Anda di halaman 1dari 27

PPP 70504

ANALISIS DASAR DALAM


PENDIDIKAN LANJUTAN

TUGASAN KUMPULAN
RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN
(RMT)

PROGRAM DOKTOR PENDIDIKAN


SEMESTER 1, 2019/2020

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA PELAJAR NO MATRIKS


NOORASYIKIN BINTI NORDIN (Q20191000508)
AHMAD FADLI BIN ABD. AZIZ (Q20191000504)
NORLIZA@NORIZA BINTI AHBAR@AKHBAR (Q20191000179)
NOREHAN BINTI MOHD NASIR (Q20191000178)
PENSYARAH
DR. MOHD ASRI BIN MOHD NOOR

TARIKH PENGHANTARAN:
13 DISEMBER 2019
Penghargaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Segala puji dan syukur Tuhan sekalian alam yang
memberi saya peluang untuk menyiapkan tugasan ini. Saya ingin mengucapkan setinggi
penghargaan kepada pensyarah Dr Mohd Asri bin Mohd Noor kerana telah memberi ilmu yang
begitu membina bagi kursus PPP70504 iaitu Analisis Dasar Dalam Pendidikan Lanjutan.
Tugasan kumpulan yang diberikan mengenai menganalisis dasar yang kami pilih iaitu berkenaan
Rancangan Makanan Tambahan ini begitu bermakna dan telah membuka minda kami untuk
meneroka tentang intipati sesuatu dasar malah ia merupakan pengalaman pertama kami
sepanjang terlibat dengan pengajian jarak jauh.

Pada awalnya kami menyangkakan bahawa dalam menganalisis dasar untuk mencari
kelemahan mengikut pemikiran kami adalah dengan membina perkara-perkara baharu tetapi
jangkaan itu ternyata tidak menepati apa yang diinginkan kerana kami sepatutnya hanya
menyentuh apa yang terkandung di dalam dasar itu sendiri bukannya pergi menyentuh kepada
perkara yang jauh atau terkeluar daripada landasan.

Terima kasih tidak terhingga juga diucapkan kepada seluruh ahli keluarga dan rakan-
rakan yang sentiasa memahami dan berkongsi pandangan dalam proses menyediakan tugasan ini.
Semoga segala perkongsian ilmu dapat dimanfaatkan bersama demi memartabatkan kualiti
pendidikan negara.

Akhir kata semoga semua rakan-rakan dan kami sendiri dapat mengikuti kursus
Education Doctor (EdD) sehingga ke penghujungnya dengan kejayaan yang cemerlang, Insya
Allah.

i
KANDUNGAN

Penghargaan i
Kandungan ii
Jadual iii

1.0 Pengenalan 1
2.0 Rancangan Makanan Tambahan (RMT 2
2.1 Bilangan Penerima RMT 3
3.0 Isu-Isu RMT 4
3.1 Isu Pemilihan Pelajar 4
3.2 Isu Waktu Makan Fleksibel 5
3.3 Isu Penyelarasan Data/ Per Kapita 6
3.3.1 Paras Garis Kemiskinan Tahun 2016 6
3.3.2 Data Per Kapita RMT 6
3.3.3 Data Per Kapita KWAPM 7
3.3.4 eKasih 8
3.4 Isu Menu dan Penyediaan Makanan 8
3.5 Isu Peruntukan dan Pemilihan 11
3.6 Isu Pengusaha 13
3.7 Isu Kebersihan 14
3.8 Isu Had Umur 14
4.0 Kesan Tidak Mengambil Sarapan Pagi 16
5.0 Kepentingan RMT 16
6.0 Masalah Yang Dihadapi Dalam Pelaksanaan RMT 17
7.0 Penambahbaikan RMT 17
Rujukan 19

ii
JADUAL

Jadual 1.1 Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)-2016 6


Jadual 1.2 Data Per Kapita RMT 6
Jadual 1.3 Data Per Kapita KWAPM 7
Jadual 1.4 Contoh Menu RMT 10
Jadual 1.5 Kadar Peruntukan RMT Bagi Murid di Semenanjung,
Sabah & Sarawak 13
iii
DASAR RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN

1.0 Pengenalan

Pemakanan merangkumi hubungan makanan dengan kesejahteraan (kesihatan) metabolisme


tubuh manusia, ini termasuklah kadar makanan, nilai sesuatu jenis makanan, keperluan
makanan dari sudut kualitatif dan kuantitatif pada peringkat umur dan tahap perkembangan
yang berbeza. Perkara ini penting untuk memenuhi keperluan perubahan fisiologi dan aktiviti,
perubahan dalam keperluan nutrien dan makanan yang mengiringinya atau mencegah penyakit
dan faktor-faktor sosio ekonomi, psikologi, sosial dan juga budaya yang mempengaruhi
pemilihan dan pengambilan makanan.

Menurut Coralie Mathews (2001) kesihatan kanak-kanak ialah kesihatan yang


merujuk kepada keadaan fizikal, mental, rohani dan keadaan social sekitar kanak-kanak, ahli
keluarga
mereka dan seluruh masyarakat.

Menurut Prof Madya Dr. Mohd Nasir Hashim (1992) dalam Saleh (2004), cara terbaik
amalan pemakanan ialah dengan memastikan makanan seimbang diperolehi ketika
bersarapan, makan tenga hari dan makan malam. Ia juga penting untuk membolehkan pelajar
menghadapi detik penting iaitu mengulangkaji, tubuh yang sihat, tidur yang cukup dan
persekitran yang menggalakkan pembelajaran iaitu faktor –faktor yang mempengaruhi
pencapaian pelajar dalam sesuatu peperiksaan. Menurut beliau lagi seseorang perlu
memastikan bahawa mereka mendapat bekalan makanan yg mencukupi daripada kumpulan
vitamin, karbohidrat, protein dan zat besi. Karbohidrat diperlukan kerana ia menjadi sumber
tenaga, manakala protein diperlukan kerana ia membantu pembinaan tubuh dan otot. Vitamin
pula berperanan sebagai nutrient yang mencegah penyakit dan membantu kesempurnaan
perjalanan metabolism dalam badan. Zat besi penting untuk enzim kerana ia menjadi
pemangkin untuk menggalakkan perubahan satu bahan kimia ke peringkat yang lain.

