Anda di halaman 1dari 1

DOA SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ

Sesungguhnya kami berhimpun dalam talian pada pagi yang mulia ini,
bagi meraikan sambutan majlis Israk dan Mikraj
peringkat sekolah SMK Seksyen 3 Bandar Kinrara, dan bagi melahirkan rasa
kesyukuran di atas kurniaanMu yang tidak ternilai.Jadikanlah kami
hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur di atas nia`mat yang
melimpah ruah kepada kami .

Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini ingin


menimba ilmuMu yang sangat luas bagi mengembangkan potensi
kami sebagai hambaMu yang Engkau redhai.

Justeru berkati dan rahmatilah majlis kami ini. Kurniakanlah


kepada kami apa kiranya ilmuMu. Sinarilah hati-hati kami dengan
cahaya dan hidayahMu. Semoga dengannya kami mudah
menerima dan menghayati serta mengamalkannya.

Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kesihatan anggota,


kecergasan minda, ketenangan jiwa, kekuatan semangat. Semoga
dengannya kami mampu mendepani cabaran, berdaya saing dan
mampu mengangkat martabat diri, keluarga,
masyarakat dan negara.

Anda mungkin juga menyukai