Anda di halaman 1dari 9

DOKUMENTASI

PROGRAM INTERVENSI
“BOOST IN” 2018

SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT 9,


45400 SEKINCHAN, SELANGOR DARUL EHSAN.

Oleh:
Norliza@Noriza bt Ahbar@Akhbar
PK HAL EHWAL MURID SKP9

0
1.0 PENGENALAN

Menurut Norzawati, Leni, Ahmad Nadzru, Lim, Faizah dan Noor Safiza (2016), di Malaysia,
ponteng sekolah dilabelkan sebagai salah satu masalah utama negara. Ini sekaligus menyokong
pandangan Arsathamby dan Ng (2014), antara tahun 1994 hingga 2003, gejala ponteng sekolah
dalam kalangan pelajar adalah antara salah laku yang paling dominan dan menonjol. Data
Kementerian Pelajaran Malaysia (2004) juga turut menunjukkan bilangan ponteng sekolah
semakin meningkat dari tahun ke tahun. Stuphen, Fort dan Faltherty (2009), menjelaskan
ponteng ialah sebagai bilangan ketidakhadiran ke sekolah tanpa sebab dalam sesuatu tempoh
masa.

Kemudian, menurut Zhang, Wilson, Katsiyanis, Barett, Ju dan Wu (2010), ponteng


ditakrifkan sebagai penglibatan yang menjadi amalan dalam kegiatan tidak hadir ke sekolah tanpa
sebab oleh pelajar di mana isu ini menjadi perhatian dalam kalangan ibu bapa, pendidik dan
masyarakat. Program Boost In adalah sebuah program yang dijelmakan untuk meningkatkan
dari segi kehadiran murid ke sekolah pada tahun 2018. Konsep memberi penghargaan sebagai
satu motivasi berbanding memberi hukuman seperti mana yang dinyatakan di dalam teori
motivasi Maslow menjadi inspirasi berikutan dengan kemerosotan data kehadiran pada bulan Jun
2018 hanya menunjukkan 91.58% berbanding sebelum ini.

Oleh itu adalah diharapkan pelaksanaan program ini mampu melonjakkan peratus
kehadiran murid ke sekolah sepanjang tahun.

1
2.0 RASIONAL

Terdapat banyak rungutan daripada pihak sekolah bahawa murid-murid yang lemah dan gagal
dalam peperiksaan merupakan golongan pelajar yang kerap tidak hadir ke sekolah. Data
kehadiran pelajar SK Parit 9, Sekinchan menunjukkan purata kehadiran murid pada bulan Jun
adalah 91.58 peratus. Merupakan peratus yang paling rendah jika dibandingkan dari
bulan Januari hingga Mei. Dapatan ini menunjukkan bahawa jumlah yang tidak hadir ke sekolah
merupakan satu jumlah yang agak besar.

Jumlah peratus murid yang tidak hadir ini tentulah pula akan turut menyumbang kepada
peratus penurunan kecemerlangan akademik murid kerana walaupun sekolah mengadakan
pelbagai program ke arah peningkatan akademik tetapi usaha tersebut tidak sampai kepada
sasaran yang sebenar disebabkan mereka tidak hadir ke sekolah. Justeru, program Boosts In ini
diharapkan akan dapat meningkatkan fokus dan keprihatinan pihak sekolah terutamanya Unit Hal
Ehwal Murid dalam membantu kecemerlangan sekolah dengan memaksimakan jumlah kehadiran
pelajar ke sekolah.

3.0 OBJEKTIF

1. Mengenal pasti kelas yang menyumbang kepada peratus kehadiran pelajar yang rendah
untuk diambil tindakan segera.
2. Membantu guru kelas untuk memotivasikan murid-murid untuk hadir ke sekolah.
3. Agar dapat menyampaikan hadiah galakan kepada kelas yang mempunyai peratus
kehadiran yang paling tinggi dan mencecah lebih 95% setiap bulan.
4. Agar dapat menyampaikan hadiah galakan kepada kelas yang mempunyai perubahan
peratus kehadiran pelajar yang lebih baik setiap bulan.

2
4.0 TEMPOH PERLAKSANAAN

Bermula Julai 2018 hingga sepanjang tahun

5.0 KUMPULAN SASARAN

Semua murid SK. Parit 9

6.0 KERTAS KERJA

(Kertas Kerja seperti yang dilampirkan)

7.0 INSTRUMEN PEMANTAUAN

Instrumen pemantauan merupakan alat, cara atau kaedah untuk memperoleh dan
mengumpul data. Pemantauan ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kualitatif dan
kuantitiatif. Cara pengumpulan data yang digunakan terdiri daripada dua kaedah iaitu
pemerhatian dan analisis data. Berikut merupakan instrumen pemantauan pengumpulan
data yang dipilih bagi menjawab soalan-soalan yang dibentuk.

