Anda di halaman 1dari 8

Penghargaan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh. “Dengan nama Allah, Yang Maha


Pengasih dan Penyayang”

Segala puji pujian dipersembah ke hadrat Allah SWT. Dari-Nya kita memohon
pertolongan dan keampunan, seta perlindungan-Nya dari gangguan syaitan. Sesiapa
yang dikurniakan hidayah oleh Allah SWT, maka mereka tidak sesat selamanya.
Sesungguhnya Allah sahajalah yang selayaknya disembah dan Nabi Muhammad
SAW itu adalah pesuruh-Nya.

Setinggi tinggi kesyukuran ke hadrat Allah swt. Ucapan selawat dan salam untuk
junjungan kita Nabi Muhammad, segenap keluarga dan sahabatnya, serta siapa saja
yang menyerukan dakwahnya hingga hari kiamat.

Alhamdulillah, kami bersyukur ke hadrat Ilahi kerana atas limpah kurnia dari
Nya, kumpulan kami akhirnya telah dapat menyelesaikan tugasan yang telah
diberikan daripada kod kursus CTU 281 dengan jayanya. Sekalung ucapan terima
kasih kepada semua ahli kumpulan yang telah banyak membantu setiap ahli dalam
kumpulam dalam mengumpul bahan bahan dan maklumat untuk di jadikan isi
penulisan kerja kumpulan. Seterusnya, tidak lupa juga kepada pensyarah kami, iaitu
Ustazah Atiratun Nabilah yang banyak memberi dorongan dan tunjuk ajar agar
tugasan ini dapat di jalankan dengan sempurna.

Seperti tajuk tugasan yang telah diberikan iaitu "Islam dan Seni Kreatif:
Karikatur dan Anime/Animasi menurut Islam", skop perbincangan kami berkisahkan
tentang seni kreatif daripada karikatur dan juga animasi menurut Islam.

Semoga ilmu dan pengetahuan yang telah di kongsikan bersama ini, dapat
memberi manfaat dan di jadikan contoh teladan kepada sekalian pembaca. Sekian.
Sejarah animasi

Manusia pada zaman dahulu kala pernah mencuba untuk menggambarkan sebuah
gerakan yang seakan hidup. Sebagai contoh yang diberi iaitu gambar haiwan yang
kakinya digambarkan dengan postur yang menunjukkan haiwan itu benar-benar hidup
dan bergerak pada zaman Paleolitik dahulu kala. Salah satu contoh juga adalah
wayang kulit animasi yang masih dipamerkan ataupun digunakan dimana telah wujud
di Indonesia pada abad yang ke-9.

Fady Saeed iaitu dari Mesir merupakan orang pertama yang mewujudkan ataupun
membuat animasi pada tahun 1756. Pada abad yang ke-17 sehinggalah pada abad
yang ke-19, peralatan-peralatan yang digunakan untuk membuat animasi sederhana
telah digunakan sebelum wujudnya projektor filem. Sejarah filem animasi dimulai
pada tahun 1890, Charles-Emile Reynaud, orang yang menemukan Praxinoscope,
iaitu sebuah sistem ataupun alatan gerakan yang menggunakan putaran dari 12
gambar. Dan beliau merupakan seorang pembuat animasi yang pertama kalinya.
Beliau juga mempamerkan animasi yang menggunakan putaran 500 gambar di Musée
Grévin di kota Paris, Perancis pada 18 Oktober 1892.

Tokoh-tokoh yang dianggap berjasa dan popular mengembangkan filem animasi


adalah Walt Disney. Walt Disney yang telah banyak meghasilkan karya animasi yang
masih kekal ditayangkan sehingga kini seperti Mickey Mouse, Donald Duck,
Pinoccio, dan sebagaimya. Walt Disney juga merupakan tokoh yang pertama
membuat filem animasi bersuara.
Pekembangan Animasi didunia

Amerika mula berkembang sejak abad ke-18 yang mula menggunakan teknik yang
mempunyai tahap kesulitan yang tinggi manakala menggunakan kos yang tinggi pada
waktu itu dan yang juga banyak sdisokong ataupun disengani oleh ramai pihak iaitu
teknik slow motion animation. Teknik ini menggunakan serangkai bingkai ataupun
frame yang dirangkai menjadi satu dan menimbulkan kesan pada gambar itu seolah
gambar tersebut bergerak. J Stuart Blackton merupakan orang Amerika yang pertama
menggunakan teknik slow motion animation ini. Antara hasil karya beliau adalah
seperti The Enchanted Drawing (1900) dan Humorous Phases of Funny Faces (1906).

Seterunya Jepun yang turut mengikuti perkembangan animasi ini dalam penambahan
suara dan juga warna yang sedang berkembang semenjak tahun 1913 sampai
sekarang. Shimokawa Bokoten bersama Koichi Junichi, dan Kitayama Seitaro telah
melakukan ujikaji dalam animasi. Semua jenis animasi yang berasal daripada Jepun
itu dikenali sebagai anime yang telah disebut oleh orang bukan asal usul Jepun.
Memasuki 1990-an anime makin dikenali dengan kemunculan menarik melalui siri
televisyen yang provoaktif. Berbeza dengan Amerika, di Jepun filem animasi tidak
hanya ditujukan pada anak-anak saja tapi juga untuk kalangan dewasa. Animasi
telahpun menjadi popular di Jepun pada abad 20 sebagai media alternatif dalam
penceritaan selain daripada aksi langsung(live action).

Perkembangan animasi di Rusia pula dimulai dengan animator pertama mereka iaitu
Ladislas Starevitch (1882-1965). Beliau dianggap sebagai bapa animasi boneka di
negara tersebut. Revolusi Oktober Rusia yang membuatkan beliau inigin berimigrasi
ke luar negeri justeru telah membuat perkembangan animasi di Rusia terhenti seketika
dan diteruskan pada tahun 1920-an. Perubahan ini telah menjadi titik tolak bagi
perkembangan animasi di Rusia walaupun memerlukan waktu yang lama.

Seterusnya Indonesia yang berkembang lambat kerana kesulitan ruang untuk


mempromosikan para animator di Indonesia. Dan juga kekurangan pendidikan formal
animasi yang dapat mendukung peranan mereka sebagai animator. Kesulitan bahasa
juga merupakan masalah mereka yang sangat terbatas.

Hukum Melukis Gambar & Animasi

Terdapat pelbagai pendapat ulama yang mengatakan hukum melukis gambar dan
animasi adalah haram tetapi sebahagian ulama mengatakan yang ia dibolehkan.
Memetik daripada pendapat daripada Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, beliau berkata
bahawa: “Hukum melukis sesuatu yang bernyawa seperti manusia dan haiwan
menjadi khilaf dikalangan para ulama. Jumhur juga mengatakan bahawa ianya haram
dan manakala sebahagian para ulama’ mengatakan ianya dibolehkan. Walau apa pun,
penggunaan lukisan dalam media massa dengan tujuan berdakwah dan pembelajaran
tidak termasuk dalam yang diharamkan bahkan sesuatu yang dituntut oleh syara’
sekiranya menjadi medium yang amat penting dalam menyampaikan dakwah dan
ilmu yang bermanfaat kepada manusia dan ini tidaklah menjadi gambar yang haram
padanya sepertimana gambar-gambar yang mengangkat sesuatu yang tidak bermoral,
kezaliman dan gambar-gambar yang tidak senonoh.”

Selain itu ulama lain seperti Fadhilah al-Syeikh telah memberikan beberapa justifikasi
terhadap pendapatnya itu dengan secara ringkasnya seperti berikut:”Sesungguhnya
lukisan kartun bukanlah lukisan yang sempurna bahkan ianya gambar yang
mempunyai ciri yang tersendiri dan tidak ada padanya ciri-ciri gambar yang hakiki.

