Anda di halaman 1dari 3

Tindakan yang dicadangkan

1. Tinjauan Awal Masalah


Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini,
tinjauan terhadap masalah yang dikenal pasti akan dibuat bertujuan untuk
memahami dengan lebih mendalam masalah tersebut. Tinjauan dilakukan
dengan mengutip data seperti yang berikut:
a. Membuat pemerhatian ke atas tingkah laku murid semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung sebelum kajian.
b. Latih tubi membina rumus algebra (Buku teks, Tingkatan 2, Bab 3, muka
surat 49) diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh
mana kefahaman konsep mengenai topik tersebut.
c. Borang soal selidik diedarkan untuk mendapatkan maklum balas murid
berkenaan suasana pembelajaran Matematik semasa.
2. Tindakan yang akan Dijalankan
a. Aktiviti 1: Padankan Dua Rumus Algebra
Cara pelaksanaan:
- Guru menyediakan kad bertulis rumus algebra kepada setiap
murid.
- Murid dikehendaki untuk cuba mencari padanan kepada rumus
algebra yang ditulis pada kad.
- Tahap kesukaran kad bermula dari mudah kepada sukar. Murid
boleh meminta tunjuk ajar dari murid yang lain.
- Guru mengawasi pergerakan murid, komunikasi pelajar dan
memerhati tingkah laku murid.
- Poin diberi setiap kali murid berjaya menemukan pasangan
mereka. Untuk menambah poin, murid boleh membantu murid
yang lain untuk mencari jalan penyelesaian. Tetapi, jika murid
didapati memberi jawapan secara langsung, poin akan ditolak
kepada kedua-dua murid dan pasangan mereka. Peraturan ini
menggalakkan pengajaran yang lebih efektif.
- Guru menguji kefahaman murid dan motivasi murid dengan
memberikan kuiz berpasangan pada kelas seterusnya.
b. Aktiviti 2: Membentuk Rumus Berdasarkan Satu Situasi
Cara pelaksanaan:
- Guru mengarahkan pelajar untuk membuat kumpulan masing-
masing.
- Guru menyediakan satu papan yang dinamakan sebagai “LoveBox”
yang mengandungi soalan rumus algebra.
- Tahap kesukaran soalan adalah bermula dari mudah kepada sukar.
Murid dikehendaki untuk berbincang dalam kumpulan.
- Wakil daripada setiap kumpulan akan mengambil soalan Tarsia
(Student Discussion Circle) daripada papan “LoveBox” untuk
diselesaikan bersama-sama dengan ahli kumpulan yang lain.
- Guru memantau dan melihat perkembangan pelajar berdasarkan
kepada aktiviti tersebut.
- Penerokaan berkaitan dengan rumus algebra berlangsung antara
guru dan pelajar.
- Kumpulan yang terpantas dalam menyiapkan soalan dan
seterusnya menerangkan kepada kelas dengan cara membentang
akan menerima “reward” daripada guru.
- Guru akan memberikan komen kepada murid pembentang dan juga
soalan kepada mereka untuk menguji kefahaman murid tentang
perkara yang dibentangkan.
c. Aktiviti 3: Penilaian Kendiri
Cara pelaksanaan:
- Guru menyediakan pelbagai soalan pengukuhan kendiri tentang
rumus algebra dalam permainan yang dinamakan sebagai “Bowl
Fish Quizes”.
- “Bowl Fish Quizes” diberikan kepada pelajar yang sukarela untuk
mencabut soalan pengukuhan kendiri.
- Tahap kesukaran soalan pengukuhan kendiri adalah berdasarkan
apa yang dipelajari oleh murid tentang rumus algebra pada hari
tersebut.
- Penerokaan soalan yang diperolehi oleh murid daripada “Bowl Fish
Quizes” akan berlangsung antara guru dan murid. Namun murid
yang lain juga boleh memberikan pendapat masing-masing.
- Guru menilai dan memerhati tahap keyakinan murid dalam
memberikan jawapan mereka.
- Guru memberikan komen yang positif kepada murid yang
menjawab dan memberikan penambahbaikan tentang jawapan
yang diberikan.

PENILAIAN

Penilaian akan dilakukan berdasarkan penglibatan aktiviti yang dilakukan oleh murid
yang berkaitan dengan rumus algebra dan dijadikan sebagai graf. Kerja tulis individu
dan kerja kumpulan murid akan diperiksa supaya murid dapat menguasai kemahiran
rumus algebra dengan mudah dan murid dapat menjawab soalan semasa Ujian Pra,
Ujian Pertengahan Tahun dan kuiz-kuiz yang diadakan.

Anda mungkin juga menyukai