Namun, bukan semua di antara kita dapat menikmati pemakanan yang seimbang dan
bernutrisi, terutamanya pelajar-pelajar sekolah yang ibu bapanya terdiri daripada golongan
berpendapatan rendah dan sederhana. Rata-rata pelajar yang datang daripada golongan ini tidak
membawa apa-apa bekalan ke sekolah jauh sekali wang saku untuk mereka belanjakan di kantin
sekolah. Ini kerana pendapatan ibu bapa mereka yang boleh dikatakan „cukup-cukup makan‟
menyebabkan mereka terpaksa „mengikat perut‟ sehingga waktu persekolahan tamat. Ia secara
tidak langsung menyebabkan mereka tidak mendapat zat dan nutrisi pemakanan yang seimbang.
Atas faktor tersebut, kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah
1|Page
DASAR RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN

memperkenalkan satu inisiatif bagi membantu pelajar-pelajar sekolah di seluruh negara


mendapat pemakanan yang seimbang menghadapi waktu pembelajaran di sekolah. Inisiatif
Program Rancangan Makanan Tambahan atau singkatannya RMT. RMT telah dikelola, diselia
dan dilaksanakan sepenuhnya oleh KPM bermula pada tahun 1979.

2.0 Rancangan Makanan Tambahan (RMT)

Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang sedang dilaksanakan di sekolah sekolah rendah
di seluruh Malaysia pada hari ini merupakan salah satu usaha murni pihak Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) dalam membantu meningkatkan taraf pemakanan dan kesihatan
pelajar-pelajar sekolah rendah. Rancangan ini bertujuan untuk memberi makanan percuma
kepada pelajar-pelajar sekolah rendah terutamanya dari luar bandar dan dari golongan
berpendapatan rendah secara imbuhan. Rancangan ini buat sementara waktu adalah untuk
memperbaiki taraf pemakanan dan kesihatan mereka sebagai satu usaha yang selaras dengan
Dasar Pembangunan Negara. Menurut Aziz Ibrahim (1997) dalam Buletin Institut Penyelidikan
Perubatan (IMR), rancangan ini sebenarnya tidak bermaksud untuk mengambil alih tugas ibu
bapa dalam member makanan kepada anak-anak mereka tetapi ianya adalah sekadar
membekalkan 25% hingga 33% daripada keperluan kalori harian kanak-kanak tersebut

Rancangan Makanan Tambahan (RMT) adalah satu usaha Kementerian Pendidikan


Malaysia untuk membantu meningkatkan taraf pemakanan dan kesihatan bagi seseorang murid
sekolah rendah yang memerlukan. RMT telah dilaksanakan di sekolah-sekolah rendah di
seluruh Malaysia pada hari ini dan ia merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan taraf
kesihatan murid sekolah di Malaysia. Rancangan ini merupakan satu usaha yang bersepadu
dan selaras dengan usaha-usaha lain yang berkaitan dengan kesihatan dan pemakanan
sekolah dan masyarakat.

Rancangan ini bermaksud untuk memberi makanan tambahan, iaitu ¼ - ⅓ daripada


jumlah keperluan harian bagi seorang murid sekolah dari segi taraf pemakanan dan tidaklah
untuk memberi keperluan harian sepenuhnya. Di samping itu, RMT juga bertujuan untuk
memberi makanan tambahan yang berzat dan seimbang kepada murid-murid yang berkenaan
untuk membantu mereka mengatasi masalah-masalah dari segi pertumbuhan badan dan
kekurangan tenaga. RMT juga adalah untuk menyelenggarakan pendidikan kesihatan dan
pemakanan secara langsung dan secara tidak langsung serta mengendalikan tabiat-tabiat
sopan santun disiplin, timbang rasa serta amalan-amalan yang diingini berkaitan dengan
kebersihan diri, kebersihan makanan dan kebersihan alam sekitar. RMT juga adalah untuk

2|Page
DASAR RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN

menggalakkan penglibatan dan penyertaan masyarakat dalam usaha-usaha sekolah dalam


pengelolaan Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

Objektif am di sekolah pula adalah untuk memberi makanan tambahan kepada murid-
murid sekolah rendah, terutamanya dari luar bandar dan golongan berpendapatan rendah,
secara imbuhan untuk sementara waktu, bagi memperbaiki keadaan kesihatan, fizikal dan
amalan pemakanan. Ini adalah sebagai suatu usaha KPM selaras dengan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM).

RMT adalah sebuah program pemberian makanan tambahan kepada murid-murid


sekolah rendah, terutamanya dari luar bandar dan golongan berpendapatan rendah, secara
imbuhan untuk sementara waktu, bagi memperbaiki keadaan kesihatan, fizikal dan amalan
pemakanan. Usaha ini juga adalah untuk membantu murid-murid meningkatkan prestasi
kehadiran dan akademik mereka di sekolah selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM).

2.1 Bilangan Penerima RMT

Bilangan murid yang diberi makanan tambahan berbeza antara satu sekolah dengan satu
sekolah yang lain berdasarkan:

i) Kedudukan sekolah;

ii) Saiz sekolah (bilangan murid-murid);

iii) Tagging sekolah yang ditentukan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan (Sekolah Orang Asli/Penan);

iv) Taraf pemakanan penduduk; dan

v) Pendapatan keluarga.

3|Page
DASAR RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN

3.0 ISU –ISU RMT

3.1 Isu pemilihan pelajar

Berkenaan pemilihan pelajar untuk mengikuti program RMT, diharapkan pemilihan yang telus di
buat oleh Jawatankuasa RMT kepada para pelajar yang benar-benar layak sahaja iaitu kategori
miskin tegar kerana pada ketika ini paras garis kemiskinan semasa per kapita masih lagi RM
140 untuk semenanjung manakala Sabah dan Labuan RM150 sementara Sarawak RM160
(Pendapatan Garis Kemiskinan, 2014), dimana pihak BPSH, KPM masih menggunakan syarat
kelayakan berdasarkan PGK 2014 walhal terdapat PGK 2016 terbaru. Jika dilihat kepada data
paras kemiskinan yang di gariskan oleh Unit Perancangan Bandar dan Desa (2019),
Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) purata bagi tahun 2016 adalah per kapita RM 244.00 bagi
Semenanjung Malaysia, RM259 bagi Sabah/Labuan dan RM255.00 bagi Sarawak. Isi rumah
bagi kemiskinan tegar pula ditetapkan sebanyak RM604.00 bagi Semenanjung Malaysia,
RM722 bagi Sabah/Labuan dan RM 681.00 bagi Sarawak.

