Anda di halaman 1dari 14

JABATAN SAINS DAN MATEMATIK

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR

TUGASAN PENULISAN AKADEMIK


(INDIVIDU)
SEMESTER: 2 TAHUN: 1

GPP1063
PENGANTAR PENGAJIAN PROFESIONAL
DISEDIAKAN OLEH
JONG XIAO WEI
990531-13-5576
Program: PPISMP AMBILAN JUN 2017
KUMPULAN AKADEMIK: ANGKA GILIRAN

J2.1 2017172310053

PENSYARAH:

NORIJAH BINTI MOHAMED


TARIKH DITERIMA: TARIKH HANTAR:

13 FEBRUARI 2018 5 MAC 2018

MARKAH:
PENGHARGAAN

Pertama kali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Institut
Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas kerana memberi peluang untuk saya untuk
menghasilkan laporan amali ini dengan menyediakan kemudahan seperti
perpustakaan untuk memudahkan saya mendapatkan bahan rujukan yang berkaitan
dengan tajuk ini.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Puan Norijah Binti Mohamed
atas tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna kepada saya. Terima kasih
kepada beliau kerana mempercayai saya dalam menjalankan laporan amali ini
sehingga berjaya.

Selain itu, terima kasih kepada ibu bapa dan rakan-rakan yang banyak
memberi dorongan kepada saya. Tanpa dorongan mereka mungkin tidak dapat saya
menghasilkan laporan amali ini dengan sempurna.

Akhirnya, penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak


yang telah memberi bantuan kepada saya. Saya juga menyusun sepuluh jari
memohon kemaafan seandainya terdapat sebarang kesalahan yang tidak
disengajakan di dalam laporan amali ini. Sekian,terima kasih.
Isi Kandungan

Tajuk Halaman
1.0 Pengenalan 1
2.0 Penulisan Esei
2.1 Soalan (a)
2.1.1 Penggunaan Frog VLE 2-3
2.1.2 Penggunaan Perisian Microsoft 3-4
2.1.3 Penggunaan Enjin Carian 4-5

2.1.4 Penggunaan Komputer Untuk Membina Alat-alat 5


Berfikir
2.1.5 Penggunaan Penciptaan Kuiz atas Talian 5-6
2.1.6 Penggunaan media sosial 6

2.2 Soalan (b)


2.2.1 Cabaran dari Pihak Ibu Bapa 7
2.2.2 Cabaran dari Pihak PIBG 8
2.2.3 Cabaran dari Pihak Guru 9-10
2.2.4 Cabaran Kekurangan Kerjasama Antara Sekolah 10
3.0 Kesimpulan 10-11
4.0 Rujukan 12

2.0 PENGENALAN
Algoritma adalah urutan langkah-langkah logis penyelesaian masalah yang
disusun secara sistematis dan logis. Kata logis ialah kata kunci dalam algoritma.
Langkah-langkah dalam algoritma harus logis dan dapat ditentukan bernilai benar
ataupun salah. Algoritma juga adalah spesifikasi urutan langkah bagi melakukan
sesuatu pekerjaan.

Ubahan dapat dibahagikan kepada 3 jenis, iaitu ubahan langsung, ubahan


songsang dan ubahan tercantum. Ubahan tercantum pula dibahagi kepada dua
ubahan langsung, dua ubahan songsang serta satu ubahan langsung dan satu
ubahan songsang. Ubahan wujud dalam kehidupan harian dan sering dikaitan
dengan bidang lain seperti bidang sains dan bidang ekonomi.

3.0 ALGORITMA
Situasi

Ali telah menyertai pertandingan menulis esei yang dianjurkan di sekolah. Setelah
Ali menerima kertas soalan, dia membaca semua soalan yang dikemukakan dengan
teliti dan memilih satu soalan daripadanya. Seterusnya, dia membuat perancangan
esei berdasarkan soalan yang telah dipilih. Kemudian, Ali pun mula menulis esei.
Sebelum menghantar eseinya, Ali telah membuat semakan untuk memastikan tidak
ada kesalahan dibuat.

