Anda di halaman 1dari 10

IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJARAN (PENDIDIKAN RENDAH)

DENGAN KEPUJIAN (PENDIDIKAN ISLAM)

SEMESTER (3) TAHUN (2020)

HBEF 3103

PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN

NO. METRIK : 860226435358001


NO. KAD PENGENALAN : 860226435358
NO. TELEFON : 0133711093
E-MAIL : cikguhidayatul@gmail.com
PUSAT PEMBELAJARAN : BATU PAHAT LEARNING CENTRE

1
No. Kandungan Muka
Surat

BAHAGIAN A

1.0 Pengenalan 3

2.0 Definisi model ASSURE dan perihalan elemen-elemen utamanya 3-6

3.0 Perbincangan model ASSURE sebagai panduan merekabentuk sistem 7


pengajaran

4.0 Penilaian amalan pengajaran sebenar di bilik darjah berdasarkan model 7-8
ASSURE

5.0 Kesimpulan 8

BAHAGIAN B

1.0 Tiga Amalan Pengajaran Terbaik 9

2.0 Cadangan Penambahbaikkan

RUJUKAN 10

1.0 PENGENALAN
2
Model ASSURE merupakan model pengajaran yang menjadi panduan guru untuk
merancang dan mengendalikan pengajaran di dalam kelas atau dalam kata lain model ini
adalah model rancangan pengajaran berasaskan bilik darjah. Penggunaan media dan alat
penyampaian sangat ditekankan dalam Model ini.
Rancangan pengajaran yang dibina berdasarkan Model ASSURE adalah yang terbaik
untuk digunakan oleh setiap guru sebelum merancang satu rancangan pengajaran harian.
Model ini memandu guru-guru mengenalpasti ciri-ciri murid yang berada dalam kelas
yang akan diajar. Dengan Model ASSURE guru dapat membina rancangan pengajaran
yang sesuai dalam menyediakan bahan, media, dan persekitaran bagi kelas yang akan
diajar oleh guru tersebut.
Model ASSURE mengandungi enam langkah utama yang perlu difahami dan
dilaksanakan dalam perangcangan dan pengajaran guru dalam darjah.
Sekiranya Model ASSURE ini diguna pakai sepenuhnya oleh guru-guru untuk
merancang dan menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran, murid-murid akan
sentiasa menunggu kehadiran guru-guru untuk masuk ke kelas. Hal ini terjadi kerana
Model ASSURE mempunyai asas yang kukuh sebagai panduan dalam pembinaan bahan
media pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan kajian-kajian lalu Model ini bukan
sahaja memberi panduan kepada guru malah ciri-ciri dalam model ini mampu mengubah
tanggapan murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang dianggap bosan dan
jumud.

2.0 PENTAKRIFAN MODEL ASSURE DAN ELEMEN UTAMANYA

Pada tahun 1982 Heinich dan rakan-raknnya telah menggubal satu model yang
dikenali sebagai Model ASSURE. Ia adalah panduan kepada guru-guru bagi menyediakan
rancangan pengajaran berasaskan bilik darjah. Rancangan pengajaran yang dibina
berdasarkan model ASSURE membantu guru menyiapkan rancangan pengajaran yang
memerlukan penggunaan media. Melalui wadah ini guru dapat mengenalpasti ciri-ciri
murid yang berada dalam kelas yang akan diajar dan menyediakan bahan, media, dan
persekitaran yang sesuai. Model ini menekankan kepada penggunaan media sebagai alat
untuk menyampaikan pengetahuan dan kefahaman kepada para pelajar. Perancangan yang
tersusun rapi mampu menghasulkan impak yang besar dan berkesan kepada pelajar.
Menurut Gagne (1985) pembelajaran berlaku dalam proses perkembangan secara
berperingkat. Terdapat beberapa langkah yang digariskan dalam model ASSURE yang
sangat sesuai dan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Sebelum guru membina rancangan pengajaran, guru harus menuruti langkah-langkah
dalam Model ASSURE yang mengandungi enam langkah utama. Guru perlu memahami
dan melaksanakan dalam perancangan dan pengajaran guru dalam bilik darjah. Enam
langkah tersebut ialah:

A-Analyse Learner (menganalisis pelajar)