Secara umumnya, „miskin‟ merujuk kepada situasi di mana seseorang


individu/sesebuah keluarga tidak dapat menyediakan keperluan ahli keluarga dengan
secukupnya seperti mana keperluan individu yang biasa. Keperluan ini merujuk kepada
penyediaan makanan ruji, pakaian dan tempat tinggal (Maimunah, 1990: 7). Bilangan isi rumah
yang ditakrifkan oleh kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat (2013) ialah seramai lima (5) orang. Hal ini bertepatan dengan beberapa kriteria
pemilihan iaitu berdasarkan taraf sosio-ekonomi keluarga, saiz enrolmen sekolah, status
pemakanan pelajar yang mengalami malnutrisi yang disahkan oleh pegawai perubatan dan
jarak rumah dari sekolah. Memandangkan program ini dijalankan di semua sekolah di seluruh
Malaysia, maka sekolah-sekolah yang terletak di kawasan bandar juga turut terlibat. Oleh itu,
pemilihan pelajar untuk program ini tidak terhad di kawasan luar bandar sahaja. Pelajar-pelajar
yang berada di kawasan bandar turut mengikuti program RMT dan pemilihan berdasarkan
kriteria mengikut prioriti yang telah ditetapkan.

Pemilihan pelajar yang akan mengikuti program RMT ini di harap adalah di dalam
kategori miskin mahupun miskin tegar kerana ini secara tidak langsung memberi peluang
kepada pelajar yang benar-benar susah untuk menikmati RMT tersebut. Jika di lihat pada
keadaan ekonomi semasa pada ketika ini, pendapatan isi rumah di bandar mahupun luar
bandar telah meningkat. Pelaksanaan program RMT bagi tahun 2019 mestilah kepada murid

4|Page
DASAR RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN

yang layak mengikut syarat yang ditetapkan (Surat Siaran Pelaksanaan RMT, 2018). Mengikut
konteks ini, pelajar kategori miskin tegar, murid yang bersekolah di Sekolah Orang Asli/ Penan
(kecuali murid yang tinggal di asrama) dan Murid Berkeperluan Khas (OKU) sahaja yang
berkelayakan untuk mengikuti program RMT ini berbanding pelajar kategori miskin.

3.2 Isu Waktu Makan Fleksibel

Walau bagaimana pun, terdapat keburukan RMT antaranya sikap ibu bapa yang kurang peka
dalam memastikan anak-anak mereka datang awal ke sekolah untuk mengambil makanan RMT
telah menyebabkan anak-anak mereka yang terlibat dalam RMT tersebut tidak dapat menikmati
hidangan RMT. Kadangkala makanan yang tidak sempat dihabiskan oleh murid-murid tersebut
telah menyebabkan pembaziran makanan. Waktu makan yang di sarankan ialah pada jam 7.00
pagi sehingga 8.30 pagi di mana 8.30 pagi adalah waktu PdP sedang berlangsung dan
dikhuatiri akan mengggangu pembelajaran pelajar tersebut jika mereka keluar untuk menikmati
makanan. Maksudnya tiada penetapan waktu yang ditetapkan bagi pelajar untuk menikmati
sarapan, jika pelajar tersebut tidak sempat untuk makan di awal pagi, maka mereka boleh
sahaja makan pada waktu rehat bagi pelajar sesi pagi.

Begitu juga penetapannya bagi pelajar sesi petang, dimana penetapan waktu makan
flexible diharapkan dapat memberi ruang dan peluang kepada para pelajar untuk makan pada
waktu rehat sekiranya mereka tidak berkesempatan untuk makan sebelum memulakan
pembelajaran. Langkah ini secara tidak langsung dapat mengurangkan pembaziran yang
berlaku terhadap makanan yang di sediakan oleh pihak kantin. Inisiatif asal program ini
menetapkan bahawa digalakkan para pelajar untuk makan sebelum memulakan pelajaran untuk
membantu para pelajar fokus di dalam kelas.

Menurut Zainab (2000), pengambilan makanan perlu dilakukan mengikut waktu. Beliau
menyatakan bahawa pengambilan makanan perlu dirancang mengikut masa biasa dan
utamakan sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam. Hal ini bertepatan dengan
jadual waktu Rancangan Makanan Tambahan disekolah. Makanan Rancangan Makanan
Tambahan hanya diberi pada waktu bersarapan pagi atau pada waktu rehat untuk membantu
memberi tenaga kepada pelajar.

Apabila murid-murid telah mempunyai pengetahuan yang menyeluruh mengenai


kepentingan penjagaan kesihatan mereka, secara tidak langsung murid-murid turut dapat

5|Page
DASAR RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN

menjalani pembelajaran sama seperti murid-murid yang lain. Sehubungan dengan itu juga,
murid-murid akan dapat memberi lebih fokus dalam pelajaran tanpa perlu memikirkan perihal
membahagikan kos untuk makan apabila tiba waktu rehat nanti.

3.3 Isu Penyelarasan Data / Per Kapita

3.3.1 Paras Garis Kemiskininan Tahun 2016

Jadual 1.1 Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)-2016


WILAYAH MISKIN (RM MISKIN TEGAR (RM)
PER ISI RUMAH PER KAPITA PER ISI RUMAH PER KAPITA
SEMENANJUNG 960 244 604 151
MALAYSIA
SABAH & W.P. 1,180 259 722 154
LABUAN
SARAWAK 1,020 255 681 167

Sumber: Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU)


No Rujukan: UPP:BPK/177/174/1 Kit.20(51)
Tarikh: 31 Disember 2018

3.3.2 Data Per Kapita RMT

Jadual 1.2 Data Per Kapita RMT

NEGERI PENDAPATAN ISI RUMAH(RM) PER KAPITA (RM)


Semenanjung 580 140
Sabah/Labuan 710 150
Sarawak 660 160

6|Page
DASAR RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN

3.3.3 Data Per Kapita KWAPM

Jadual 1.3 Data Per Kapita KWAPM


7|Page
DASAR RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN

Rajah 1.3 di atas menunjukkan perbezaan per kapita untuk program RMT dan juga Bantuan
Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM). Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
(BPSH), KPM sepatutnya menyelaraskan nilai pendapatan isi rumah dan per kapita megikut
garis panduan kemiskinan terkini iaitu 2016. Sekiranya data ini tidak di selaraskan, pemilihan
pelajar yang sepatutnya mengikuti program RMT ini tidak telus kerana syarat utama kelayakan
pelajar untuk menyertai program ini adalah dari kalangan miskin tegar, sedangkan melalui
bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin, golongan pelajar dari kategori miskin juga
turut mendapat bantuan. Ini dikhuatiri pelajar yang sepatutnya mendapat bantuan dari kategori
miskin tegar terlepas peluang untuk mendapatkan bantuan dari KWAPM.

