Anda di halaman 1dari 2

Watak Upin Ipin diangkat sebagai duta harmoni

KUALA LUMPUR: Watak animasi Upin dan Ipin diangkat sebagai duta mahabbah yang jelas
memaparkan perasaan kasih sayang dan keharmonian rakyat Malaysia, kata Menteri Pendidikan
Dr Maszlee Malik.

Dr Maszlee berkata elemen saling menghormati, sayang-menyayangi dalam kalangan pelbagai


kaum di negara itu wujud dalam karakter Upin dan Ipin, sekaligus memainkan peranan
mempromosikan budaya majmuk rakyat Malaysia.

"Watak Upin dan Ipin ini menggambarkan masyarakat majmuk yang saling menghormati dan ini
yang kita mahu bawa dalam kehidupan rakyat.

"Animasi ini juga berperanan dalam mempromosikan keharmonian, kemajmukan dan mahabbah
(cinta dan kasih sayang) yang wujud dalam masyarakat di negara ini," katanya kepada para
wartawan selepas merasmikan gala filem animasi 3D bertajuk Upin Ipin: Keris Siamang Tunggal
(UIKST) di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur.

Beliau berkata, animasi Upin dan Ipin terbitan Les’ Copaque Production Sdn Bhd akan dibawa
ke pasaran antarabangsa seperti United Kingdom dan Jepun bagi memperkenalkan karya anak
tempatan sekaligus memartabatkan bahasa Melayu.

Dr Maszlee berkata satu perbincangan dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya akan
dilaksanakan dalam masa terdekat bagi merealisasikan perkara tersebut.

"Kita sering melihat animasi dari Jepun dan Hollywood masuk ke negara ini dengan lagu mereka
menjadi ikutan anak-anak, jadi kita mahu tunjukkan Upin dan Ipin ke dunia luar bagi
memperkenalkan bahasa Melayu ke persada antarabangsa," katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Les’ Copaque Production Sdn Bhd, Burhanuddin Md Radzi,
berkata filem animasi 3D UIKST yang bakal disiarkan di pawagam bermula 21 Mac itu menelan
belanja hampir RM20 juta (S$6.65 juta).
Menurutnya, filem tersebut bersedia memasuki pasaran luar seperti Taiwan selain Indonesia
dengan mutu alih bahasa yang dilakukan di luar negara supaya animasi tempatan dikenali di
peringkat antarabangsa serta setanding karya-karya besar di luar negara.

UIKST berkisar tentang pengembaraan Upin dan Ipin ke sebuah kerajaan Inderaloka selepas
menemui sebilah keris Melayu dalam bilik stor milik Tok Dalang bernama Keris Siamang
Tunggal.

Pengembaraan itu membawa kembar comel dan nakal itu bertemu pelbagai watak dongeng
popular tempatan antaranya Mat Jenin, Si Tanggang, Bawang Putih Bawang Merah dan Pak
Belalang.

Filem itu juga bakal ditayangkan di Indonesia, Brunei dan Singapura. 

Sila baca https://berita.mediacorp.sg/mobilem/hiburan/watak-upin-ipin-diangkat-sebagai-duta-


harmoni/4248406.html

Anda mungkin juga menyukai