Anda di halaman 1dari 6

PPP70904

PENTADBIRAN TADBIR URUS


KOPORAT DALAM
PENDIDIKAN

TUGASAN 4: DEBAT
Governance vs Leadership in Achieving
Educational Organization Performance

Norliza@Noriza binti
Ahbar@Akhbar
Q20191000179

Pensyarah:
Dr. Norlia binti Mat Norwani
Terima kasih yang tidak terhingga buat saudari pengerusi majlis. Assalamualaikum dan
salam sejahtera buat yang berwibawa Pensyarah Dr. Norlia bt Mat Norwani, saudari penjaga
masa yang begitu jujur melaksanakan amanahnya, rakan-rakan barisan pencadang yang arif
lagi bijaksana serta saudara saudari yang saya hormati sekalian.

Saya menyokong bahawa kepimpinan lebih memainkan peranan dalam meningkatkan


pencapaian prestasi dalam sesebuah organisasi Pendidikan. Hal ini berikutan dengan hasil
dapatan Scott & Davis (2015) bahawa terdapat 4 pendekatan dominan yang utama dalam
mengukur prestasi organisasi iaitu:

Pertama adalah Pendekatan Matlamat. Individu yang bertanggungjawab adalah


pihak berkepentingan yang berupa pemimpin yang mempunyai bakat kepimpinan yang
mampu memacu ahli organisasi untuk mencapai matlamatnya. Kedua, Pendekatan Sumber
Sistem. Sidang hadirin, tak tumbuh tak melata, jika tak sungguh Cutler et al (2003) pun tidak
mengata. Menurut beliau kepimpinan yang berkesan mampu mengambil peluang dari
persekitaran dalam mencapai nilai tinggi dan sumber daya yang jarang berlaku dalam
mencapai modus operandi, dalam erti kata lain pemimpin yang mempunyai daya pemikiran
kepimpinan di luar kotak.

Ketiga pula adalah Pendekatan Perlembagaan. Para graduan yang saya muliakan,
seperti mana Agle et. al (2006), Scot & Davis (2007) dalam Mitra et. al (2017), juga turut
membuktikan di dalam kajian mereka bahawa kepimpinan yang cenderung mempunyai
strategi dalam mengawal sumber daya, mempunyai pengaruh paling besar terhadap
peningkatan prestasi organisasi. Keempat, pendekatan yang terakhir merupakan Pendekatan
Nilai Bersaing. Pendapat Cohen & Bradford (2005) dipersetujui oleh saya bila mana mereka
menekankan organisasi yang mengamalkan tahap kolaborasi dan komitmen yang tinggi di
antara kepimpinan melalui kumpulan kerja mempunyai pendekatan nilai saing yang positif.

Berdasarkan hujah-hujah saya tadi terbukti bahawa kepimpinan lebih memainkan


peranan dalam meningkatkan prestasi pada sesebuah organisasi disebabkan seseorang
pemimpin bertindak sebagai pembuat keputusan utama, menentukan pemerolehan,
pengembangan sumber organisasi yang mana mereka mampu menukarkan sumber-sumber
tersebut menjadi produk dan perkhidmatan yang berharga malah bernilai kepada pihak
berkepentingan dalam organisasi.
Kirk Patrick & Locke (1996) menyatakan bahawa kepimpinan seseorang pemimpin mampu
mempengaruhi motivasi pekerja yang akhirnya meningkatkan prestasi organisasi. Kenyataan
ini mengukuhkan hasil dapatan Fiedler (1967), Bennis & Nanus (1985), dan Anderson(2002)
bahawa kepimpinan yang berkesan sering dilihat sebagai suatu elemen yang amat penting dan
penyebab kepada keberkesanan organisasi. Secara tidak langsung cara kepimpinan yang
menggalakkan motivasi pekerja sekiranya dijadikan budaya di dalam sesebuah organisasi
akan meningkatkan kepuasan bekerja seterusnya meningkatkan kecemerlangan organisasi.

Pendapat ini diteguhkan lagi dengan hasil dapatan Chen et. al (2006) bahawa
kepuasan kerja adalah salah satu faktor yang mempengaruhi prestasi dan produktiviti pekerja.
Lock dan Crawford (2004) dalam Nurul (2018) turut menyokong pendapat ini dengan
mengatakan bahawa gaya kepimpinan dan budaya organisasi memberikan kesan yang besar
kepada kepuasan kerja yang menentukan sejauh mana sesebuah organisasi itu efektif, efisien
dan berdaya saing dalam mencapai kejayaan.

Hadirin sekalian, saya ingin membawa anda semua ke persada pendidikan. Dari sudut
Intitusi Pendidikan pula peratus pengkaji yang memilih untuk membuat kajian terhadap
kemahiran motivasi dan menggerakkan warga sekolah dalam aspek kepimpinan dan
pembikinan hala tuju sekolah menunjukkan purata kedua tertinggi. Wan Noraini (2011),
hasil dari dapatan kajiannya mendapati graduan NPQEL sebagai pemimpin sekolah yang
sangat mahir dan memahami kepentingan sikap motivasi dan menggerakkan warga sekolah
bagi mencapai matlamat.

Secara tidak langsung kenyataan ini membuktikan bahawa motivasi staf merupakan
elemen asas dalam fungsi pengurusan dan menjadi faktor penting dalam keberkesanan
kepimpinan. Selain itu, dapatan dari Sathiyabama (2017) membuktikan bahawa individu
yang mempunyai tahap kepimpinan dan hala tuju sekolah yang tinggi mampu memantapkan
output iaitu kemenjadian murid. Profesionalisme pemimpin sekolah boleh ditingkatkan
melalui latihan profesional kepimpinan jangka panjang dan sudah tentulah ia melibatkan kos
yang tinggi. Rakan-rakan sekalian marilah kita sama-sama fikirkan, jika fungsi kepimpinan
tidak penting mengapa kerajaan perlu membelanjakan ribuan ringgit hanya semata-mata
untuk melahirkan seorang pemimpin berkaliber? Tepuk dada tanyalah selera.
Saudara saudari yang saya hormati, mengapa saya yakin bahawa kepimpinan merupakan
faktor yang meningkatkan prestasi organisasi, ini disebabkan terdapat juga beberapa bukti
yang menunjukkan tanpa kepimpinan yang baik akan meruntuhkan sesebuah organisasi
seperti kenyataan Welhelm (1996) bahawa kepimpinan tanpa nilai akan mengakibatkan
kehancuran dan kemusnahan seperti yang dapat dilihat pada kepimpinan Adolph Hitler.
Begitu juga peristiwa yang berlaku dalam negara kita pada tahun 2019 oleh Nor Azizah
(2019) dalam BH Online yang lalu, terdapat beberapa orang pegawai kanan di Jabatan
Imigresen ditangkap lantaran penyalah gunaan kuasa dan telah memberi kesan yang buruk
pada pandangan masyarakat bukan sahaja terhadap organisasi itu sendiri bahkan terhadap
negara amnya.

Hadirin sekalian, ibarat sudah terang lagi bersuluh. Apa kurang pada belida, sisik ada
tulang pun ada. Berdasarkan kesemua hujah dan bukti yang saya kemukakan tidak syak lagi
bahawa elemen kepimpinan memang membawa peningkatan keberkesanan organisasi secara
keseluruhannya.

Sayup-sayup si anak mata,


Sayup memandang si buah hati,
Masa amat mencemburui kita,
Di lain hari berjumpa lagi.

Sekian, terima kasih.


Rujukan

Agle, B. R., Nagarajan, N. J., Sonnenfeld, J. A., & Srinivasan, D. (2006). Does CEO
charisma matter? An empirical analysis of the relationships among organizational
performance, environmental uncertainty, and top management team perceptions of CEO
charisma. Academy of Management Journal, 49(1), 161-174.

Andersen, J. A. 2002. “What we know about leadership and effectiveness?”, Paper presented
at The First International Workshop on Leadership Research, European Institute of Advance
Studies in Management (EIASM), Oxford, 16-17 December.

Bennis, W., Nanus, B. 1985. Leaders: The Strategies for Taking Charge. New York: Harper
& Row.

Chen, S.H., Yang, C.C., Shiau, J.Y. & Wang, H.H. (2006). The Development of An
Employee Satisfaction Model For Higher Education. 484-500.

Cohen, A. R., & Bradford, D. L. (2005). The influence model: Using reciprocity and
exchange to get what you need. Journal of Organizational Excellence, 25(1), 57-80.

Cutler, N. S., Graves-Deal, R., LaFleur, B. J., Gao, Z., Boman, B. M., Whitehead, R. H., et al.
(2003). Stromal production of prostacyclin confers an antiapoptotic effect to colonic
epithelial cells. Cancer research, 63(8), 1748- 1751.

Fiedler, F. E. 1967. A Theory of Leadership Effectiveness. New York: McGraw Hill.

Kirkpatrick, S.A. and Locke, E.A. (1996), “Direct And Indirect Effects Of Three Core
Charismatic Leadership Components On Performance And Attitudes”, Journal of Applied
Psychology, Vol. 81 No. 1, pp. 36-51.
Lok, P. and Crawford, J. (2004), “The effect of organizational culture and leadership style on
job satisfaction and organizational commitment: A cross-national comparison”, Journal of
Management Development, vol. 23 no. 4, pp. 321-38.

Mitra Madanchian, Norashikin Hussien, Fauziah Noordin, & Hamed Taherdoost, (2017).
Effects of Leadership on Organizational Performance. Faculty of Business and Management.
Research and Development Department. Universiti Teknologi MARA.

Nor Azizah Mokhtar, (2019). Pegawai imigresen ditahan bersama pasport asing. BH Online

Retrieved from: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/09/607904/pegawai-imigresen-


ditahan-bersama-pasport-asing on 11 Jun 2020.

Nurul Ain, (2018). Kajian Terhadap Hubungan Antara Gaya Kepimpinan dan Budaya
Organisasi Dengan Kepuasan Kerja Dalam Kalangan Pensyarah Kolej Komuniti Ledang.
National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx’18)

S. Sathiyabama, (2017). Model Hubungan Bakat Kepimpinan Dengan Kepimpinan dan Hala
Tuju Sekolah Graduan Program Kelayakan Profesional Kebangsaan Bagi Pemimpin
Pendidikan (NPQEL). Disertasi Ijazah Doktor Falsafah. Universiti Malaya

Scott, W. R., & Davis, G. F. (2015). Organizations and organizing: Rational, natural and
open systems perspectives: Routledge.

Wilhelm, W. 1996. Learning from past leaders. In Hesselbein, F., Goldsmith, M. and
Beckhard, R. (eds.). The Leader of the Future, pp. 221-226. San Francisco: Jossey-Bass.

Anda mungkin juga menyukai