Anda di halaman 1dari 10

Kesan Menggunaan Jerman Relau Arka Elektrik Yang Dilarutkan Dengan

Asid Nitrik (HNO3) Sebagai Bahan Gantian Dalam Konkrit

Bahrul Anif a, Ahmad Mahir Makhtar b, Salihuddin Radin Sumadi b


a Fakultas Teknik Sipil dan Perencanaan Universitas Bung Hatta, Padang, Indonesia, Email: bahrulanif@gmail.com
b Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia, Email: mahirmakhtar@gmail.com, radin1811@gmail.com

Abstract
Steel slag is the residu of steel production process for the melting of scrap to make
steel in an electric arc furnace slag and composed of silicate and oxides of unwanted
elements in steel chemical composition. There are two electrics arc furnace slag
(EAFS) usage in the study i.e.; EAFS that is processed with HNO 3 and EAFS that is not
processed with HNO3 which used as cement replacement in the concrete. The
concrete was designed with the grade specification of 30, water-cement ratio (w/c) of
0.5, and were conducted by replacing 10%(10J), 20%(20J), 30%(30J) of the weight of
the control ordinary Portland cement (OPC) with EAFS. The concrete with EAFS that is
processed with HNO3 produces a higher compressive strength than the one without
HNO3, although the percentage of replacement follows the previous experiment. In
conclusion, the study shows that EAFS that is not processed with HNO3 shows no
indication of having pozzolanic reaction between EAFS and Ca(OH) 2 in the concrete.
On the other hand, EAFS that is processed with HNO3, shows the occurrence of
pozzolanic reaction between EAFS and Ca(OH)2 in the concrete.

Abstrak
Jermang keluli merupakan sisa hasil proses pembuatan keluli daripada peleburan besi
buruk untuk menghasilkan keluli dalam relau arka elektrik yang terbentuk dari silikat
dan oksida yang tidak dikehendaki dalam rencaman kimia keluli. Dalam kajian ini ada
dua jermang relau arka elektrik (JRAE) yang digunakan iaitu; JRAE yang belum
diproses dengan HNO3 dan JRAE yang diproses dengan HNO3 yang digunakan
sebagai bahan pengganti sebahagian simen dalam konkrit. Konkrit direkabentuk
dengan spesifikasi gred 30 dengan nisbah air-simen 0.5, dan menggantikan simen
dengan JRAE sebanyak 10%(10J), 20%(20J), 30%(30J) dari pada berat simen
portland biasa. Konkrit dengan JRAE yang diproses dengan HNO 3, kekuatan
mampatannya lebih tinggi berbanding konkrit JRAE yang tidak diproses dengan HNO3
dalam peratus gantian yang sama. Kesimpulannya, hasil kajian menunjukkan JRAE
yang tidak diproses dengan HNO3 tidak menunjukkan adanya tindak balas pozzolanik
diantara JRAE dan Ca(OH)2 dalam konkrit, sebaliknya pada JRAE yang diproses
dengan HNO3 menunjukkan adanya gambaran tindak balas pozzolanik diantara JRAE
dan Ca(OH)2 dalam konkrit terjadi.

Kata kunci : Jermang keluli, konkrit, asid nitrik (HNO 3), kaedah Luxan, aktiviti
pozzolanik, kekuatan mampatan.

1. Pengenalan
Dalam proses pembuatan keluli terdapat bahan sampingan yang dihasilkan
selain keluli iaitu yang dikenal dengan nama jermang keluli. Jermang keluli merupakan
sisa hasil proses keluli daripada besi atau peleburan besi buruk untuk menghasilkan
keluli dalam relau arka elektrik yang terbentuk dari silikat dan oksida yang tidak
dikehendaki dalam rencaman kimia keluli (Shi, 2002; Altun, 2002).
2

Terdapat perbezaan yang sangat besar pada rencaman kimia dan rencaman
mineral dalam jermang keluli. Mineral yang biasanya terdapat dalam jermang keluli
diantaranya olivine, merwinite, C3S, -C2S, C4AF, fasa RO (larutan padat CaO-FeO-
MnO-MgO) dan CaO bebas. Kehadiran dari C3S, -C2S, C4AF dan C2F mengesahkan
jermang keluli memiliki sifat-sifat simen (Shi, 2002). Dalam ujikaji yang dilakukan oleh
(Rajeh et al., 1997) terhadap kekuatan mampatan dengan bahan gantian 0%, 2% dan
3% JRAE terjadi peningkatan kekuatan mampatan.