3.3.4 eKasih

eKASIH merupakan Bank Data Kemiskinan Nasional yang mengandungi maklumat mengenai
kemiskinan bermula dari profil individu, program/bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah
(KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada
permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program/bantuan yang diterima.
Komponen data eKasih terdiri daripada maklumat asas Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi
Rumah (AIR), maklumat Lokasi, Kediaman,Pendidikan, Kemahiran dan Pekerjaan, Pemilikan
Harta, Kesihatan, Pendapatan serta Bantuan.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh KSN telah memutuskan bahawa semua


Kementerian/Agensi adalah di wajibkan menggunakan data eKASIH sebagai rujukan utama
untuk memberi program/projek dan bantuan pembasmi kemiskinan. Begitu juga hasil mesyuarat
Majlis Penasihat Kebangsaan Pembangunan Orang Asli memutuskan penggunaan Sistem
Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM) bagi mengenalpasti murid-murid orang asli yang akan
mendapat bantuan KWAPM. Data tersebut hendaklah di kemukakan ke Jabatan Kemajuan
Orang Asli (JAKOA) terlebih dahulu bagi pengesahan status orang asli mengikut akta 134, Akta
Orang Asli 1954 pindaan 1974 dan status kemaskini Ketua Isi Rumah Orang Ali.

3.4 Isu Menu dan Penyediaan Makanan

Makanan merupakan sumber yang berperanan penting bagi menambah tenaga dan protein
kepada tubuh badan manusia. Pemilihan makanan yang dapat memenuhi objektif kesihatan
tidak boleh dipandang remeh. Matlamat melahirkan pengguna yang prihatin dalam memilih
produk makanan sihat merupakan agenda nasional yang penting pada masa kini (Salleh, Noor,
Mat, Yusof & Muhamed, 2015).

8|Page
DASAR RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN

Menurut Kelly-Plate dan Eubanks (2000), pemilihan makanan manusia dipengaruhi oleh
beberapa faktor seperti latar belakang keluarga dan budaya, rakan-rakan, kepercayaan agama,
emosi, kawasan geografi , pengiklanan serta nilai dan gaya hidup. Hoolihan (2003) pula
berpendapat mengenai pemilihan makanan oleh seseorang individu itu adalah disebabkan oleh
keperluan nutrien termasuklah umur, jantina, tahap aktiviti, bangsa dan etnik, cara hidup,
persekitaran, sejarah keluarga dan pemendapan penyakit genetik. Delisle. H (2005) melaporkan
bahawa budaya, rakan sebaya dan keluarga mampu mempengaruhi tabiat pemakanan murid
dan beliau juga menyatakan bahawa apabila tiada halangan dari segi ekonomi dan
keselamatan makanan ianya akan ditentukan oleh faktor-faktor psikososial.

Tiga perkara asas dalam membentuk tabiat pemakanan yang baik ialah mengambil
sarapan makan tengah hari dan malam secara tetap. Tabiat pemakanan yang baik ini perlu
disemai sejak anak kecil. Kajian mendapati nutrisi baik bukan saja mampu membantu
perkembangan fkikal menjadikan anak lebih tinggi dan kuat tetapi juga merangsang keupayaan
minda yang dikaitkan dengan kebolehan memperoleh pendapatan lebih lumayan. Orang yang
bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualiti tersusun bersikap positif lebih langsing
dan memiliki daya tumpuan lebih baik. Pemilihan sarapan terutama kaya karbohidrat
membekalkan tenaga mampu menahan rasa lapar dan mengawal keinginan untuk makan di
antara waktu sarapan dan makan tengah hari. Saintis menggelar sarapan sebagai makanan
untuk otak. Sarapan ada kaitan rapat dengan kecergasan mental kerana ia memberi kesan
positif terhadap aktiviti otak supaya lebih cergas peka dan fokus. Karbohidrat yang diambil pada
waktu pagi merangsang paras glukos dan mikro nutrien dalam otak. Contohnya vitamin B yang
diperkaya dalam roti dan bijirin sarapan dikenal pasti mampu memberi kesan positif kepada
fungsi otak. Kesan lebih ketara di kalangan kanak-kanak dan remaja yang mengambil sarapan
kaya karbohidrat kompleks ialah mereka boleh menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan
menyelesaikan masalah dengan lebih baik. Sarapan juga secara tidak langsung mendatangkan
pengaruh positif terhadap diri individu itu untuk melaksanakan tugasnya.

Penyediaan RMT hendaklah mengikut 20 jenis menu yang telah ditetapkan di dalam
Dokumen Perjanjian Pembekalan Makanan bagi RMT. Lima jenis menu dicadangkan dipilih
oleh pihak sekolah secara bergilir. Walau bagaimanapun sekolah boleh membuat 15 pilihan
daripada 20 senarai menu yang disediakan mengikut kesesuaian bahan dan kesukaan murid-
murid. Bagi memastikan menu makanan yang disediakan menarik minat murid, semakan
semula menu perlu dibuat satu kali setahun (Jun) oleh Jawatankuasa Bantuan Murid (RMT) dan

9|Page
DASAR RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN

penukaran menu dilaksanakan mengikut menu yang disenaraikan. Walau bagaimanapun menu
yang disediakan perlu lebih fleksibel bagi memudahkan pihak jawatankuasa yang
bertanggungjawab sekolah untuk membuat pemilihan yang bersesuaian dengan murid di
sekolah tersebut. Kepelbagaian menu makanan setiap hari sangat penting supaya murid-murid
tidak berasa bosan dan jemu terhadap sesuatu makanan serta memastikan murid-murid RMT
makan pada setiap pagi. Selain itu, pihak sekolah boleh memberi ganjaran kepada murid RMT
yang hadir dan makan setiap hari.

