Anda di halaman 1dari 7

Latihan Ulangkaji Bab 1 dan Bab2.

ARAHAN: Tulis soalan dan jawapan sahaja di dalam buku Nota dan Latihan.

1. Pernyataan manakah yang tidak berkaitan dengan konsep asas perniagaan?

A. Melatih tenaga kerja mahir


B. Melakukan pertukaran nilai
C. Menyediakan barang dan perkhidmatan
D. Memuaskan keperluan dan kehendak pengguna

2. Manakah yang berkaitan dengan rumus keuntungan perniagaan?

A. Jumlah jualan melebihi jumlah kos stok barang


B. Hasil jualan melebihi jumlah kos barang yang dijual
C. Hasil jualan ditambah dengan jumlah kos stok barang
D. Jualan kos barang dicampurkan jumlah hasil perniagaan

3. Gambar di bawah berkaitan dengan sebuah organisasi bukan bermotifkan untung(OBBU).

Apakah faedah penting bagi organisasi tersebut?


A. Menawarkan barang pada harga kos
B. Menawarkan barang secara percuma
C. Menawarkan barang pada harga maksimum
D. Menawarkan barang pada harga bawah kos

4. Kedai Ali membeli stok dagangan secara kredit daripada Pembekal Jatidiri.
Akta manakah yang dirujuk jika berlaku pelanggaran terma?

A. Akta Kontrak 150


B. Akta Kawalan Bekalan 1973
C. Akta Perihal Dagangan 1972
D. Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011
5. Agensi manakah yang menjadi penyumbang utama eksport negara pada era selepas merdeka
sehingga tahun 1970-an?

A. Pertanian
B. Perkilangan
C. Perkhidmatan
D. Peruncitan dan pemborongan
6. Salah satu prinsip koperasi ialah kebebasan autonomi. Apakah yang dimaksudkan dengan
kebebasan autonomi?

A. Keanggotaan dalam koperasi adalah secara sukarela


B. Anggota berhak mendapat pendidikan, latihan dan maklumat.
C. Kawalan atas pengurusan koperasi dilakukan secara demokrasi
D. Anggota berhak bersuara dan memberi pendapat masing-masing

7. Apakah kelebihan perniagaan francais kepada francaisor?

A. Dapat menjimatkan kos promosi


B. Dapat menjamin keuntungan perniagaan
C. Tidak terikat dengan sebarang perjanjian
D. Dapat mengembangkan perniagaan secara global

8. Siapakah yang menentukan dasar dan skop operasi?

A. Pengurus besar
B. Ketua eksekutif
C. Pemegang saham
D. Lembaga pengarah

9. Maklumat di bawah berkaitan dengan sejenis rakan kongsi?

Dean menanggung liabiliti terhad kepada modal


yang dilaburkan sahaja dan tiada kuasa pengurusan.
Apakah jenis rakan kongsi tersebut?
A. Rakan kongsi lelap
B. Rakan kongsi biasa
C. Rakan kongsi aktif
D. Rakan kongsi berhad

10. Rajah di bawah berkaitan dengan sejenis perkongsian.


Entiti
berasingan

X
Liabiliti terhad Hayat berterusan

Apakah faktor X?
A. Perkongsian biasa
B. Perkongsian aktif
C. Perkongsian berhad
D. Perkongsian liabiliti terhad
11. Maklumat di bawah menunjukkan contoh sejenis pemilikan perniagaan.

 Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad


(KPF)
 Koperasi Konsumer Berhad

Apakah tujuan kewujudan organisasi di atas?


A. Memaksimumkan keuntungan
B. Menawarkan barang percuma
C. Melindungi kepentingan anggotannya
D. Mendapat cukai pendapatan yang rendah

12. Perniagaan manakah yang boleh digolongkan sebagai perniagaan bersaiz kecil?

A. Butik Pakaian Emma


B. Syarikat Perabot J & J Berhad
C. Kilang Plastik Ali dan Rakan-rakan
D. Kilang Kek dan Biskut Swit Sendirian Berhad

13. Maklumat di bawah berkait dengan sejenis bentuk perniagaan.

Wajib menyediakan “blueprint” atau petunjuk


pelaksanaan bentuk perniagaan.
Apakah jenis bentuk perniagaan yang berkait dengan peranan tersebut?
A. Syarikat usaha sama
B. Pemilikan perkongsian
C. Perniagaan francais
D. Pemilikan tunggal

14. Rajah di bawah ini berkait dengan bentuk perniagaan.


SYARIKAT ALI SENDIRIAN
KEDAI ALI
Diubah menjadi BERHAD

Apakah kelebihan yang dinikmati oleh peniaga?


A. Memudahkan kawalan perniagaan
B. Operasi perniagaan dapat dipertingkatkan
C. Dapat membuat keputusan dengan serta-merta
D. Membayar kadar cukai perniagaan yang rendah
15. Gambar di bawah berkaitan dengan sektor perniagaan.

Apakah sektor perniagaan tersebut?