Algoritma

1. Membaca semua soalan.


2. Memilih satu soalan daripada soalan yang diberikan.
3. Membuat perancangan esei.
4. Menulis esei.
5. Membuat semakan esei.
6. Menghantarkan esei.

Pseudokod

1. Mula.
2. Membaca semua soalan.
3. Memilih satu soalan daripada soalan yang diberikan.
4. Membuat perancangan esei.
5. Menulis esei.
6. Membuat semakan esei.
7. Menghantarkan esei.
8. Tamat.

Carta Alir

Mula
Membaca semua soalan

Memilih satu soalan


daripada soalan yang
diberikan

Membuat perancangan
esei

Menulis esei

Membuat semakan esei

Menghantarkan esei

Tamat

4.0 UBAHAN
Ubahan Langsung

Ubahan langsung ialah pemboleh ubah y berubah secara langsung dengan

y
pemboleh ubah x, y ¿ x, andaikan nilai ialah suatu pemalar. y ¿ x bersamaan
x
dengan y=kx di mana k ialah pemalar.

Ubahan langsung digunakan dalam bidang fizik. Hal ini dapat dibuktikan
dalam Hukum Charles yang menerangkan isi padu bagi suatu gas yang jisimnya
tetap berkadar langsung kepada suhu mutlaknya sekiranya tekanan gas adalah
malar. Secara matematis, Hukum Charles dapat ditulis sebagai V ∝T . V ialah simbol
bagi isi padu dan T ialah simbol bagi suhu. V ∝T bersamaan dengan V=kT, di mana
k ialah pemalar. Pemalar k ialah tekanan gas. Contoh buktinya Hukum Charles
dalam kehidupan harian ialah Ali terpijak bola pingpong rakannya. Dia meletak bola
pingpong ke dalam air panas dan bola pingpong kembali mulus. Hal ini kerana
apabila suhu pingpong meningkat, volume bola pingpong pun bertambah. Jadi, bola
pingpong kembali mulus ketika air mendidih.

Seterusnya, ubahan langsung dapat ditemukan dalam formula Hukum Hooke,


F ∝ ∆ x yang mengkaji jumlah gaya maksimum yang dapat diberikan pada sesuatu
benda yang bersifat elastis supaya tidak melewati batas elastisnya. Di sini, F ∝ ∆ x
bersamaan denganF=k ∆ x, di mana F ialah simbol bagi gaya luar yang diberikan,
∆ xialah pertambahan panjang benda dari posisi asalnya dan k ialah konstanta
benda. Prinsip Hukum Hooke telah diterapkan pada mikroskop bagi melihat jasad-
jasad renik yang tidak dapat dilihat oleh mata telanjang, alat pengukur percepatan
gravitasi bumi, ayunan pegas dan sebagainya. Buktinya Hukum Hooke dalam
kehidupan harian ialah Ali menggunakan ketapel untuk membidik bola badminton di
atas bumbung dengan meletakkan batu di hujung karet. Karet bertambah panjang
apabila ditarik sehingga ketat dan batu akan terlempar setelah karet dilepaskan.
Ketapel juga kembali kepada panjang asalnya setelah dilepaskan.

Ubahan Songsang
Ubahan songsang ialah pemboleh ubah y berubah secara songsang dengan

1 1
pemboleh ubah x, y ¿ , andaikan nilai xy ialah suatu pemalar. y ¿
x x

k
bersamaan dengan y= di mana k ialah pemalar.
x

Ubahan songsang digunakan dalam bidang fizik. Hukum Boyle menyatakan


bahawa isi padu bagi suatu gas yang jisimnya tetap berkadar songsang dengan

1
tekanannya. Secara matematis, Hukum Boyle dapat ditulis sebagai P∝ . P ialah
V

1 k
tekanan gas manakala V ialah isi padu. P ∝ bersama dengan P= dengan k
V V
sebagai pemalar. Pemalar k ialah suhu gas. Contoh buktinya Hukum Boyle dalam
kehidupan harian ialah Ali menuruni perairan dan kembali ke atas permukaan air
dengan perlahan kerana waktu menuruni perairan tekanan akan bermula meningkat
kerana air lebih berat daripada udara dan sekiranya Ali naik ke atas permukaan air
dengan cepat, gas nitrogen yang ada pada tubuhnya akan sepat keluar dari tubuh
lalu menyebabkan perbedaan tekanan di dalam tubuh dan dicluar tubuh. Prinsip
Hukum Boyle juga digunakan dalam konsep jarum suntik, air mancur, kaleng soda
dan cat semprot.

