Anda di halaman 1dari 2

Keindahan Keremukan dan Kerendahan Hati

Kebangkitan sejati bermula dengan mengiktiraf keperluan kita yang hebat!!

“Ujilah dirimu sendiri,  apakah kamu tetap tegak di dalam iman  . Selidikilah dirimu! .” 2 Korintus 13:5
“Demikianlah kami sekalian seperti seorang najis dan segala kesalehan kami seperti kain kotor.” Yesaya 64:6
“Tak berkesudahan kasih setia TUHAN, tak habis-habisnya t rahmat-Nya.” Ratapan 3:22
“dan umat-Ku, yang atasnya nama-Ku disebut, merendahkan diri, berdoa dan mencari wajah-Ku, lalu berbalik dari jalan-jalannya yang jahat, maka Aku akan
mendengar dari sorga dan mengampuni dosa mereka, serta memulihkan negeri mereka..” 2 Tawarikh 7:14
“Sebab beginilah firman Yang Mahatinggi dan Yang Mahamulia, yang bersemayam untuk selamanya dan Yang Mahakudus nama-Nya: "Aku bersemayam di
tempat tinggi dan di tempat kudus tetapi juga bersama-sama orang yang remuk dan rendah hati , untuk menghidupkan semangat orang-orang yang rendah hati
dan untuk menghidupkan hati orang-orang yang remuk.” Yesaya 57:15

Orang Yang Sombong


Ingin berjaya supaya orang lain dapat melihatnya
Merasa selamat dengan kebaikan yang telah mereka lakukan
Rasa yakin dan berbangga dengan pengetahuan yang banyak
Bersyukur kerana mereka tidak seperti orang lain di sekeliling mereka
Cepat menyalahkan orang lain apabila ada masalah
Sukar mengatakan, “saya bersalah dan adakah kamu akan maafkan saya?”
Cenderung fokus kepada kegagalan dan kelemahan orang lain
Gembira apabila sedar bahawa mereka mempunyai kekuatan melebihi yang lain
Mempunyai semangat ingin bebas dan berdikari
Bersifat mengawal: "Semuanya mesti ikut cara saya!"
Harus membuktikan bahawa mereka betul dan jaga air muka walaupun salah
Bercakap hanya tentang diri, kehidupan dan pencapaian mereka
Fokus kepada diri sendiri, melayani diri sendiri, dan hanya lihat perkara sendiri
Tidak terasa dan tidak peduli terhadap kesakitan dan penderitaan orang lain
Bersifat melindungi ruang, masa, dan reputasi untuk diri sendiri
Tidak melihat atau mempedulikan "orang-orang kecil" dalam hidup mereka
Ingin dilayani dan merasa berhak mendapat rawatan dan penghormatan khusus
Keinginan untuk diiktiraf dan dipuji dan dihormati
Selalu berfikir tentang semua perkara yang boleh mereka lakukan untuk Tuhan
Rasa seperti semuanya ok, tetapi buta dengan keadaan hati
Cenderung bersendirian dan mengalami kesukaran berkongsi keperluan rohani
Fokus pada prestasi dan pencapaian rohani sehingga mengabaikan soal hati
Selalu tidak berperasaan, sukar didekati, dan mengelakkan hubungan perasaan
Sering bertahan ketika dikritik, dan mudah tersinggung
Apabila mengaku dosa kepada Tuhan dan orang lain, berurusan secara umum
Mementingkan penghormatan dan bukan menghormati
Ambil berat dengan profil luar dan apa yang difikirkan oleh orang lain
Membandingkan diri dengan orang lain dan merasa layak selamat dan dihormati
Merasa tidak memerlukan pembaharuan rohani, tetapi orang lain perlu

“Rendahkanlah dirimu di hadapan Tuhan, dan Ia akan meninggikan kamu.” Yakobus 4:10
Orang Yang Rendah Hati
Keinginan untuk menjadi setia agar kemuliaan Tuhan dapat dilihat
Tahu bahawa hanya melalui darah Kristus mereka mendapat Keselamatan
Menyadari bahawa "keangkuhan" itu juga adalah dosa
Segera menerima tanggungjawab peribadi untuk sesuatu masalah
Cepat berkata, "Saya minta maaf, mari selesaikan ini."
Merasakan kelemahan mereka sendiri dan keperluan rohani yang besar
Lebih menghargai orang lain dan cuba menonjolkan orang lain
Bergantung dan memerlukan pertolongan Kristus secara berterusan
Bersedia untuk menyerahkan diri: Mereka hanya mahu jalan Allah
Bersedia untuk “membetulkan yang betul”, walaupun betul!
Lebih berminat untuk bertanya dan belajar tentang orang lain
Fokus kepada orang lain, sanggup menjadi pelayan, lihat sesuatu secara berbeza
Turut merasa sedih bagi mereka yang memerlukan, Kristus memberi kelegaan
Biarkan Tuhan yang melindungi ruang, waktu dan nama baik
Berusaha untuk berkhidmat kepada "orang-orang kecil," dan "yang paling kecil"
Sentiasa mencari cara mereka dapat memberkati dan melayani orang lain,
Tidak kisah kewujudan tidak disedari asal Tuhan dimuliakan dan dihormati
Menyedari bahawa tanpa Tuhan mereka tidak boleh berbuat apa-apa
Sentiasa bersikap "Tuhan kasihanilah saya manusia yang berdosa!"
Bersedia kelihatan lemah dan memerlukan pertolongan dan pengampunan
Selalu berusaha untuk berhubungan dari hati ke hati dan berkongsi kasih Kristus
Mudah didekati, hangat, rendah hati, ramah, bersahabat
Menerima kritikan dengan rendah hati dan terbuka dan mencuba untuk berubah
Apabila mengaku dosa kepada Tuhan dan orang lain, berurusan secara personal
Lebih prihatin akan kebenaran Tuhan daripada pandangan orang lain
Lebih prihatin dengan kesucian hati dan apa yang difikirkan oleh Allah
Membandingkan diri dengan kemuliaan Tuhan dan menyedari ketidaklayakan diri
Yang pertama mengakui mereka memerlukan pembaharuan rohani setiap hari!

Anda mungkin juga menyukai