Anda di halaman 1dari 3

PANDUAN AM PENGISIAN BORANG BTBT 190

( Untuk Sekolah Rendah )

BAHAGIAN A

PERSEDIAAN SEBELUM MENGISI BORANG BTBT 190

1. Sekolah hendaklah mendapatakan jumlah bilangan murid yang mengambil setiap mata
pelajaran elektif dari tahun 1 hingga tahun 5.

2. Sekolah hendaklah mengisi Borang Unjuran Murid (Borang SPBT E).

3. Sekolah hendaklah mengisi Borang Persediaan Sebelum Pengisian Borang BTBT 190.

BAHAGIAN B

BORANG BTBT 190

1. Borang BTBT 190 digunakan oleh semua sekolah dengan tujuan mengemukakan
anggaran keperluan buku teks SPBT bagi sesebuah sekolah.

2. Borang ini mempunyai 3 salinan berkarbon yang mengandungi maklumat-maklumat


sedia bercetak untuk dikemaskini oleh sekolah sekiranya perlu, dengan menggunakan
pen mata bola berdakwat MERAH. Pastikan pindaan/pembetulan yang dibuat pada
muka surat asal adalah juga jelas pada muka surat kedua dan ketiga salinan berkarbon
borang ini.

3. Ruangan-ruangan kosong/tambahan di bahagian bawah ruangan akhir judul-judul buku


yang bercetak adalah untuk diisikan dengan judul-judul buku bagi mata pelajaran yang
tidak tercetak di dalam borang ini. Sila isikan ruangan-ruangan itu dengan
menggunakan pen mata bola berdakwat HITAM sahaja.

BAHAGIAN C
PENERANGAN MENGENAI RUANGAN DALAM BTBT 190

1. Jumlah Murid (F)

Jumlah murid mengikut mata pelajaran dan tahun pada tahun 2010

Contoh :

Jumlah Murid Jumlah Murid


Bil. Tahun Januari 2009 Januari 2010
1. Satu 200 *200 + 3%
2. Dua 190 200
3. Tiga 120 190
4. Empat 80 120
5. Lima 100 80
6. Enam 90 100

* Jumlah murid tahun 2010 dianggarkan bertambah sebanyak 3% jika belum


dapat maklumat sebenar.
Jumlah murid tahun 2010 di ‘cohort’ daripada enrolmen tahun 2009

2. Jumlah Murid Mengambil Mata Pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan


Moral

Jumlah Murid yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral
mestilah sama dengan Jumlah Murid yang mengambil mata pelajaran teras.

Contoh :

Bil. Mata Pelajaran Jumlah Murid


Bahasa Malaysia Tahun 4
1. 150
(mata pelajaran teras)
2. Pendidikan Islam Tahun 4 100
3. Pendidikan Moral Tahun 4 50

 Jumlah Murid 100 + 50 = 150

3. BUKU DALAM STOK YANG TERKINI (H)

Sekolah hendaklah mengisi ruangan ini dengan setepat dan sebenarnya mengikut data
pada Borang Persediaan. Buku Dalam Stok (BDS) bermaksud :

BDS = Jumlah Buku Di Dalam Stor SPBT +


Jumlah Buku Di Tangan Murid +
Buku Yang Dihapuskira Tetapi Belum Mendapat Kelulusan Pelupusan
4. BUKU ELOK HINGGA AKHIR TAHUN SEMASA (I)

Sekolah hendaklah mengisi ruangan ini dengan setepat dan sebenarnya mengikut data
pada Borang Persediaan. Buku Elok bermaksud :

Buku Elok = Buku Elok Fizikal Di Dalam Stor + Buku Elok Di Tangan Murid

Buku ini adalah merupakan jumlah buku yang dijangkakan/dianggarkan elok sehingga
akhir tahun semasa.

* Nota :
Gantian kerosakan yang dibenarkan ialah sebanyak 3% sahaja daripada Jumlah Buku
Elok bagi tahun semasa. Bagi buku teks terbitan baru tiada gantian kerosakan
dibenarkan pada tahun kedua dan ketiga penggunaan di sekolah rendah
manakala bagi sekolah menengah pula gantian kerosakan tidak dibenarkan pada tahun
kedua, ketiga dan keempat penggunaannya.

5. RUJUKAN (J)

Sila abaikan ruangan ini (untuk kegunaan Bahagian Buku Teks sahaja)

6. RUANGAN TAMBAHAN

Ruangan kosong ini digunakan untuk buku-buku dan judul-judul tambahan atau tercicir
dari senarai judul buku yang sedia tercetak. Pihak sekolah diminta mengisi maklumat
yang dikehendaki mengikut ruangan yang telah ditentukan. Sekiranya ruangan ini tidak
mencukupi pihak sekolah boleh mengepilkan borang tambahan.

7. TANDATANGAN DAN PENGESAHAN (A, B DAN C)

Ruangan ini hendaklah ditandatangani dan dicapkan oleh penama yang tercatat di dalam
borang ini sahaja iaitu Guru SPBT/PK HEM/PK II dan Guru Besar sekolah berkenaan.

Anda mungkin juga menyukai