Ubahan songsang juga digunakan dalam bidang ekonomi dalam Hukum


Permintaan bagi mengkaji hubungan songsang antara tingkat harga (P) dengan

1
kuantiti diminta (Q). Hukum Permintaan dapat ditulis sebagai P ∝ . Contoh Hukum
Q
Permintaan ialah apabila harga Milo menurun, kuantiti yang diminta dalam pasaran
meningkat. Hal ini kerana kuasa beli pembeli dan permintaan produk meningkat.
6
Satu Ubahan Langsung dan Satu Ubahan Songsang

Formula bagi satu ubahan langsung dan satu ubahan songsang dalam mata

V
pelajaran fizik ialah I ∝ dalam Hukum Ohm. Hukum Ohm menerangkan arus (I)
R
yang mengalir dalam sesuatu litar berkadar langsung dengan voltan (V) dan
berkadar secara songsang dengan rintangan (R). Secara matematis, Hukum Ohm

V
dapat ditulis sebagai I = . Hukum ini sangat berguna dalam bidang kejuruteraan
R
elektrik dan elektronik. Hal ini kerana hukum ini menunjukkan hubungan antara arus,
voltan dan rintangan pada tahap makroskopik. Pada tahap mikroskopik,
ahli fizik menggunakan persamaan vektor lain yang berkaitan dengan Hukum Ohm.
Contoh buktinya Hukum Ohm dalam kehidupan harian ialah lampu tangan tidak
padam apabila Ali menggunakan bateri 1 V dalam lampu tangan yang memerlukan 4
V, lampu tangan akan redup apabila menggunakan bateri 3 V dan lampu menyala
sangat terang apabila menggunakan bateri 5.5 V.

F
Seterusnya, formula P= dalam prinsip tekanan juga meliputi satu ubahan
A
langsung dan satu ubahan songsang. Konsep tekanan menerangkan daya yang

F
bertindak secara normal ke atas satu unit luas permukan. Formula P= boleh
A
ditulis sebagai tekanan (P) berkadar secara langsung dengan daya (F) dan berkadar
secara songsang dengan jumlah luas permukaan bersentuhan (A). Prinsip tekanan
digunakan dalam bidang pembinaan bangunan. Kebanyakan tapak bangunan
mempunyai permukaan bersentuhan yang luas untuk menjamin bangunan tidak
tenggelam sebab tekanan tinggi yang dikenakan ke atas tanah. Contoh lain yang
membuktikan prinsip tekanan dalam kehidupan harian ialah Ali dapat memotong
buah-buahan dengan senang dengan menggunakan pisau tajam kerana mata pisau
tajam mempunyai luas permukaan yang kecil yang dapat meningkatkan tekanan ke
atas buah-buahan.
7

4.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, algoritma adalah urutan langkah-langkah logis penyelesaian


masalah yang disusun secara sistematis dan logis. Ubahan tercantum pula
dibahagikan kepada 3 jenis, iaitu dua ubahan langsung, dua ubahan songsang dan
satu ubahan langsung dan satu ubahan songsang. Algoritma dan ubahan telah
banyak berkaitan dengan kehidupan harian kita. Sebagai seorang bakal guru, kita
harus mempelajari matematik dengan baik agar kita mampu menyampaikan ilmu
matematik kepada murid-murid kita pada masa yang akan datang.
8

6.0 REFLEKSI

Terima kasih kepada Tuhan kerana dengan limpah dan kurnianya saya telah
berjaya menyiapkan kerja kursus Matematik yang telah diberikan. Ribuan terima
kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada pensyarah saya Puan Haslina binti
Jaafar dan Dr. Ismail Raduan kerana telah banyak membantu saya dalam
melaksanakan kerja kursus ini. Jutaan penghargaan kepada mereka kerana telah
banyak memberi tunjuk ajar sepanjang proses menyiapkan tugasan kerja kursus ini.
Kerja Kursus pada kali ini juga telah banyak memberi saya pengetahuan baru dalam
bidang matematik.

