Anda di halaman 1dari 2

KERTAS KERJA

PROGRAM DIAMOND IN DSO

1.0 PENDAHULUAN
Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Dato’ Syed Omar telah bercadang untuk menjalankan
program pemantapan sahsiah diri murid yang akan disertai oleh murid Tingkatan 4, Tahun 2020.
Kertas kerja ini dibuat bagi mendapatkan kelulusan daripada pihak sekolah untuk menjalankan
program tersebut. Justeru, program ini akan dapat memantapkan lagi sahsiah mereka dengan
aktiviti yang menarik dan menyeronokkan serta mampu memberikan kesan yang baik kepada
mereka.

2.0 MATLAMAT
Melatih murid dalam kemahiran mendengar dan memastikan murid bersifat positif dalam
pergaulan mereka serta dapat memantapkan sahsiah mereka bersama rakan-rakan.

3.0 OBJEKTIF
Pada akhir program, murid dapat :
3.1 Menyemai kesedaran tentang diri dan menghargai diri serta orang lain.
3.2 Memupuk kemesraan murid antara satu sama lain.
3.3 Meningkatkan keberanian diri murid untuk bercakap di hadapan khalayak.
3.4 Meningkatkan daya ingatan murid-murid.

4.0 SASARAN
Semua murid Tingkatan 4, Tahun 2020

5.0 TARIKH PELAKSANAAN


Tarikh : 12 Februari 2020
Hari : Rabu
Masa : 11 pagi – 2.00 petang
Tempat : Dewan Terbuka

6.0 KAEDAH PELAKSANAAN


6.1 Aktiviti
6.2 Ceramah

7.0 AHLI JAWATANKUASA PROGRAM


Penasihat : Tn. Haji Mustaffa B Ahmad (Pengetua )
Pengerusi : Pn Fathiah Bt Ibrahim ( GBKSM)
Naib Pengerusi : En. Azmin B Abu Bakar (GBKSM)
Setiausaha : Cik Anis Amirah Bt Azizan
AJK : Cik Nor Anisah Bt Zakarya
: Cik Zulfa Bt Abd Hamid
: En. Muhammad Zakir B Zulkifli

1
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING, SMKDSO
8.0 TENTATIF PROGRAM
Rabu (12 Februari 2020)
Masa Aktiviti
11.00 pagi- 12.30 Ice breaking
tengah hari  Mind Your Step (30 minit)
 Bukan Belon Aku (30 minit)
 Pembahagian Kumpulan (30 minit)

12.30 tengah hari- Modul 1 : Kemahiran Mendengar (30 minit)


1.50 tengah hari  Bawang Rangers

Modul 2 : Pembangunan Sahsiah (30 minit)


 Why Are They Looking At Me ?

Modul 3 : Ceramah Santai (20 minit)


 Enam Perkara Yang Kita Perlu Ingati
 Refleksi Akhir

1.50 tengah hari- Penutup


2.00 petang  Sesi Bergambar

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Menggunakan Sumber Manusia Sedia Ada (Warga Sekolah) dan tiada peruntukan disediakan.

10.0 PENUTUP
Diharapkan program yang dilaksanakan kepada murid Tingkatan 4, Tahun 2020 ini dapat mencapai
matlamat dan objektif yang telah ditetapkan. Program ini juga diharapkan dapat membantu murid
bergaul dengan warga sekolah lebih baik. Kerjasama daripada semua pihak sangat diharapkan
demi kelancaran program. Ucapan terima kasih didahului kepada semua yang membantu dalam
menjayakan program ini.

Disediakan oleh: Disahkan oleh :

…………………….................... ……………….……..…………..
(ANIS AMIRAH BT AZIZAN)
S/U PROGRAM
SMK Dato’ Syed Omar

2
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING, SMKDSO

Anda mungkin juga menyukai