S-State Objective (menyatakan objektif)
3
S-Select Method, Media, and Meterials (memilih kaedah, media, dan
Bahan sumber)
U-Utilise Media and Meterials (menggunakan media dan bahan)
R-Require Learner Participation (Dorongan penglibatan pelajar)
E-Evaluate and Revisa (Melakukan penilaian dan ubahsuai)

A-Analisis Pelajar
Model ASSURE menekankan aspek pelajar. Untuk itu langkah pertama ialah
seorang guru perlulah mengenalpasti dan membuat analisis terhadap pelajarnya.
Faktor yang perlu diteliti ialah dari segi persekitaran tempat tinggal, pergaulan,
budaya, taraf sosio ekonomi keluarga, dan gaya pembelajaran murid di runah. Pelbagai
kaedah boleh para guru aplikasikan bagi menentukan ciri-ciri muridnya. Kebiasaanya
guru dapat menganalisi murid-muridnya melalui minggu suai kenal pada hari pertama
sesi persekolahan. Melalui interaksi pertama ini guru dapat mengenal latar belakang,
taraf ekonomi, pengalaman sedia ada, budaya, dan sebagainya. Aktiviti yang sesuai
ialah semasa sesi set induksi. Guru perlu mencipta suasana aktif antara guru dan
murid.
Cara kedua ialah melalui pemerhatian semasa pengajaran dan pembelajaran.
Guru akan dapat melihat murid yang biasa menimbulkan masalah seperti berbuat
bising dan sentiasa bergerak dan tidak duduk diam. Biasanya gaya hidup dirumah
mempengaruhi watak murid-murid disekolah. Pada kebiasaannya murid-murid dari
kawasan golongan rendah, bermasalah keluarga seperti perceraian ibu bapa dan anak
terbiar akan membawa kepada gaya pembelajaran dalam bilik darjah yang mencabar.
Dalam menganalisis pelajar, dapatlah disimpulkan gaya pembelajaran setiap
murid sangat berkait dengan psikologi seperti berinteraksi, bertindak balas, berfikir
dan beremosi. Gaya pembelajaran individu mempengaruhi murid itu memproses
maklumat dan membentuk persepsi. Rancangan guru perlu mengambil kira gaya
pembelajaran murid-murid.

S-Menyatakan Objektif
Objektif dibina bagi langkah kedua. Guru menulis objektif secara khusus untuk
keseluruhan murid dalam kelas. Rancangan pelajaran yang dibuat guru mestilah
realistik dan boleh dicapai oleh keseluruhan murid dalam kelas. Kebiasaanya objektif
yang hendak dicapai ialah murid-murid akan dapat:
1. Mengenal dan menyatakan maklumat yang terdapat dalam gambar
2. Mengenal maksud sesuatu perkara
3. Menerangkan dan menceritakan tentang gambar yang diberi secara spontan
4. Membina ayat lengkap dengan baik berdasarkan kata kerja atau gambar
Gambar yang diberikan kepada murid ialah gambar tentang situasi yang biasa
dilihat pada persekitaran tempat tinggal murid. Cara ini guru dapat meraikan murid
dan membolehkan murid mengingat kembali pengalaman tentang situasi dalam
gambar tersebut seterusnya memudahkan murid-murid membina ayat melalui
pengalaman mereka.

S-(Memilih Kaedah, Media, dan Bahan)

