persembahan pantomin yang
mengisahkan serangan pengganas komunis terhadap Balai Polis Kuala Krau ,Pahang pada 26
jun 1948 yang penuh dengan adegan menyentuh perasaan. Selain Itu, persembahan lakonan
semula peristiwa pencerobohan di lahad datu yang menggemparkan Negara turut diadakan.

4
Kemeriahan sambutan hari pahlawan di dataran merdeka, akan diserikan dengan mengadakan
pelbagai aktiviti yang menarik dan berunsurkan patriotik. Semangat kecintaan terhadap negara
secara tak langsung dapat diserapkan kepada jiwa masyarakat berbilang bangsa melalui
program-program seumpama ini.Dengan melihat kepada lakonan perjuangan pejuang pada
zaman dahulu , dapatlah memupuk kesedaran kepada orang ramai tentang erti pengorbanan
pejuang kita.

Tambahan pula, pameran tentang pejuangan para-para pahlawan juga akan diadakan di
bawah Jabatan kebudayaan dan kesenian. Pameran diadakan terdapat sekitar 30 karya stencil
yang akan dipamerkan.Ia digelar sebagai pameran stencil yang bertemakan "Rupa Pahlawan",
dalam memperingati Hari Pahlawan yang jatuh pada 10 November.Orang ramai yang terdiri
daripada kanak-kanak dan orang dewasa diberi penerangan teliti tentang pengorbanan
penjuang-pejuang Negara. Antara pahlawan termasuklah Tun Perak, Tok Gajah, Mat Kilau,
Hang Tuah, Dol said, Mat Salleh, Yamtuan Antah, Rentap, Tok janggut,Haji Abdul Rahmat
Limbong,Dato Maharaja lela, Tun Hussein Bin dato’onn, Tun Haji Abdul Razak Bin Haji Dato’
Hussein, dan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid
Shah.Tujuan pameran tersebut akan diadakan adalah bagi memberikan ilmu pengetahuan
tentang kepahlwanan pejuang-pejuang tersebut kerana ramai yang tidak tahu siapa mereka dan
pejuangan mereka ‘bagaikan katak di bawah tempurung’.

Selain pameran , satu lagi bahagian pula diadakan pertandingan bagi institut pendidikan
tinggi seperti Institut pendidikan guru, Institut pendidikan tinggi awam, , Institut pendidikan
tinggi Swasta dan Politeknik untuk mengambil bahagian.Antara pertandinganya ialah,
mendendangkan lagu-lagu patriotik seperti koir, persembahan mendeklamasi sajak bagi
pahlawan-pahlawan dan membuat simulasi berkawad.Semua pertandingan ini akan dijalankan
secara berperingkat-peringkat.Pertandingan mendendangkan lagu-lagu patriotik koir dan
pertandingan simulasi berkawad akan terdiri daripada 30 orang dalam satu kumpulan mewakili
institut mereka.Manakala, pertandingan deklamasi sajak pula diadakan secara
individu.Ganjaran yang lumayan telah disediakan kepada pemenang.Hadiah diberikan
daripada saguhati hingga ke johan.Penilaian setiap petandingan dilakukan oleh para juri iaitu
pensyarah dari beberapa institut pendidikan tinggi.Melalui pertandingan ini dapatlah, kita dapat
membakar semangat kepahlawanan dan kepimpinan yang berkobar-kobar dalam kalangan
pelajar.Secara tidak langsung semangat patriotisme mereka juga akan melambung tinggi.

Di samping itu, pihak jabatan bimbingan dan kauseling akan melaksanakan tugas mereka
seperti ,mengadakan kempen dan ceramah tentang kisah perjuangan tokoh-tokoh dan

