Anda di halaman 1dari 5

UNIT 11 KATA TANYA

NOTA:
Kata tanya ialah bentuk kata yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal atau menyoalkan
sesuatu yang berupa permintaan, keterangan atau penjelasan. Kata tanya terbahagi kepada
dua iaitu:

Kata Tanya

Ganti Nama Tanya Keterangan Tanya

Penggunaan Kata Tanya

Ganti Nama Kegunaan Ayat Contoh


Tanya
digunakan ketika Apakah yang kamu lihat itu?
apa menanyakan nama benda atau Nama kucing itu apa?
binatang, perkara dan tempat. Apakah nama tempat itu?
digunakan untuk menanyakan Manakah bajuku yang kaupinjam tadi?
mana manusia, benda, binatang dan Datuk mana?
tempat. Rumah kamu yang mana?
digunakan untuk menanyakan Siapakah yang berbaju hitam itu?
siapa
orang atau nama orang Yang membaca buku itu siapa?
Keterangan
Tanya
digunakan untuk menanyakan Bagaimanakah cara membuat kuih ini?
bagaimana cara, sifat, keadaan atau Dia menjadi kaya bagaimana?
suasana. Situasi di Mesir bagaimana?
digunakan untuk menanyakan Mengapakah awak muram sahaja?
mengapa sebab atau punca sesuatu Adik menangis mengapa?
kejadian
digunakan untuk Kenapakah kamu gagal dalam ujian itu?
kenapa
menanyakan sebab Kamu kalah kenapa?
digunakan untuk menanyakan Harga pen ini berapa?
berapa harga atau bilangan atau Jumlah pen di atas meja berapa?
jumlah
digunakan untuk menanyakan Abang akan ke sana bila?
bila
masa atau waktu Tunang kakak sampai bila?

54
Latihan i-Think
i-Think-Peta Pokok

Lengkapkan peta pokok di bawah dengan kata tanya dan kegunaannya yang sesuai.

Kata Tanya

apa siapa kenapa

untuk menanyakan menanyakan cara, menanyakan masa


nama benda atau sifat atau suasana. atau waktu.
binatang.

Siapakah gadis Beliau ke sini Ayah pulang bila?


Apakah nama
itu? bagaimana?
bunga ini?

Praktis 1
Nyatakan penggunaan kata ganti nama diri dalam ayat sama ada betul (/) atau salah (x).

1.Apakah yang kamu pegang itu? (/)

2. Siapakah nama kucing ini? (X)

3.Di manakah Pejabat Pelajaran Daerah Sebauh? (x)

4. Manakah kasut sukan saya? (/)

5.Nama kamu apa? (X)


6. Mana pegawai yang lewat datang tadi? (x)
7. Siapakah yang mengambil beg saya? (/)
8. Di mana rumah Tok Penghulu Sadang? (x)
9.Siapakah nama saudari? (/)
10. Kamu lihat apakah? (x)

Praktis 2

Isi tempat kosong dengan kata keterangan tanya yang sesuai.

1.________kah harga senaskah surat khabar ini?


2. ”Keadaan ayah kamu __________?” tanya Razi kepada Shamlan.
3.______kah ulang tahun perkahwinan kamu?

55
4. Orang itu mengamuk ________?
5.________kah adik kelihatan senyap hari ini?
6.Buah jambu ini masak _________?
7. _______ baju kamu basah?
8.Dia ketawa terbahak-bahak________?
9. _________harga mesin basuh ini?
10. Kamu datang ke sini _________?

Praktis 3

Isi tempat kosong di bawah ini dengan kata tanya yang sesuai.

1. ________kah harga tiket bas ini?


2. ________kah kejadian itu berlaku?
3. Keadaan wanita yang kemalangan itu _________?
4. ________kah yang berwarna hitam itu?
5. ________kah nama kamu?
6. ________kah anda diam sahaja?
7. Anaknya _______orang?
8. ________kah kita hendak kaya?
9. _________kah penyepit kuku aku?
10. ________kah awak merajuk?

Soalan Berformat Peperiksaan

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Harga ubat ini___________?


A. apa
B. mana
C. berapa
D. bila

2 Di ______kah tempat budak itu jatuh?


A. kenapa
B. bagaimana
C. bila
D. mana

3 _________kah nama baju ini?


A. Siapa
B. Mengapa
C. Bagaimana
D. Apa

4 _________kah nenek sampai?


A. Apa
B. Kenapa

56
C. Bila
D. Berapa

5 Mahasiswa yang kedekut itu ______?


A. mana
B. bila
C. berapa
D. mengapa

6 __________kah cara untuk membuat nasi kerabu?


A. Berapa
B. Bagaimana
C. Mana
D. Mengapa

7 _________kah yang diperhatikan oleh pegawai itu?


A. Siapa
B. Mengapa
C. Bagaimana
D. Apa

8 Kamu tidak hadir kelas tambahan semalam_________?


A. apa
B. bila
C. mengapa
D. bagaimana

9 _______kah yang terlibat dalam rusuhan itu?


A. Mana
B. Siapa
C. Berapa
D. Mengapa

Lukis gambar seorang gadis


cantik yang tengah berjalan di
pantai di samping ada beberapa
orang lelaki memerhatikannya.

10 __________kah gadis yang cantik itu?


A. Apa
B. Mana
C. Mengapa
D. Siapa

57
11 ________ bas itu berlanggar dengan lori?
A. Siapakah
B. Manakah
C.Kenapakah
D. Bilakah

12 _______ kah pencuri itu terlepas?


A. Bagaimana
B Mengapa
C. Mana
D. Siapa

13 _______kah yang dibisikkan oleh lelaki tua itu?


A. Siapa
B. Mengapa
C. Apa
D. Bagaimana

14 Mak Leha ke klinik dengan _________ tadi?


A. kenapa
B. mengapa
C. mana
D.siapa

15 Artis yang mendendangkan lagu itu berasal dari _______?


A. apa
B. mana
C. berapa
D. mengapa

58

Anda mungkin juga menyukai