Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN SEREMBAN 2A

70300 SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

KERTAS KERJA

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS

ANJURAN:
UNIT HAL EHWAL MURID
DAN
JAWATANKUASA DISIPLIN DAN LEMBAGA PENGAWAS

TEMPAT:
DEWAN SERI BUDI
SK SEREMBAN 2A

TARIKH:
13 HINGGA 14 MAC 2015
1.0 PENDAHULUAN

Program ini merupakan satu aktiviti yang dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Murid dan
Jawatankuasa Disiplin dan Lembaga Pengawas SK Seremban 2A. Program ini melibatkan
semua pengawas sekolah yang telah dilantik bagi sesi persekolahan 2015. Tujuan utama
penganjuran kem ini ialah untuk memberi pendedahan cara membantu pengendalian tugas
yang pelbagai kepada pelajar sebagai panduan dan bekalan untuk menghadapi cabaran
memikul tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin. Oleh yang demikian,
program ini khususnya dirancang untuk meningkatkan kemahiran dalam kepimpinan,
pengetahuan dan menambah pengalaman serta memantapkan pelajar.. Pengawas sekolah
memerlukan bimbingan dan panduan yang betul. Pertambahan ilmu adalah salah satu cara
yang dapat memantapkan kemahiran terhadap tugas mereka. Maka kursus kepimpinan ini
sangat sesuai dilaksanakan. Semoga usaha ini akan memberi manfaat dan hasil kejayaan
yang cemerlang dalam menjalankan tugas murni mereka dari masa ke semasa demi
mengharumkan nama sekolah.

2.0 RASIONAL

Sebagai seorang yang terpilih menjadi pengawas sekolah, seseorang murid itu perlu sedar
bahawa mereka memainkan peranan penting untuk mengerakkan segala aktiviti yang
dirancang. Tanpa ilmu dan keyakinan diri, pengawas-pengawas tidak akan dapat
menjalankan peranan mereka dengan berkesan. Melalui kursus ini murid-murid yang
dilantik memegang jawatan pengawas akan mampu melaksanakan tanggungjawab mereka
dan bersama-sama membantu mengatasi masalah disiplin di sekolah.

3.0 MATLAMAT

Untuk memastikan murid-murid terlibat mempunyai pengetahuan dan kemahiran mengenai


kepimpinan dan pengurusan sesebuah organisasi dan mempraktikkannya.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Mengenal diri sendiri sebagai seorang pemimpin.


4.2 Mewujudkan ahli kepemimpinan dalam satu kumpulan.
4.3 Meyakinkan diri sendiri dalam memimpin sesebuah organisasi.
4.4 Memupuk nilai – nilai kreatif dan semangat dalam proses melengkapkan diri dengan
modul yang pelbagai.
4.5 Membina kepercayaan dan keyakinan pada diri bahawa dengan persediaan yang
mantap boleh menjadikan para pengawas dapat membantu kearah peningkatan
akademik dan sahsiah.
4.6 Melalui aktiviti – aktiviti yang telah dirancang ini, dengan harapan akan
menyemarakkan rasa komitmen yang tinggi dalam diri setiap para pengawas apabila
menghadapi tugas yang diamanahkan.

5.0 KUMPULAN SASARAN


95 orang Pengawas PPKI, tahun 3 hingga tahun 6 SK Seremban 2A.

6.0 TARIKH DAN MASA


Tarikh : 13 hingga 14 Mac 2015
Hari : Jumaat hingga Sabtu
Masa : 2:45 petang (Jumaat) – 12:30 tengahari (Sabtu)

7.0 TEMPAT
Dewan Seri Budi, SK Seremban 2A

8.0 AHLI JAWATANKUASA

Jawatankuasa Induk

Penaung : Pn Fuziah bt Abdul Malek (Guru Besar Cemerlang)


Pengerusi : En. Md Aris bin Yusof (GPK HEM)
Naib Pengerusi 1 : Pn. Lena bt Mohd Yusof (GPK 1)
2 : Pn Mary Leong (GPK Kokurikulum)
3 : Pn Noor Aini bt Wahab (GPK PPKI)
Ketua Unit : En. Yudy bin Palanrai
Penyelaras : Pn. Norzalina bt Mohamad Nor
Bendahari : Pn. Rina Azwani bt Maamor