Hal ini kerana saya dikehendaki untuk membuat kajian yang berkaitan dengan
bidang matematik. Melalui gerak kerja untuk menyiapkan kajian ini saya telah
banyak belajar bagaimana cara untuk menghasilkan kajian yang menarik untuk
dipamerkan. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-
rakan yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan
ini. Mereka juga memberi banyak idea-idea bernas bagi memperbaiki lagi hasil
kajian saya. Saya telah menggunakan pelbagai aplikasi di dalam komputer bagi
membuat kajian ini. Tidak ketinggalan juga saya sangat berterima kasih kepada
semua pihak yang terutamanya pensyarah saya kerana banyak memberi sokongan
serta memberi komen-komen bernas dalam penambah baikan tugasan ini.
9

Berdasarkan kerja kursus yang diberi kepada kami, saya dapati banyak
kekuatan dan kelemahan yang dapat ditonjolkan semasa proses pembuatan kerja
kursus matematik ini. Antara kekuatan dan kelemahan saya ialah:

Kekuatan

1)Saya dapat pengalaman dan pengetahuan baru untuk mencari maklumat daripada
pelbagai sumber
2)Saya juga dapat mengembangkan fikiran saya dalam poses berfikir kerana kerja
kursus ini merupakan kerja kursus yang memerlukan kemahiran berfikir aras tinggi.

Kelemahan

1)Saya risau kerja kursus ini tidak dapat disiapkan dengan masa yang ditetapkan.
2)Terdapat soalan yang sukar difahami menyebabkan proses pelaksanaan kerja
kursus ini terganggu.
3)Banyak kerja tugasn yang dapat sekaligus menyebabkan saya pening untuk
menyiapkan tugasan matematik yang diberikan.

Walaupun saya mempunyai kelemahan dalam menyiapkan tugasan ini. Saya


bersyukur kerana kerja kursus ini dapat disiapkan.

Akhirnya, saya berharap agar saya dapat meningkatkan lagi ilmu saya berkaitan
dengan bidang matematik ini. Ribuan terima kasih sekali lagi kepada semua pihak
yang banyak membantu dan memerikan kerjasama. Jasa baikmu akan dikenang.
10

7.0 RUJUKAN

Abdul hadi . (2015, December 4). Pengertian, Konsep, Rumus, dan Aplikasi Hukum
Hooke. Retrieved September 2, 2017, from
http://www.softilmu.com/2015/12/Pengertian-Konsep-Rumus-Besaran-Aplikasi-
Hukum-Hooke-Adalah.html

Ahmad Manarul Hakim. (2016, March 1). Bunyi, Soal, Rumus, Aplikasi Hukum
Hooke (Elastisitas). Retrieved September 5, 2017, from
http://www.yuksinau.id/bunyi-soal-rumus-aplikasi-hukum-hooke/

Aris Saputro. (2013, September 4). Hukum ohm-dan-hambatan. Retrieved


September 5, 2017, from https://www.slideshare.net/ArisSaputro/hukum-
ohmdanhambatan

Ryan Ko. (2014, November 6). 23.tekanan. Retrieved September 5, 2017, from
https://www.slideshare.net/ryanko1612/23tekanan

Ryan Ko. (2014, November 6). 35.hukum gas,hukum boyle. Retrieved September 2,
2017, from https://www.slideshare.net/ryanko1612/35hukum-gashukum-boyle

Ryan Ko. (2014, November 6). 37.hukum charles. Retrieved September 2, 2017,
from https://www.slideshare.net/ryanko1612/37hukum-charles

Syahira Md Desa. (2015, November 26). Bab 2 Permintaan, Penawaran &


Kesimbangan pasaran. Retrieved September 5, 2017, from
https://www.slideshare.net/syahiramddesa/bab-2-permintaan-penawaran-
kesimbangan-pasaran
11

Anda mungkin juga menyukai