Anda di halaman 1dari 8

LOG KELUAR LANGGAN

AGAMA GAYA

Optimis dengan masa hadapan

ANTARA pemandangan biasa ekoran pandemik Covid-19 ialah anggota tentera dan polis memantau pergerakan keluar masuk di sekitar
Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di MAEPS, Serdang. – UTUSAN/AMIR KHALID

Oleh DR. MOHD. ANUAR RAMLI 1 Januari 2021, 9:01 am

    
Hakikatnya, pandemik Covid-19 yang sedang kita lalui ini adalah ujian buat manusia dalam bentuk wabak
penyakit. Situasi ini dapat diselarikan dengan apa yang disebutkan dalam rman Allah SWT berkaitan ujian
terhadap manusia.

Ini dijelaskan menerusi rman Allah SWT yang bermaksud: Dan sesungguhnya Kami akan menguji kamu
dengan suatu ketakutan, kelaparan dan kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan, dan sampaikanlah
berita gembira kepada orang yang sabar. (al-Baqarah: 155)

Dalam ayat tersebut, Allah SWT menjelaskan tentang lima bentuk ujian yang dilalui manusia dan sabar adalah
kunci utamanya dalam menghadapi ujian tersebut. Ujian-ujian tersebut merangkumi ujian mental, zikal,
material dan nyawa:

a) UJIAN KETAKUTAN
a) UJIAN KETAKUTAN

Rasa takut adalah ujian mental apabila tercetusnya perasaan yang tidak berani menghadapi sesuatu yang
pada perasaannya akan membahayakan diri. Ia menimbulkan kebimbangan, kegusaran dan kegelisahan
apabila ada sesuatu ancaman terhadap keselamatan diri manusia.

Ketakutan melibatkan ancaman musuh yang bersifat zahir dan yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Perasaan takut adalah unsur dalaman manusia dan akibat dari rasa takut tersebut manusia mengambil
tindakan-tindakan pencegahan atau penanganan secara luaran bagi mewujudkan situasi selamat dan aman.

Dalam konteks pandemik Covid-19, setiap orang takut dengan ancaman virus yang tidak dapat dilihat dengan
mata kasar. Ini kerana, ia boleh berjangkit dari manusia kepada manusia dan risiko terbesarnya boleh
menyebabkan kematian. Lantaran itu, pelbagai langkah diambil untuk mengekang penularan virus ini.

Umpamanya, penjarakan zikal dan zikal telah diamalkan, di samping amalan kebersihan kendiri seperti
memakai pelitup mulut dan mencuci tangan dilakukan bagi mengurangkan risiko jangkitan virus. Selain itu,
perasaan takut jika tidak dikawal dengan baik boleh memberi kesan terhadap kesihatan mental manusia.

b) UJIAN KELAPARAN

Rasa lapar merupakan ujian zikal yang akan timbul apabila perut kosong. Ia berlaku apabila kekurangan
makanan, ketiadaan dan kehabisan makanan.

Dengan kata lain, orang yang lapar biasanya terputus bekalan makanan di samping sumber makanan tidak
dapat menampung keperluan manusia sama ada mereka tidak punya wang yang cukup atau bekalan tidak
mencukupi atau bekalan tidak dapat disalurkan kepada pihak yang memerlukan.

Di samping itu, kesukaran mendapatkan bekalan makanan juga menyebabkan keperluan zikal manusia
tersebut tidak dapat dipenuhi.

c) UJIAN KEKURANGAN HARTA

Kekurangan harta adalah ujian material kerana ia merupakan barang-barang berharga yang dipunyai oleh
seseorang, termasuklah mata benda seperti bangunan, perusahaan, rumah, barang kemas atau bukan mata
benda seperti hak cipta.

Kekurangan harta terjadi apabila tidak berlaku penambahan terhadap harta sedia ada, malahan apabila ujian
melanda, harta menjadi berkurangan, keuntungan menurun dan rugi. Apabila serangan setempat ini merebak
ke peringkat global, setiap lapisan masyarakat terkesan dengan Covid-19.

