Anda di halaman 1dari 6

PERANAN KERAJAAN DALAM PEMBANGGUNAN ANIMASI DI MALAYSIA

Assalamualaikum.
Penulis bukanlah seorang yang mempunyai kepakaran dalam bidang animasi mahupun
mempunyai ilmu yang cukup meluas untuk memperkatakan mengenai perkembangan
industri animasi di Malaysia ini. Namun sebagai rakyat biasa, penulis berasa tidak ada
salahnya untuk penulis menyampaikan pandangan penulis mengenai perkembangan
industri animasi di Malaysia. (Itulah peranan blog, platform kepada sesiapa sahaja
untuk berbicara).
Sebentar tadi penulis baru melawat laman web Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri
Najib Razak. Dalam laman web 1 Malaysianya, penulis tertarik dengan pendapatnya
mengenai keperluan memajukan industri animasi di Malaysia. Keprihatinan Perdana
Menteri (Kemungkinan) mengenai industri animasi di Malaysia membuktikan bahawa,
kerajaan tidak pernah terlepas pandang dengan golongan karyawan seni kreatif ini.
Bukan mudah untuk melihat seorang Perdana Menteri melihat industri kreatif sebagai
satu unsur penting dalam pembinaan negara bangsa. Mungkin Najib Razak mengambil
pendekatan Mantan Perdana Menteri Malaysia ke 4, Tun Dr Mahathir yang (agaknya)
mengambil perhatian mengenai karyawan seni dalam bidang perfileman, yang dapat
dibuktikan dengan impiannya mahu menjadikan E-Village sebagai Hollywood Malaysia
(Tetapi sayangnya E-Village terkubur sebelum mula beroperasi).
Berdasarkan pengetahuan penulis, perkembangan animasi di Malaysia bermula dengan
lahirnya 'Unit Filem Malaya' pada tahun 1946, atau kini lebih dikenali dengan nama
'Filem Malaysia'. Animasi 'Hikayat Sang Kancil' merupakan animasi pertama yang
dihasilkan oleh Malaysia pada tahun 1978, dan ianya mula ditayangkan di kaca
televisyen sekitar tahun 1983 (Penulis masih ingat beberapa babak dalam cerita
berkenaan & ianya selalunya ditayangkan di TV Pendidikan). Filem pendek yang lain

pula ditayangkan setahun selepas animasi Sang Kancil dipancarkan ke kaca TV. Dan
antara animasi tersebut mengadaptasi cerita kanak-kanak tradisional seperti Sang
Kancil & Monyet, Sang Kancil & Buaya, Gagak Yang Bijak, Arnab Yang Sombong dan
Singa Yang Haloba.
Dan setelah tahun tersebut, Malaysia sunyi dengan sebarang penghasilan animasi,
sehinggalah tahun 1998, filem animasi Pertama Malaysia, Silat Lagenda menjengah ke
pawagam, sekaligus membuka minda masyarakat mengenai kepakaran anak tempatan
dalam menghasilkan animasi.
Oh tidak terlupa juga, animasi Usop Sontorian yang lahir pada tahun 1990an dengan
teknologi digital pertama, sekaligus menjadi animasi bersiri pertama Malaysia yang
ditayangkan di kaca televisyen. Ini diikuti dengan siri animasi seperti 'Yokies', 'Sang
Wira'(Sempena Sukan Komenwel 1998), 'Kampung Boy (Karya Datuk Lat)' 'Anak-anak
Sidek', 'Keluang Man' dan lain-lain lagi.
Filem Upin dan Ipin pula dilihat menjadi satu bahan ikutan kepada anak-anak kecil dan
juga kaum dewasa pada hari ini. Secara tidak lansungnya membuktikan animasi
mempunyai 'kuasa' dan daya penariknya yang tersendiri.
Sekiranya kita merujuk ke negara barat terutama Amerika Syarikat, kita dapat lihat
animasi ini merupakan platform bagi mereka untuk menyampaikan mesej ideologi
kekuatan Amerika Syarikat kepada kanak-kanak di seluruh dunia. Dan bayangkanlah
sekiranya sejak dari kecil lagi kita disajikan dengan animasi yang menampilkan
kehebatan Amerika, secara tidak lansung kita sendiri secara tidak disedari akan
membuat tanggapan 'hebat' mengenai negara berkenaan.
Selain itu animasi juga dapat dijadikan satu produk identiti Malaysia. Sepertimana yang
kita ketahui, sejak akhir-akhir ini, Malaysia telah dituduh 'mencuri' kebudayaan negara
lain hanya disebabkan kesilapan yang dilakukan oleh pihak ketiga. Dan kita sendiri lihat
bagaimana Malaysia dihina dengan begitu teruk oleh bangsa yang lupa dengan konsep
serumpun. Maka melalui animasi, kita dapat melahirkan satu lagi ikon baru bagi
Malaysia.
Dan ini telah dilakukan oleh Jepun sejak dari dahulu lagi. Bangsa Jepun telah mencipta
ikon mereka melalui animasi. Doreamon, Shin Chan, Detective Conan adalah namanama kartun yang secara tidak lansungnya mempromosikan budaya Jepun kepada
masyarakat luar.
Dan hari ini kerajaan telah menyedari keberkesanan animasi dalam membentuk
pemikiran rakyatnya. Usaha Najib memperkasakan kembali dunia animasi Malaysia
melalui galakkan kemasukkan pelabur luar ke dalam MDeC merupakan satu langkah
awal dalam menghidupkan kembali animasi di Malaysia.
Sumber : PENA MINANG
Posted by ALIF ANAS HJ MD NOOR at 4:36 AM

