Anda di halaman 1dari 5

Bab 2: Pentadbiran Negeri-negeri Selat

Jawab semua soalan yang diberikan


1. Pada tahun 1793, Perang Napoleon telah berlaku di Eropah. Apakah
kesan peperangan tersebut terhadap Raja Belanda?
A. Berundur ke England
B. Berundur ke Perancis
C. Berundur ke Sepanyol
D. Berundur ke Itali

2. British meluaskan kuasanya di Pulau Pinang atas sebab-sebab berikut,


kecuali
A. Memerlukan pangkalan tentera yang baru
B. Menjadi pusat pengumpulan barang
C. Menjadi pelabuhan persinggahan
D. Mempunyai hasil hutan dan laut yang banyak

3. Apakah pusat perdagangan utama Belanda di Alam Melayu?


A. Singapura
B. Bangkahulu
C. Betawi
D. Melaka

4. Mengapakah wujudnya hubungan baik antara Negeri-negeri Selat


dengan Negeri-negeri Melayu?
A. Menjadi pintu masuk pelabur luar ke Negeri-negeri selat
B. Memerlukan pelabuhan untuk memasarkan hasil dagangan
C. Melabur modal untuk memajukan perlombongan bijih timah
D. Mendapat bantuan kewangan untuk memajukan ekonomi
5. Pejabat India menjadikan Negeri-negeri Selat tempat buangan banduan.
Apakah kesan daripada peristiwa tersebut terhadap Negeri-negeri Selat?
A. Perpindahan pentadbiran ke pejabat tanah jajahan London
B. Taraf pelabuhan bebas semakin terkenal
C. Diisytihar sebagai tanah jajahan London
D. Negeri-negeri Selat dibubarkan

6. Masyarakat manakah yang membuka kawasan petempatan Batu Uban


pada tahun 1759?
A. Orang Riau dari Lingga
B. Orang Cina dari Singapura
C. Orang Melayu dari Sumatera
D. Orang Acheh dari Palembang

7. Pada tahun 1641, Melaka dikuasai oleh Belanda. Apakah peranan


pelabuhan Melaka ketika itu?
A. Pusat perdagangan utama
B. Pusat pangkalan tentera laut
C. Pusat pengumpulan hasil bijih timah
D. Pusat pentadbiran Belanda di Timur

8. Apakah barangan yang diperlukan oleh British dari China?


A. Rempah ratus
B. Teh
C. Tembikar
D. Emas
9. Francis Light telah membuka petempatan di Pulau Pinang pada tahun
1876. Apakah petempatan tersebut?
A. Seberang Perai
B. Balik Pulau
C. Georgetown
D. Batu Uban

10. Apakah kesan Perjanjian Persahabatan dan Keamanan British-Kedah


yang ditandatangani pada 1 Mei 1791 di Alor Setar, Kedah?
A. Mengatasi ancaman Siam terhadap Perlis
B. Mempertahankan kedaulatan negeri Kedah
C. Mengiktiraf pendudukan British di Pulau Pinang
D. Menyelesaikan krisis perebutan takhta di Kedah

11. Mengapakah Stamford Raffles dan William Farquhar ditugaskan


mencari pelabuhan baharu British di Alam Melayu?
A. Menyaingi kemajuan Perancis
B. Menamatkan Perang Napoleon
C. Memecahkan penguasaan Belanda
D. Mengatasi persengketaan di Singpura

12. Apakah tindakan yang diambil oleh British untuk menguasai


Singapura?
A. Memanipulasi isu pewarisan takhta
B. Menggunakan masalah ancaman Siam
C. Mengadakan hubungan baik dengan Belanda
D. Memaksa Kesultanan Johor menandatangani perjanjian

13. Mengapakah Tengku Hussein tidak dilantik sebagai pengganti Sultan


Mahmud Shah III?
A. Bukan putera mahkota
B. Berada di Pahang
C. Bertelingkah dengan pembesar
D. Berkahwin dengan bukan kerabat diraja

14. Mengapakah berlakunya pertikaian antara British dan Belanda selepas


abad ke-18?
A. Mengalami perang saudara di Eropah
B. Menyaingi perebutan kawasan jajahan
C. Menganggap masing-masing lebih hebat
D. Mendakwa Singapura di bawah pengaruhnya

15. Siapakah pemerintah Kesultanan Johor Riau yang meninggalkan


Kampung Gelam, Singapura dan berpindah ke Banda Hilir, Melaka?
A. Bendahara Tun Ali
B. Temenggung Abdul Rahman
C. Sultan Mahmud Muzaffar Shah
D. Sultan Hussein Muhammad Shah

16. Perjanjian London 1824 telah membelakangkan Raja-raja Melayu dan


pembesar tempatan. Bagaimanakah Raja-raja Melayu dapat mengetahui
perjanjian tersebut?
A. Pemisahan lingkungan pengaruh Barat
B. Surat yang ditulis oleh Bendahara Tun Ali kepada Sultan Mahmud
Muzaffar Shah
C. British menghantar surat kepada Raja-raja Melayu
D. Belanda menghantar surat kepada Sultan Mahmud Muzaffar Shah

17. Apakah kesan Perjanjian London 1824 terhadap Alam Melayu?


A. Tanah Melayu berada di bawah pengaruh Belanda
B. Indonesia diletakkan di bawah pengaruh British
C. Perpecahan empayar Kesultanan Johor Riau
D. Singapura diserahkan kepada Belanda

18. Apakah syarat Perjanjian London 1824 terhadap British?


A. Berundur dari Sumatera
B. Mengiktiraf pelabuhan Singapura
C. Menyerahkan Melaka kepada Belanda
D. Bersedia membuka petempatan baharu di Johor

19. Apakah peranan Sistem Kapitan di Melaka?


A. Mengawal kegiatan ekonomi dagangan
B. Mengukuhkan sistem pertahanan negeri
C. Mewujudkan keamanan dan komuniti kaum
D. Mengatasi ancaman lanun di perairan Selat Melaka

20. Apakah kesan jika cadangan mengenakan cukai pelabuhan terhadap


Negeri-negeri Selat diluluskan?
A. Mencemarkan imej sebagai pusat perdagangan
B. Menjadikan mata wang rupee India secara rasmi
C. Menjejaskan kemakmuran taraf pelabuhan bebas
D. Mengurangkan kedatangan pedagang antarabangsa

Anda mungkin juga menyukai