5
menanyangkan dokumentari ‘Perjuangan pahlawan’. Aktiviti bermotifkan kadang-kadang atas
sebab beberapa faktor, pelajar mahupun rakyat sekarang jarang diberi peluang menonton cerita
keperwiraan yang menjadi idola kita pada suatu hari dulu. Watak-watak dalam filem "Sarjan
Hasan", "Leftenan Adnan" dan "Hati Malaya" sedikit sebanyak boleh memberi kesan kepada
para pelajar dalam menghayati erti perjuangan yang sebenar. Secara tak langsung juga, dapat
mereka belajar pasal sejarah dahulu kala. Bagi sekolah yang berada di tempat bersejarah atau
pun mengenali tokoh-tokoh yang pernah terlibat mengusir penjajah dari bumi Malaysia ini, maka
pihak bimbingan dan kaunseling menjemput mereka untuk berkongsikan pengalaman dan
kisah menarik mereka. Mendengar daripada orang yang mengalaminya sendiri, tentu memberi
lebih banyak kesan kepada mereka yang mendengar. Bukan senang nak dapat tengok 'bukti
hidup'. Jika mereka dah tiada, waris mereka juga merupakan calon yang sesuai untuk difikirkan.

Berikutnya tidak ketinggalan pula, kanak-kanak yang turut hadir ke sambutan Hari
pahlawan.Semangat patriotisme dan kepahlawanan haruslah dipupuk dari kecil lagi dalam jiwa
kanak-kanak bak kata pepatah ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’ supaya dapat
melahirkan generasi yang berkepimpinan dan berkaliber pada masa akan datang.Antara aktiviti
khas bagi kanak-kanak yang akan diadakan ialah melukis dan mewarna poster, menulis esei
dan kuiz.Pertandingan ini hanya bagi murid-murid sekolah rendah dan menengah
sahaja.Melukis dan mewarna poster bagi murid sekolah rendah manakala, menulis esei adalah
bagi murid sekolah menengah.Pertandingan ini secara langsung akan menguji dan
meningkatkan ilmu pengetahuan mereka tentang pahlawan-pahlawan Negara apabila menulis
esei dan melalui mengambil bahagian dalam pertandingan ini dapatlah mengetahui sebanyak
info tentang pahlawan.Setelah selesai semua aktiviti, maka majlis penyerahan sijil penyertaan
dan hadiah akan diadakan.Pada pukul 2.00 petang akan berakhirlah sambuatan hari pahlawan
2016.

Konklusinya, sambutan hari pahlawan perlu terus diangkat sebagai detik keramat untuk
dijadikan iktibar dan pengajaran yang cukup penting dalam lipatan sejarah Negara kita.Kita
tidak mahu Negara kita dijajah kembali .Untuk itu, generasi hari ini perlu diberi kesedaran yang
secukupnya agar tidak leka dan lalai dalam mempertahankan kedaulatan Negara ini.Segala
susah – payah ketika menentang musuh di medan pertempuran oleh wira Negara perlu
ditonjolkan supaua kita terus mengenang sejarah Negara ini pada sepanjang masa.Selain itu,
kita perlu ingat usaha untuk menyedarkan masyarakat , terutama generasi pascamerdeka perlu
dilakuksanakan sepanjang masa supaya kita sentiasa berjaga-jaga.Masyarakat juga perlu
dididik supaya sentiasa mengenang dan menghargai segala jasa dan sumbangan pahlawan

6
kita dan tidak menjadi ‘bagai kacang melupakan kulit’.Realitinya apa yang kita nikmati pada hari
ini adalah hasil pengorbanan besar barisan wira Negara yang sanggup mengorbankan jiwa dan
raga jauh melebihi kepentingan diri dan keluarga demi mempertahankan maruah dan
kepentingan ibu pertiwi.Oleh itu, tanpa pengorbanan mereka tidak mungkin kita hidup di sebuah
Negara yang bebas berdaulat dan merdeka seperti ini. ‘Malaysiaku berdaulat tanah tumpahnya
darahku’.

7
Tugasan 2 : Pengenalan

Pemetaan I-Think

Dalam tugasan ini, secara kumpulan dikehendaki mendapatkan pelbagai bahan atau
sumber maklumat berdasarkan tajuk-tajuk dalam kursus wacana penulisan.Tajuk bagi
kumpulan kami ialah aplikasi penulisan akademik iaitu aplikasi penulisan akademik berasaskan
kejelasan dan gaya penulisan.Di bawah tajuk tersebut terdapat empat sub tajuk
kecil.Antaranya termasuklah, Penggunaan bahasa formal, Penulisan secara objektif dan
perkembangan idea secara logik iaitu koheran dan kohensifi.Pemikiran I -THINK bermaksud
innovative thinking (Pemikiran Inovatif) yang bertujuan untuk mempertingkatkan dan
membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar ke arah menghasilkan pelajar yang
kreatif, kritis dan inovatif.

