Anda di halaman 1dari 1

Terangkan peringkat-peringkat perkembangan kognitif kanak- kanak dengan hubungkait dengan

teori Perkembangan Bahasa (Teori Chomsky) dari lahir hingga remaja.

Menurut Naom Chomsky (1957), seperti yang dinyatakan oleh Haliza Hamzah (2009) menyatakan
bahawa setiap individu telah diprogramkan secara genetik untuk belajar bahasa

Perkembangan bahasa boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat. Antaranya ialah


peringkat bayi. Pada peringkat ini, bayi sentiasa mengeluarkan bunyi-bunyian untuk menarik
perhatian orang-orang yang disekitarnya. Selalunya mereka akan mula menyebut perkataan dalam
lingkungan usia 10-15 bulan. Perkataan-perkataan mudah seperti “mama”, “papa”, “susu” dan
sebagainya adalah antara perkataan biasa yang boleh dilihat dalam usia bayi. Setelah menjangkau
usia 18-24 bulan, bayi sudah mula menggunakan dua patah perkataan yang disertai dengan isyarat
badan dan juga intonasi suara.

Peringkat yang seterusnya pula ialah peringkat kanak-kanak. Pada waktu ini, terutamanya
ketika peringkat prasekolah (4 hingga 6 tahun), kanak-kanak sudah mula mematuhi peraturan-
peraturan tatabahasa dan menguasai lebih banyak perbendaharaan kata. Kebanyakan kanak-kanak
yang berusia 4 tahun sudah boleh menulis nama sendiri manakala kanak-kanak yang berusia 5 tahun
pula boleh menulis semula perkataan yang yang diberikan. Namun, mereka masih belum dapat
menulis dengan baik kerana kemahiran motor halus mereka belum berkembang dengan baik dan
memerlukan latihan yang berterusan. Kanak-kanak yang sudah melangkah ke alam sekolah rendah
sudah boleh menggunakan bahasa untuk menterjemahkan kehendak dan keperluan mereka. Selain
itu, mereka juga boleh mengolah idea dan menterjemahkannya dalam bentuk tulisan. Di akhir
peringkat kanak-kanak, mereka juga boleh merangka, menyemak tulisan dan juga membuat
karangan.

Setelah mereka masuk ke alam sekolah rendah, guru boleh membantu mereka dengan
menggalakkan mereka dengan menggunakan bahasa. Sekiranya mereka tidak mengetahui sesuatu
perkataan, guru perlu membantu mereka untuk memahami perkataan tersebut. Hal ini bagi
membantu mereka supaya menggunakan banyak perkataan bagi membantu memperkembang
kemahiran berbahasa mereka. Sebagai contoh, guru boleh menggunakan strategi bercerita semasa
proses pengajaran dan pembelajaran. Semasa bercerita, guru boleh menyoal kembali cerita yang
telah disampaikan tadi. Mereka akan cuba memberitahu kembali perkataan yang mereka dengar
dari cerita tersebut. Dalam hal ini, guru perlu bijak mengesan kesalahan mereka dalam berbahasa
dan seterusnya membetulkan pemahaman mereka mengenai perkataan-perkataan yang mereka
gunakan.

Anda mungkin juga menyukai