Anda di halaman 1dari 3

IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJARAN (PENDIDIKAN RENDAH)

DENGAN KEPUJIAN (PENDIDIKAN ISLAM)

SEMESTER (1) TAHUN (2019)

MPU3323

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) 1

NO. METRIK : 860226435358001


NO. KAD PENGENALAN : 860226435358
NO. TELEFON : 0133711093
E-MAIL : cikguhidayatul@gmail.com
PUSAT PEMBELAJARAN : BATU PAHAT LEARNING CENTRE
Untuk semester kali ini, MPU3122 Tamadun Islam Dan Tamadun Asia merupakan
matapelajaran utama yang perlu saya ambil dan pelajari sebagai syarat wajib untuk
melengkapkan pengajian peringkat ijazah di Open University Malaysia (OUM).

Melalui mata pelajaran ini juga saya telah mendalami dengan lebih jelas berkaitan
sesuatu tamadun-tamadun besar dunia dari segi sejarah pembentukanya, kemuncak kehebatan
tamadun tersebut serta kelemahan dan kepincangan yang menyebabkan terkuburnya tamadun
tersebut. Selain itu, matapelajaran ini telah memberikan pendedahan kepada saya berkaitan
perbandingan agama, kebudayaan, bangsa antara tamadun seperti islam, china, india dan melayu.
Hal ini telah membangkitkan kesedaran kepada saya tentang peripentingya nilai sesuatu sejarah
dan tamadun yang berdasarkan kemasyarakatan, tradisi keagamaan, kesenian dan kebudayaan
bangsa it uterus dipelihara agar ianya sentiasa mekar di didalam setiap generasi dan memupuk
benih kecintaan kepada tamadun sedia ada dan memberikan kebaikan kepada semua pihak tanpa
mengira latar belakan keagamaan dan bangsa.

Sebagai usaha untuk mencapai sasaran bagi matapelajaran ini, saya telah melengkapkan
100% kehadiran dalam kelas secara bersemuka dengan pensyarah sebagaimana yang telah
ditetapkan. Selain itu, penglibatan dalam interaksi alam maya melalui aplikasi my inspire seperti
live forum, e-forum, kuiz mcq, dan s.e.q turut tidak saya abaikan sebagai mana yang telah
ditetapkan oleh pihak Universiti. Sebagai alternetif tambahan, saya lebih memilih untuk
melakukan ulangkaji 10 topik di dalam modul yang dibekalkan secara kolektif (berkumpulan)
bersama-sama rakan yang lain agar sebarang bentuk perkongsian ilmu dan pecambahan idea
dapat dikongsi dan dimanfaatkan bersama-sama. Menerusi pendedahan yang saya perolehi ianya
boleh dikongsikan dengan komuniti sekitar saya berkenaan setiap tamadun ini telah
meninggalkan jasa dan impak yang besar kepada kesinambungan hidup bertamadun seperti
kemajuan sains dan teknnologi, kesenian dan estetika, politik dan diplomasi, bidang falsafah dan
pembangunan budaya serta pelbagai bidang lain yang penuh dengan kegemilangan. Apa yang
telah tercipta sememangnya telah menzahirkan keunggulan dan kemahiran mereka menguasai
sesuatu ilmu dalam zaman yang penuh keterbatasan sumber, kemahiran dan teknologi selain
penguasaan mereka terhadap nilai moral yang tinggi seperti penerapan nilai jati diri, kesenian
dan tulisan,serta komunikasi dan falsafah.
Walaupun saya berada dalam posisi perubatan, namun ianya tidak bermakna saya tidak
patut mempelajari sejarah dan ketamadunan. Hal ini kerana melalui sejarah dan ketamadunan
yang dipelajari ianya telah memberikan begitu banyak pendedahan dan kesedaran seterusnya
telah membina dan memupuk semangat saya untuk terus cintakan tamadun yang sedang
berlangsung dan berusaha untuk menjaganya agar tetap utuh dan kukuh tidak roboh seperti
ketamadunan sebelum ini. Saya berharap sistem pembelajaran ini dapat dilaksanakan diluar bilik
darjah melalui program lawatan ke tempat yang bersejarah untuk melihat nilai keindahan segi
pembinaan dan pembangunan ketamadunan sebagai langkah melahirkan masyarakat yang
mempunyai kesedaran tentang kepentingan nilai tamadun dalam kehidupan mereka selain
membekalkan pelajar dengan maklumat berkaitan laman sesawang yang boleh dilayari untuk
meneroka dengan lebih lanjut berkaitan sesuatu tamadun secara lebih terperinci.

Jumlah Perkataan : 450 Patah Perkataan

Anda mungkin juga menyukai