Peta pemikiran ialah alatan berfikir yang dipersembahkan dalam bentuk peta minda secara
visual yang mudah dipakai dan difahami. Kami telah memindahkan maklumat penting ke dalam
bentuk pemetaan i-think dan melaksanakan pembentangan dalam bentuk power point dengan
menggunakan buku dan internet sebagai rujukan.Dalam tugasan ini,kami menggunakan peta
bulatan, peta buih dan peta dakap serta peta pokok untuk menunjukkan maklumat dengan
mudah dan jelas.Oleh itu,sila rujuk pembentangan powerpoint pemetaan I –think di lampiran 1
untuk melihat kandunganya.

8
Penutup

Selamat Sejahtera saya ucapkan bagi pembuka kata refleksi tugasan projek kerja kursus
berasakan ilmu wacana penulisan saya.Saya Sharmilaahdevi a/p Nagaretnam , pelajar PPISMP
Semester 2 unit Bahasa Melayu. Melalui tugasan yang diberi oleh pensyarah kursus GWP 1092
Wacana Penulisan telah banyak memberi ilmu serta pengetahuan yang baru kepada saya
tentang kursus ini.Saya telah belajar banyak ilmu pengetahuan yang saya tidak pernah belajar
semasa saya berada di sekolah menengah. Saya berasa sangat bersyukur kerana telah diberi
ruang dan peluang untuk menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Kursus Wacana Penulisan ini
bertujuan membolehkan pelajar mengetahui elemen berkaitan wacana Bahasa Melayu seperti
definisi wacana, konsep wacana, ciri-ciri wacana, jenis-jenis wacana, penanda wacana dan
keutuhan wacana.Tugasan yang diberikan adalah penulisan akademik secara individu bagi
suatu program berkaitan nilai-nilai partiotik dan tugasan kedua pula,secara kumpulan di bawah
analis maklumat membuat pemetaan I-think dan melaksanakan pembentangan power point.

Sepanjang menjalankan tugasan kerja kursus ini, pelbagai rintangan dan cabaran telah saya
harungi untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurnanya.Pertama sekali menerima tugasan
ini, persoalan pertama yang timbul dan muncul dalam kotak minda saya ialah mampukah saya
menyiapkan tugasan kerja kursus ini memandangkan pada masa yang sama terdapat juga
beberapa tugasan yang lain yang perlu disiapkan dalam tempoh yang sama ini menjadi cabaran
terbesar saya. Situasi ini sedikit sebanyak telah memberi tekanan dan menguji daya tahan saya
untuk melaksanakan tugasan yang telah diamanahkan tersebut. Walau bagaimanapun,saya
tetap tidak pernah berputus asa dan memberi banyak alasan serta helah untuk menyiapkan
tugasan ini dalam tempoh yang telah ditetapkan, seperti bak kata pepatah hendak seribu daya,
tak hendak seribu dalih. Sebaliknya, saya menyahut cabaran ini dengan melaksanakan tugasan
ini mengikut arahan yang telah diberikan.Hal ini demikian kerana, saya memikirkan bahawa
soalah tugasan yang diberikan tidaklah begitu sukar.

Di samping itu, semasa dalam proses untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh
pensyarah pembimbing, saya juga mengalami masalah untuk mencari buku dan buku rujukan

9
yang bersesuaian berkaitan dengan tajuk tugasan.Hal ini demikian kerana, buku- buku yang
berkaitan dengan tajuk tugasan yang terdapat di pusat sumber adalah terhad. Selain itu,
semasa mencari bahan-bahan yang berkaitan dengan tajuk tugasan di laman internet juga
merupakan satu cabaran kepada saya.Hal ini demikian kerana, bukanlah mudah untuk mencari
sesuatu bahan yang betul-betul sahih di dalam laman sesawang kerana terdapat sesetengah
laman yang telah ditokok tambah isu kandungannya dengan kandungan yang negatif dan tidak
betul.

