Anda di halaman 1dari 2

a.

Analisis transkripsi perbualan dalam video Upin Ipin Tiada Syurga


Simbol Makna Simbol Contoh dalam Perbualan

< > Rentak ucapan menurun

>  < Rentak ucapan menaik

(.) Jeda atau berhenti sekejap Opah (0.2) (sedih) Mail kata (.) Syurge di
bawah telapak kaki ibu ::
(0.2) Berhenti agak lama iaitu selama 0.2 Hm esok kelas ngaji dah takde (0.2), kita
saat main gasing > nak<?
↑ Intonasi atau nada yang naik Hah↑ (terkejut)

↓ Intonasi atau nada yang turun Jom Ipin ↓(sambal bangun dan disertai
Ipin)

_____ Garis bawah menunjukkan


penekanan nada

perkaTAAN Unsur yang ditekan atau mengalami


penekanan

(.hh) Berhenti sejenak, tarik nafas

(hh) Pernafasan yang boleh didengar

:: Pemanjangan bunyi sebelum


penghabisan sesuatu kata

= Pasangan bersebelahan

Berdasarkan baris kedua dalam transkripsi perbualan video Upin Ipin Tiada Syurga iaitu
(“Hm:: esok kelas ngaji dah takde (0.2), kita main gasing >nak<?) terdapat tiga simbol pertuturan
yang digunakan iaitu  simbol kepanjangan bunyi (::) pada awal pertuturan Fizi. Penggunaan
symbol (0.2) menunjukkan Fizi berhenti selama 0.2 saat sebelum bertanya kepada Upin Ipin
dan Mail untuk bermain gasing dan Fizi menggunakan rentak ucapan menaik atau laju ketika
menyebut “nak” yang ditandai dengan simbol pertuturan ( > < ). Merujuk pada baris keempat,
Mail menggunakan nada menurun (ditandai dengan simbol ↓) ketika menyatakan bahawa dia
sudah tidak dapat bermain dengan rakan-rakannya. Hal ini kerana Mail berasa sedih kerana dia
tidak dapat bermain dengan rakannya lagi disebabkan dia harus menolong ibunya membuat
persiapan hari raya.
Antara prinsip analisis perbualan yang digunakan dalam usaha menganalisis perbualan
video Upin Ipin ini ialah prinsip kerjasama di mana penutur menyampaikan maklumat yang
benar, relevan dengan apa yang sedang diperkatakan dan jelas supaya mampu difahami oleh
kedua-dua belah pihak. Contohnya pada baris ke-24 dan ke-25 di mana Kak Ros menyatakan
betul terhadap pernyataan Upin yang mengatakan bahawa syurga terletak dibawah telapak ibu.
Contoh ini menunjukkan terdapat maksim kualiti kerana terdapat maklumat yang benar. Kedua
ialah prinsip ambil giliran di mana penutur dan pedengar berkerjasama menjadikan perbualan
tersebut bermakna dan difahami iaitu pendengar tahu bila masa yang sesuai untuk menjawab
pertanyaan penutur. Contohnya, pada baris kedua hingga baris keempat di mana Fizi bertanya
rakannya untuk bermain gasing namun dijawab oleh Mail menyatakan dia tidak boleh ikut main
bersama kerana harus menolong ibunya. Prinsip yang seterusnya ialah prinsip pasangan
bersebelahan seperti baris kelapan dan kesembilan iaitu Fizi menjawab bahawa takdelah
syurga untuk soalan Upin. Ini menunjukkan jawapan Fizi bergantung sepenuhnya pada apa
yang diperkatakan oleh Upin.

Anda mungkin juga menyukai