4
Guru juga mesti bijak memilih beberapa kaedah yang sesuai untuk peringkat-
peringkat pengajaran. Pemilihan mestilah berkisarkan pengalaman dan pengetahuan
sedia ada murid supaya menjadi satu pengajaran yang berkesan. Contohnya, semasa
set induksi, guru menggunakan kaedah bercerita sambil menunjukkan gambar. Diikuti
dengan soal jawab secara kuiz. Ini akan merangsang dan menimbulkan minat para
pelajar untuk terus fokus pada pelajaran seterusnya. Seterusnya guru boleh
menggunakan kaedah simulasi dan perbincangan dalam kumpulan kecil bagi mencari
maklumat yang diperlukan. Kaedah sumbang saran juga boleh digunakan berkaitan
persekitaran murid dan pengalaman sedia ada. Setiap murid akan mampu
menyumbangkan pendapat, penerangan, idea-idea yang tepat serta sesuai dengan
objektif yang hendak dicapai. Selain mendapat maklumat, murid juga dapat ilmu
pelajaran terbaik dan sama untuk semua. Selepas itu, murid akan diberikan latih tubi
secara individu.
Pemilihan media juga hendaklah menggunakan media yang tersedia di sekolah.
Media yang dipilih mesti konsistan dengan objektif yang hendak dicapai. Dalam
rancangan pelajaran guru, media yang digunakan ialah lembaran kerja atau gambar.
Dalam lembaran yang diberikan kepada murid membantu murid dalam membina ayat
yang lengkap.
Guru juga boleh mereka bentuk media sendiri bagi disesuaikan dengan
kebolehan pelajar-pelajarnya. Dalam pengajaran ini, guru mesti memberikan
gambaran yang sebenar untuk murid mengaplikasikan dalam latihan bertulis.

U-(Menggunakan Media dan Bahan)


Media dan bahan yang hendak digunakan guru mestilah sesuatu yang sesuai
dan boleh diguna pakai. Jika bahan yang digunakan tidak praktikal kepada murid
bahan tersebut akan menjadi sia-sia dan mendatangkan kesan yang negatif kepada
pembelajaran. Terdapat 5 langkah dalam menggunakan sesebuah media. Antaranya,
pribiu bahan, bahan yang telah disediakan guru, ada tempat yang sesuai, penyediaan
pelajar, dan kesediaan pengalaman pembelajaran.
Penyediaan bahan untuk lembaran kerja dan lembaran gambar mesti diberikan
kepada semua murid. Guru harus memberikan arahan dan murid-murid akan meneliti,
memaham sebelum membuat catatan sendiri berdasarkan maklumat yang diperoleh.
Murid akan menuliskan maklumat di papan putih. Murid juga boleh membina ayat
berdasarkan maklumat dan gambar tersebut.
Untuk peneguhan murid, guru boleh memberikan lembaran kerja. Hasil
individu atau kumpulan kecil boleh dilaporkan dalam kelas. Setiap hasil dapatan setiap
kumpulan akan dibincangkan secara kelas untuk dibetulkan dan dimurnikan.

R-(Dorongan Penglibatan Murid)


Proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ialah yang melibatkan
aktiviti pembelajaran seperti latihan, perbincangan, latih tubi, kuiz, projek, dan
sebagainya. Semua aktiviti tersebut mestilah ada penglibatan murid yang aktif. Setiap
penglibatan murid diberi pengukuhan seperti pengukuhan serta merta, diberi selepas
murid memberi respon yang betul.

5
Tujuan dorongan adalah untuk menarik minat nurid menyertai setiap aktiviti
yang dijalankan dengan aktif. Dalam set induksi guru akan bersoal jawab secara aktif
dengan murid. Murid-murid boleh ditanya secra rawak dengan soalan-soalan yang
mudah dan ringkas. Jika banyak soalan diajukan murid akan bertambah aktif untuk
mencari dan memberi jawapan secara spontan. Kaedah ini digunakan kerana murid-
murid mempunyai pengalaman dan pengetahuan tentang maklumat soalan yang diberi.
Semasa aktiviti kumpulan, perbincangan kumpulan yang aktif akan
mewakilkan seorang ahli untuk melaporkan didepan kelas dengan diwakilkan seorang
pelajar. Kumpulan lain akan membuat penilaian dan pembetulan ayat yang salah. Guru
akan memberi ganjaran dan pujian kepada kumpulan yang menghabiskan kerja dalam
masa yang ditetapkan. Setiap ahli kumpulan yang menyiapkan kerja dengan baik akan
diberi ganjaran. Rasionalnya kaedah ini digunakan kerana setiap murid mempunyai
pelbagai aras kebolehan dan pengalaman. Murid yang mempunyai keboleha yang
tinggi akan membantu rakan-rakan yang lemah supaya mereka semua memperoleh
pengetahuan dan ganjaran daripada guru.