A. Sektor permulaan
B. Sektor utama
C. Sektor kedua
D. Sektor ketiga

16. Antara yang berikut, yang manakah merupakan peranan kerajaan pusat dari aspek perundangan?

A. Perlindungan pengguna
B. Aktiviti latihan dan pembangunan
C. Penggubalan undang-undang kecil
D. Aktiviti penyelidikan dan pembangunan

17. Maklumat di bawah menunjukkan contoh pembiayaan.

 Skim Pembiayaan Am
 Skim Pembiayaan Profesional
A. Majlis Amanah Rakyat
B. Amanah Ikhtiar Malaysia
C. Bank Pembangunan dan Insfrastruktur Malaysia Berhad
D. Credit Guaratee Corporation Malaysia Berhad

18. Apakah aktiviti yang disediakan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)?

A. Promosi
B. Pembiayaan
C. Latihan dan pembangunan
D. Penyelidikan dan pembangunan

19. Syarikat Happy Cook menggunakan mesin moden hanya untuk proses tertentu sahaja yang tidak
dapat dilaksanakan oleh tenaga buruh. Mengapakah syarikat tersebut bertindak demikian?

A. Mengatasi masalah pengangguran kitaran


B. Mengatasi masalah pengangguran struktur
C. Mengatasi masalah pengangguran bermusim
D. Mengatasi masalah pengangguran teknologi
20. Maklumat berikut berkaitan dengan suatu fenomena.

Kenaikan harga barang secara berterusan

Antara yang berikut, yang manakah menerangkan fenomena di atas?


A. Inflasi
B. Deflasi
C. Kemelesetan
D. Perkembangan

21. Gambar di bawah ini berkaitan dengan seorang pengguna.

Akta manakah yang dapat membantu pengguna tersebut?


A. Akta Kontrak 1950
B. Akta Timbang Sukat 1972
C. Akta Kawalan Harga 1946
D. Akta Perihal Dagangan 1972

22. Maklumat yang berikut berkaitan dengan beberapa jenis cukai yang dikutip oleh satu agensi
kerajaan.

 Cukai import dan cukai eksport


 Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
Apakah agensi berkenaan?
A. Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDM)
B. Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
C. Bank Negara Malaysia (BNM)
D. Majlis Amanah Rakyat (MARA)

23. Maklumat berikut berkaitan dengan trend persekitaran perniagaan Syarikat AZ.

 Syarikat AZ mempunyai tenaga kerja yang berkemahiran tinggi.


 Syarikat AZ berniaga di negara yang mempunyai ekonomi stabil.
Apakah trend persekitaran perniagaan untuk Syarikat AZ?
A. Trend menegak
B. Trend menurun
C. Trend mendatar
D. Trend meningkat
24. Gambar di bawah ini berkaitan dengan trend persekitaran perniagaan.

Faktor luaran manakah yang membawa kepada keadaan sedemikian.


A. Pekerja kurang bermotivasi.
B. Keadaan ekonomi semakin lembap
C. Strategi pemasaran kurang berkesan
D. Kos pengeluaran semakin meningkat

25. Maklumat yang berikut berkaitan dengan sejenis gaya pengurusan.

 Majikan bertindak tegas dengan pekerjadalam urusan kerja


 Majikan tidak memberi peluang untuk pekerja mengemukakan
pandangan mereka.
Apakah gaya pengurusan berkenaan?
A. Gaya pengurusan laissez-faire
B. Gaya pengurusan autokratik
C. Gaya pengurusan demokratik
D. Gaya pengurusan sokongan

26. Rajah di bawah ini berkaitan dengan campuran pemasaran.

Produk Harga

campuran
pemasaran

Pengedaran X
Pernyataan manakah yang berkaitan dengan unsur yang bertanda X?
A. Kos pengeluaran yang tinggi akan merugikan peniaga
B. Pembungkusan penting untuk menjamin produk tahan lama
C. Promosi jualan dapat meningkatkan jualan dalam jangka pendek
D. Barang perlu diedarkan secara meluas untuk meningkatkan jualan

27. Maklumat yang berikut dengan analisis SWOT?


Dalaman X Kelemahan
Luaran Peluang Ancaman

Pernyataan manakah yang mewakili X?


A. Jenama syarikat sudah dikenali di seluruh dunia kerana bermutu tinggi
B. Para pesaing bercadang mengurangkan operasi kerana peningkatan kos
C. Perkembngan ekonomi meningkatkan permintaan untuk produk syarikat
D. Undang-undang baharu diluluskan oleh kerajaan untuk meningkatkan gaji minimum

28. Rajah di bawah menunjukkan graf kitaran ekonomi.

Apakah fasa X dan Fasa Y ?


Fasa X Fasa Y
A. Kemelesetan Kematangan
B. Melambung Pertumbuhan
C. Kemelesetan Melambung
D. Pertumbuhan Kematangan

29. Menurut analisis SWOT, perkara manakah merupakan peluang kepada restoran KFC?

A. Produk terhad
B. Bahan mentah berkualiti
C. Harga yang berpatutan
D. Kuasa beli penduduk meningkat

30. Maklumat berikut menunjukkan suatu faktor luaran.

Memperkenalkan cukai barang dan perkhidmatan (GST)


pada 1 April 2015
Apakah faktor luaran tersebut?
A. Politik
B. Ekonomi
C. Teknologi
D. Sosiobudaya

Anda mungkin juga menyukai