SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (C) LADANG REGENT
73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN
BORANG NILAM GURU
1. NAMA CHONG MEI ZHI
2. JUDUL BUKU Harry Potter dan Batu Bertuah (Harry Potter and The Sorcerer Stone)
3. PENGARANG J.K. Rowling (Penerjemah : Listiani Srisani)
4 PENERBIT PT Gramedia Pustaka Utama TAHUN : 2000
5. SUMBER PINJAMAN JENIS : FM
6. TARIKH 6 MEI 2017 BIL M/S: 384
SINOPSIS / ULASAN
Harry berhasil selamat dari pembunuhan yang akan dilakukan musuh orang tuanya, Lord Voldemort. Ibu
bapanya telah dibunuh oleh Lord Voldemort. Padahal umurnya baru 1 tahun. Dia tinggal di rumah bapa dan
ibu saudaranya di Privet Drive No.13 selama 11 tahun. Ibu bapa saudara Harry dan anak mereka yang
bernama Dudley bersikap buruk terhadap Harry.
Pada suatu hari, satu kejadian aneh berlaku pada diri Harry . Seorang manusia setengah raksasa tiba-tiba
datang ke rumah mereka dan mengatakan bahwa Harry seorang penyihir. Harry dibawa dan diperkenalkan
dengan sebuah sekolah sihir bernama Hogwarts. Harry mula belajar ilmu sihir di Hogwarts.
Pada tahun pertamanya di Hogwarts, Harry telah banyak dikenal. Dia sudah berbakat sihir kerana ibunya
yang telah meninggal juga seorang penyihir. Dia pun juga bakat mengendarai sapu terbang sehingga dia
dipilih menjadi seorang seeker di sebuah olahraga bernama Quidditch.
Di Hogwarts, Harry mempunyai 2 orang sahabat akrib, Ronald Weasley dan Hermione Granger. Ron seorang
yang konyol dan lucu manakala Hermione memiliki kecerdasan yang luar biasa. Mereka berdualah yang
membantu Harry Potter dari semasa ke semasa.
Harry diberitahu bahawa ada seseorang yang ingin mencuri “SORCERER STONE”, batu bertuah, yang
disembunyikan di Hogwarts. Air yang dihasilkan batu itu bisa membuat peminumnya berumur panjang.
Itulah yang diincar Voldemort, musuh yang telah membunuh kedua-dua orang tua Harry. Harry nyaris
kehilangan jiwanya ketika tiba-tiba bekas lukanya begitu sakit saat apabila berhadapan dengan Lord
Voldemort yang merasuki tubuh Quirrel. Walau bagaimanapun, Dumbledore, Guru Besar sekolahnya,
datang pada saat yang tepat untuk menyelamatkan Harry.
Disediakan Oleh:
………………………………
( )