Anda di halaman 1dari 2

Isi tempat kosong dengan kata ganda yang sesuai.

Anda boleh memberikan


imbuhan sekiranya perlu.
Latihan 1

Anak-anak yang sedang (mandi) _____________________ di sungai itu lari


(lintang)________________ apabila mendengar bunyi ngauman itu. Mereka bukannya tidak
tahu siapa yang menghuni belantara di kawasan (bukit) ________________________. Malah,
Samad yang (gemuk) _____________________ itupun mengheret tubuhnya lantas
meninggalkan tempat itu. Cuma Ramli sahaja yang masih (cari) ____________________
cermin matanya. Keadaan yang begitu ceria bertukar menjadi (huru)
________________________ dalam sekelip mata.

Latihan 2

Fredo berjalan (incut)___________________ pulang ke rumahnya selepas perlawanan bola


sepak di sekolah petang tadi. Sedang dia berjalan, tiba-tiba sahaja sebuah lori datang dari
arah bertentangan dan (nyaris)____________________ melanggarnya yang dalam kesakitan
itu. Dia turut mengelamun dan (angan)_______________________ andainya kakinya tidak
tercedera tadi sudah pasti pasukannya boleh menjadi juara perlawanan itu. Ada
(ura)__________________ mengatakan juara peringkat daerah akan bertanding di peringkat
negeri di Bandar Kuantan. Pasti majlis perasmian kejohanan itu dijalankan secara
(gilang)_______________________.

Latihan 3

Rumah Mak Limah (riuh)______________________ dengan kehadiran jiran-jiran membantu


membuat persiapan kenduri akad nikah anaknya hujung minggu ini. Bakal pengantin
kelihatan sedikit (kelam)_______________________ apabila disuruh duduk berhampiran
pelamin untuk majlis berinai petang itu. Di luar pula, (sayup)_________________ kedengaran
kaum adam (hempas)__________________menangkap kerbau yang terlepas tambatan dari
batang kelapa. (Lintang)__________________ Pak Abu lari apabila kerbau itu cuba untuk
menanduknya.
Latihan 4

diselang-selikan lenggang-lenggokbertungkus-lumus bersimpang-siur tindak-tanduk remuk-redam

gembar-gembur sunyi-sepi selok-belok pucat-lesi bersimpang-siur lauk-pauk

a. Saya terdengar____________________ bahawa awak akan dinaikkan pangkat dan


akan berpindah ke jabatan lain.
b. Untuk mencapai kejayaan yang cemerlang semua pelajar haruslah belajar dengan
________________ sebelum menghadapi peperiksaan.
c. Mukanya ________________ apabila disoal oleh guru disiplin kerana selalu
membuli kawan-kawan yang lemah.
d. Saya memilih tempat itu untuk berehat kerana keadaannya yang
________________ itu.
e. Restoran Mamak yang baru dibuka itu menyediakan ________________ yang
lazat dan banyak pilihan.
f. ________________ pemuda itu amat mencurigakan orang kampung.
g. Jalan raya menjadi semakin sesak terutamanya pada waktu puncak. Kenderaan
pula ________________ menuju ke rumah masing-masing.
h. Hati ibu menjadi ________________ apabila mengetahui bapa beristeri muda
dengan seorang janda beranak satu.
i. Ayah adalah seorang pemburu yang handal. Dia tahu ________________ hutan
dan gerak-geri binatang yang hendak diburu.
j. Rentak tarian dan ________________penari tu sungguh lemah gemalai.
k. ________________ di sana-sini mengatakan bahawa harga minyak masak dan
ayam akan dinaikkan sempena hari raya nanti.
l. Konsert amal yang dihoskan oleh Siti Nordiana ________________ dengan acara
lawak jenaka oleh Jep Sepahtu.

Anda mungkin juga menyukai