Anda di halaman 1dari 6

PERBINCANGAN TOPIK 3: PEMILIHAN, PENGHASILAN DAN PENILAIAN MEDIA

PENGAJARAN

Baca maklumat di dalam Topik 3: Aktiviti 1 dan bincangkan apa yang dimaksudkan dengan
media pengajaran, ciri-ciri dan jenis-jenisnya serta kesan dan kepentingan media
pengajaran dalam proses PdP.
Aktivti 1:
Jawapan Aktiviti 1:

Maksud media pengajaran:

Media pengajaran adalah sesuatu yang dapat digunakan untuk menyalurkan


pesanan daripada pengirim kepada penerima sehingga dapat merangsang fikiran, perasaan,
minat serta perhatian pelajar dan seterusnya terjadi proses pembelajaran. Dari sudut
penggunaan media pengajaran, Ngui Kuan Sang (1989), berpandangan bahawa ia adalah
satu pengalaman yang melibatkan penggunaan penglihatan dan /atau pendengaran
seseorang serta teknik-teknik pengajaran, termasuk proses pengalaman, persediaan dan
perasaan. Ini bermakna ia adalah satu proses pengalaman yang total.

National Education Association (NEA) (1969) mengungkapkan bahwa media


pengajaran adalah sarana komunikasi dalam bentuk cetak mahupun pandang-dengar,
termasuk teknologi perangkat keras. Dapat disimpulkan juga bahawa media pengajaran
adalah segala sesuatu yang dapat menyalurkan pesan, dapat merangsang fikiran,
perasaan, dan kemahuan pelajar sehingga dapat mendorong terciptanya proses belajar
pada diri pelajar.

Schramm (1977) mengemukakan bahawa media pengajaran adalah teknologi


pembawa pesan yang dapat dimanfaatkan untuk keperluan pengajaran manakala Briggs
(1977) pula berpendapat bahawa media pengajaran adalah sarana fizik untuk
menyampaikan isi pengajaran seperti buku, filem, video dan sebagainya. Menurut Brown
(1973), mengungkapkan bahwa media pengajaran yang digunakan dalam kegiatan
pengajaran dapat mempengaruhi keberkesanan pengajaran. Pada mulanya, media
pengajaran hanya berfungsi sebagai alat bantu guru untuk mengajar dan yang digunakan
adalah alat bantu visual.

Ciri-ciri media pengajaran :


1. Ciri Fiksatif (Fixative Property)- Ciri ini menggambarkan kemampuan media
merakam, menyimpan, melestarikan dan merekontsruksi suatu peristiwa/obejek
2. Ciri Manipulatif (Manipulative Property)- media memiliki ciri manipulasi iaitu
mentransformasikan suatu kejadian/objek.
3. Ciri Distributif (Distributive Property)- Ciri distributive dari media memungkinkan
suatu objek/kejadian ditransportasikan melalui ruang, secara bersamaan, kejadian
tersebut disajikan kepada sejumlah besar siswa dengan stimulasi pengalaman yang
relatif sama mengenai kejadian itu.

Jenis-jenis media pengajaran:

1. Media bergerak – rakaman video, animasi, filem


2. Orang – guru, pelajar, orang ramai
3. Teks – poster, buku, surat khabar, majalah, risalah, modul
4. Visual – diagram, poster, lukisan, foto/gambar, kartun, grafik, slaid, transparensi
5. Audio – suara, bunyi-bunyian, muzik, lagu
6. Objek/ modul yang boleh disentih dan dipegang oleh pelajar.

Kesan Dan Kepentingan Media Pengajaran :  

1. Meningkatkan Kemahiran Guru dan Murid

Penggunaan media pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) 


dapat membantu guru dan murid meningkatkan kemahiran dalam bidang teknologi kini
kerana mereka akan diberikan pendedahan terhadap pelbagai alatan dan bahan mengenai
ICT seperti komputer, LCD, CD, pendrive, perisian, internet dan sebagainya. Semua alat ini
mempunayi fungsi dan kegunaanya yang tersendiri dalam menjalani proses PdP di sekolah.
Selain itu juga, guru dan murid dapat menambahkan pengetahuan mengenai sistem ICT
melalui PdP yang sedang berlangsung. Hal ini demikian kerana sepanjang proses PdP
tersebut, guru dan murid akan saling berinteraksi tentang apa-apa yang dipelajari serta
bertukar pendapat mengenai keberkesanan menggunakan sistem ICT ini.
2. Menarik Minat Murid untuk Belajar

Penggunaan media pengajaran juga boleh menarik minat murid untuk meneruskan
PdP. Hal ini demikian kerana, murid-murid pada hari ini sangat gemar menggunakan
teknologi dalam kehidupan seharian seperti komputer dan telefon pintar. Oleh sebab itu,
sebagai seorang guru kita perlu peka dengan perkembangan yang sedang berlaku.
Penggunaan media pengajaran dalam bilik darjah akan mewujudkan suasana pembelajaran
yang lebih aktif dan menyeronokkan. Hal ini demikian kerana murid-murid akan tertarik
dengan penggunaan slaid yang canggih, bunyi-bunyi yang boleh dihasilkan melalui perisian
yang canggih dan sebagainya.