Penggunaannya adalah untuk berdakwah dan juga pendidikan (tarbawiyyah) dan


anak-anak kecil menerimanya, mengikutinya dan terkesan dengannya. Sewajarnya ke
atas kita untuk tidak mengabaikan wasilah ini dan kita perlu menggunakannya di
dalam pengajaran kanak-kanak apa yang sepatutnya dipelajari melalui akidah dan
sebagainya.
Manusia yang lainya telah menggunakan kaedah ini pada sekian lamanya dan jika kita
melihat kepada trend yang tersedia ada ianya seolah-olah telah menjadi ‘makanan
ruji’ataupun ‘jajan’ yang telah menarik perhatian bagi kanak-kanak yang sedang
membesar seharian dengan program animasi-animasi yang telah ditayangkan di kaca
televisyen. Sekiranya tiada inisiatif untuk menggantikannya dengan animasi yang
lebih islamik dan sarat dengan maklumat pasti ianya amat merugikan.

Antara yang disebutkankan di dalam kitab Syeikh ‘Atiyyah Saqr ialah:

‫روج على‬OO‫اج إلى خ‬O‫ة تحت‬OO‫انت الثقاف‬OO‫إذا ك‬OO‫ ف‬،‫الح‬OO‫دم على جلب المص‬OO‫د مق‬OO‫و أن درء المفاس‬OO‫وكان منطلق التحريم ه‬
‫اء فى‬O‫ا ج‬O‫ كم‬-‫ا‬OO‫بق ذكره‬O‫تى س‬OO‫ريم ال‬O‫تررات التح‬OO‫ وذلك إلى جانب م‬-‫اآلداب فإن الضرر من ذلك يفوق المصلحة‬
‫ أن عصمة هللا ألنبياءه ورسله من أن يتمثل بهم شيطان مانعة من أن يمثل شخصياتهم إنسان‬:‫عبارة دار اإلفتاء‬.

‫برة من‬OO‫ة الع‬OO‫ ومن جه‬،‫الم‬OO‫الة والس‬OO‫ه الص‬OO‫ول علي‬OO‫حابة الرس‬OO‫اتهم وص‬OO‫روعهم وزوج‬OO‫ولهم وف‬OO‫ك إلى أص‬OO‫ ذل‬O‫ويمتد‬
‫كير‬OO‫امر س‬OO‫ ومن قبل مثل شخص عربيد مق‬،‫ كيف تتأتى اإلستفادة من تمثيل إنسان لشخص نبي‬:‫قصص األنبيا قال‬
‫ ومن بعد يمثل كل أولئك أو كثيرا منهم؟‬،‫رفيق حانات وأخ للدعارة والداعرات‬

Maksudnya:

Pengharaman ini adalah berdasarkan kaedah fiqhiyah (menghindarkan kerosakan


adalah diutamakan daripada mengambil kemaslahatan). Apabila sesuatu kebudayaan
memerlukan kepada keluarnya daripada adab dan norma maka sesungguhnya
kemudaratan itu mengatasi kemaslahatan. Di samping itu, terdapat banyak alasan
pengharaman yang telah disebutkan seperti mana yang disebut di dalam dar al-Ifta’
Mesir: Sesungguhnya Allah telah memelihara para Rasul dan Nabi daripada ditiru
ataupun dilakonkan oleh syaitan. Demikian jugalah Allah memelihara para Rasul dan
Nabi daripada ditiru atau dilakonkan oleh manusia .
Demikian jugalah pengharaman meniru usul (nenek moyang) furu’ (anak cucu), isteri-
isteri dan sahabat-sahabat Rasul. Adapun yang berkaitan dengan pengajaran yang
diambil daripada kisah-kisah nabi, fatwa ini menyebutkan bagaimana mungkin kita
mengambil pengajaran daripada lakonan seorang manusia biasa terhadap peribadi
seorang nabi. Siapakah yang sanggup menerima lakonan seorang bodoh, kaki judi,
pemabuk, pelanggan kedai arak dan persundalan? Merekakah yang melakonkan
lakonan para nabi dan sahabat?

