Anda di halaman 1dari 1

Teori pembelajaran kognitif yang boleh dikaitkan dengan aktiviti yang dilaksanakan adalah teori

Pembelajaran Penemuan Bruner/Pembentukan Konsep Burner. Teori ini amat menekankan


pembelajaran konsep iaitu proses pembinaan pengetahuan di mana ia melibatkan proses
kognitif iaitu proses membuat hipotesis dan melihat ciri-ciri yang perlu ada untuk menentukan
konsep. Dapatlah dilihat bahawa, aktiviti pengelasan makanan di mana murid perlu membawa
gambar makanan dan mengelaskannya mengikut kategori yang betul di piramid makanan amat
bertepatan dengan pembelajaran konsep yang dititiberatkan dalam teori ini. Hal ini kerana,
pembelajaran konsep berlaku melalui proses pengkategorian yakni merujuk kepada bagaimana
membezakan dan mengkategori benda atau perkara yang mempunyai ciri-ciri tertentu.
Pembelajaran konsep juga melibatkan proses mengingat kembali, membuat perkaitan
maklumat baru dengan yang lama serta membuat subkategori. Jadi, melalui tontonan video
‘Kelas Makanan’ di rumah, murid akan memproses maklumat dan seterusnya
mengaplikasikannya dalam aktiviti pengelasan makanan yang akan dilaksanakan di kelas.
Tontonan video ini juga termasuk dalam salah satu kategori cara pembelajaran konsep oleh
Bruner iaitu Ikonik yang menggunakan imej mental dalam bentuk visual, auditori dan
sebagainya. Dengan ini, murid dapat mengelaskan makanan berdasarkan ingatannya terhadap
video yang ditonton. Misalnya, mereka mengingati bahawa roti termasuk dalam kategori protein
berdasarkan gambar yang dipaparkan dalam video.

Anda mungkin juga menyukai