Anda di halaman 1dari 8

Nama: Kelas: Tarikh:

Tingkatan 4 Sains Bab 8:

BAHAN KIMIA DALAM PERINDUSTRIAN

Soalan
1 Salmah mendapati cincin emasnya mudah bengkok. Apakah cara untuk menjadikan cincin
emasnya bertambah keras?

A Menambahkan lebih banyak emas

B Dileburkan dan diacukan semula

C Diketuk semula ke bentuk asal

D Dilebur dan ditambahkan unsur lain

2 Maklumat menunjukkan hasil industri dari bahan X.

 baja
 asid nitrik
 bahan pencuci

Apakah X?

A Sulfur

B Etanol

C Ammonia

D Asid sulfurik

3 Kawasan persekitaran kilang tercemar apabila kilang itu

A menggunakan pendingin hawa

B menggunakan cerobong asap yang rendah

C menggunakan tenaga elektrik untuk beroperasi

D membakar bahan buangan dalam incinerator tertutup


Nama: Kelas: Tarikh:

4 Antara proses berikut yang manakah dapat menambahkan kekerasan sesuatu logam?

A Penulenan

B Penyaduran

C Pengaloian

D Pempolimeran

5 Persamaan perkataan di bawah menunjukkan tindak balas untuk menghasilkan

sejenis baja.

Ammonia + asid sulfurik Baja X

Baja X ialah

A ammonium nitrat C ammonium klorida

B ammonium sulfat D ammonium karbonat

6. Apakah logam utama yang digunakan dalam pembentukan piuter?

A Besi

B Nikel

C Timah

D Antimoni
Nama: Kelas: Tarikh:

7 Pilih padanan yang betul tentang bahan sisa industri dan cara pengawalannya.

IBahan sisa industri Cara pengawalan

A Sisa radioaktif Kitar semula

B Bahan sisa toksik Alirkan ke sungai

C Sisa kelapa sawit Bakar secara terbuka

D Jelaga dan habuk Pemendak elektrostatik

8. Seorang murid ingin membina model kapal terbang yang ringan dan kuat.

Antara bahan berikut, yang manakah paling sesuai digunakan?

A Duralumin

B Besi

C Keluli

D Kuprum

9 Antara yang berikut,yang manakah kesan pelupusan sisa organik yang berlebihan?

A Hujan asid

B Kesan rumah hijau

C Penipisan lapisan ozon

D Kemusnahan hidupan akuatik

10 Campuran yang manakah menghasilkan gangsa?


A Besi dan karbon
B Kuprum dan zink
C Kuprum dan timah
C Timah dan antimoni
Nama: Kelas: Tarikh:

11 Maklumat berikut menunjukkan kegunaan bahan kimia X.

 Untuk menghasilkan baja


 Untuk menghasilkan asid nitrik

Apakah X ?
A Ester
B Alkohol
C Ammonia
D Neoprena

12 Maklumat berikut menunjukkan kesan pencemaran ke atas alam sekitar

 Hujan asid
 Pemanasan global

Apakah punca pencemaran itu?

A Sisa pertanian
B Pembakaran bahan api fosil
C Sisa radioaktif
D Sisa toksik industri
Nama: Kelas: Tarikh:

SOALAN STRUKTUR
1 Rajah 1.1 menujukkan proses pembuatan gangsa.

Figure 1.1

(a) Pada Rajah 1.1 ,namakan atom logam X dan Y.

[2 M]

(b) Namakan proses P.

………………………………………………………………………………………………

[1 m]

(c) (i) Nyatakan satu sifat gangsa.

…………………………………………………………………………………………

[1 m]
Nama: Kelas: Tarikh:

(ii) Nyatakan kesan kehadiran atom logam Y dalam gangsa.

………………………………………………………………………………

[1 m]

Figure 1.2

(d) Pingat pada Rajah 7.2 diperbuat daripada gangsa.Berikan satu sifat pingat itu jika ia diperbuat
daripada logam X sahaja.

………………………………………………………………………………………………………………

[1 m]
Nama: Kelas: Tarikh:

2 Kaji pernyataan berikut.

Aloi dan logam tulen mempunyai sifat tahan kakisan yang berbeza.

Anda diberikan sebatang paku besi,sebatang paku keluli dan larutan natrium klorida.

(a) Cadangkan satu hipotesis untuk menyiasat pernyataan di atas. [1 m]

(b) Huraikan satu eksperimen untuk menguji hipotesis anda di 1(a) berpandukan kriteria berikut.

(i) Tujuan eksperimen [1 m]

(ii) Mengenalpasti pembolehubah [2 m]

(iii) Senarai radas dan bahan [1 m]

(iv) Prosedur atau kaedah [4 m]

(v) Penjadualan data [1 m]


Nama: Kelas: Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai