Anda di halaman 1dari 1

Rokok Elektronik (Vape) – Musuh atau Kawan Perokok

Oleh: Najihah Husna binti Abdullah

Di Malaysia  vape atau e-rokok ini telah menjadi fenomena nasional. Ramai dikalangan orang dewasa
terutama perokok percaya bahawa vape mampu mengurangkan ketagihan mereka terhadap rokok
tembakau. Sebahagian dari kelompok dewasa menganggap vape sebagai rawatan alternative yang
ampuh untuk merawat ketagihan mereka terhadap rokok.

Pengarah Institut Perubatan Respiratori Malaysia, Datuk Dr Abdul Razak Abdul Mutallif menyatakan
bahawa cecair vape masih mengandungi nikotin, sejenis bahan yang menyebabkan ketagihan. Sudut
pandang yang melihat lebih baik remaja menggunakan vape dari menghisap rokok tembakau adalah
satu pandangan yang terpedaya dalam perangkap normalisasi. Kerangka pemikiran sebegini akan
membarahkan lagi keadaan kerana ia bersifat tidak mencegah bahkan seolah-olah beralasan dan
memejamkan mata terhadap perbuatan buruk dan sia-sia yang wujud dalam bentuk baharu.

Kajian tentang kesan e-rokok terhadap kesihatan manusia masih lagi diperingkat awal. Kajian lebih
mendalam dan lebih lama diperlukan. Namun daripada pemerhatian dan kajian sendiri, saya
mendapati banyak testimoni daripada perokok yang benar-benar mahu berhenti merokok telah
berjaya samada mengurangkan pengambilan rokok atau terus tidak sentuh rokok setelah bertukar
kepada e-rokok. Hal ini kerana, menurut mereka e-rokok sememangnya mempunyai banyak
kelebihan. Antaranya, mereka mengatakan bahawa e-rokok lebih murah daripada rokok tradisional
terutamanya selepas pembelian. E-rokok juga adalah baik untuk kesihatan kerana ia tidak
mengandungi sebarang tembakau lebih-lebih lagi rokok elektronik ini didatangkan dalam pelbagai
perisa seperti lemon, pisang, rose dan Hilton.

Perkara yang dinyatakan menunjukkan bahawa penilaian semula perlu dilakukan berdasarkan fakta
daripada kajian semasa. Nikotin asalnya adalah satu bentuk ubat yang apabila diambil secara
berlebihan boleh membawa mudharat. Begitu juga bahan-bahan lain dalam e-liquid. Oleh itu,
berdasarkan pemerhatian saya, kenyataan penggunaan e-rokok adalah jauh lebih selamat daripada
merokok tidak bermaksud bahan tersebut tidak bahaya. Kekuatan fakta ini perlulah dikaji dengan
mendalam terlebih dahulu dan perlu memakan masa yang lama.

Anda mungkin juga menyukai