Jermang keluli relau arka elektrik (JRAE) mempunyai kualiti yang baik untuk
diguna semula sebagai agregat (Frias dan Sanchez de Rojas, 2004) dan (Shi, 2002)
begitu juga yang diguna untuk aggregat kasar (Yusof et al., 2000) dan aggregat halus
(Salmiati, 2003). Namun ianya berhubung kait dengan beberapa aspek seperti isipadu
yang tidak stabil, hal ini disebabkan kehadiran beberapa sebatian yang mengembang
seperti CaO bebas, MgO bebas, sulfur, sulfat, kandungan oksida besi yang tinggi,
klorida, dan lain lain. Jika ditinjau terhadap konsentrasinya, maka ianya dapat
menyebabkan suatu proses pemisahan dan kurangnya prestasi serta ketahanlasakan
dari jermang yang telah diadun. Kandungan CaO bebas dan MgO bebas adalah
komponen yang paling penting apabila JRAE digunakan sebagai bahan gantian simen
dengan memperhatikan kestabilan isi padu (Monshi dan Asgarani, 1999; Frias dan
Sanchez de Rojas, 2004). Selain itu dikatakan bahawa terdapatnya sifat berhablur
yang sangat tinggi seperti : oksida besi ianya w/plustite (W), magnesioferrite (M) dan
hematite (H) : silikat, ianya larnite (L), bredigite/merwinite (B) dan gehlinite (G); dan
oksida, ianya birnessite/groutellite (oksida mangan, Mn). Oleh itu dengan terdapatnya
berhablur yang tinggi ini tidak memperlihatkan adanya aktiviti pozzolanik (Frias dan
Sanchez de Rojas, 2004).

2. Uji kaji

2.1 Proses Pelarutan

Pelarutan adalah proses dimana struktur berhablur daripada pepejal bercerai


menjadi ion-ion, atom-atom atau molekul-molekul dalam fasa cecair (Dingle et al.,
1971). Proses pelarutan dilakukan dengan menuang asid nitrik (HNO 3) dalam bekas
yang didalamnya sudah terdapat JRAE (Bahrul, 2006). JRAE yang terdapat dalam
bekas adalah JRAE yang sudah dihaluskan seperti simen. Dalam penyelidikan ini ada
dua JRAE yang digunakan adalah JRAE yang belum diproses dengan HNO3 (JRAE-A)
dan JRAE yang diproses dengan HNO3 (JRAE-B).

Tujuan proses pelarutan adalah untuk mengurangkan kandungan oksida yang


terdapat dalam sebatian JRAE (Bahrul, 2009). Pada proses pelarutan diharapkan
terjadinya proses hidrolisis yang dapat mengurangi kandungan kimia, terutama pada
sebatian MgO dan Fe2O3 sehingga boleh mempengaruhi kekuatan mampatan konkrit.
Dengan berkurangnya kandungan oksida daripada beberapa sebatian diharapkan
dapat meningkatkan kandungan CaO sehingga terjadi tindak balas aktiviti pozzolanik.
Maka dilakukan proses pelarutan dengan menggunakan HNO 3 (Svehla, 1979), iaitu
dengan menambahkan HNO3 pada JRAE yang sudah dihaluskan.

2.2 Melakukan Pelarutan

Proses pelarutan JRAE adalah dengan menggunakan, bikar dengan isipadu


3000 mL diisi dengan JRAE sebanyak 400 mL, ditambahkan air suling dalam jumlah
yang dapat menutupi permukaan JRAE, kemudian dilarutkan dengan HNO3 sebanyak
3

65 % (260 mL) dengan suhu pemanasan 110o C dalam bikar. Pemanasan dilakukan
selama 12 jam dalam 2 kali pemanasan (hari pertama selama 6 jam, dan hari ke dua
juga selama 6 jam). Selama pemanasan JRAE terus diadun, dan ditambahkan air
suling dalam keadaan JRAE selalu terendam. Setelah itu JRAE dibasuh dengan air
suling sampai JRAE dalam keadaan pH normal (pH = 7). Selepas itu JRAE di oven
sampai kering, jika terdapat bongkahan, dihaluskan lagi dengan menggunakan mesin
pengisar.