3
7.1 Pemerhatian

Salah satu kaedah yang digunakan untuk mengukur penyelidikan pemantauan adalah
melalui pemerhatian. Dalam hal ini, disedari bahawa kaedah pemerhatian dapat
mengamati sesuatu tingkah laku murid berpandukan pemboleh ubah-pemboleh ubah
yang telah dikenal pasti. Dalam pemantauan ini, jenis pemerhatian yang digunakan ialah
pemerhatian berstruktur. Melalui pemerhatian berstruktur, data yang berdasarkan tingkah
laku yang diperhatikan iaitu tingkah laku yang disenaraikan dalam borang pemerhatian
dapat dikumpulkan. Oleh sebab pemerhatian berstruktur telah digunakan, maka satu
senarai semak bagi membuat pemerhatian tersebut turut disediakan. Melalui senarai
semak pemerhatian ini juga, kewujudan perlakuan-perlakuan tertentu berdasarkan
perlakuan yang ditetapkan mengikut kriteria fokus pemantauan turut dapat ditinjau secara
berkesan. Selain itu, bersandarkan senarai semak, kekerapan sesuatu perlakuan yang
ditunjukkan oleh kumpulan sasaran juga dapat dianalisis dengan baik.

7.2 Analisis Data

Analisis data berbentuk dokumen digunakan untuk membantu peserta mendapatkan


data secara objektif serta tidak memerlukan kehadiran informan. Frankel (2007)
mengatakan data yang diperolehi juga adalah konsisten kerana segala maklumat yang
tersurat dapat digunakan bagi memperoleh kesahan sesuatu jawapan yang di dapati
daripada analisa soal selidik. Penggunaan dokumen juga adalah sebagai menambah
bukti daripada sumber-sumber lain.

4
9.0 KELULUSAN PROGRAM

(Kelulusan kertas kerja oleh Guru Besar SK. Parit 9, Sekinchan)

10.0 PELAKSANAAN

Pelaksanaan Program Intervensi menggunakan program Boosts In di Sekolah


Kebangsaan Parit 9 bermula pada Julai hingga sepanjang tahun 2018. Berikut
merupakan tentatif pelaksanaan bagi program tersebut.

Bil Proses kerja Tanggungjawab Sasaran Catatan

Memaklumkan
PK HEM
kepada semua
1 Semua murid Julai, 2018
murid dalam
perhimpunan rasmi
2 Memaklumkan
kepada semua
guru dalam
Morning Prayer PK HEM Semua guru Julai, 2018
Pemberitahuan
tentang AJK
3 Kategori
Pencapaian
Guru Kelas Semua murid Ganjaran/Hamper
KPI Kehadiran 95%
ke atas

Pelaksanaan Banner Peratus


Program Kehadiran
4 S/U Hem Semua murid
- Promosi

5 3 kelas yang
Pemilihan 3 Kelas mempunyai
yang mempunyai peratus
Pn. Nurbaiti kedatangan Hamper
prestasi kehadiran
tertinggi. tertinggi

6 Membuat S/U Hem - Laporan


dokumentas

7 Post Mortem AJK - Sumbang saran

5
11.0 PEMANTAUAN

Pemantauan dijalankan pada keadaan sebelum dan semasa aktiviti dijalankan


berdasarkan panduan tugasan yang disediakan. Pemantauan dijalankan oleh guru kelas
dan setiausaha unit HEM sendiri bagi memperoleh dapatan pemantauan sama ada
program yang dijalankan berjaya serta memberi impak yang positif kepada pihak sekolah.
Pemantauan dijalankan bagi memastikan kronologi program dipatuhi dengan betul.
Aktiviti pemantauan dijalankan melalui tempoh pemerhatian.

12.0 DAPATAN PEMANTAUAN

Data Bulanan Kehadiran Murid

Bulan Jun Julai Ogos September Oktober


Peratus
91.58 93.66 95.22 93.19
Kehadiran

13.0 LAPORAN PEMANTAUAN

Hasil dapatan dan berdasarkan analisis pemantauan yang telah dilakukan, jelaslah
bahawa Program Boosts In sangat berkesan dalam meningkatkan peratus kehadiran
bulanan murid. Meskipun tidak melonjak secara mendadak namun masih terdapat
peningkatan.

6
Berdasarkan pemerhatian dan pemantauan yang telah dilaksanakan jelas sekali murid-
murid memerlukan motivasi selain daripada hukuman dalam mewujudkan semangat
untuk seronok hadir ke sekolah.

Kesimpulannya, Program Intervensi mampu memupuk minat dan nilai-nilai murni seperti
semangat bekerjasama, hormat-menghormati dan berkeyakinan dalam kalangan murid.
Amalan nilai-nilai murni ini amat penting bagi meningkatkan pencapaian murid di sekolah.

14.0 TINDAKAN SUSULAN

Atas perbincangan bersama pihak pentadbir dan guru-guru program Boosts In akan
diteruskan pada tahun hadapan selain daripada langkah-langkah penambaikan yang
boleh dilakukan.

Disediakan oleh; Disahkan oleh;

7
LAMPIRAN GAMBAR PROGRAM BOOST IN
BANNER KEHADIRAN BERTEMPAT DI KANTIN SKP9

PEMBERIAN HAMPER BAGI KELAS YANG MEMPUNYAI PERATUS KEHADIRAN


TINGGI

Anda mungkin juga menyukai