Selain itu, rintangan yang menyukarkan saya untuk mendapatkan maklumat tentang
tugasan dari internet adalah faktor kelajuan talian internet yang rendah.Perkara ini berlaku
kerana setiap pelajar menggunakan talian internet yang sama menyebabkan kelajuanya
berkurang dan ini melambatkan proses pencarian dan penerimaan maklumat.Tambahan pula,
perisian word dan powerpoint yang tidak sama dengan rakan-rakan juga menyukarkan saya
untuk membuka fail nota dan pembentangan yang dikirim oleh rakan-rakan. Virus dari ’pen
drive’ luar masih menjadi musuh utama dalam menyiapkan kerja dengan komputer saya.

Bak kata pepatah tiada penyakit yang tiada penawarnya.Hal ini dapat dibuktikan dengan
jelas kerana terdapat beberapa solusi bagi mengatasi rintangan yang dihadapi.Antara caranya
termasuklah, membuat jadual, membahagikan masa serta membuat rangka bagi kerja kursus
agar dapat menghabiskan tepat pada masanya lalu boleh membuat dengan urutan tanpa
ketinggalan sebarang isi apabila merujuk kepada rangka gambaran.Secara tidak
langsung,seseorang dapat mengurangkan stress dan menumpukan sepenuh perhatian dalam
tugasan.Seterusnya, mencadangkan penambahan bilangan buku bahasa melayu di
perpustakaan.Tambahan pula, bagi mendapatkan maklumat yang tepat dari internet berusaha
untuk mengambil inisiatif untuk berbincang dan berkolaborasi dengan rakan-rakan sekelas dan
pensyarah pembimbing. Perbincangan dan kolaborasi ini sesungguhnya sangat membantu
saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna kerana saya berpeluang untuk bertanya
kepada rakan-rakan dan pensyarah tentang cara melaksanakan tugasan dan apabila terdapat
kekeliruan terhadap tajuk tugasan.Digalakkan juga menggunakan talian internet yang tersendiri
dan apabila menggunakan pendrive orang lain imbas dulu agar virus tersebut tidak
mengharamkan komputer riba pengguna.

Jika terdapat kelemahan , pasti adanya sebelah kebaikannya bagaikan pinang dibelah
dua.Sepanjang tempoh melaksanakan tugasan ini saya memperoleh banyak
manfaat.Antaranya termasuklah saya dapat mengukuhkan ilmu pengetahuan saya, khususnya
dari segi definisi dan konsep wacana. Saya memperoleh banyak perkataan baharu daripada

10
majalah, akhbar, buku rujukan di perpustakaan dan juga sumber rujukan di internet.
Seterusnya, saya memperoleh pengalaman baharu semasa membuat modul pengajaran
wacana dan menganalisis teks bahasa melayu yang ringkas itu dari segi keutuhan wacana.

Sesungguhnya, melalui aktiviti ini saya berjaya meluaskan pandangan saya terhadap
sesuatu perkataan. Selain itu, saya juga dapat mengaplikasikan ilmu yang saya pelajari dalam
kuliah wacana. Selama pembelajaran dalam kuliah, saya hanya mengetahui teorinya tetapi
dengan adanya kerja kursus ini saya dapat mempraktikkan apa-apa yang telah dipelajari
walaupun tugasan projek ini sangat sukar untuk dilaksanakan. Mempraktikkan teori, walaupun
sukar, merupakan satu cara mengukuhkan ilmu. Saya berasa sangat mencabar untuk
melaksanakannya. Pada masa yang sama,selepas menyempurnakan tugasan ini, saya telah
mendapati bahawa semangat kerjasama merupakan suatu aspek yang penting yang perlu
diamalkan.Hal ini demikian kerana , melalui semangat bekerjasamalah kami dapat berbincang
dan seterusnya menghasilkan kerja kursus yang berkualiti. Selain itu, kemahiran yang tinggi
terhadap penggunaan komputer juga merupakan suatu perkara yang ajaib kerana tugasan
kedua kerja kursus ini perlu disiapkan dengan menggunakan komputer.

Sehubungan dengan itu, saya juga meluangkan masa untuk bersama rakan memilih bahan-
bahan yang tepat, berkongsi idea dan pendapat,pengetahuan serta kemahiran. Kolaborasi
sebegini telah banyak membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan baik.Di samping
itu, dalam proses menyiapkan tugasan ini, saya telah memperoleh banyak ilmu yang berkaitan
penulisan akademik bagi program untuk melahirkan generasi yang mempunyai nilai-nilai
patriotik.. Saya sedar bahawa sebagai seorang bakal guru Bahasa Melayu saya perlu
memainkan peranan penting dalam mempelbagaikan strategi dan aktiviti bagi menyuntik
semangat patriotik ke dalam sanubari masyarakat dengan melaksanakan tugasan ini. Saya
turut mempelajari banyak pengetahuan dan telah meningkatkan daya pemikiran saya untuk
menghasilkan pemetaan I-Think bagi pembentangan.Akhir kata, segala kesilapan dan
kekangan yang dihadapi haruslah dijadikan sebagai batu loncatan untuk melaksanakan kerja
kursus lain dengan terbaik pada masa akan datang.

11
Rujukan

Asmah Haji Omar.(2006).Panduan Wacana Akademik.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan


Pustaka.

Asmah Haji Omar.(1996).Wacana Perbincangan,Perbahasan dan perundingan.Kuala Lumpur:


Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Adenan Ayob.(2009).Bahasa Kebangsaan.Selangor Darul Ehsan:Oxford Fajar SDN.BHD.

Sulaiman Masri.(1997).Komunikasi Berkesan Jilid 2.Shah Alam:Penerbit Fajar Bakti SDN.BHD.

Sandora Mohd Panut.(2004,Julai).Hari Pahlawan Penghargaan buat bekas perajurit.Dewan


Siswa.8-10.

Hj Mohd Noor Hj Daud.(2015, Februari).Sambutan Hari Pahlawan. Buletin Veteran,(2), 1-2.

Azizah Aziz.(2012).Nota Wacana.Dirujuk pada: http://www.slideshare.net/AzizahAziz2/nota-


wacana.

12

Anda mungkin juga menyukai

  • Sains Data
    Sains Data
    Dokumen2 halaman
    Sains Data
    SHARMILAAHDEVI NAGARETNAM
    Belum ada peringkat
  • 48 181 1 PB PDF
    48 181 1 PB PDF
    Dokumen18 halaman
    48 181 1 PB PDF
    SHARMILAAHDEVI NAGARETNAM
    Belum ada peringkat
  • JKFN
    JKFN
    Dokumen7 halaman
    JKFN
    SHARMILAAHDEVI NAGARETNAM
    Belum ada peringkat
  • Tugasan 2 Penulisan Esei 2
    Tugasan 2 Penulisan Esei 2
    Dokumen9 halaman
    Tugasan 2 Penulisan Esei 2
    SHARMILAAHDEVI NAGARETNAM
    Belum ada peringkat
  • Kuiz 2 - Soalan
    Kuiz 2 - Soalan
    Dokumen1 halaman
    Kuiz 2 - Soalan
    SHARMILAAHDEVI NAGARETNAM
    Belum ada peringkat
  • Sains Data
    Sains Data
    Dokumen2 halaman
    Sains Data
    SHARMILAAHDEVI NAGARETNAM
    Belum ada peringkat
  • Intro GPP
    Intro GPP
    Dokumen8 halaman
    Intro GPP
    SHARMILAAHDEVI NAGARETNAM
    Belum ada peringkat
  • Rujuk Lam
    Rujuk Lam
    Dokumen15 halaman
    Rujuk Lam
    SHARMILAAHDEVI NAGARETNAM
    Belum ada peringkat
  • Jadual Kerja Penyeliaan Praktikum
    Jadual Kerja Penyeliaan Praktikum
    Dokumen1 halaman
    Jadual Kerja Penyeliaan Praktikum
    SHARMILAAHDEVI NAGARETNAM
    Belum ada peringkat
  • RPH 7 MATEMATIK MASA DAN WAKTU 11.6 (I) 4AB
    RPH 7 MATEMATIK MASA DAN WAKTU 11.6 (I) 4AB
    Dokumen9 halaman
    RPH 7 MATEMATIK MASA DAN WAKTU 11.6 (I) 4AB
    SHARMILAAHDEVI NAGARETNAM
    Belum ada peringkat
  • Document 1
    Document 1
    Dokumen2 halaman
    Document 1
    SHARMILAAHDEVI NAGARETNAM
    Belum ada peringkat
  • KNLHJBJKB
    KNLHJBJKB
    Dokumen14 halaman
    KNLHJBJKB
    SHARMILAAHDEVI NAGARETNAM
    Belum ada peringkat
  • RPH 1 BM Tahun 5 Sal
    RPH 1 BM Tahun 5 Sal
    Dokumen8 halaman
    RPH 1 BM Tahun 5 Sal
    SHARMILAAHDEVI NAGARETNAM
    Belum ada peringkat
  • JGHJGJT
    JGHJGJT
    Dokumen10 halaman
    JGHJGJT
    SHARMILAAHDEVI NAGARETNAM
    Belum ada peringkat
  • RPH 7 MATEMATIK MASA DAN WAKTU 11.6 (I) 4AB
    RPH 7 MATEMATIK MASA DAN WAKTU 11.6 (I) 4AB
    Dokumen9 halaman
    RPH 7 MATEMATIK MASA DAN WAKTU 11.6 (I) 4AB
    SHARMILAAHDEVI NAGARETNAM
    Belum ada peringkat
  • Rancangan Pengajaran Individu
    Rancangan Pengajaran Individu
    Dokumen16 halaman
    Rancangan Pengajaran Individu
    SHARMILAAHDEVI NAGARETNAM
    Belum ada peringkat
  • BHJBKBN
    BHJBKBN
    Dokumen7 halaman
    BHJBKBN
    SHARMILAAHDEVI NAGARETNAM
    Belum ada peringkat
  • Lembaran Kerja
    Lembaran Kerja
    Dokumen7 halaman
    Lembaran Kerja
    SHARMILAAHDEVI NAGARETNAM
    Belum ada peringkat
  • BHJKBJK
    BHJKBJK
    Dokumen8 halaman
    BHJKBJK
    SHARMILAAHDEVI NAGARETNAM
    Belum ada peringkat
  • RPH 10 BM Tahun 4 Ar-Razi
    RPH 10 BM Tahun 4 Ar-Razi
    Dokumen7 halaman
    RPH 10 BM Tahun 4 Ar-Razi
    SHARMILAAHDEVI NAGARETNAM
    Belum ada peringkat
  • RPH 2 MATEMATIK MASA DAN WAKTU 11.1 (I) 4AB
    RPH 2 MATEMATIK MASA DAN WAKTU 11.1 (I) 4AB
    Dokumen9 halaman
    RPH 2 MATEMATIK MASA DAN WAKTU 11.1 (I) 4AB
    SHARMILAAHDEVI NAGARETNAM
    Belum ada peringkat
  • Lembaran Kerja
    Lembaran Kerja
    Dokumen5 halaman
    Lembaran Kerja
    SHARMILAAHDEVI NAGARETNAM
    Belum ada peringkat
  • Tfhytj
    Tfhytj
    Dokumen8 halaman
    Tfhytj
    SHARMILAAHDEVI NAGARETNAM
    Belum ada peringkat
  • Gthtyjy
    Gthtyjy
    Dokumen8 halaman
    Gthtyjy
    SHARMILAAHDEVI NAGARETNAM
    Belum ada peringkat
  • Ouil
    Ouil
    Dokumen9 halaman
    Ouil
    SHARMILAAHDEVI NAGARETNAM
    Belum ada peringkat
  • Jhdbchevb
    Jhdbchevb
    Dokumen3 halaman
    Jhdbchevb
    SHARMILAAHDEVI NAGARETNAM
    Belum ada peringkat
  • Lembaran Kerja
    Lembaran Kerja
    Dokumen5 halaman
    Lembaran Kerja
    SHARMILAAHDEVI NAGARETNAM
    Belum ada peringkat
  • Jihb
    Jihb
    Dokumen1 halaman
    Jihb
    SHARMILAAHDEVI NAGARETNAM
    Belum ada peringkat