Contoh Menu RMT Sedia Ada

Jadual 1.4 Contoh Menu RMT

MENU JENIS MAKANAN


Menu 1 Nasi Ayam Buah Betik Susu Coklat
Menu 2 Nasi Lemak Pisang Koko Malt
Menu 3 Mi Goreng Buah Oren Koko Malt
Menu 4 Bijirin Sarapan Pagi Buah Oren Koko Malt
Menu 5 Bun Kari Ayam/Ikan Tenggiri Buah Jambu Batu/Limau Manis Koko Malt

Selain daripada itu, pihak pembekal makanan juga perlu lebih bertanggungjawab dalam
penyediaan makanan dan tidak menyedikan makanan mengikut menu yang berulang kerana
ianya akan menyebabkan murid-murid mulai tidak berselera untuk menjamahnya lagi. Hal ini
akan mengundang kepada masalah pembaziran apabila murid-murid hanya menjamah
sesuap dua makanan dan membuang kesemua baki makanan tersebut. Perkara seperti ini tidak
seharusnya terjadi kerana makanan yang dihidangkan sepatutnya dimakan oleh murid bagi
mempersiapkan diri mereka dengan kesihatan yang baik agar terus dapat memberi fokus
kepada isi pengajaran yang disampaikan oleh guru. Masalah kehabisan makanan juga turut
terjadi kepada murid-murid yang lewat datang ke sekolah. Hal ini kerana terdapat murid-
murid yang tidak terlibat dengan RMT menunggu giliran untuk mengambil makanan lebih
untuk dimakan. Tambahannya lagi, ada di antara murid-murid yang menerima bantuan
RMT ini masih tidak kenyang dan mahu menambah makanan yang sedia ada. Hal ini tidak akan
terjadi sekiranya pihak pengusaha mengawal proses pemberian makanan kepada murid-murid
yang berkenaan sahaja.

10 | P a g e
DASAR RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN

Justeru itu, ceramah kepentingan makanan berkhasiat dan seimbang perlu diadakan. Ini
adalah untuk memberi kesedaran kepada murid-murid mengenai RMT dan mengetahui tentang
kepentingan makanan berkhasiat dan seimbang. Program ceramah ini juga dapat membantu
melahirkan murid-murid yang cergas dan sihat. Penerapan tentang kepentingan makanan
berkhasiat pada waktu makan RMT turut boleh dilakukan oleh guru-guru RMT. Penerapan
tentang pentingnya memakan sayur-sayuran kepada murid-murid yang tidak gemar makan
sayuran yang terdapat dalam makanan. Penerapan ini mampu meningkatkan peratus murid
untuk makan sayuran dan menggalakkan murid untuk makan sayur serta menyatakan kebaikan
pengambilan sayuran. Selain daripada itu, penerangan dan galakan tentang kebaikan makan
pada waktu awal pagi sangat penting kerana murid kurang kesedaran tentang pentingnya
makan pada waktu pagi.

Kajian mendapati kebanyakan murid-murid tidak suka bersarapan pagi kerana tidak
mendapat kerjasama daripada ibu bapa, menu tidak sesuai dengan selera murid dan murid
sendiri yang tidak biasa makan pada waktu pagi. Program ini mampu meningkatkan 100 %
murid RMT untuk mengambil makanan pada waktu awal pagi.

3.5 Isu Peruntukan dan Pemilihan

Program RMT di sekolah merupakan satu usaha mempertingkatkan tahap pencapaian


pendidikan negara yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia semenjak
lebih dari 30 tahun yang lampau. Keutamaan program RMT disasarkan kepada murid sekolah
rendah yang berasal daripada golongan keluarga miskin yang berpendapatan di bawah
RM400.00 sebulan. Bantuan ini turut dipanjangkan kepada murid yang dikesan mengalami
malnutrisi dengan pengesanan dan pengesahan pegawai perubatan yang bertauliah. Di
samping itu, peluang yang sama turut diberikan kepada murid yang tinggal jauh dari sekolah
untuk dipertimbangkan menyertai program RMT jika keadaan kewangan mengizinkan
(Kementerian Pelajaran, 2005). Semenjak tahun 1976 sehingga tahun 1978, peruntukan
kewangan bagi RMT di sekolah rendah telah disampaikan kepada Kementerian Pendidikan
oleh Jabatan Perdana Menteri di bawah Rancangan Amalan Makan dan Pemakanan. Pada
tahun 1979, rancangan ini telah diserahkan kepada KPM. Pada masa sekarang peruntukan
kewangan bagi RMT di sekolah rendah disediakan oleh KPM. Peruntukan ini diturunkan
kepada JPN untuk diagihkan kepada pihak PPD seterusnya ke sekolah melalui Bahagian
Kewangan.

11 | P a g e
DASAR RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN

Kadar peruntukan bagi seorang murid seharian untuk makanan tambahan adalah 10
sen pada tahun 1976, 15 sen pada tahun 1977 dan 20 sen pada tahun 1978, 1979 dan 1980.
Pada tahun 2001 kadar bagi seorang murid sehari adalah RM1.20 di Semenanjung Malaysia
dan RM 1.35 di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Selaras dengan
perkembangan semasa, pada tahun 2013, kadar ini telah dinaikkan kepada RM1.80 di
Semenanjung Malaysia dan RM2.05 di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Tempoh pelaksanaan RMT adalah tidak melebihi dari 190 hari waktu persekolahan dengan
peruntukan sebanyak RM2.50 sehari bagi seorang murid di Semenanjung Malaysia dan
RM3.00 sehari bagi seorang murid di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan
(bermula tahun 2015).

Program RMT kebiasaannya bermula pada hari pertama persekolahan bagi murid tahun
dua hingga tahun enam. Bagi murid Tahun satu dan murid cicir, RMT akan diberikan bermula
hari pertama persekolahan bagi bulan Februari tahun semasa. Bermula pada tahun 2016, dua
bahagian KPM terlibat secara langsung dalam pelaksanaan RMT di sekolah iaitu Bahagian
Kewangan yang menjalankan fungsi sebagai pengawal peruntukan dan perbelanjaan manakala
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian yang melaksanakan fungsi sebagai pengurus
pengoperasian program di peringkat JPN, PPD/PPW dan sekolah. RMT diberikan kepada
murid-murid sekolah rendah warganegara Malaysia yang berikut:

1. Pendapatan Ketua Isi Rumah (KIR) adalah di bawah Paras Garis Kemiskinan (PGK)
Nasional (kategori miskin tegar).

2. Murid yang berada di Sekolah Orang Asli/Penan (kecuali murid yang tinggal di asrama) dan
Murid Berkeperluan Khas (OKU); dan murid yang tinggal di asrama tidak layak menerima
RMT.

