Anda di halaman 1dari 9

TUGASAN 2 : PENULISAN ESEI 2

Teori Huraian Bahasa mengkaji hubungan bahasa dengan jiwa manusia, jenis-jenis bahasa,
bentuk-bentuk bahasa dan perkataan yang digunakan oleh penutur serta hubungannya dengan
fikiran dan jiwa penutur. Menurut Nik Hassan Basri Nik Ab.Kadir. (2009), Teori huraian bahasa
merupakan teori dalam deskriptif yang memperkatakan ciri dan fakta tentang struktur bahasa
sejagat yang ada dalam semua bahasa manusia di dunia ini. Teori huraian bahasa cuba
menghuraikan sifat umum yang terkandung dalam semua bahasa asli manusia dengan melihat
sifat dan ciri yang merentasi semua bahasa. Aliran kajian tatabahasa teori huraian bahasa
Teori Huraian Bahasa

yang terkenal terbahagi kepada empat iaitu:

Teori tradisional (Panini)

Teori stuktural (Bloomfield)

Teori Transformasi -generatif


(Chomsky)

Teori Fungsionalis (Halliday)

Rajah 1 menunjukkan jenis teori huraian bahasa

Perbezaan pendapat setiap aliran ini bergantung kepada pengaruh yang diterima oleh
aliran tersebut dan persamaan pula daripada segi istilah dan konsep yang digunakan
kerana setiap aliran merupakan suatu kesinambungan. Segala pendapat yang dikemukakn oleh
ahli - ahli psikologi dan linguistik seperti yang diperlihatkan sebelum ini adalah dianggap
sebagai asas penting dalam PdP bahasa yang dapat diterangkan seperti rajah 2 dibawah.

9
Psikolinguistik

Pendapat ahli
Aliran Behaviorisme Aliran kognitif
psikolinguistik

Teori mekanis Teori-teori bahasa Teori mentalis

Analisis stuktural Deskripsi bahasa Analisis tradisional

Teori pembentukan Teori-teori


Teori kod -kognitif
kebiasan pembelajaran

Pendekatan
Induktif Deduktif
pengajaran

Kaedah dengan Kaedah-kaedah Kaedah tatabahasa


tutur pengajaran terjemahan.

Rajah 2 menunjukkan perkaitan antara ilmu psikolinguistik dengan aspek-aspek bahasa 10


Sehubungan itu, analisis -analisis bahasa ini amat penting dalam pengajaran dan
pembelajaran kerana sesuatu analisis bahasa itu akan melahirkan kaedah mengajar yang
sesuai. Teori Tradisional (Panini) iaitu Kajian bahasa dibuat terhadap bentuk-bentuk tulisan.
Teori Struktural (Bloomfield) bahasa merupakan kajian tentang fonem dan morfem serta kaitan
antara fonem, morfem dan ayat, Teori Tranformasi Generatif (Chomsky) Bahasa adalah sistem
tentang rumus-rumus bahasa.dan Teori Fungsional (Halliday) adalah kajian tentang perubahan
yang berlaku pada struktur bahasa ketika seseorang berkomunikasi. Dalam hal ini, guru-guru
perlu arif tentang sifat-sifat bahasa yang diajar dan bagaimana bahasa berfungsi seperti
dihuraikan oleh ahli-ahli linguistik teoritis.

Teori
Huraian
Bahasa

Nahu
Struktural
Tradisional

Rajah 3 menunjukkan teori huraian bahasa yang akan dibanding beza.

Rentetan itu, bagi memenuhi kehendak tugasan , teori huraian bahasa nahu tradisional dan
teori huraian bahasa struktural dibandingkan dari segi persamaan dan perbezaan.

11
Memperkenalkan
kaedah mengajar
yang sesuai
Dipengaruhi
aliran
pemikiran Dibawah teori
zaman huraian bahasa
dahulu.
Persamaan teori
huraian bahasa nahu
tradisional & bahasa
struktural

Sebagai alat
Berkaitan ilmu perhubungan
psikolinguistik. yang
sistematik.
Berhubung
dengan
pengaruh ilmu
yang lain

Rajah 4 menunjukkan persamaan teori huraian bahasa nahu tradisional dan bahasa stuktural.

Pertamanya, kita mengupas persamaan antara kedua-dua teori huraian bahasa nahu
tradisional dan bahasa struktural. Sudah terang lagi bersuluh, kedua-dua teori ini dibawah teori
huraian bahasa yang berfungsi sebagai alat perhubungan yang sistematik. Selain itu, kedua-
dua teori ini , mempunyai hubungan dengan pengaruh ilmu yang lain dan berkaitan dengan ilmu
psikolinguistik. Hal ini demikian kerana, teori-teori ini dikemukakan oleh ahli-ahli psikologi dan
linguistik. Jika ditelusuri , kedua-dua teori ini menyumbang dalam PdP terutamanya bagi
mewujudkan kaedah mengajar yang sesuai melibatkan pemecahan bahasa kepada unsur
bahasa yang hendak diajar. Tambahan pula, teori ini dipengaruhi oleh pemikiran pada zaman
dahulu.Pada masa yang sama, teori huraian bahasa nahu tradisional dan bahasa struktural
bersifat universal yang berasaskan tatabahasa. Natijahnya, ini merupakan antara persamaan
yang dikongsi oleh kedua-dua teori nahu tradisional dan bahasa stuktural.

NO ASPEK TEORI HURAIAN BAHASA TEORI HURAIAN BAHASA

12
NAHU TRADISIONAL STUKTURAL
1. Pelapor Panini berasal dari India. Bloomfield.
2. Tempoh Zaman Yunani (abad ke -5 S.M) Pertengahan abad ke -20.
kewujudan teori
3. Ahli pengkaji teori Ahli falsafah Yunani, Orang Edward Sapir, Leonard de
Romawi, Sarjana Arab, Plato , Sausure, Otto Jespersen.
Aristotle.

Malaysia : Pendeta Za’ba, Prof


Asmah Hj Omar.
4. Pengaruh teori  Ilmu Falsafah  Teori Psikologi
Behaviorisme.
5. Bidang kajian  Huraian tatabahasa secara  Lambang-lambang
logikal. pertuturan.
 Membahagikan golongan  Bersifat ‘ structure
kata. centred’
 Kajian secara deduktif,  Kajian fonologi,
berdasarkan bahasa tulisan. morfologi, sintaksis.
 Istilah digunakan – Aktif,  Huraian bahasa secara
pasif, Transitif, Intransitif. induktif.
 Tertumpu kepada struktur
permukaan ayat.
 Pembahagian ayat – penyata,
tanya, seru, perintah.
6. Konsep  Bahasa : Ucapan buah  Bersifat sistematik
fikiran, perasaan manusia,  Mempunyai tatabahasa
alat membunyikan suara. tersendiri.
 Pengajaran tertumpu nahu  Alat perhubungan asas
tradisional. utama.
 Meningkatkan kemahiran  Struktur dimulai dengan
menulis. fonologi, morfologi,
 Bahasa satu organisma. sintaksis.
 Ayat : konsep binaan  Pendekatan kajian
bahasa : Tatabahasa

13
struktural.
 Berfokus kepada binaan
ayat.
7. Ciri  Gabungan semantik dan  Bahasa bersifat
tatabahasa. arbitrari.
 Ketiadaan pola morfologi  Bahasa sistem lambang
dan sintaksis. pertuturan.
 Bahasa ialah tulisan.  Kajian secara diskriptif
 Bahasa bersifat  Bahasa bersifat
konvensional. emprikal.
 Bersifat nasional bukan
formal atau struktural.
 Utamakan peningkatan dan
pemilihan bahan pengajaran.
Jadual 1 menunjukkan perbezaan antara teori huraian bahasa nahu tradisional dan teori
bahasa Struktural.

Seterusnya, Teori nahu tradisional dan teori bahasa struktural ini dikaji perbezaan dari segi
aspek pelapor, tempoh kewujudan teori, para ahli pengkaji teori , pengaruh, bidang kajian,
konsep dan ciri teori. Teori huraian bahasa nahu tradisional ini dipelopori oleh Panini yang
berasal dari India . Teori Nahu Tradisional (Panini) bermula sejak zaman Yunani (abad ke-5
S.M). Pada masa itu tatabahasa merupakan cabang falsafah yang dapat membantu ahli
falsafah Yunani mengkaji tabii alam. Kajian dilanjutkan oleh orang Romawi yang mengkaji
bahasa latin dan sarjana-sarjana Arab yang menjalankan bentuk kajian yang sama terhadap
bahasa arab. Sebelum itu, Plato dan aristotle telah menghuraikannya dalam bahasa Yunani
dan di Malaysia, ia telah dimulakan oleh Pendita Zaba dan Prof. Asmah Hj. Omar dengan
pendekatan bahasa Melayu. Teori huraian bahasa nahu tradisional ini dipengaruhi oleh ilmu
falsafah.

Tambahan pula, dari segi bidang kajian Huraian tatabahasa dibuat berdasarkan logikal. Plato
(429-327 S.M) membahagikan golongan kata kepada dua bahagian iaitu kata nama dan
perbuatan. Kata nama yang berfungsi sebagai subjek dalam ayat dan kata kerja
menggambarkan tindakan (predikat ). Kajian teori ini dibuat berdasarkan bahasa tulisan.
Menurut Kamarudin Hj Husin. (1988), kajian yang dijalankan adalah secara deduktif, iaitu

14
menekankan pemahaman rumus-rumus atau undang-undang bahasa dahulu kemudian diikuti
dengan contoh-contoh. Aspek kajian tertumpu pada struktur permukaan dan bukan makna ayat.

Dalam kontek ini, pembahagian ayat pula berdasarkan fungsi bahagian-bahagian ayat
tersebut. Ayat definisikan sebagai ucapan yang mengandungi fikiran yang lengkap. Ayat
dibahagikan kepada empat jenis iaitu ayat penyata, tanya, seru dan perintah. Bahagian-
bahagian ayat disebut sebagai subjek, predikat, objek dan keterangan. Istilah seperti aktif, pasif,
transitif dan intransitif wujud daripada pandangan ahli falsafah untuk mencari kenyataan dan
hubungan logika dalam ayat. Manakala, tatabahasa merupakan satu cara atau proses
pengkajian bahasa tentang hukum-hukum dan peraturan-peraturan sesuatu bahasa yang
dibuat berdasarkan makna.

Sementara itu, dari segi konsep aliran nahu tradisional ini telah melahirkan tatabahasa
tradisional. Tatabahasa tradisional berusaha menghuraikan sesuatu bahasa, menganalisis dan
menjelaskan konstituen ayat yang dibentuk dengan baik. Faedah tatabahasa ini ialah
tatabahasa memberikan pemahaman asas kepada mereka yang belajar tentang binaan bahasa
serta dapat membantu mereka meningkatkan kemahiran menulis. Menurut teori ini, bahasa
ialah ucapan buah fikiran dan perasaan manusia dengan teratur serta menggunakan alat untuk
membunyikan suara. Ia juga sangat mementingkan bahasa tulisan. Penutur juga adalah
diwajibkan mematuhi peraturan dan sebarang kesilapan yang dilakukan dianggap sebagai
kesalahan. Pengajaran pula banyak tertumpu kepada nahu terjemahan.

Lain daripada itu, ayat-ayat yang dibina dengan menggunakan konsep binaan. Bahasa
adalah satu organisma. Ia hidup dan berubah. Tatabahasa tradisional bukan merupakan
gabungan beberapa teori yang berusaha untuk menjelaskan struktur kesemua bahasa di dunia
ini menggunakan satu set konsep yang unik. Tatabahasa ini berpecah kepada traidisi yang
berbeza-beza bagi bahasa yang berbeza. Dengan kata lain, setiap bahasa mempunyai
perbendaharaan kata tradisional mereka dan cara analisis yang tersendiri. Tamsilnya, setiap
bahasa Eropah mewakili dan menyesuaikan tatabahasa Latin ke dalam bahasa yang tertentu.

Tambahan pula, perbezaan teori ini dari segi ciri adalah seperti berikut. Tatabahasa
tradisional bersifat nasional bukan formal atau struktural. Teori ini merupakan gabungan
semantik dan tatabahasa. Dalam teori ini, ketiadaan pola morfologi atau sintaksis tetap yang
boleh digunakan sebagai dasar untuk menerbitkan pelbagai struktur. Seterusnya, teori ini tidak
utamakan pemilihan dan pemeringkatan bahan pengajaran (Gramatik atau Leksikal) sama ada

15
berasakan yang mudah kepada lebih rumit. Berikutnya, bagi teori ini bahasa ialah tulisan dan
lisan kurang dipentingkan. Bahasa bersifat konvensional dalam teori ini.