E-(Nilai dan Semak)


Sepanjang tempoh masa pengajaran dan pembelajaran, penilaian perlu dibuat
guru terhadap semua murid sama ada menepati dan mencapai objektif pembelajaran.
Penilaian pada peringkat permulaan pengajaran analisis murid perlu dilakukan untuk
disesuaikan dengan kandungan, kaedah dan media yang digunakan. Media yang
digunakan perlu dinilai sebelum digunakan. Soalan yang diajukan juga hanya mampu
tertumpu kepada pemerhatian dan soalan guru kepada murid sahaja. Murid yang dapat
menjawab soalan guru menunjukkan murid tersebut faham pengajaran yang diajar
guru. Keputusan penilaian juga diambil semasa dan selepas pengajaran. Penilaian
adalah alat untuk menuju ke garisan penamat. Penilaian adalah meliputi aspek menilai
pencapaian murid, pembelajaran yang dihasilkan, menilai media dan kaedah, kualiti
media, penggunaan guru dan penggunaan murid.
Murid yang memahami pelajaran akan menjawab soalan guru dengan baik dan
betul. Jika jawapan yang dinyatakan itu betul, ini membuktikan objektif pada hari
tersebut telah berjaya dan tercapai.
Kesimpulan umumnya, pencapaian pelajar diukur dengan tiga aspek iaitu:
prestasi murid berdasarkan rujukan kriteria, prestasi murid dalam aspek kemahiran dan
sahsiah murid. Semua penilaian melibatkan 2 peringkat iaitu penilaian formati dan
sumatif.Penilaian juga diambil daripada aspek pengajaran guru dari segi perembahan,
kaedah, media, bahan-bahan yang digunakan, dan tahap penglibatan murid. Dalam
pengajaran murid-murid yang terlibat secara akti dalam aktiviti yang dijalankan
seperti bersoal jawab, perbincangan dalam kumpulan, dan menulis latih tubi. Murid-
murid juga telah membuat latihan dengan baik dan betul menunjukkan kaedah,
persembahan bahan media dan penglibatan murid adalah baik. Hasil dapatan daripada
penilaian ini akan membolehkan guru mengubahsuai kaedah, media, dan persembahan
guru untuk digunakan dalam membina rancangan pelajaran yang akan datang dengan
lebih baik.

6
3.0 PERBINCANGAN MODEL ASSURE SEBAGAI PANDUAN MEREKABENTUK
SISTEM PENGAJARAN.

Berdasarkan Model ASSURE sistem pengajaran, rancangan pengajaran dapat


disediakan dengan prosedur, langkah demi langkah supaya ia menghasilkan keadaan
pengajaran dan pembelajaran yang efekti untuk murid-murid. Dengan mengikut model
ini, ia dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran guru dan memberi impak yang
mendalam kepada pembelajaran murid.
Rasionalnya, setiap langkah yang diambil model ini menekankan keperluan
murid. Model ini mengandungi elemen-elemen penting yang boleh dijadikan satu
panduan untuk merancang pengajaran agar matlamat utama yang diharapkan dari
pengajaran tersebut dapat dicapai.

Model ASSURE memiliki beberapa kelebihan walaupun masih memiliki


beberapa kekurangan. Umumnya, Model ASSURE lebih banmyak komponennya
berbanding dengan model yang lain. Dalam model ASSURE mengandungi 6
komponen yang menjadikan proses pengajaran menjadi lebih berkesan dan sistematik.
Model ini juga bukan sahaja berpusatkan guru tetapi ia juga berpusatkan murid.
Seterusnya menerusi model ini, dapat menggalakkan guru sentiasa menggunakan alat
bantu mengajar. Akhirnya murid-murid akan tertarik dengan pengajaran guru. Objektif
juga akan tercapai.
Walaubagaimanapun terdapat beberapa kekurangan dalam Model ini.
antaranya ialah ia tidak merangkumi subjek tertentu walaupun ianya mengandungi
banyak komponen ia tidak merangkumi komponen reka bentuk pengajaran. Ini
menjadikan guru kurang kreatif dalam menyediakan reka bentuk pengajaran yang
bersesuaian dengan murid. Kesanya, penyediaan bahan media dalam reka bentuk
pengajaran tidak bersesuaian dengan analisis pengajaran. Akhirnya, dengan
penggunaan teknologi ada kalanya menjadi kekangan kepada sebahagian guru
terutama di sekolah pedalaman kerana alatan teknologi yang kurang dan tidak lengkap.

4.0 PENILAIAN AMALAN PENGAJARAN SEBENAR DI BILIK DARJAH


BERDASARKAN MODEL ASSURE

Murid yang terlibat dalam perbincangan ini ialah murid kelas tahun 6 Mutiara.
Kelas ini adalah kelas ke-2 dari 4 kelas untuk aliran tahun 6 yang ada di sekolah ini.
murid yang berada dalam kelas ini seramai 28 orang. Tahap kebolehan murid dalam
kelas ini adalah sederhana dan perlu diberi perhatian dengan teliti oleh guru supaya
murid dapat mengukuhkan pengetahuan mereka dalam setiap tajuk yang dipelajari.
Mata pelajaran Jawi diajar dalam masa Pendidikan Islam. Penggunaan tulisan jawi
adalah diwajibkan. Masa yang diperuntukan untuk mengajar dalam satu sesi selama 30
minit bagi setiap kelas. Perbincangan dalam tugasan ini akan dihuraikan mengenai
huru-huruf vokal jawi berdasarkan Model ASSURE.
Berdasarkan rancangan pengajaran yang dibuat kaedah dan aktiviti yang
dijalankan adalah mengikut Model ASSURE. Ia meliputi set induksi, perkembangan
dan penutup telah dapat melibatkan murid secara akti seperti kaedah sumbang saran
dan perbincangan dalam kumpulan. Kaedah ini juga dapat mewujudkan nilai

7
kerjasama antara murid. Melalui peneguhan dan ganjaran yang diberi telah mendorong
murid lebih bermotivasi untuk melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran seterusnya
dapat mencapai objektif pelajaran pada hari tersebut.
Sebenarnya menurut model ini, penelitian terhadap murid perlu dilakukan
sebelum membuat rancangan pengajaran. Model ini mencadangkan guru meneliti
rekod murid. Tetapi kadangkala pengalaman mengajar lebih 10 tahun disekolah, sudah
cukup untuk mengetahui gambaran awal murid-murid. Ini semua adalah kesan
kekerapan interaksi guru dengan murid selama mereka bersekolah. Lebih-lebih lagi
murid-murid tahun 6.
Tajuk pelajaran yang hendak diajar ialah tajuk kesinambungan daripada tahun
1 lagi. Dalam matapelajaran jawi mereka telah mempelajari perkataan-perkataan suku
kata terbuka dan suku kata tertutup. Ini merupakan pengetahuan sedia ada murid.
Cuma silibus pada tahun 6 dikembangkan lagi dengan kata serapan bahasa arab dan
inggeris.
Dari pemerhatian saya, murid-murid kelas ini lebih memberi konsentrasi
kepada persembahan ‘power point’ berbanding menggunakan kaedah tradisional
‘chalk adn talk’. Oleh yang demikian penggunaan bahan-bahan multimedia sangat
berkesan untuk merangsang dan memotivasikan murid agar terus mengikuti
pembelajaran seterusnya. Begitu juga dengan kepelbagaian penggunaan media. Murid
lebih memberi penumpuan yang baik dan stail pembelajaran yang positif.
Kesimpulannya, penglibatan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran
adalah sangat penting. Guru hanya bertindak sebagai fasilitator. Guru juga mesti
membuat penilaian terhadap media yang digunakan. Model ASSURE dijadikan
instrument penilaian diakhir pengajaran. Guru menilai keberkesanan media yang
digunakan secara optimum dan dapat melibatkan keseluruhan murid secara aktif dan
merangsang naluri ingin tahu murid.