Setakat Mac 2018, seramai 2,607,617 murid sekolah rendah seluruh negara
mendapat manfaat daripada RMT sejak 2014 hingga kini, dan daripada pecahan angka itu
menyaksikan 458,483 murid terbabit pada tahun ini dengan peruntukkan sebanyak RM250
juta di semua sekolah bantuan kerajaan. Ini berdasarkan kepada rekod KPM yang
menunjukkan jumlah murid yang mendapat manfaat RMT pada tahun 2014 adalah seramai
559,383 orang, diikuti 536,103 orang murid pada tahun 2015, 538,620 murid (2016) dan
515,028 murid pada 2017.

12 | P a g e
DASAR RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN

Pemberian makanan tambahan kepada murid-murid sekolah rendah, terutamanya dari


luar bandar dan golongan berpendapatan rendah bagi memperbaiki keadaan kesihatan, fizikal
dan amalan pemakanan. Murid miskin tegar dalam kalangan isi rumah berpendapatan di bawah
Paras Garis Kemiskinan (PGK) Nasional yang berkuatkuasa berdasarkan ketetapan yang
dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU)

KADAR PERUNTUKAN RMT BAGI MURID SEMENANJUNG DAN SABAH SARAWAK

Rajah 1.5 Kadar Peruntukan RMT Bagi Murid di Semenanjung, Sabah & Sarawak
Wilayah Miskin Miskin Tegar

Isi Rumah (RM) Per Kapita (RM) Isi Rumah (RM) Per Kapita (RM)
Semenanjung 930 230 580 140
Malaysia

Sabah & 1170 550 710 150


Sarawak
Labuan 990 240 660 160

3.6 Isu Pengusaha

Walaupun setiap murid telah ditetapkan dengan peruntukan sebanyak RM2.50


di Semenanjung Malaysia dan RM3.00 di Sabah dan Sarawak namun terdapat di antara
pengusaha yang mengelolakan RMT ini mengambil kesempatan melalui perlaksanaannya.
Hal ini berlaku disebabkan kerana pihak terbabit cuba untuk mengaut keuntungan
berpandukan kepada nilai barangan. Bagi memastikan pihak mereka mengaut
keuntungan yang berganda, mereka akan menghidangkan makanan yang tidak bertepatan
dengan nilai makanan yang sepatutnya. Sebagai contohnya, telur dadar yang dimasak dalam
kuantiti 5 biji diagihkan kepada 20 orang murid RMT yang mana mengikut nisbah yang
sepatutnya sebiji telur perlu diagihkan kepada seorang murid. Apabila ditanya, pihak
pengusaha akan memberi alasan modal tidak mencukupi kerana tuntutan lambat diterima.
Sekiranya keadaan ini berkekalan, murid-murid yang menerima RMT ini akan terus membesar
tanpa memiliki gizi makanan yang seimbang seperti yang sepatutnya.

13 | P a g e
DASAR RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN

3.7 Isu Kebersihan

Masalah kebersihan merupakan suatu isu yang seringkali dibangkitkan oleh pihak sekolah. Hal
ini adalah berkaitan prasarana kantin sekolah dan kebersihan peralatan yang digunakan dalam
penyediaan makanan RMT ini. Kebiasaanya, sekolah-sekolah yang mempunyai kapasiti murid
yang ramai menghadapi masalah seperti ini. Penyediaaan tempat untuk makan bagi murid-
murid akan menimbulkan masalah kepada pengusaha kantin. Hal ini akan mendatangkan rasa
kurang yakin dengan tahap kebersihan makanan yang dihidangkan. Di samping itu juga,
penyediaan kawasan makan yang tidak mencukupi juga menjadi kelemahan dalam
perlaksanaan program ini di sekolah-sekolah yang mempunyai kapasiti murid yang besar tetapi
saiz kantinnya kecil dan tidak dapat menampung bilangan murid yang berkenaan.

3.8 Isu Had Umur

Program RMT hanya dikhususkan kepada murid sekolah rendah sahaja. RMT perlu
diperluaskan kepada pelajar sekolah menengah yang berkelayakan, kerana dengan memberi
makanan tambahan yang berzat dan seimbang dapat membantu mereka mengatasi masalah
pertumbuhan badan dan kekurangan tenaga . Ia juga dapat mengekalkan tabiat bersopan-
santun, berdisiplin, bertimbang rasa serta amalan yang diinginkan berkaitan dengan kebersihan
diri, kebersihan makanan dan alam sekitar. Pelajar atau remaja terdedah kepada bahaya akibat
budaya pemakanan tidak sihat dan pastinya mengancam kesihatan, bahkan memberi kesan
kepada pemikiran pelajar. Gizi yang tidak seimbang boleh menyebab pelbagai masalah
kesihatan. Seseorang yang mengambil gizi yang tidak seimbang untuk suatu tempoh yang lama
akan mengalami malnutrisi. Malnutrisi ditakrifkan sebagai kekurangan nutrien tertentu dalam
makanan.

Malnutrisi menyebabkan pelbagai penyakit seperti anemia, kwasyiorkor, skurvi, dan


riket. Selain itu, kekurangan vitamin dan garam mineral juga menimbulkan pelbagai kesan dan
penyakit. Selain daripada itu, amalan gaya hidup moden merupakan salah satu faktor yang
menunjangi masalah ini. Pada zaman millennia yang serba canggih dan pantas kini, semua
orang terlalu sibuk dengan hal dan kerjaya masing-masing hingga mengabaikan pengambilan
pemakanan seimbang dalam kehidupan seharian mereka.

14 | P a g e
DASAR RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN

Pada zaman millennia yang serba canggih dan pantas kini, semua orang terlalu sibuk dengan
hal dan kerjaya masing-masing hingga mengabaikan pengambilan pemakanan seimbang dalam
kehidupan seharian mereka. Mereka lebih gemar mengambil makanan segera dan tidak
berkhasiat seperti mi segera, minuman berkarbonat, burger dan sebagainya. Saintis di seluruh
dunia mendapati bahawa makanan tersebut tidak dapat menampung keperluan zat yang
diperlukan oleh badan. Panduan piramid makanan membantu dalam memilih diet yang
seimbang. Makanan diletakkan pada aras yang berbeza di dalam piramid makanan
berdasarkan kepada nilai nutrien utama (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2011). Makanan
dengan nilai nutrien tertinggi diletakkan di dasar piramid makanan, manakala makanan yang
mempunyai nilai nutrien terendah diletakkan pada puncak piramid makanan.