Manakala, aspek perbezaan turut dikaji bagi teori huraian bahasa struktural. Teori ini
diperkenalkan oleh Bloomfield (1897-1949) dan hasil kerja oleh Edward Sapir (1881-1939),
Leonard de Sausure dan Otto Jespersen. Ia juga dikenali juga dengan aliran taxonomic
atau bloomfeildian. Teori huraian bahasa struktural dipengaruhi oleh Teori Psikologi
Behaviorisme.

Di samping itu, teori ini muncul sebagai tentangan terhadap dasar nasional dan kaedah
huraian bahasa yang dilakukan oleh aliran tradisional. Teori ini mula diperkenalkan pada
pertengahan abad ke-20. Teori ini juga dikenali sebagai tatabahasa struktural. Tentangan
utama ialah dasar nasional yang digunakan oleh aliran tradisional untuk membentuk kategori-
kategori tatabahasa dan anggapan bahawa semua bahasa mempunyai kategori universal.

Tambahan pula, perbezaan dari segi bidang kajian adalah aliran struktural mengkaji bahasa
sebagai lambang-lambang pertuturan. Data-data adalah daripada bunyi-bunyi bahasa yang
dilafazkan oleh penutur jati daripada bahasa yang hendak dikaji. Analisis struktural bersifat
‘strurcture centered’. Setiap bunyi perkataan atau bahagian berdiri sendiri dan tidak
mempunyai kepentingan linguistik. Setiap unsur tersebut menjadi penting apabila unsur-
unsur itu bergabung dengan unsur-unsur lain dalam sesuatu pola sistem linguistik.
Analisis tatabahasa bermula daripada bunyi dan diikuti oleh morfem, frasa, klausa dan ayat
serta unsur-unsur supra segmental. Menurut Abdul Aziz Abdul Talib. (2000), Ayat akan
dipecahkan mengikut konstituen-konstituennya yang paling kecil ialah perkataan diikuti
frasa, klausa, subjek dan predikat. Teori ini menumpukan kajian terhadap fonologi, morfologi
dan sintaksis. Huraian bahasa juga dilakukan secara induktif iaitu dimulai dengan contoh
kemudian diikuti pula dengan generalisasi dan tidak menentingkan makna serta analisis dibuat
secara luaran sahaja.

Selain itu, konsep teori ini adalah, bahasa bersifat sistematik dan mempunyai tatabahasa
tersendiri serta hidup dan sentiasa berubah-ubah. Bahasa juga dikatakan mempunyai satu
sistem dan mempunyai peraturan. Menurut, Adenan Ayob & Khairuddin Mohamad. (2012),
bahasa merupakan alat komunikasi yang utama dan aspek pertuturan merupakan alat
perhubungan asas utama. Kajian ini juga berdasarkan struktur iaitu dimulai dengan fonologi
kemudian morfologi dan akhir sekali sintaksis. Linguistik aliran struktural melahirkan tatabahasa
struktural yang berusaha untuk menjelaskan tatabahasa sesuatu bahasa berdasarkan analisis

16
struktur ayat. Tatabahasa struktural merupakan pendekatan kajian bahasa yang berfokus
kepada binaan ayat.

Di samping itu, teori ini mempunyai ciri tersendirinya iaitu, bahasa dikaji sebagai sistem
lambang pertuturan. Sehubungan itu, bahasa bersifat arbitrari dan digunakan untuk
perhubungan antara satu dengan yang lain. Bahasa dikaji secara diskriptif, dan bersifat
empirikal. Empirikal membawa maksud berdasarkan pemerhatian atau eksperimen iaitu dengan
kata lain, boleh diuji. Konsituen yang paling kecil dalam teori ini ialah mengecilkan perkataan,
diikuti frasa, klausa, subjek, dan predikat. Perkaitan unit tatabahasa dan ayat dianalisis secara
konsituen terdekat.

Secara total, setelah melihat kepada kedua-dua teori huraian bahasa tersebut, dapatlah kita
simpulkan bahawa bahasa merupakan satu alat perhubungan yang sistematik. Maknanya,
bahasa mempunyai peraturan-peraturan nahunya yang tersendiri. Konklusinya,, saya sebagai
bakal guru Bahasa Melayu sedar akan kepentingan penggunaan Bahasa Melayu yang betul
dalam komunikasi kehidupan seharian setelah mempelajari teori-teori huraian bahasa.

17

Anda mungkin juga menyukai