Anda di halaman 1dari 4

SEJARAH PERGERAKAN PENGAKAP DUNIA

 Pergerakan Pengakap merupakan sebuah organisasi yang bertujuan untuk


membimbing
 golongan secara fizikal, memupuk semangat dan mengasuh cara pemikiran melalui
 pendidikan tidak formal. Penekanannya adalah kepada aktiviti pratikal di luar rumah
agar
 remaja dapat mengambil tempat yang berguna dalam masyarakat. Pergerakan ini
diasaskan
 pada tahun 1907 di England  oleh Lord Robert Baden-Powell  yang merupakan
"Bapa Pengakap Sedunia".

 Powel ialah bekas anggota tentera  berpangkat Leftenan Jeneral . Selepas
 penubuhan Pergerakan Pengakap, beliau memperkenalkan Pandu Puteri  ("Girl
Guides")
 pada tahun 1910  dengan bantuan saudara perempuannya, Agnes Baden-Powell .
 Pada tahun 1910, Pergerakan Pengakap bermula di Malaysia. Sekumpulan kecil
Kumpulan
 Pengakap ditubuhkan pada tahun 1908 diberikan hak memakai saputangan hijau
sebagai
 penghormatan keahlian mereka bagi kumpulan perintis.

 Pergerakan Pengakap merebak ke seluruh United Kingdom  tidak lama selepas
penerbitan Scouting For Boys. Pergerakan Pengakap dengan pantas menjadi
organisasi tersendiri. Pergerakan Pengakap berjalan dengan pantas ke seluruh
Empayar British. Unit luar yang pertama disah dan dicatatkan (chartered) di Malta.
Benih Pengakap bermula di Mafeking, Afrika Selatan ,di mana Baden Powell
berkhidmat sebagai pegawai pemerintah ketika Perang Boer  1899 - 1902. Baden-
Powell mempertahankan bandar tersebut daripada Boers, yang berganda lebih besar
jumlahnya berbanding anggotanya pada nisbah lapan kepada satu. Dia membentuk
Kor Kadet Mafeking untuk membantu menyokong anggota tentera. Kor tersebut
dianggotai sepenuhnya oleh sukarelawan remaja lelaki. Baden-Powell melatih
pemuda tersebut dan mereka membuktikan diri mereka dengan baik, membantu
mempertahankan bandar tersebut dengan jayanya (1899 - 1900). Setiap anggota
Kor Kadet menerima lencana, gabungan titik kompas dan kepala lembing. Logo ini
akhirnya menjadi fleur-de-lis , yang diambil Pengakap sebagai simbol
antarabangsanya.

 Hasil daripada statusnya sebagai wira antarabangsa, didapati hasil daripada usaha
gigihnya mempertahankan Mafeking ketika Pengepungan Mafeking "Siege of
Mafeking", manual latihan tentera Baden-Powell, Aids to Scouting (Bantuan kepada
Pengakap) (ditulis pada 1899  menjadi jualan utama dan digunakan oleh guru dan
organisasi remaja.
 Pada 1906 , Ernest Thompson Seton  menghantar satu salinan bukunya kepada
Baden-Powell berjudul The Birchbark Roll of the Woodcraft Indians (Gelong Kulit
kayu Birch mengenai Seni Rimba Indian). Seton, berbangsa Kanada kelahiran
British  tinggal di Amerika Syarikat, kemudiannya bertemu Baden-Powell dan mereka
berkongsi idea mengenai program latihan remaja.
 Baden-Powell digalakkan untuk menulis semula Aids to Scouting untuk pembaca
muda. Pada 1907 Baden-Powell telah menyiapkan draf bertajuk Boy Patrols. Pada
tahun yang sama, untuk menguji sebahagian ideanya, Baden-Powell telah
mengumpulkan 22 orang budak lelaki dari latar belakang sosial yang berlainan dan
mengadakan perkhemahan selama seminggu, bermula 29 Julai, di Pulau Brownsea
di Poole Harbour, Dorset , England . Kaedah organisasinya, sekarang dikenali
sebagai Kaedah Patrol "Patrol Method", merupakan kunci kepada kaedah Pengakap,
membenarkan kanak-kanak lelaki untuk menyusun diri mereka dalam kumpulan kecil
dengan Ketua Patrol yang dilantik. Pada musim luruh 1907, selepas menerbitkan
draf bukunya dan ekspedisi perkhemahan yang berjaya, Baden-Powell memulakan
lawatan ceramah yang intensif yang diatur oleh penerbit bukunya, Pearsons, untuk
mempromosi bukunya yang akan datang. Bermula Januari 1908 penerbitan
pertamanya muncul sebagai enam ansuran dalam majalah budak lelaki yang
diterbitkan dua kali sebulan.

 Bahagian tersebut kemudiannya diterbitkan dalam bentuk buku sebagai Scouting for
Boys  (Pengakap untuk Budak-budak Lelaki), pada masa sekarang dianggap
sebagai edisi pertama Boy Scout Handbook (Buku Rujukan Pengakap). Pada masa
itu Baden-Powell bermaksud buku tersebut akan memberikan idea untuk pertubuhan
sedia ada, khususnya Boys' Brigade . Bagaimanapun, kanak-kanak lelaki
membentuk patrol Pengakap secara spontan dan membanjiri Baden-Powell dangan
permohonan untuk bantuan. Dengan cara ini pergerakan Pengakap muncul tanpa
disengajakan dan terbentuk disebabkan pergerakkannya sendiri. Ketika Pergerakan
Pengakap berkembang, Unit Pengakap Laut "Sea Scout" dan Pengakap Udara "Air
Scout" ditambah kepada pilihan Pergerakan Pengakap. Baden-Powell tidak dapat
menasihati kesemua remaja yang meminta bantuannya. Untuk memberikan
pimpinan dewasa, latihan diperlukan. Lencana Rimba "Wood Badge"  dimajukan
untuk mengiktiraf latihan kepimpinan dewasa. Pada tahun 1919 Gilwell Park  dibeli
sebagai tapak latihan dewasa dan tapak perkhemahan Pengakap. Baden-Powell
turut menulis buku untuk membantu pemimpin yang berjudul Aids to
Scoutmastership (Panduan untuk Kemahiran Berpengakap).

 F.M.C Baden Powell, adik kepada BP memperkenalkan Pengakap Udara menjelang
Perang Dunia Kedua. Dengan penubuhan unit ini ia membantu England dalam
kempen Battle of Britain.

 Warrington Baden Powell, abang kepada BP memperkenalkan Pengakap Laut
menjelang Perang Dunia Kedua. Dengan penubuhan unit ini juga membantu
England menjaga dan memerhati diperairan lautnya dengan bantuan unit tentera
lautnya diperbatasan menjelang Perang Dunia

Lord Robert Baden-Powell

Anda mungkin juga menyukai