Anda di halaman 1dari 2

KERTAS KERJA PELAKSANAAN KEMUDAHAN

MESRA OKU – #1Sekolah1ParkingOKU DI


SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH BATU PAHAT
1.0 PENDAHULUAN

Pelaksanaan ‘Zero Reject Policy’ secara berperingat bermula tahun 2019


merupakan dasar sedia ada yang perlu dimantapkan dari segi pelaksanaannya bagi
memastikan MBK menerima pendidikan yang selari dengan ketidakupayaan mereka
sama ada ke sekolah-sekolah biasa (mainstream) melalui Program Pendidikan
Inklusif, Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) atau Sekolah Pendidikan Khas
(SPK) dari peringkat prasekolah, rendah, menengah dan lepas menengah.

Pelaksanaan Zero Reject Policy melibatkan semua sekolah kerajaan dan


bantuan kerajaan di mana MBK diterima masuk ke mana-mana sekolah.

Daripada dasar sedia ada (Zero Reject Policy), beberapa langkah


penambahbaikan yang diambil oleh Bahagian Pendidikan Khas, di antaranya ialah
menyediakan semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan dengan
kemudahan mesra OKU secara berperingkat, bermula dengan Sekolah Pendidikan
Khas dan Program Pendidikan Khas Integrasi. Setakat ini hanya 170 buah sekolah
dilengkapi empat kemudahan mesra OKU yang terdiri dari susur tangan, susur
landai, tandas OKU dan parkir OKU.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Memenuhi salah satu dari 12 inisiatif baharu KPM bagi tahun 2019
iaitu ‘Ke Arah Sektor Pendidikan Mesra OKU’
2.2 Memenuhi hasrat JPN Johor dalam mempunyai satu parkir OKU di
semua sekolah di daerah Batu Pahat.

3.0 SASARAN
Semua sekolah rendah dan menengah di dalam daerah Batu Pahat dengan
#1Sekolah1ParkirOKU.

4.0 TEMPOH PELAKSANAAN


1 Januari 2019 hingga 31 Disember 2019

5.0 TEMPOH PEMANTAUAN


1 Januari 2020 hingga 31 Mac 2020

6.0 PENUTUP
Semua warga pendidik perlu menghayati tanggungjawab masing-masing
sebagai pendidik dan mendidik murid berkeperluan khas (MBK) dengan penuh kasih
sayang. Ini selari dengan hasrat YB Menteri Pendidikan yang sentiasa menekankan
tiga elemen penting yang perlu disemai dalam sesebuah institusi Pendidikan iaitu
love, happiness and mutual respect. Selaras dengan itu, keadaan fizikal kelas sedia
ada perlu selamat dan mencukupi dan kemudahan infrastruktur di sekolah terutama
dari segi kemudahan mesra OKU juga perlu dilengkapkan di semua sekolah.
Diharap program #1Sekolah1ParkirOKU dapat dilaksanakan di semua sekolah
dalam daerah Batu Pahat.

Anda mungkin juga menyukai