2.3 Hasil Analisis Kimia

Dalam proses pelarutan dengan HNO3, sebatian magnesium oksida (MgO) dan
kalsium oksida (CaO) yang terdapat dalam JRAE awalnya bertindak balas dengan air
untuk membentuk hidroksida. Kemudiannya bertindak balas dengan HNO 3 yang
menyebabkan oksida-oksida tersebut terlarut (Cotton et al., 1999). Sebatian-sebatian
utama yang terdapat dalam JRAE seperti SiO 2, Al2O3, Fe2O3 dan MgO mengalami
pengurangan kandungan disebabkan oleh pelarutan HNO3 (Svehla, 1979) seperti yang
ditunjukkan dalam Jadual 2.1, dengan persamaan kimia adalah;

Untuk Magnesium Oksida :


MgO + H2O Mg(OH)2
Mg(OH)2 + 2HNO3 Mg2+(aq) + 2NO3-(aq) + 2H2O

Untuk Kalsium Oksida :


CaO + H2O Ca(OH)2
Ca(OH)2 + 2HNO3 Ca2+(aq) + 2NO3-(aq) + H2O

Analisis kimia dilakukan dengan alat XRF pada simen Portland biasa (SPB) dan
kedua jenis JRAE, iaitu JRAE-A dan JRAE-B. Pada ujikaji ini, kandungan kimia bahan
dilakukan pemeriksaan dengan alat XRF pada makmal Fakulti Sains Teknologi
Universiti Kebangsaan Malaysia (FST-UKM) dan didapati hasil seperti yang tampak
dalam Jadual 2.1.

Merujuk kepada Jadual 2.1 hasil kajian menunjukkan bahawa dengan


melakukan proses pelarutan dengan HNO3, tampak adanya pengurangan sebatian
oksida yang terkandung dalam JRAE. Sebatian oksida yang terdapat dalam JRAE,
boleh mempengaruhi kekuatan mampatan dalam konkrit iaitu sebatian Fe 2O3 dan MgO
(Bahrul, 2009). Pengurangan kandungan sebatian Fe2O3 dan MgO pada JRAE-A
berbanding dengan JRAE-B adalah 19.74% dan 13.73%. Sebaliknya dalam sebatian
CaO terjadi peningkatan kandungan sebesar 116.18% pada JRAE-B berbanding
JRAE-A yang disebabkan kerana CaO tidak larut dalam larutan HNO, mengakibatkan
jumlah CaO bertambah berbanding dengan sebatian yang lain.

Jadual 2.1 : Rencaman kimia dalam SPB dan JRAE yang diuji dengan alat XRF

Komposisi kandungan kimia (%)


No. Sebatian kimia *SPB *JRAE-A *JRAE- B
(%) (%) (%)
1 CaO 62.26 13.97 30.20
2 SiO2 20.56 20.63 17.83
3 Al2O3 4.79 6.71 5.83
4 Fe2O3 2.07 34.65 27.81
5 MgO 2.53 9.47 8.17
6 K2O 1.01 0.03 0.02
4

7 Na2O 0.55 0.29 0.18


8 MnO 0.04 1.80 1.36
9 TiO2 0.19 1.03 0.77
10 P2O5 0.07 0.40 0.33
11 L.O.I 5.93 11.02 7.50
Jumlah 100.00 100.00 100.00

2.3.1 Pengujian Aktiviti Pozzolanik


Daripada kedua sampel JRAE-A dan JRAE-B ini dilakukan ujian aktiviti
pozzolanik dengan menggunakan kaedah Luxan (Luxan et al., 1989). Semua sampel
yang akan diguna dalam ujikaji dipastikan halus. Sampel tersebut kemudian diayak
dengan menggunakan pengayak dan dipastikan seluruh sampel lulus pengayak 150
m dengan pelepasan melebihi 90%. Proses ini bertujuan untuk menghaluskan sampel
jermang keluli dan memastikan hanya jermang keluli yang saiznya sama yang akan
digunakan. Zarah yang halus akan mempunyai luas permukaan yang besar sehingga
dapat bertindak balas secara aktif.

2.3.2 Pemilihan Kaedah

Pemilihan kaedah dalam aktiviti pozzolanik JRAE menggunakan prosedur yang


dicadangkan oleh Luxan et al. (1989). Kaedah bagi kajian aktiviti pozzolanik adalah
berdasarkan kepada ukuran ke-konduksian elektrik larutan pekat kalsium hidroksida
Ca(OH)2, dimana bahan yang ditambahkan berbanding dengan masa. Hasil akan
dapat diperolehi dalam masa minimum dua minit. Kaedah yang dicadangkan oleh
Luxan ini adalah berdasarkan kepada penilaian yang dapat digunakan untuk aktiviti
pozzolanik bahan dengan cepat, dengan radas dan reagen yang mudah untuk
dimasukkan dalam operasi. Terutama sekali ialah jumlah sampel yang sedikit
digunakan hingga membolehkan kaedah ini dapat dipakai dalam pencirian bahan.
Dalam perbincangan berikutnya, ukuran ke-konduksian digunakan sebagai kriteria
yang paling sesuai dalam kaedah ini.

2.3.3 Ujian dengan Kalsium Hidroksida

Dalam kaedah ini, aktiviti pozzolanik diambil bacaannya selepas dua minit
penambahan. Masa dua minit ini ditetapkan untuk bacaan aktiviti pozzolanik bahan
berdasarkan pada hasil eksperimen atas 100 bahan kajian yang telah dilakukan, yang
menunjukkan bahawa masa ini memadai untuk melihat kestabilan bacaan (Luxan et
al., 1989).

Berdasarkan kajian Luxan et al. (1989) terhadap kesan perubahan jumlah


sampel dengan aktiviti pozzolanik yang dihasilkan, kepekatan minimum yang sesuai
adalah 8.00 g sampel dalam 300 mL larutan pekat kalsium hidroksida. Walau
bagaimanapun penggunaan 5.00 g sampel di dalam 200 mL kalsium hidroksida
didapati memberi bacaan yang hampir sama.

. Dalam ujikaji ini menggunakan 5.00 g sampel didalam 200 mL Ca(OH) 2. Jadi
bikar yang mengandungi 200 mL larutan pekat Ca(OH) 2 pada suhu 40 + 1oC
dimasukkan dalam bekas yang berisi minyak parafin pada suhu yang sama, kemudian
5.00 g jermang keluli dimasukkan kedalam larutan dengan diadun terus menerus.
Dalam Rajah 2.3 tampak pH meter digital dan meter ke-konduksian digunakan untuk
merekodkan variasi nilai pH dan aliran elektrik cecair dengan masa. Perubahan pada
5

nilai pH dan aliran elektrik direkodkan dalam sela masa tertentu dalam satu jadual.
Jadual 2.2 menunjukkan pengelompokkan bahan dan sifat pozzolan yang dicadangkan
oleh Luxan.

Jadual 2.2 : Penilaian aktiviti pozzolanik berdasarkan ukuran ke-konduksian


(Luxan et al., 1989)

Variasi dalam kekonduksian berdasarkan


Klasifikasi bahan kepada kaedah yang dicadangkan
(mS/cm)
Bukan pozzolan kurang daripada 0.4
Aktiviti pozzolan berubah diantara 0.4 dan 1.2
Aktiviti pozzolan yang baik lebih daripada 1.2

2.3.4 Hasil Aktiviti Pozzolanik

Dari hasil ujikaji diperolehi nilai variasi bacaan ke-konduksian elektrik pada
larutan pekat Ca(OH)2 pada suhu 40 + 1oC dengan lama bacaan dua minit untuk
JRAE-A dan JRAE-B adalah 0.26 mS/cm dan 1.23 mS/cm (Rajah 2.1 dan 2.2).
Merujuk pada Jadual 2.2 tentang penilaian aktiviti pozzolanik, maka JRAE-A
merupakan bukan pozzolan kerana perbezaan nilai bacaan ke-konduksian elektrik
kurang daripada 0.4 mS/cm. Manakala JRAE-B yang ditunjukkan pada Jadual 2.2
adalah mempunyai aktiviti pozzolanik yang baik kerana nilai variasi ke-konduksian
lebih dari 1.2 mS/cm.