5.0 KESIMPULAN

Kesimpulan yang dapat dibuat ialah, konsep reka bentuk pengajaran mengikut
model ASSURE ini adalah sangat sesuai digunakan dalam situasi pengajaran di bilik
darjah yang memerlukan penggunaan media. Keenam-enam langkah Model ASSURE
menjadikan seorang guru itu menghasilkan pengajaran yang berkesan dan menarik. Ia
mendorong guru-guru memikirkan perkara-perkara yang perlu dibuat sebelum
mengajar. Kesan pengajaran berpandukan Model ASSURE dapat mewujudkan
keyakinan, kepercayaan, kesediaan, kepada guru dan melahirkan perasaan hormat
murid terhadap gurunya.
Oleh itu, kemahiran guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
berdasarkan objektivisme atau kontruktivisme akan memastikan hasil pembelajaran
pada hari tersebut tercapai. Persediaan dan peralatan bantu mengajar amat penting
agar murid merasa seronok mengikuti pengajaran mata pelajaran tersebut. Samada
pengajaran itu berpusatkan guru atau murid., pelaksanaan aktiviti dan penglibatan
aktif murid dapat dilihat berdasarkan minat murid terhadap pengajaran guru itu.
Sekiranya murid pasif, maka guru tersebut gagal, pengajaran dan pembelajaran juga
gagal mencapai matlamatnya. Akhirnya, murid tidak mendapat apa-apa dan guru
dikatakan mengajar syok sendiri.

8
BAHAGIAN B

A) Berdasarkan video yang ditonton terdapat 3 amalan pengajaran terbaik yang


digunakan dalam sesi pembelajaran guru tersebut.
1. Guru memulakan kelas dengan pergerakkan dan nyanyian murid.
- Set induksi yang dimulakan dengan pendekatan lontaran soalan KBAT. Dimana
guru mencungkil idea yang sesuai dengan tajuk dalam kehidupan. Penggunaan
rangsangan visual sangat sesuai dengan tajuk. Guru menggunakan pendekatan
nyanyian sebagai teknik didik hibur kepada murid-muridnya.
2. Guru mengaitkan pengetahuan sedia ada murid dengan aktiviti yang menyeronokkan.
- Penyampaian isi digarabkan dengan pengajaran berasaskan aktiviti PAK21 ‘think
pair share’. Guru menerapkan pengajaran berasaskan aktiviti pembelajaran bersifat
kontekstual iaitu situasi sebenar dalam kehidupan. Murid lebih mudah untuk
mengaplikasikan.
3. Guru memberi peneguhan positif secara sorakkan semangat bersama-sama.
- Guru telah memberi peneguhan kepada murid-muridnya dengan peneguhan yang
positif. Kaedah tepukan atau sorakkan semanagt akan memberikan motivasi dalam
kalangan murid. Murid juga bertambah yakin dan aktif mengikuti pembelajaran
pada hari tersebut.

B) Cadangan penambahbaikkan keatas kaedah pengajaran agar sesuai digunakan di


sekolah-sekolah Malaysia ialah:
1. Penekanan kaedah pengajaran PAK21 adalah wajar digunakan oleh semua guru di
Malaysia khususnya guru-guru sekolah rendah.

2. Penggunaan bahan konkrit yag boleh disentuh oleh murid sangat perlu dalam
memberi pemahaman dan pengalaman yang sebenar kepada murid-murid.
3. Guru perlu memperbayakkan kaedah pengayaan dan pemulihan yang bersifat ‘fun
learning’khususnya murid sekolah rendah.

(2679 patah perkataan)

9
RUJUKAN

1. Prof Madya Dr Wan Zah Wan Ali, Prof Madya Dr Ramlah Hamzah dan Dan Rosini
Abu. (2011). Prinsip Teknologi Pengajaran. Seri Kembangan: Open University
Malaysia.
2. Abd. Ghafar Md. Din (2003) . Prinsip dan amalan pengajaran . Kuala Lumpur :
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd .
3. Ismail Zain (2003). Pelajar Cemerlang Melangkah Ke Alam Siber. Utusan
Publication Distributor Sdn Bhd.

4. Jurang Penggunaan TMK Antara Sekolah Bandar dan Luar Bandar. Dimuat turun
daripada : http://ejournal.ukm.my/jpend/article/view/44.01SI-09

5. Keberkesanan Aplikasi TMK Dalam Meningkatkan Penguasaan Membaca Murid.


Dimuat turun daripada : http://www.myjurnal.my/public/article-view.php?id=66581

6. Keperluan Instrument PTPK-IPG Untuk Merealisasikan Kompentensi


Mengintegrasikan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Dalam Pembelajaran Dan
Pemudahcaraan. Dimuat turun daripada : file:///C:/Users/User/Downloads/1126-Artikel-
2592-1-10-20180117.pdf

10

Anda mungkin juga menyukai