Anda di halaman 1dari 4

Koleksi Cikgu Raja Dain, [21.07.

19 23:42]

*RAHSIA PENTING KERTAS 2 SAINS UPSR*

Hari ini Cikgu ingin kongsikan RAHSIA PENTING Kertas 2 Sains UPSR yang sepatutnya sudah TIDAK
MENJADI RAHSIA kepada semua calon-calon UPSR 2019. Namun masih ada murid yang tidak tahu
atau terlupa perkara asas ini sebelum menjawab soalan-soalan kertas 2 Sains… Semoga perkongsian
ini berguna kepada guru dan murid-murid yang membacanya…

1. *Fakta SAINS* dari tahun 3 hingga Tahun 6 perlu dihafal.

Mengikut kiraan Cikgu dari kertas 2 Sains UPSR dari Tahun 2016 hingga 2019 terdapat
jumlah yang berbeza bagi soalan Fakta bagi setiap tahun. Data soalan Fakta adalah seperti
berikut:-

⌘ UPSR 2016 – 26 Markah Soalan Fakta

⌘ UPSR 2017 – 22 Markah Soalan Fakta

⌘ UPSR 2018 – 22 Markah Soalan Fakta

2. *Pembolehubah* terdiri dari 3 iaitu

⌘ PM – Pemboleh ubah diManipulasi

Berubah / tidak sama/ perlu diubah untuk menjalankan eksperimen

CONTOH: BILANGAN MENTOL

⌘ PB – Pemboleh ubah Bergerakbalas

Hasil/ Keputusan Penyiasatan/ Apa yang dicari dalam eksperimen

CONTOH: KECERAHAN NYALAAN MENTOL

⌘ PDM – Pemboleh ubah DiMalarkan

Sama/ tidak boleh diubah/ Perkara yang perlu ditetapkan dalam Eksperimen

CONTOH: JENIS LITAR


3. *TUJUAN PENYIASATAN* INGAT “UMHD” PM dengan PB

✎ U – untuk

✎ M – menyiasat

✎ H – hubungan

✎ A – antara

✎ PM – Pemboleh ubah diManipulasi

✎ PB – Pemboleh ubah Bergerakbalas

g. CONTOH : Untuk Menyiasat Hubungan Diantara bilangan sel kering dengan kecerahan
mentol.

4. *PEMERHATIAN* MESTI DIMULAKAN DENGAN “PB”

✎ PERLU KENAL PASTI PEMBOLEH UBAH BERGERAKBALAS DAHULU.

✎ Pemerhatian untuk 2 objek guna kaedah perbandingan (lebih besar daripada/


berbanding)

CONTOH: Saiz ikan di kolam Pak abu lebih besar daripada ikan dikolam Pak ali

✎ Pemerhatian untuk 3 objek dan lebih guna perkataan PALING

CONTOH: Saiz ikan dikolam pak abu Paling besar berbanding ikan dikolam lain.

5. *INFERENS* PERLU ADA ‘KERANA’

⚑ JIKA TIDAK ADA PEMERHATIAN DALAM SOALAN PERLU DIMULAKAN DENGAN


PEMERHATIAN

CONTOH: Saiz ikan di kolam Pak abu paling besar berbanding kolam ikan yang lain KERANA
ikan dalam kolam pak abu mendapat makanan yang paling banyak

⚑ JIKA PEMERHATIAN TELAH DIBERIKAN DALAM SOALAN TERUS JAWAB ‘KERANA’

CONTOH: KERANA ikan pak abu kurang persaingan untuk mendapatkan makanan dan ruang
⚑ INFERENS BOLEH RUJUK PEMBOLEHUBAH DIMANIPULASI

6. *CORAK ATAU POLA* PERUBAHAN CUMA ADA 3 JENIS JAWAPAN

⚑ BERTAMBAH (meningkat/menaik) – ditulis apabila nombor atau pola semakin membesar

⚑ BERKURANG (menurun) – ditulis apabila nombor atau pola semakin mengecil

⚑ SAMA (mendatar) – ditulis apabila nombor atau pola tidak berubah

7. *MERAMAL* ADALAH BERDASARKAN POLA ATAU FAKTA SAINS

✍ JIKA berdasarkan pola, perlu buat garis nombor

CONTOH : 2, 4, 6, 8, 10, X jadi X adalah 12

✍ JIKA berdasar fakta, Perlu fikir logik dan berdasarkan fakta

CONTOH : ramalkan apa yang akan berlaku jika Bumi di kedudukan Utarid? Jawapan: Semua
hidupan akan mati

8. *HIPOTESIS ATAU HUBUNGAN* guna kaedah ‘H’

✍ Jika PM dan PB mempunyai pola guna Semakin… Semakin

CONTOH : Semakin ▍(POLA) ▍ PM

▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀

Semakin ▍(POLA) ▍ PB

Semakin Bertambah bilangan mentol

Semakin berkurang kecerahan nyalaan mentol


✍ Jika PM dan PB tidak mempunyai pola guna Jika… Maka

CONTOH : Jika ▍ PM ▍(pola atau kenyataan)

▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀

maka ▍ PB ▍(pola atau kenyataan)

Jika jenis larutan bersifat asid

Maka kertas litmus biru akan bertukar merah

9. *KESIMPULAN* juga guna kaedah ‘H’

✍ Jika PM dan PB mempunyai pola guna Apabila… maka

CONTOH : Apabila ▍ PM ▍(pola atau kenyataan)

▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀

maka ▍ PB ▍(pola atau kenyataan)

Apabila bilangan mentol Bertambah

maka kecerahan nyalaan mentol Berkurang

Apabila jenis larutan bersifat asid

Maka kertas litmus biru akan bertukar merah

✍ Kesimpulan juga boleh menggunakan inferens sebagai KESIMPULAN UMUM

CONTOH: Tumbuhan memerlukan air untuk hidup

10. *Jadual dan Carta* Perlu betul kedudukan PM dan PB

✍ Jadual PM di kiri PB di kanan a

tau PM di atas PB di bawah

✍ Graf atau carta palang PM di bawah PB diatas

Anda mungkin juga menyukai