3. Menjimatkan Masa Pencarian Maklumat

Penggunaan media pengajaran juga boleh menjimatkan masa seseorang guru dan
murid untuk mendapatkan apa-apa maklumat berkaitan dengan topik pembelajaran. Hal ini
demikian kerana melalui kemudahan internet, guru dan murid boleh membuat pencarian di
hujung jari sahaja dan maklumat tersebut akan terpapar pada skrin komputer atau apa-apa
kemudahan teknologi pintar yang lain dalam masa yang singkat sahaja. Guru dan murid
tidak perlu lagi mencari akhbar-akhbar lama untuk mengutip maklumat, namun begitu
kaedah ini masih boleh digunakan tetapi teknologi yang ada pada masa kini lebih
memudahkan guru serta menjimatkan masa guru itu sendiri.

4. Meningkatkan Kecekapan dan Keberkesanan Hasil Pembelajaran

Penggunaan media pengajaran dapat membantu guru untuk membuat persiapan


pengajaran dengan lebih cepat dan berkesan. Hal ini demikian kerana kemudahan teknologi
dapat memudahkan pencarian maklumat berkaitan topik pembelajaran yang diperlukan oleh
guru-guru untuk di ajar di bilik darjah. Selain itu, guru-guru juga dapat menyampaikan PdP
dengan lebih berkesan kerana melalui penggunaan ICT sebagai alat bantu mengajar, guru
boleh menggunakan powerpoint, video, flash, visual dan sebagainya ketika proses PdP
berlangsung. Kaedah pengajaran ini bukan sahaja menarik, malah mampu memberi
penerangan yang lebih jelas terhadap murid-murid. 

Peranan media pengajaran dalam pembelajaran :

a)    Pengajaran Bersama Pengajar (Pembantu Guru)

Media pengajaran membantu pengajar melaksanakan pengajarannya secara


langsung. Keberkesanan media dalam konteks ini bergantung kepada bagaimana pengajar
itu menggunakan media tersebut, tidak kira sama ada media itu dipilih daripada sesuatu
koleksi atau disediakan oleh beliau sendiri. Contohnya, Guru menggunakan muzik, carta,
gambar rajah dan sebagainya.
b)    Pengajaran Tanpa bergantung kepada Pengajar (Pengganti Guru)

Media boleh digunakan secara berkesan tanpa kehadiran pengajar, sama ada
kerana pengajar tidak ada atau sedang membantu pelajar lain. Ini tidak bermakna pelajar
belajar tanpa panduan. Media yang digunakan dalam situasi ini biasanya dipakej dengan
sempurna, iaitu menerangkan dengan jelas tentang tujuan, objektif, cara mengguna dan
menilai pencapaian sendiri. Dengan cara ini, guru boleh menjadi pengurus yang lebih cekap
dan kreatif, tidak hanya sebagai penyampai maklumat semata-mata. Contohnya, pelajar
boleh mempelajari kejadian gempa bumi melalui tayangan video dan seterusnya diberi
latihan untuk menjawab.

c)    Folio Bermedia (Media dalam Folio Pembelajaran)

Folio adalah koleksi kerja pelajar yang menunjukkan perkembangan sesuatu


peristiwa dan proses dalam satu tempoh waktu. Folio biasanya menrangkumi artifaks seperti
buku bergambar, persembahan video atau audio yang dibuat sendiri oleh pelajar.
Penghasilan folio membina kebolehan pelajar untuk memahami, merumus dan membentang
hasil fikiran mereka. Pembelajaran ini juga dikenali sebagai pembelajaran “dengan”
media(learning with media) yang didapati berupaya memupuk pemikiran kreatif di kalangan
pelajar. Ini adalah kerana pelajar sendiri berfungsi sebagai pereka media, mereka perlu
menganalisis, mendapatkan dan mentaksir maklumat, menyusun maklumat yang ada dan
menyampaikan maklumat itu kepada orang lain.

d)    Pengajaran Tematik

Pengajaran jenis ini berfokus kepada sesuatu tajuk yang dipilih atau ditentukan oleh
guru. Ia bermula daripada perkongsian pengalaman yang diikuti dengan perkongsian
kepakaran. Suatu laporan dikeluarkan dan dibentangkan untuk dikongsi oleh semua murid di
dalam kelas. Contohnya, lawatan ke tempat bersejarah, industri tempatan dan sebagainya.
e)    Pendidikan Jarak Jauh

Media pengajaran berkembang luas dan menjadi tapak bagi menyediakan peluang
belajar pelbagai bidang ilmu kepada semua orang. Media yang digunakan merangkumi
media cetak dan elektronik. Telekonferensi membolehkan pelajar dari pelbagai tempat
bertemu dan berbincang secara maya. Ruang berbual, papan bulletin dan listserv turut
menyokong komunikasi pembelajaran jenis ini.

f)     Pendidikan bagi Pelajar Istimewa (Media dalam Pendidikan Khas)

Media memainkan peranan yang besar di kalangan pelajar yang kurang upaya.
Teknologi masa kini telah menyediakan peralatan yang bersesuaian dengan mereka yang
kurang berupaya. Bagi pelajar pintar, mereka disediakan dengan bahan-bahan tambahan
yang membolehkan mereka memupuk kepintaran yang ada. Manakala bagi pelajar pekak,
teknologi masa kini telah menyediakan peralatan yang bersesuaian dengan mereka seperti
alat-alat bantu dengar

Anda mungkin juga menyukai