Jawatankuasa Kerja

Pendaftaran & Penginapan : Pn Rina Azwani bt Maamor

Kawalan dan Disiplin Peserta : En. Rizal bin Mohd Senong


Pembantu Fasilitator : Pn Harlina bt Samsudin
Pn Nongiza bt Aladdin
Pn. Norzalina bt Mohamad Nor
Makan Minum Peserta : Pn Robia’ah bt Abd Aziz
Pn. Akmal bt Jalaluddin

Pn. Nor ‘aini bt Giman

Pn. Sahirun Hafizah bt Abd. Rahman

Pn. Mardiana bt Nordin

Pn. Norhidayu bt Abd Jabar

Pn. Faizah bt Abdullah Fadzil Shaimi

Pn. Santha a/p Seerangan

Penyediaan Alatan dan Bahan : Pn. Norzalina bt Mohamad Nor

Kerohanian : En. Yudy bin Palanrai


Pn.Hanisah bt Mohamed
Pn. Nabilah bt Hassan
Dokumentasi : Pn. Norzalina bt Mohamad Nor.

Juru Acara Majlis : Pn Harlina bt Samsudin

9.0 TENTATIF PROGRAM

HARI MASA AKTIVITI


2:45 petang Pendaftaran dan Pembahagian Kumpulan
3:00 Taklimat/Ice Breaking

JUMAAT SLOT 1
3:30
Kerusi Sejuk Panas
4:30 Solat Asar dan minum petang
SLOT 2
5:00
13 MAC 2015 Kemahiran Berkomunikasi
6:30 Makan malam / tadbir diri / Solat / Tazkirah
SLOT 3
9:00 malam
Si Buta Sayang
SLOT 4
10:00
Resolusi Pemimpin
10:30 Muhasabah Diri
11:00 Minum Malam
6:00 pagi Solat / Tazkirah
7:00 Senaman pagi / Minum pagi
SLOT 5
SABTU 8:00
Ceramah Kepimpinan
10:00 Rehat / Minum pagi
14 MAC 2015
SLOT 6
10:30
Tugas Pengawas
12.00 Majlis Penutup dan Gotong Royong
12.30 tgh Bersurai

10.0 ANGGARAN KEWANGAN

Anggaran Pendapatan Jumlah ( RM ) Anggaran Perbelanjaan Jumlah ( RM )

Bayaran Peserta RM 950.00 Makan Peserta (RM 14 x 95) RM 1330.00


Minum petang Jumaat – RM3
( RM 10 X 95 orang )
Makan malam Jumaat – RM 5
Sumbangan PIBG RM 380.00 Sarapan pagi Sabtu – RM 3
Minum pagi Sabtu – RM 3
(RM 4 x 95 orang)

Unit Bimbingan dan RM 200.00 Bayaran Penceramah RM 300.00


Kaunseling
Bahan Edaran dan alatulis RM 200.00
Sekolah
RM 300.00

JUMLAH RM 1830.00 RM 1830.00

11.0 PENUTUP

Di akhir kursus ini, para peserta akan dapat menjalankan tugas dan tanggung jawab mereka
sebagai pemimpin kecil di sekolah dan melakukan perubahan ke arah kecemerlangan di dalam
diri dan sekolah. Kursus ini juga akan dapat memupuk murid-murid supaya mengetahui dan
membudayakan nilai-nilai kepimpinan dengan berkesan untuk mencapai kecemerlangan diri
dan sekolah. Sekaligus, dapat melahirkan pemimpin yang berkebolehan dan membentuk
barisan kepimpinan Pengawas yang kreatif dan inovatif. Di atas Keprihatinan dan sokongan
pihak pentadbiran Sekolah Kebangsaan Seremban 2A, jutaan terima kasih diucapkan.

Disediakan oleh,

…………………………………….
(NORZALINA BT MOHAMAD NOR)
Penyelaras
Jawatankuasa Disiplin dan Lembaga Pengawas
SK Seremban 2A
Disahkan oleh,

......................................................

(PN FUZIAH BT ABDUL MALEK)


Guru Besar Cemerlang,
SK Seremban 2A.

Anda mungkin juga menyukai