Anda di halaman 1dari 1

Teori Mentalis

Teori ini dipelopori oleh Noam Chomsky. Menurut Noam Chomsky, kanak-kanak dilahirkan dengan
keupayaan Language Acquisition Device (LAD). Kanak-kanak mendengar bahasa di persekitaran
mereka. Berdasarkan situasi sebenar, mereka mendengar, menganalisis, membentuk konsep dan
rumus tatabahasa. Kemudian mereka akan membentuk ayat. Menurut Noam Chomsky, kanak-kanak
mula bertutur dalam bahasa pertama mereka ketika mereka berumur lapan belas bulan. Penguasaan
sebutan (struktur luaran) adakala tidak sama dengan penguasaan rumus tatabahasa dan makna
(struktur dalaman) walaupun penguasaan bahasa luaran bergantung kepada keupayaan bahasa
dalaman.      
Di dalam pengajaran dan pembelajaran, setiap murid seharusnya berupaya menguasai bahasa
dengan sempurna kerana mereka mempunyai LAD. Guru perlu mengajar bahasa secara deduktif.
Manakala tatabahasa pula diajar secara langsung dan berstruktur. Pada masa yang sama, mereka
perlu menguasai rumus tatabahasa agar mereka dapat menggunakannya secara kreatif. Maksudnya
di sini, murid dapat menghasilkan ayat-ayat baharu.      
Selain itu, guru digalakkan memberi peluang kepada murid untuk berfikir ketika pengajaran dan
pembelajaran bahasa. Oleh itu, guru perlu menggunakan kaedah berpusatkan bahan. Hal ini kerana
mereka dapat membina konsep dan makna. Ketika pengajaran dan pembelajaran berlangsung, murid
perlu didedahkan dengan bahan-bahan sebenar (authentik) bukan bahan yang diada-adakan.
Pengajaran dan pembelajaran bahasa juga mementingkan kemahiran membaca dan menulis dan
tidak mengabaikan kemahiran mendengar dan bertutur. Selain itu, guru digalak menyedarkan
kesilapan murid dan menggalakkan murid membaiki kesilapan yang dilakukan berdasarkan
pengetahuan rumus yang telah dipelajarinya.

Anda mungkin juga menyukai