Anda di halaman 1dari 2

Sistem Bahasa : Kata Adjektif

NAMA: ______________________

PRAKTIS 1
Lengkapkan petikan di bawah ini dengan kata adjektif yang sesuai.

Kepentingan pemakanan seimbang amat 1.______________________ dan ketara dalam


kehidupan seharian setiap manusia. Kita mestilah 2._____________________ bahawa tabiat
pemakanan akan meninggalkan implikasi terhadap kesihatan kita secara holistik. Dengan itu,
menjaga amalan pemakanan patut dijadikan tabiat kehidupan supaya badan kita memperoleh
zat-zat yang diperlukan untuk membina tubuh badan yang 3.___________________. Selain itu,
pemakanan yang 4.____________________ akan menjadikan perkembangan mental kita
5.________________________ dan seterusnya kita mampu menyelesaikan sesuatu masalah
dengan lebih 6.__________________________. Sememangnya, tidak
7.______________________ untuk mengamalkan diet yang 8._______________________ dan
seimbang. Kita perlulah membina jadual pemakanan yang terancang berdasarkan Piramid
Makanan dan mematuhi arahan doktor.

PRAKTIS 2
Tandakan ( √) bagi kata adjektif yang betul berdasarkan ayat-ayat di bawah.

1. Ayah berasa risau kerana pokok kelapa itu sudah makin _______________ ke arah rumah kami.
condong ( ) bengkok ( ) serong ( )

2. Encik Zahirim cuba bersikap ___________________ terhadap semua anaknya.


adil ( ) bengis ( ) baik ( )

3. Puan Hayati menasihati anak-anaknya agar tidak __________________ ketika berbelanja.


cermat ( ) boros ( ) bakhil ( )

4. __________________ hati ibu melihat kamu semua telah Berjaya dalam kerjaya masing-masing.
Panas ( ) Sejuk ( ) Beku ( )

5. Semua penumpang berasa _______________ apabila bas itu hampir bertembung dengan sebuah treler.
runsing ( ) buntu ( ) cemas ( )

PRAKTIS 3
Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan kata adjektif yang paling sesuai.

merah tebal suntuk bingung sembuh

BM Celise2019
1
1. Lahuma sudah _______________________ daripada sakitnya seminggu yang lalu.
2. Mereka bertungkus-lumus menyiapkan semua kerja itu kerana masa sudah ________________.
3. Rajan ____________________ memikirkan masalah kewangan yang dihadapinya.
4. “Terbacakah kamu buku yang ___________________ ini dalam masa sehari?” tanya cikgu Siti.
5. Saya lebih suka menggunakan cili hijau daripada cili _________________ untuk membuat sambal.

PRAKTIS 4
Dalam ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan kesalahan bahasa tersebut dan tulis jawapan
yang betul pada ruang jawapan yang disediakan.

1. Zakuan marahkan adiknya, Hazim yang nakal dan tidak mahu mendengar nasihatnya.
_________________________________________________________________________________________
_
2. Farahanum ialah pemain bola jaring yang terhandal sekali dalam pasukannya.
_________________________________________________________________________________________
_
3. Ayah membawa adik ke pasar raya untuk membeli beberapa pasang baju baru.
_________________________________________________________________________________________
_
4. Pemandangan di ibu kota pada waktu malam amat indah nian dengan kerlipan lampu yang berwarna-warni.
_________________________________________________________________________________________
_
5. Rahman benci dengan kelakuan abangnya yang suka merokok bersama-sama rakannya.
_________________________________________________________________________________________
_

NOTA PINTAS
Kata Adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat sesuatu kata nama atau frasa nama yang terbahagi kepada
beberpa jenis seperti yang berikut:

 Ukuran – besar, lebar, pendek, nipis  Jarak – jauh, dekat, hampir, nyaris
 Sifat/keadaan – sakit, sihat, baik, jahat,  Perasaan – sedih, gembira, pilu, kasihan
pandai  Warna – merah, biru, hijau
 Bentuk – bulat, bujur, segi tiga, leper  Pancaindera – lazat, pahit, masin, masam,
 Waktu – cepat, segera, baru, lewat wangi
 Cara – sopan, berhati-hati, cermat, kasar

BM Celise2019
2

Anda mungkin juga menyukai