Ia bukan hanya melibatkan ancaman terhadap aspek kesihatan manusia, malah melangkaui sektor ekonomi.
Menurut laporan Perkeso, sebanyak 89,596 kes kehilangan pekerjaan setakat 22 Oktober lalu.

d) UJIAN KEHILANGAN NYAWA

Kehilangan nyawa adalah ujian zikal. Nyawa manusia sangat bernilai. Ia merupakan roh yang ada di tubuh
manusia ketika hidup dalam pelbagai peringkat usia manusia, tua atau muda.

Ujian kematian amat dirasakan kepada pihak yang ditinggalkan apabila ia melibatkan kehilangan orang yang
disayangi.

Jumlah kes kumulatif Covid-19 seluruh dunia berdasarkan statistik WHO setakat 27 Disember 2020 yang
disahkan adalah 79,232, 555 orang dan kematian 1,754,493 orang.
Di Malaysia sehingga semalam, jumlah positif adalah 113,010 orang dengan 471 jumlah kematian. Malah negara
kita kini telah mengatasi jumlah pesakit Covid-19 di China.

e) UJIAN KEKURANGAN BUAH-BUAHAN

Kekurangan buah-buahan adalah ujian material yang melibatkan penghasilan keluaran ladang atau tanaman.
Dalam tafsiran yang lebih luas, ia dapat dikaitkan dengan produktiviti manusia.

Ujian ini melibatkan dugaan terhadap sumber rezeki iaitu buah-buahan, tanaman, hasil ternakan atau
pertanian. Dalam konteks hari ini, ia turut merangkumi pengeluaran perkilangan dan perindustrian.

Akibatnya, hasil pengeluaran buah-buahan, sayuran, tanaman dan punca rezeki berkurang. Realitinya, pelbagai
kisah suka dan duka dalam masyarakat akibat Covid-19.

Situasi ini jika tidak ditangani dengan baik akan mendorong kepada rasa putus asa dalam hidup. Sifat putus
asa dilarang dalam Islam. (rujuk ayat 87 surah Yusuf).

Kita mesti punya rasa optimis, bangkit meneruskan kehidupan dan beradaptasi dengan pembudayaan normal
baharu di samping mengamalkan cara hidup baharu yang positif
Jangan menyerah dengan situasi Covid-19. Kehadiran tahun baharu 2021 akan membawa sinar kehidupan
kepada semua pihak, insya-Allah.

Prof. Madya Dr. Mohd. Anuar Ramli, Pensyarah, Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya. Beliau boleh dihubungi di mohdanuar@um.edu.my

BERITA SELANJUTNYA by

Wang tunai RM27,077 Empat nelayan Sembilan maut


bertaburan di jalan… berenang 14 jam… kenderaan jatuh dar…

UMNO Pulai usul tolak ‘Diri dipinang malaikat Gadis bonceng


kerjasama dengan … maut’ motosikal bersama…

Ahmad Samsuri sedia Jalan Segamat- Melaka catat rekod


tanggung kos hantar… Kuantan ditutup akib… baharu
POPULAR
Semangat Farizal makin membara
1 Januari 2021, 9:03 pm

HSR: kemukakan cadangan infrastruktur pengangkutan


baharu
1 Januari 2021, 8:54 pm

Jalan Segamat-Kuantan ditutup akibat tanah runtuh


1 Januari 2021, 8:51 pm

Lelaki miliki 12 rekod lampau maut ditetak


1 Januari 2021, 8:42 pm
BERITA BERKAITAN
Masjid 8 Kubah dibina hasil derma orang ramai
1 Januari 2021, 9:03 am

Hukum bukan Muslim ‘kutip’ zakat


1 Januari 2021, 9:00 am
Tanya Pakar@Unisza tawar khidmat nasihat percuma dalam 13 bidang
31 Disember 2020, 7:47 pm

Wanita berani, hilang kerja bukan penghalang berjaya


31 Disember 2020, 11:44 am

TERKINI
NASIONAL
EKONOMI
LUAR NEGARA

GAYA
SUKAN
RENCANA
PREMIUM

LANGGANAN
LANGGAN

LOG KELUAR
LOG KELUAR

Hak cipta terpelihara © 2020 Media Mulia Sdn. Bhd.


Terma dan Syarat
Hubungi Kami

Anda mungkin juga menyukai