Menurut kajian Maslow sesuatu keperluan itu tidak semestinya dipenuhi dengan
sepenuhnya sebelum sesuatu keperluan lain dalam hieraki menjadi penting atau dipenuhi.
Maslow menerangkan bahawa hanya 85% keperluan fisiologi yang mesti dipenuhi, 70%
keperluan keselamatan, 50% keperluan penghargaan dan kasih saying, 40% penghargaan
kendiri dan hanya 10% keperluan kesempurnaan kendiri. Keperluan fisiologi adalah keperluan
peringkat pertama yang perlu dipenuhi. Keperluan utama yang diperlukan oleh setiap individu
seperti keperluan makanan, minuman, begitu juga dengan keperluan tidur, rehat, seks, pakaian
dan lain,lain. Keperluan ini bersifat biologikal di mana jika keperluan ini tidak dipenuhi maka
keperluan-keperluan lain juga akan menjadi tidak penting.

Ciri-ciri keperluan dan fungsi keperluan menurut teori Maslow adalah keperluan yang
terletak paling bawah dalam senarai hieraki adalah keperluan yang paling perlu diberi
keutamaan dan keperluan yang paling tinggi dalam hieraki adalah keperluan yang paling lemah.
Keperluan yang terletak pada bahagian atas hieraki hanya timbul setelah segala keperluan
fisiologi dan keperluan keselamatan dipenuhi. Pada zaman kanak,kanak keperluan fisiologi dan
keperluan keselamatan amat diperlukan. Sewaktu pertengahan umur akan wujud keperluan
kesempurnaan kendiri. Kegagalan memenuhi keperluan-keperluan yang terletak pada bahagian
bawah hieraki akan menimbulkan pelbagai masalah. Maslow menamakan keperluan peringkat
bawahan ini sebagai deficit atau deficiency of needs. Dengan memenuhi kepuasan peringkat
bawahan tidak bergantung kepada suasana atau faktor luaran. Dalam konteks pendidikan,
murid tidak dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya terhadap pelajaran mereka
sekiranya kurang mendapat makanan sehingga boleh menjejaskan kesihatan mereka.

15 | P a g e
DASAR RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN

Keperluan seks juga termasuk dalam keperluan asas manusia. Keperluan ini diperlukan
apabila seseorang itu mencapai peringkat baligh dan perlu berkahwin untuk memenuhinya.
Bagi memenuhi keperluan fisiologi khususnya untuk kanak,kanak yang berumur daripada 0
hingga 6 tahun, ibu bapa serta guru dan orang sekeliling
yang bertanggungjawab untuk memenuhi agar kemenjadian diri kanak-kanak tersebut di tahap
maksima dan cemerlang.

Contohnya keperluan asas seperti makanan dipenuhi iaitu ibu bapa menyediakan
makanan yang berkhasiat dan mencukupi, apabila anak tersebut telah kenyang pastinya kanak-
kanak dapat menjalani proseskehidupan dengan gembira iaitu dengan bermain, belajar dan
sebagainya. Apabila kanak,kanak gembira, secara tidak langsung pertumbuhan dan
perkembagan mereka akan menjadi holistik

4.0 Kesan Tidak Mengambil Sarapan Pagi

Kajian-kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa di antara 15-20 peratus daripada
jumlah murid yang datang ke sekolah mengalami „kelaparan tersembunyi‟ iaitu tidak
bersarapan (sekolah pagi) atau makan tengah hari (sekolah petang) sementara 35 peratus
murid sekolah rendah menunjukkan tanda tanda salah pemakanan (malnutrition). Salah
pemakanan dan kesan bersama-sama yang di akibatkan oleh salah pemakanan dan serangan
penyakit (infection), menimbulkan pelbagai masalah dari segi pertumbuhan badan (growth),
pencapaian dalam pelajaran (learning) serta kelakuan penyesuaian diri (adaptive behavior).

5.0 Kepentingan RMT

Terdapat pelbagai kepentingan RMT ini kepada murid-murid antaranya ialah memberi banyak
manfaat kepada murid-murid di sekolah terutamanya bagi murid-murid yang berasal dari
keluarga yang miskin. Pelaksanaan Program RMT tersebut membolehkan murid-murid yang
miskin mendapat makanan yang sempurna dan seimbang. Jadi, murid-murid tersebut dapat
menumpukan perhatian dengan sepenuhnya dalam pelajaran mereka. RMT mampu memenuhi
matlamat dalam memastikan semua sekolah dan murid mempunyai peluang dan keupayaan
yang sama untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran dan aktiviti kokurikulum. Pihak
sekolah boleh memainkan peranan ketika melaksanakan program RMT ini untuk memupuk
amalan pemakanan yang sihat di kalangan pelajarnya dengan mengintegrasikannya di dalam
kurikulum pengajaran.

16 | P a g e
DASAR RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN

Sokongan pengajaran berkaitan amalan pemakanan boleh dilakukan dari sudut berbeza
dan kreatif agar dapat merangsang minat pelajar. Selain itu, program RMT yang dilaksanakan
telah berjaya dan memberi kesan kepada pelajar yang terlibat secara langsung dan tidak
langsung dalam program ini. Mereka yang terlibat dalam program ini iaitu pelajar, guru, orang
yang menyediakan makanan dan masyarakat telah berubah dari segi penjagaan kesihatan dan
amalan pemakanan. Mementingkan kebersihan makanan dan mengawas segala peraturan
kebersihan terutama sekali semasa menyedia dan menghidangkan makanan kepada murid-
murid untuk mengelakkan berlakunya keracunan makanan dan penyakit-penyakit berjangkit.

6.0 Masalah Yang Dihadapi Dalam Pelaksanaan RMT

Murid-murid yang agak cerewet dalam memilih menu makanan menyebabkan menu makanan
susah disediakan. Hal ini adalah kerana murid yang cerewet tersebut selalu membazirkan
makanan dan menyebabkan guru yang bertanggungjawab dalam menentukan menu makanan
RMT sukar untuk memilih jenis makanan yang diminati oleh murid-murid tersebut. Selain itu,
antara keburukan RMT adalah akan berlakunya ketirisan terhadap pengurusan RMT akibat
sikap sambal lewa sesetengah pihak yang akan menyebabkan murid-murid penerima bantuan
ini tidak mendapat bekalan makanan secukupnya. Ini akan menyebabkan gangguan fokus
mereka terhadap pembelajaran di dalam kelas selain tidak mendapat nutrisi yang seimbang
bagi tumbesaran mereka.

