Latihan Peribahasa
Latihan Peribahasa
Latihan 1
Nyatakan peribahasa yang sesuai untuk menerangkan situasi di bawah. Anda hanya perlu
menulis peribahasa yang berkenaan sahaja.
(i) Setiap perkara yang hendak kita lakukan itu biarlah sesuai dengan kemampuan diri.
_____________________________________________________________________
(ii) Perihal orang yang berada dalam keadaan yang sangat cemas.
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
Latihan 2
Kemukakan satu peribahasa yang menggambarkan setiap situasi di bawah.
_______________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
Latihan 3
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang
menggambarkan tiga situasi berbeza yang terdapat dalam petikan tersebut.
Aku dengan Amirah bersahabat baik sejak kecil. Aku mempercayai dirinya dan yakin bahawa
dia dapat menyimpan rahsiaku, namun telahanku silap. Amirah telah menceritakan rahsia
peribadiku kepada orang lain sedangkan sebelum ini dia pernah berjanji untuk menyimpan
rahsia tersebut walau berlaku apa-apa sekalipun. Betullah kata orang tua-tua bahawa kita
tidak boleh menyamakan orang lain seperti diri kita. Mungkin sekarang Amirah sudah
berubah. Sungguhpun begitu, tiada apa-apa yang boleh dibuat lagi. Semuanya sudah
terlambat. Aku tidak mempercayainya lagi.
Latihan 4
Baca petikan situasi di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan satu peribahasa yang
menggambarkan setiap situasi tersebut.
(i) Abu tergolong dalam kelompok pelajar yang lemah di sekolah. Namun, dia belajar setiap
hari dengan bersungguh-sungguh tanpa jemu. Akhirnya, beliau dapat menguasai pelajaran
setanding dengan rakan-rakan di kelas cemerlang.
___________________________________________________________________________
(ii) Perpecahan dan pertelingkahan antara penduduk kampung akibat kehadiran lelaki yang
mengajarkan ilmu sesat itu dapat diselesaikan apabila dia dibuang negeri.
(iii) Ismail mendapat khabar bahawa dia berjaya dalam temu duga untuk jawatan yang
dipohon. Tanpa berfikir panjang, dia berhenti daripada ker]a yang dijawat sekarang kerana
pendapatannya kecil. Malangnya, dia gagal mendapat pekerjaan itu dan kehilangan jawatan
yang sedia ada.
________________________________________________________________________
Latihan 5
Lengkapkan peribahasa yang berikut.
______________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
________________________________________________________________________
(ii) Duit raya yang diterima oleh kanak-kanak wajar dimanfaatkan sebaik-baiknya dengan
cara menyimpannya di dalam bank untuk masa depan mereka. Amalan menabung merupakan
satu tindakan yang baik dan mengajar seseorang berjimat cermat.
________________________________________________________________________
(iii) Aktiviti bergotong-royong yang dilakukan oleh. penduduk kampung tersebut berjaya
menarik penyertaan lebih 150 penduduk pelbagai peringkat umur. Aktiviti seumpama ini
merupakan satu titik permulaan bagi menyemai nilai murni di samping dapat mengukuhkan
hubungan semangat kejiranan sesama mereka.
Latihan 7
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang
menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan ini.
Pada hakikatnya, semua pelajar tidak kira Cina, Melayu atau India mampu meraih
kecemerlangan jika ada kesungguhan. Hal itulah yang dibuktikan oleh seorang anak muda
dari kampung yang berjaya menempatkan dirinya dengan pelajar bukan Melayu pada majlis
penyampaian hadiah yang diadakan baru-baru ini. Menurut beliau, faktor cemburu melihat
rakan sebaya yang lain berjaya dengan cemerlang menambah tekadnya untuk terus bersaing
dalam bidang akademik. Baginya kalau orang lain boleh berjaya, mengapa kita tidak boleh
berjaya. Oleh itu, beliau sentiasa berusaha bersungguh-sungguh dengan berkorban masa dan
tenaga serta menguruskan masa dengan terancang. Berkat kesungguhannya, beliau berjaya
memperoleh kejayaan dan bercadang melanjutkan pelajarannya di peringkat yang lebih
tinggi.
Latihan 8
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian nyatakan satu peribahasa yang sesuai dengan
setiap situasi tersebut.
(i) Kehidupan Pak Ali sebagai penarik beca roda tiga di bandar itu amat daif, lebih-lebih lagi
orang ramai semakin kurang menggunakan perkhidmatannya. Namun, dia enggan mencari
kerja lain dan tidak yakin boleh membuat kerja lain.
_______________________________________________________________________
(ii) Abu sentiasa berusaha dengan gigih untuk mengembangkan perniagaannya. Dia
memulakan perniagaan dengan menjual majalah dan surat khabar, kemudian menjual buku-
buku dan alat tulis. Kini, kedai Abu semakin banyak menjual barang untuk keperluan harian
masyarakat di tempatnya.
__________________________________________________________________________
(iii) Kamal terlalu boros dan suka berbelanja dengan mewah. Wang simpanannya telah habis
dibelanjakan. Kini, baru dia sedar dan berazam untuk berjimat cermat.
Latihan 9
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang
menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan ini
.
Sepuluh tahun lalu, Ahmad meninggalkan kampung halaman kerana kehidupan yang susah
dan berlaku perselisihan dengan adik-beradiknya. Kini dia di perantauan dan dapat
menikmati hidup yang agak selesa. Tetapi ingatan kepada kampung halaman masih membara.
Dia mengambil keputusan untuk pulang ke kampung dan menetap di sana. Dia meminta maaf
daripada adik-beradiknya di kampung atas kesalahannya yang lalu. Kini hubungannya
dengan adik-beradik semakin mesra.
Latihan 10
Isi tempat kosong dalam petikan di bawah dengan menggunakan peribahasa yang sesuai.
i. Pada mulanya beliau hanya bekerja sebagai pemotong daging di sebuah pasar raya di Kuala
Lumpur, iaitu pada awal tahun 1990. Namun kini, dengan berkat usahanya yang gigih, beliau
telah menjadi Pengarah Urusan di syarikatnya sendiri. Beliau percaya bahawa .....
ii. Sejak tahun 1995, sedikit demi sedikit Ahmad mengusahakan keropok lekornya sendiri
secara kecil-kecilan. "....., biarlah aku mulakan dengan modal yang sedikit," bisik Ahmad.
iii. Pada peringkat awal Fatimah membuka gerai menjual pisang goreng di simpang tiga jalan
yang agak sepi. Apabila melihat kejayaannya, ramai insan lain mula menceburkan diri dalam
lapangan tersebut. Kini, gerai di kawasan itu .....
___________________________________________________________________________
Latihan 11
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian kemudian nyatakan tiga peribahasa
sesuai dengan situas di dalam dialog:-
Dr. Hameed :Sebagai jiran kita mestilah bersikap jujur dan tidak mengamalkan sikap
berpura-pura kerana sikap ini boleh merenggangkan hubungan sesama jiran.
Rajesh :Betul tu Dr Hameed. Kita bukan sahaja perlu bersikap jujur sesama jiran
malah kita hendaklah sentiasa menghulurkan bantuan kepada jiran-jiran yang
susah.
Mei Ling : Selain itu, kita seharusnya mengelakkan diri daripada melakukan sesuatu
kesilapan kerana jiran-jiran kita turut menerima akibat daripada kesilapan
yang kita lakukan.
Ayah : Syafik, jagalah diri haik-baik ketika di rantau orang. Di sana nanti sesuaikan diri
dengan budaya dan adat resam mereka. Ikutlah nasthat orang tua-tua, iaitu ___(i)____
Syafik : Terima kasih ayah. Saya akan sematkan nasihat ayah itu dalam hati saya.
Ayah : Di luar negara nanti ayah berharap Syafik belajarlah rajin-rajin. Setelah berjaya
kelak, berkhidmatlah kepada negara ini kerana kerajaan memerlukan tenaga muda
untuk membangunkan negara, bak kata peribahasa _______(ii)_________
Ayah : Satu lagi, jika ada peluang, jelajahilah negara orang dan timbalah pengalaman
sebanyak banyaknya kerana _________(iii)_________
Latihan 13
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian kemudian nyatakan tiga peribahasa
sesuai dengan situas di dalam dialog:-
Amir : Ramai pengguna bahasa Melayu suka menggunakan bahasa rojak semasa
berkomunikasi.
Sofea : Yalah, bukan itu sahaja! Media massa pun sering mengabaikan penggunaan bahasa
yang betul.
Amir : Jika kita sayang akan bahasa, kita mesti menggunakan bahasa yang betul pada setiap
masa dan keadaan, kerana ___________(i)_________________
Amir : Saya bersetuju dengan pendapat kamu. Media massa dapat menyalurkan idea dan
kritikal dengan lebih berkesan kerana ____________(iii)__________________
JAWAPAN PERIBAHASA
Latihan1
(i) Ukur baju di badan sendiri.
(ii) Bagai telur di hujung tanduk.
(iii) Bagai mencurahkan air ke daun keladi.
Latihan 2
(i) Buah mulut.
(ii) Menang jadi arang, kalah jadi abu.
(iii) Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Latihan 3
i. Harapkan pagar, pagar makan padi / biar pecah diperut, jangan pecah dimulut / mulut
tempayan.
ii. Rambut sama hitam, hati lain-lain.
iii. Nasi sudah menjadi bubur / sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
Latihan 4
(i) -belakang parang kalau diasah lagikan tajam
(ii) -biduk lalu kiambang bertaut
(iii) -yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran/ mendengar guruh di langit, air di
tempayan dicurahkan
Latihan 5
(i) -bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
(ii) -banyak orang, banyak ragam
(iii) -lain dahulu, lain sekarang
(iv) -barang yang lepas jangan dikenang, sudah menjadi hak orang lain
(v) -tak sungguh, orang tak kata
(v) -ada budi boleh dibalas
Latihan 6
(i) Biar lambat asalkan selamat / pandu cermat jiwa selamat.
(ii) Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.
(iii) Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
Latihan 7
(i) Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
(ii) Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih / jika tidak dipecah ruyung di manakan dapat
sagunya
(iii) Rajin dan usaha tangga kejayaan / di mana ada kemahuan di situ ada kejayaan
Latihan 8
(i) Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
(i) Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain
(iii) Sudah terhantuk baru tengadah
Peribahasa - Latihan 9
(i) Bumi mana yang tidak ditimpa hujan
(ii) Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
(iii) Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga
Latihan 10
i. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
ii. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.
iii. Bak cendawan tumbuh selepas hujan.
Latihan 11
(i) bagai gunting dalam lipatan/ bagai api dalam sekam.
(ii) bagai aur dengan tebing
(iii) ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semuanya.
Latihan 12
i. di mana bumi dipijak, disitu langit dijunjung/masuk kandang kambing mengembek, masuk
kandang kerbau menguak.
ii. Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.
iii. jauh berjalan luas pandangan/pemandangan.
Latihan 13
i. Bahasa Menunjukkan Bangsa/Bahasa Jiwa Bangsa/Bahasa Melambangkan Bangsa
ii. hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
iii. mata pena lebih tajam daripada mata pedang