Anda di halaman 1dari 1

MAKLUMAN KEPADA CALON BAGI PENTAKSIRAN ALTERNATIF (PA) JUN 2020

KURSUS : BUDAYA DAN PEMBELAJARAN


KOD KURSUS : EDUP3073
SEMESTER : SEMESTER 2 TAHUN 2
AMBILAN : JUN 2018

1. Soalan peperiksaan ini akan diberikan oleh pensyarah kepada calon mengikut
kumpulan pada jam 8.30 pagi, 03 Jun 2020 melalui aplikasi whatsapp kelas atau emel
mengikut kesesuaian.

2. Calon perlu mengisi borang kehadiran dalam Google Form melalui pautan yang akan
diberi pada 03 Jun 2020 (jam 8.30 pagi) sebagai bukti penerimaan soalan.

3. Peperiksaan akan bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga 7.00 malam (10 jam)

4. Terdapat 2 soalan esei (Soalan 1 : 700 patah perkataan dan Soalan 2 : 1000 patah
perkataan). Calon perlu akur dengan jumlah bilangan perkataan yang telah ditetapkan.

5. Calon boleh membuat rujukan dari mana-mana medium yang autentik menggunakan
format serta peraturan menggunakan sitasi gaya APA terkini.

6. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.

7. Calon perlu menghantar jawapan kepada pensyarah masing-masing melalui emel


pada atau sebelum pukul 7.00 malam 03 Jun 2020. Penghantaran jawapan yang lewat
dari pukul 7.00 malam 03 Jun 2020 tidak akan diterima

8. Satu peringatan (done) perlu dihantar kepada pensyarah masing-masing melalui


aplikasi whatsapp kelas tentang penghantaran tersebut dan pensyarah akan
mengesahkan penerimaan jawapan calon.

9. Calon diminta menyimpan satu salinan lembut dan satu salinan bercetak sebagai
sandaran (backup) sekiranya fail yang diemel rosak.

≈≈≈ Selamat Maju Jaya kepada semua calon ≈≈≈

Anda mungkin juga menyukai