7.0 Penambahbaikan RMT

Terdapat pelbagai langkah penambahbaikan untuk memantapkan lagi RMT antaranya pihak
sekolah haruslah bekerjasama dengan pihak PIBG dalam melaksanakan RMT sekolah rendah.
Sebagai contoh, dengan melibatkan ibu bapa dalam pemilihan menu makanan RMT. Melalui
cara tersebut, ibu bapa akan lebih mengambil perhatian terhadap kesihatan anak-anak mereka
dan akan menyokong sepenuhnya program RMT yang dijalankan di sekolah.

Untuk mengatasi masalah memilih makan di kalangan murid-murid yang terlibat dalam
program RMT, pihak sekolah haruslah mengadakan ceramah dan penerangan berkenaan
kepentingan makanan seimbang kepada murid-murid yang terlibat supaya mereka menyedari
dan memahami tentang kepentingan makanan seimbang dalam kehidupan seharian mereka.
Jika murid-murid tersebut sentiasa digalakkan untuk mengambil makanan yang seimbang,
masalah pembaziran makanan RMT akan dapat diselesaikan.

17 | P a g e
DASAR RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN

Selain itu, antara langkah lain bagi menambahbaik RMT adalah dengan
mempelbagaikan menu makanan setiap hari supaya murid-murid tidak berasa bosan dan jemu
terhadap sesuatu makanan. Ini bagi memastikan murid-murid tersebut sentiasa menjamah
makanan yang disediakan oleh pihak sekolah setiap pagi. Malah, pihak sekolah juga boleh
menyediakan ganjaran kepada murid RMT yang kerap hadir untuk makan juadah yang telah
disediakan.

Kesimpulannya RMT adalah satu program yang diwujudkan oleh pihak Kementerian
Pelajaran Malaysia kepada murid-murid yang berada di sekolah bagi memastikan usaha pihak
kerajaan dalam memastikan penjagaan kesihatan yang optima dalam kalangan murid-murid
sekolah khususnya dan warga sekolah amnya. Tindakan pihak kementerian melaksanakan
program ini adalah berlandaskan usaha untuk mengurangkan masalah kesihatan di kalangan
murid sekolah, dapat mengawal penyakit bawaan vektor, memantau tahap kebersihan di sekitar
sekolah khususnya di kantin sekolah dan memastikan tanda aras kebersihan dan keselamatan
di sekitar sekolah. Namun hakikatnya RMT yang dilaksanakan di sekolah telah banyak
mengubah amalan gaya hidup di kalangan kanak-kanak kerana mereka telah terdedah dengan
pelbagai ilmu pengetahuan baru.

18 | P a g e
DASAR RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN
RUJUKAN

Al-Ghazali, (1998 ). Halal Dan Haram Dalam Islam. Kuala Lumpur: Jasmin Enterprise. Aziz
Ibrahim (1997). Rancangan Makanan Tambahan Sekolah, daripada
http://ilmusvr:imr.gov.my/buletin/ 20 Ogos 2007.

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, (2019). Buku Panduan Pengurusan Program


Rancangan Makanan Tambahan (RMT). Kementerian Pendidikan Malaysia

Delisle, H., (2005). Should Adolescents be Specifically Targeted for Nutrition in Developing
Countries? To Address Which Problems, and How? Universiti Montreal: Thesis.

Hoolihan, L. E., (2003). “Individualization of nutrition recommendations and food choices”.


Nutrition Today, 38(6): 225-231

Kelly-Plate, J. & Eubanks, E., (2000). Teacher’s Wraparound Edition: Today’s Teen. Illinois:
Glencoe McGraw Hill.

Kementerian Kesihatan Malaysia, (2001). Promosi Hidup Sihat. Bahagian Pendidikan Kesihatan
: Kuala Lumpur

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, (2013). Definisi Miskin Tegar.
http://www.kpwkm.gov.my/nkra/definisi

Kementerian Pendidikan Malaysia, (1984). Usaha Kementerian Pendidikan bagi meningkatkan


taraf pemakanan murid-murid sekolah. Prosiding Bengkel Amalan Makanan Murid-Murid
Sekolah Rendah.

Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (2019). Dimuat turun daripada


https://www.permohonan.my/permohonan-kwapm-bantuan-pelajar-miskin/

Maimunah Ismail. (1990). Pembangunan: Implikasi ke atas Pembangunan Masyarakat. Edisi


Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Malaysia Urban-Rural National Indicators Network for Sustainable Development (2019). Di muat
turun daripada https://murninet.townplan.gov.my

Minit Mesyuarat Focus Group Kemiskinan kali pertama, (2010). Putrajaya, 7 Januari.

19 | P a g e
DASAR RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN

Minit Mesyuarat Majlis Penasihat Kebangsaan Pembangunan Orang Asli kali ke 12, (2014).
Putrajaya, 29 Ogos.

Portal Pembasmian Kemiskinan, (2018). Dimuat turun daripada https://ekasih.icu.gov.my

Portal Rasmi Kemeterian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (2019). Di muat turun daripada
https://www.kpkt.gov.my.php/pages/view/285

Saleh, S., (2004). Corak Pengambilan Makanan Pelajar Melayu Sekolah Rendah. Satu Kajian
Kes Di Sekolah Kebangsaan Pendas Laut, Gelang patah, Johor (Doctoral dissertation,
Universiti Teknologi Malaysia).

Salleh, H. S., Noor, A. M., Mat, N. H. N., Yusof, Y., & Mohamed, W. N. (2015). Consumer-
behavioural intention towards the consumption of functional food in Malaysia: their
profiles and behaviours. The International Business & Economics Research Journal
(Online), 14(4): 725-734.

Surat Pekeliling Kewangan Bil 2 Tahun 2016 : Rancangan Makanan Tambahan di Sekolah
Rendah. Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Surat Pekeliling Kewangan Bil 2 Tahun 2017 : Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar
Miskin (KWAPM). Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Unit Perancangan Ekonomi, (2013). Perangkaan Pendapatan dan Kemiskinan Isi Rumah
Sepintas Lalu. Di muat turun daripada http://www.epu.gov.my/documents

Zainab Tambi, (2000). Amalan Pemakanan Sihat. Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak. Nota

20 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai