Anda di halaman 1dari 3

LAMPIRAN : POL 1

SYARAT DAN PERATURAN PELAKSANAAN KELAS BAHASA CINA DAN BAHASA TAMIL
DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DAN SEKOLAH KEBANGSAAN 2015

1. Kelas-kelas tersebut boleh dibuka sekiranya terdapat permohonan daripada 15 orang ibubapa
murid yang berminat.

2. Kelas-kelas tersebut bukan sahaja terbuka kepada murid-murid keturunan Cina / India, tetapi
juga kepada murid-murid keturunan lain asalkan ibubapa murid tersebut membuat
permohonan.

3. Pihak sekolah adalah dikehendaki mengumumkan kepada ibubapa / penjaga murid-murid


tentang kemudahan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Cina / Bahasa Tamil tersebut dan
meminta mereka yang berminat mengemukakan permohonan kepada pihak tuan. Permohonan
yang dibuat oleh ibubapa / penjaga pada kali pertama memadai untuk tahun-tahun berikut
bagi murid-murid yang belajar di sekolah rendah atau menengah.

4. Tuan adalah diminta merujuk Surat Pekeliling Jabatan ini Bil. (72) & (73) dalam JPNS 126
bertarikh 20.10.77 & 16.2.78 mengenai peraturan-peraturan mengajar Bahasa Cina / Bahasa
Tamil di SMK / SK di negeri ini.

5. Pengajaran Bahasa Cina dan Bahasa Tamil di Sekolah Kebangsaan dimulakan dari Tahun
Tiga, manakala di Sekolah Menengah Kebangsaan dimulakan dari kelas Peralihan.
Jumlah peruntukan masa seminggu adalah seperti berikut:-

a. Kelas-Kelas Bahasa Cina / Bahasa Tamil di SK dan SMK


Tahun 3 – Tahun 6 : 120 minit
Kelas Peralihan : 160 minit
Tingkatan 1 – 5 : 120 minit

b. Kelas-Kelas Bahasa Cina di SM ‘Conforming’


Kelas Peralihan : 200 minit
Tingkatan 1 – 5 : 200 minit

6. Kadar bayaran elaun bagi Guru-Guru Sambilan (POL) Bahasa Cina & Bahasa Tamil adalah
seperti berikut:-

i. Ijazah atau dari Kumpulan A - RM 60.00 sejam


ii. Tanpa Ijazah selain dari Kumpulan A - RM 50.00 sejam

7. Guru-guru beropsyen Bahasa Cina / Bahasa Tamil di sekolah tuan harus mengajar sekurang-
kurangnya 5 kelas Bahasa Cina / Bahasa Tamil. Sekolah-sekolah yang mempunyai guru
beropsyen Bahasa Cina / Bahasa Tamil yang mencukupi TIDAK BOLEH memohon guru sambilan
(POL) Bahasa Cina / Bahasa Tamil.

8. Guru sekolah menengah yang mempunyai kelayakan ikhtisas berikut dianggap sebagai
guru beropsyen Bahasa Cina atau Bahasa Tamil:

Guru opsyen Bahasa Cina : SRC, PPAK(PC), PSM (PC), PSR (PC), KDC (PC),
KPLI (PC), PKPG (PC), Ijazah (PC)

Guru ospyen Bahasa Tamil: SRT, PPAK (PT), PSM (PT), PSR (PT), KDC (PT),
KPLI (PT), PKPG (PT), Ijazah (PT)
9. Guru-guru sambilan (POL) Bahasa Cina / Bahasa Tamil dikehendaki membaharui permohonan
mereka pada tiap-tiap tahun dengan menggunakan borang Lampiran C (BMS 6) seperti yang
dilampirkan. Pemohon-pemohon baru untuk menjadi guru-guru sambilan (POL) Bahasa Cina /
Bahasa Tamil juga perlu menggunakan borang yang sama. Semua borang permohonan tersebut
dikehendaki sampai ke jabatan ini (u.p: Penolong Pengarah Bahasa Cina untuk Bahasa Cina /
Penolong Pengarah Bahasa Tamil untuk Bahasa Tamil) sebelum atau pada 15.12.2014.

10. Guru sepenuh masa di sesebuah sekolah TIDAK BOLEH menjadi guru sambilan (POL) Bahasa
Cina / Bahasa Tamil di sekolah yang sama.

11. Tanggungjawab pihak sekolah terhadap pelaksanaan kelas POL Bahasa Cina dan Bahasa Tamil:

a. Membekalkan bahan-bahan berikut kepada Guru-Guru Sambilan (POL) Bahasa


Cina dan Bahasa Tamil:

i. Buku Rekod Mengajar


ii. Jadual Kedatangan Pelajar (sentiasa disimpan dalam pejabat)
iii. Sukatan Pelajaran
iv. Huraian Sukatan Pelajaran
v. Buku Teks & Buku Panduan Guru

b. Memastikan kehadiran pelajar-pelajar yang mengikuti kelas Bahasa Cina dan


Bahasa Tamil serta mengambil tindakan terhadap mereka yang ponteng.

c. Menyemak buku latihan pelajar oleh Pengetua/Guru Besar / GPK dan Ketua
Bidang Bahasa dari masa ke semasa.

12. Kebenaran daripada jabatan ini harus diperolehi sebelum kelas-kelas Bahasa Cina / Bahasa
Tamil dimulakan. Jabatan ini tidak bertanggungjawab untuk membayar elaun guru bagi kelas-
kelas yang dibuka sebelum memperolehi kelulusan dari jabatan ini (untuk guru sambilan (POL)
sahaja).

13. Sebarang pemberhentian Guru Sambilan (POL) hendaklah dimaklumkan dengan segera
kepada Penolong Pengarah Bahasa Cina / Penolong Pengarah Bahasa Tamil, Unit
Kurikulum, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan Darul Khusus.

14. Borang-borang untuk tindakan pihak sekolah:

Lampiran A :Permohonan pembukaan kelas-kelas Bahasa Cina / Bahasa


Tamil yang diajar oleh guru-guru sambilan (POL).

Lampiran B :Senarai buku-buku teks yang digunakan dalam kelas-kelas


Bahasa Cina / Bahasa Tamil.

Lampiran C :Untuk kegunaan guru-guru yang ingin mengajar di


(BMS 6) kelas-kelas Bahasa Cina/ Bahasa Tamil.

Lampiran D :Untuk kebenaran ibubapa (Untuk simpanan pihak sekolah)


(BMS 3)

Anda mungkin juga menyukai