Anda di halaman 1dari 4

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEKOLAH KEBANGSAAN GANGSA


HANG TUAH JAYA
76100 DURIAN TUNGGAL, MELAKA

GARIS PANDUAN PEMBUKAAN SEMULA PERSEKOLAHAN

TAHUN 5 & 6 ( 15 JULAI 2020 )


TAHUN 1, 2 , 3 & 4 ( 22 JULAI 2020 )

NORMA BAHARU SK GANGSA

GANGSARIAN:
BERSAMA-SAMA MEREALISASIKAN TRANSFORMASI

1
Pengenalan
1.1 Garis Panduan ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan
Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia (rujukan Surat Siaran
Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 5 Tahun 2020
bertarikh 4 Jun 2020), surat pekeliling ikhtisas, surat siaran dan
arahan serta peraturan berkaitan yang dikeluarkan oleh
Kerajaan Malaysia dari semasa ke semasa.
1.2 Garis Panduan ini telah diubahsuai mengikut kesesuaian dan
keadaan fizikal sekolah dan akan sentiasa ditambahbaik dari
semasa ke semasa mengikut keperluan.

2. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB


2.1 Pihak Sekolah
Tindakan yang akan diambil adalah seperti yang berikut:
2.1.1 Memberikan penerangan kepada ibu bapa / penjaga
tentang norma baharu yang perlu dipatuhi secara bertulis.
2.1.2 Hanya satu pintu pagar sahaja yang dibuka iaitu pintu pagar
hadapan. Pintu pagar belakang TIDAK akan dibuka.
2.1.3 Memastikan kedudukan murid disusun mengikut
penjarakan sosial yang ditetapkan dan tidak menggunakan
permaidani, tikar dan skirting meja.
2.1.4 Memastikan ada kemudahan untuk mencuci tangan dan
pengimbas suhu disediakan sebaik murid tiba sekolah.
2.1.5 Memastikan bilik pengajaran dan pembelajaran (PdP)
dibersihkan sebelum sesi persekolahan bermula dan pada
setiap hari selepas sesi persekolahan tamat.
2.1.6 Semua murid mestilah membawa kain buruk yang dicuci
setiap hari untuk mengelap meja mereka selepas makan.
2.1.7 Memastikan fokus utama pembersihan pada permukaan
yang sentiasa disentuh dan pada ketinggian yang boleh
dicapai dengan tangan.
2.1.8 Semua ibubapa/penjaga dan murid juga akan diambil suhu
semasa menghantar anak ke sekolah.
2.1.9 Ibu bapa / penjaga dan murid yang bergejala tidak
dibenarkan memasuki kawasan sekolah.
2.1.10 Murid yang didapati bergejala akan ditempatkan di Bilik
Isolasi sebelum dibawa oleh ibu bapa / penjaga untuk
rawatan.

2
2.1.11 Memastikan murid tidak berkongsi buku, peralatan menulis,
bekas air, suhu garfu dan makanan.
2.1.12 Tidak ada aktiviti berkumpulan dan murid sentiasa duduk di
tempat yang ditetapkan semasa pembelajaran
berlangsung. ( sila rujuk pelan kedudukan dalam kelas )
2.1.13 Murid akan menggunakan hand sanitizer yang disediakan
di lokasi lokasi tertentu.
2.1.14 Murid akan menggunakan hanya satu laluan pergi,
balik/naik dan turun bangunan. ( sila rujuk pelan yang
dilampirkan )
2.1.15 Semua murid tidak dibenarkan makan atau minum di kantin.
2.1.16 Waktu pertama, guru akan merekodkan suhu badan murid
dan mengambil pesanan makanan bersama wang.
2.1.17 Makanan akan dipesan di dalam kelas. Murid makan dalam
kelas semasa waktu rehat bersama guru.
2.1.18 Penggunaan tandas adalah mengikut penggunaan kad
giliran. Setiap tandas dibekalkan 4 kad yang mana hanya 4
orang murid boleh menggunakan tandas pada satu satu
masa.
2.1.19 Menyediakan tong sampah bertutup di lokasi-lokasi
tertentu.
2.1.20 Hebahan tentang langkah kebersihan dan keselamatan
akan dibuat melalui siaraya pada waktu pagi, tengah hari
dan sebelum pulang. Peringatan secara berterusan juga
akan dibuat oleh guru semasa PdP dijalankan.
2.1.21 Tiada perhimpunan dijalankan.
2.1.22 Murid akan masuk terus ke kelas masing masing selepas di
ambil suhu di tapak pengambilan suhu.

2.2 Ibu Bapa / Penjaga


Ibu bapa / penjaga perlu mengambil tindakan seperti yang berikut:
2.2.1 Memastikan anak berada dalam keadaan sihat sebelum
hadir ke sekolah. Anak / anak jagaan yang tidak sihat serta
suhu badan 37.5 dan ke atas tidak dibenarkan hadir.
2.2.2 Memastikan anak menjaga kebersihan diri.
2.2.3 Menghantar dan mengambil anak mengikut waktu yang
ditentukan di hadapan kawasan sekolah
2.2.4 Ibubapa diharap agar tidak menghantar anak anak terlalu
awal ke sekolah. Sila hantar anak selepas pukul 7.00 pagi.
Ini bagi memastikan murid yang hadir ke sekolah berada
dalam keadaan yang selamat.

3
2.2.5 Waktu balik:Tahap 1 ( Tahun 1, 2 & 3 )
1.05 ( Isnin – Khamis)
Tahap 2 ( Tahun 4, 5 & 6 )
1.35 ( Isnin – Khamis )
Hari Jumaat : Semua Tahap 1 & 2 balik 12.05 tengahari.

2.2.6 Galakkan anak memakai pelitup muka. Anak berimuniti


badan yang rendah mesti sentiasa memakai pelitup muka
manakala anak yang tidak boleh mengurus pemakaian
pelitup muka tidak perlu memakainya.
2.2.7 Anak anak mestilah bersarapan di rumah dan bukan di
sekolah.
2.2.8 Semua anak anak digalakkan membawa bekal makanan
dan minum ke sekolah.
2.2.9 Sila pastikan anak anak membawa wang saku yang
mencukupi untuk membeli makanan.
2.2.10 Bantuan AJK PIBG amat dialu alukan di waktu pagi dan
tengah hari agar dapat membantu pihak sekolah dalam
menguruskan kehadiran murid.
2.2.11 Murid yang berjalan kaki atau berbasikal akan
menggunakan laluan sebelah kiri dan di ambil suhu setelah
berehat sebentar.
2.2.12 Sila maklumkan kepada guru kelas andai ada pertukaran
nombor telefon agar mudah dihubungi jika berlaku
kecemasan.
2.2.13 Sentiasa memberi kesedaran kepada anak anak berkaitan
penjarakan sosial dan langkah langkah kebersihan.
2.2.14 Berikut adalah menu dan harga makanan yang akan dijual
setiap hari di sekolah. Menu adalah terhad kerana murid
akan makan di dalam kelas setiap hari.
Hari Menu 1 Menu 2 Air mineral
RM 1 RM 1 RM 1
Isnin Nasi Lemak Bihun goreng Air Mineral
Selasa Nasi Lemak Nasi Goreng Air Mineral
Cina
Rabu Nasi Lemak Mee Goreng Air Mineral
Khamis Nasi Lemak Bihun Goreng Air Mineral
Putih
Jumaat Nasi Lemak Nasi bajet Air Mineral
( RM2 )
SK GANGSA TEMPAT YANG SELAMAT
SELAMAT DATANG KE SEKOLAH
4

Anda mungkin juga menyukai