KALAU LUAS, MENGAPA HANYA KARTUN?


Hasil daripada temuramah bersama beberapa peserta yang menyertai Seminar Animasi
anjuran Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) sempena Hari Seniman baru-baru ini,
didapati ramai tidak menyedari kewujudan cabang lain dalam animasi.
"Sebelum ini, saya ingat dunia animasi hanyalah kepada skop kartun sahaja. Tambahan
pula, media dilihat lebih memberi fokus kepada kartun sehingga timbulnya persepsi
sedemikian.
"Melalui forum, baru saya tahu bahawa animasi ini cabangnya sangat luas dan
pengetahuan ini amat bermakna kerana akan membantu saya memilih kursus nanti,"
kata Amran Saifuddin yang bercadang melanjutkan pelajaran dalam bidang animasi
kepada Bernama baru-baru ini.
Bagi Rozaina Hamid pula, beliau sedikit mempertikaikan kewujudan cabang lain dalam
dunia animasi.
"Sekiranya luas, mengapa hanya "kartun" sahaja yang lebih dipopularkan? Mengapa
lain tidak popular? Adakah ia (cabang lain) tidak berpotensi tinggi?," kata Rozaina.
Menyentuh perkara itu, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik, Akademi Seni Budaya
dan Warisan Kebangsaan Aswara, Dr Ahmad Rafi Mohamed Eshaq berkata, situasi ini
wujud bukan disebabkan cabang lain animasi tidak berpotensi tinggi tetapi bisnes
animasi di sini lebih tertumpu kepada siri animasi televisyen dan filem cereka animasi.
"Majoriti penonton gemarkan kartun, jadi animasi berkenaan menjadi pilihan pasaran.
Lagipun, siri animasi televisyen atau filem cereka animasi bukan sahaja diminati kanakkanak malahan remaja," katanya.
ANIMASI BUKAN SEKADAR HIBURAN SAHAJA
Merujuk kepada definisi animasi itu sendiri: "Animasi adalah satu siri gambar still
(lukisan atau potongan foto), yang mana selepas dirakam satu persatu dan
diperlihatkan melalui monitor, akan mendatangkan ilusi pergerakan,".

(Definisi diubahsuai untuk era digital, dipetik daripada kertas kerja penulis skrip dan
pengarah filem bebas, Hassan Abd Muthalib ketika membentangkannya di Dewan
Bahasa dan Pustaka sempena Minggu Sastera Kebangsaan pada Nov, 2000).
Sekadar membaca definisi animasi, jelas menunjukkan ia langsung tidak menyentuh
bidang itu tertakluk kepada dunia kartun sahaja.
Malah, stigma ramai yang menganggap bahawa animasi adalah berkait rapat dengan
'hiburan' perlu dikikis kerana ia juga melibatkan profesion serius seperti seni bina,
kejuruteraan, perubatan dan penerbangan.
Dikenali sebagai "scientific visualization" kerana ia membabitkan pengiraan tepat,
Ahmad Rafi berkata animasi telah digunakan untuk mendapatkan ramalan dan
jangkaan terhadap sesuatu projek atau perancangan.
"Simulasi adalah satu daripada kaedah di bawah animasi. Ia digunakan untuk
mengandaikan apa yang telah dan akan berlaku sekiranya mengambil sesuatu
keputusan.
"Sebagai contoh, persediaan menghadapi bencana seperti kes tsunami. Tidak ada jalan
lain kecuali menggunakan simulasi berkomputer dengan input fizik untuk menilai
sekiranya ombak setinggi ini, bangunan atau ruang mana akan roboh dahulu.
"Ia turut digunakan dalam bidang seni bina, warisan, reka bentuk bandaran, automotif,
perubatan dan sebagainya," katanya sambil menjelaskan bahawa bidang pengiklanan
juga adalah satu profesion yang tidak ketinggalan menggunakan animasi.
Selain itu, "animasi" juga telah menjadi satu komponen penting dalam kalangan syarikat
bermotifkan pendidikan di negara ini yang juga dikenali sebagai "edutainment".
Memandangkan sektor pendidikan adalah satu bidang sangat besar, animasi telah
digarapkan sebagai medium interaktif untuk mencetuskan minat pembelajaran anakanak. Bukan sekadar itu, tetapi filem, kandungan telefon mudah alih dan permainan
"games" adalah antara cabang animasi yang semakin meningkat pantas.
"Data keseluruhan khasnya di negara maju menunjukkan 'games' adalah penyumbang
utama ekonomi berpendapatan tinggi. Tetapi di Malaysia pembangunan kandungan
berbentuk 'games' masih di tahap rendah walaupun berpotensi maju kehadapan," kata
Ahmad Rafi.
KERAJAAN KOMITED BANGUNKAN INDUSTRI KREATIF