Selain itu,sesetengah ulama berkata ianya adalah haram sekiranya seni yang
dihasilkan itu yang merosakkan akhlak dan juga memudaratkan setiap individu
ataupun seni yang berbentuk tidak bermoral seperti seni yang tidak menutup aurat
ataupun terdedah seperti animasi terkini yang ada pada permainan teknologi zaman
sekarang ini.

Mengikut perkara di atas, ulama Syeikh ‘Atiyyah Saqr berkata bahawa melakonkan
watak mereka, melukis, lakaran ke atas mereka dari segala apa jenis wasilah adalah
diharamkan.

Hal ini telah dikatakan telah dipersetujui ataupun dikuatkan juga melalui keputusan-
keputusan yangtelah diberikan berikut:

 Fatwa Syeikh Hasanain Makhluf Rahimahullah yang bertarikh 5 Mei 1950


melalui al-Fatawa al-Islamiyyah, Jilid 4, halaman 1297 yang mana turut
mengatakan haram.

 Lajnah al-Fatwa Al-Azhar pada Jun 1968.

 Majlis Majma’ Buhuth Islamiyah pada bulan Februari 1972.

 Muktamar ke-8 Majma’ pada bulan Oktober 1977.

 Majlis Majma’ pada bulan April 1978.


 Dar Ifta’ Mesir pada bulan Ogos 1980.

Kebaikan anime/animasi menurut Islam :

Kepada negara

 Dapat meningkatkan lagi taraf ekonomi umat Islamdi negara

- animasi ini adalah sebagai daya tarikan ataupun boleh juga digunakan sebagai

pengiklanan yang dapat memajukan ekonomi negara dari industri pengiklanan.Selain


daripada pengiklanan, animasi ini juga dapat dijadikan sebagai dakwah yang dapat
disebarkan degan meluasnya.

 Dapat meningkatkan taraf kemajuan teknologi dalam bidang animasi.

-negara-negara lain yang turut juga berkembang dari industri animasi dan apabila
negara dapat berkembang ianya dapat meningkatkan lagi peranan animasi menurut
islam Sebagai contoh, animator daripada umat Islam makin bertambahdan hal ini
juaga dapat meningkatkan lagi animasi Islam pada negara terus tersebar pada negara
lain.

Kepada masyarakat

 Sebagai medium dakwah kepada masyarakat


-memberi impak kepada masyarakat melalui animasi yang menyiarkan animasi yang
penuh dengan pengajaran, nilai murni yang dapat diterapakan dalam diri masyarakat
supaya lebih berhemah melalui cara berdakwah.

 Untuk mendorong masyarakat yang lebih harmoni.

-negara kita mempunyai pelabagai kaum iaitu Melayu, Cina, India dan banyak lagi,
animasi boleh dikatakan dapat juga untuk mengeratkan lagi hubungan keharmonian
antara mereka. Sebagai contoh animasi yang dapat menggambarkan kepelbagaian
adalah Upin dan Ipin.

Kepada inividu

 Kepada kanak-kanak

-sifat kanak-kanak yang suka berimaginasi akan terdorong oleh perwatakan kartun itu
yang boleh memberikan mesej dan nilai positif terhadap diri mereka sepanjang proses
pembesaran.Bak kata perpatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.

 Untuk pembelajaran.

-pada zaman moden ini, pembelajaran juga telah ditambahbaikan dengan adanya
animasi. Ianya membantu para pelajar untuk memahami dengan lebih mendalam.
Selain pelajar, guru juga berkata bahawa animasi ini juga membantu mereka dalam
pembelajaran. Sebagai contoh, animasi yang terdapat pengajaran yang bole diambil
oleh para pelajaruntuk tugasan atau sebaliknya.

 Sebagai peneman kebosanan.

-dalam pelbagai ukuran umur mahupun kanak-kanak dan juga orang dewasa,mereka
juga masih tertarik dengan anima

Anda mungkin juga menyukai