Anda di halaman 1dari 2

PERBINCANGAN TOPIK 3: PEMILIHAN, PENGHASILAN DAN PENILAIAN MEDIA

PENGAJARAN

Baca maklumat di dalam Topik 3: Aktiviti 1 dan bincangkan apa yang dimaksudkan dengan
media pengajaran, ciri-ciri dan jenis-jenisnya serta kesan dan kepentingan media
pengajaran dalam proses PdP.
Aktivti 1:
Jawapan Aktiviti 1:
Maksud media pengajaran:
Media pengajaran adalah sesuatu yang dapat digunakan untuk menyalurkan
pesanan daripada pengirim kepada penerima sehingga dapat merangsang fikiran, perasaan,
minat serta perhatian pelajar dan seterusnya terjadi proses pembelajaran. Dari sudut
penggunaan media pengajaran, Ngui Kuan Sang (1989), berpandangan bahawa ia adalah
satu pengalaman yang melibatkan penggunaan penglihatan dan /atau pendengaran
seseorang serta teknik-teknik pengajaran, termasuk proses pengalaman, persediaan dan
perasaan. Ini bermakna ia adalah satu proses pengalaman yang total.
National Education Association (NEA) (1969) mengungkapkan bahwa media
pengajaran adalah sarana komunikasi dalam bentuk cetak mahupun pandang-dengar,
termasuk teknologi perangkat keras. Dapat disimpulkan juga bahawa media pengajaran
adalah segala sesuatu yang dapat menyalurkan pesan, dapat merangsang fikiran,
perasaan, dan kemahuan pelajar sehingga dapat mendorong terciptanya proses belajar
pada diri pelajar.
Schramm (1977) mengemukakan bahawa media pengajaran adalah teknologi
pembawa pesan yang dapat dimanfaatkan untuk keperluan pengajaran manakala Briggs
(1977) pula berpendapat bahawa media pengajaran adalah sarana fizik untuk
menyampaikan isi pengajaran seperti buku, filem, video dan sebagainya. Menurut Brown
(1973), mengungkapkan bahwa media pengajaran yang digunakan dalam kegiatan
pengajaran dapat mempengaruhi keberkesanan pengajaran. Pada mulanya, media
pengajaran hanya berfungsi sebagai alat bantu guru untuk mengajar dan yang digunakan
adalah alat bantu visual.

Ciri-ciri media pengajaran


1. Ciri Fiksatif (Fixative Property)- Ciri ini menggambarkan kemampuan media
merakam, menyimpan, melestarikan dan merekontsruksi suatu peristiwa/obejek
2. Ciri Manipulatif (Manipulative Property)- media memiliki ciri manipulasi iaitu
mentransformasikan suatu kejadian/objek.
3. Ciri Distributif (Distributive Property)- Ciri distributive dari media memungkinkan
suatu objek/kejadian ditransportasikan melalui ruang, secara bersamaan, kejadian
tersebut disajikan kepada sejumlah besar siswa dengan stimulasi pengalaman yang
relatif sama mengenai kejadian itu.
Jenis-jenis media pengajaran:
1. Media bergerak – rakaman video, animasi, filem
2. Orang – guru, pelajar, orang ramai
3. Teks – poster, buku, surat khabar, majalah, risalah, modul
4. Visual – diagram, poster, lukisan, foto/gambar, kartun, grafik, slaid, transparensi
5. Audio – suara, bunyi-bunyian, muzik, lagu
6. Objek/ modul yang boleh disentih dan dipegang oleh pelajar

Anda mungkin juga menyukai