Animasi, yang adalah antara satu cabang dalam industri kreatif dikenalpasti berpotensi
besar menggerakkan pertumbuhan ekonomi negara.
Atas faktor itu, industri kreatif yang berpaksikan kepada tiga skop utama iaitu,
Multimedia, Seni Budaya dan Warisan Budaya telah diberi penekanan serius oleh
kerajaan menerusi penggubalan Dasar Industri Kreatif Negara (DIKN).
Dengan memperuntukan sejumlah RM200 juta, DIKN diharap memberi peluang kepada
kelompok masyarakat berbakat terutama generasi muda untuk berkarya sama ada
dalam aspek multimedia, seni budaya atau warisan budaya dalam menghasilkan
sesuatu kreatif.
Selain itu, terdapat juga beberapa agensi kerajaan yang turut berperanan
memartabatkan industri kreatif negara ini, termasuklah Perbadanan Kemajuan Filem
Nasional Malaysia (Finas), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
dan Multimedia Development Corporation (MDeC).
Mengenai bantuan MDeC kepada penggiat animasi, Naib Presiden Jabatan Kreatif
Multimedia, MDeC, Kamil Othman berkata sebanyak RM75juta diperuntukkan untuk
usahasama "co-production" di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).
MDeC yang diwujudkan serta dipertanggungjawabkan oleh kerajaan sebagai
pemangkin bagi melahirkan lebih ramai tenaga dalam industri multimedia kreatif juga
telah membantu penggiat amatur dan profesional menyediakan tempat bagi mereka
berkarya.
"Menerusi MaC3 (Pusat Animasi dan Kandungan Kreatif), penggiat amatur yang tidak
mempunyai pejabat, boleh menyewa di sini dengan kadar harga berpatutan. Malah
segala kelengkapan termasuk 'rendering farm' turut disediakan.
"Antara syarikat yang menggunakan kemudahan ini ialah Animonsta Studios yang
menerbitkan BoBoi Boy," katanya.
Bagi mempromosikan karya animasi tempatan di luar negara, MDeC turut membawa
penggiat ke MIPCOM, platform khusus untuk pasaran program TV dan hiburan yang
diadakan setahun sekali di Cannes, pada bulan Oktober setiap tahun.
Tidak sekadar itu, MDeC turut menganjurkan 'Intellectual Property Creators Challenge'
(IPCC) sejak tahun 2006 bagi mencungkil bakat baru dalam dunia animasi tempatan.
Setakat ini, sebanyak 126 penggiat animasi telah dibantu MDeC melalui proram ini.

Untuk RMK-10, tumpuan akan diperluaskan kepada penggunaan teknologi animasi


kandungan pendidikan, latihan dan kebudayaan, yakni tidak hanya tertumpu kepada
bidang hiburan semata-mata.
SALADIN THE ANIMATED SERIES, KARYA KEBANGGAAN NEGARA
Adalah produk kreatif pertama terbitan MDeC, siri animasi televisyen, "Saladin the
Animated Series", yang bekerjasama dengan Saluran Kanak-Kanak Al Jazeera (JCC)
berpangkalan di Qatar, membuka mata negara luar terhadap potensi animasi negara.
Bukan sahaja ditayangkan di negara ini menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM)
serta pangkalan luar di negara-negara Arab, malah siri animasi itu berjaya diedarkan
lesen penyiarannya di seluruh dunia. Menurut Pengurus Projek Saladin, Shahrain
Jamaluddin: "Antara pembeli lesen penyiarannya adalah Cartoon Network Asia, RCTI
Indonesia, ATV Turki dan pengedar antaranbangsa seperti Licenseworks untuk benua
India, MondoTV untuk Eropah-Russia-Selatan Afrika,".
Saladin The Animated Series juga berjaya memenangi beberapa anugerah seperti
Anugerah Karyawan Animasi 2011 anjuran Animas dan Accolade Competition Awards di
Los Angeles, Amerika Syarikat. - BERNAMA

Anda mungkin juga menyukai