11.7 7.2
11.8 7
0.26 mS/cm pH Kekonduksian Elektrik
7 1.23 mS/cm pH Kekonduksian Elektrik 6.5
11.65 11.7
6.8 6
Kekonduksian Elektrik (mS/cm)

Kekonduksian Elektrik (mS/cm)


11.6
11.6 5.5
6.6
pH

pH

11.5 5
6.4
11.55
4.5
11.4
6.2
4
11.5
6 11.3
3.5

11.45 5.8 11.2 3


0

15

25
10

20

30

40

50

60

120

180

240

300

2
4

6
8

10

25

50
15
20

30
40

60

180

300

360
120

240

Masa Pencampuran (minit) Masa Pencampuran (minit)

Rajah 2.1: Variasi nilai pH dan ke-konduksian Rajah 2.2: Variasi nilai pH dan kekonduksian
elektrik larutan Ca(OH)2 pekat dengan masa elektrik larutan Ca(OH)2 pekat dengan masa
dengan kehadiran JRAE-A dengan kehadiran JRAE-B

2.4 Penyediaan Sampel Konkrit

Jadual 2.3 menunjukkan reka bentuk bancuhan yang telah digunakan, dimana
JRAE dimasukkan ke dalam bancuhan dengan menggantikan sebahagian simen
mengikuti kadar berat. Setiap jermang JRAE-A dan JRAE-B dibuat bancuhan konkrit
yang mengandungi 10%, 20% dan 30% kandungan JRAE, dan bancuhan tanpa
campuran jermang digunakan sebagai konkrit kawalan (konkrit SPB). Konkrit dibuat
dengan gred 30 dan nisbah air simen (a/s) 0.5 untuk semua campuran konkrit. Dalam
kajian ini, konkrit kiub bersaiz 100 mm telah digunakan untuk ujian kekuatan
mampatan. Sampel yang telah dibancuh, diawetkan dalam keadaan lembap sehingga
6

masa untuk diuji pada umur 3, 7, 28 dan 90 hari. Untuk ujian kekuatan mampatan ini
alat yang digunakan ialah TONIPACT 3000.

Jadual 2.3 : Komposisi berat campuran pada konkrit dalam 1 m3 isipadu

Berat bahan untuk campuran konkrit


No. Jenis
Simen Jermang Air Batu baur Batu baur
campuran
(kg) (kg) (kg) halus (kg) kasar (kg)
1 SPB 396.0 - 198 835 981
2 10J-A 356.4 39.6 198 835 981
3 10J-B 356.4 39.6 198 835 981
4 20J-A 316.8 79.2 198 835 981
5 20J-B 316.8 79.2 198 835 981
6 30J-A 277.2 118.8 198 835 981
7 30J-B 277.2 118.8 198 835 981

3. Hasil dan Perbincangan

3.1 Kekuatan Mampatan

Jadual 2.4 dan Rajah 2.3 menunjukkan perkembangan kekuatan mampatan


konkrit SPB bertambah selari dengan bertambahnya umur konkrit dari umur 3, 7, 28
dan 90 hari, begitu pula dengan konkrit 10J-A, 10J-B, 20J-A, 20J-B, 30J-A dan 30J-B.
Walau bagaimanapun konkrit SPB mempunyai kekuatan mampatan yang lebih besar
berbanding dengan konkrit 10J-A, 10J-B, 20J-A, 20J-B, 30J-A dan 30J-B dengan umur
diawetkan hingga 90 hari.

Hasil ujikaji ini menunjukkan perbezaan kekuatan mampatan konkrit JRAE


untuk sampel B, melebihi kekuatan mampatan konkrit JRAE sampel A untuk semua
campuran seperti yang tampak pada Rajah 2.4 hingga Rajah 2.6. Pada Rajah 2.4
dengan campuran 10 % JRAE dapat dilihat kenaikan kekuatan mampatan dari umur 3,
7, 28 hingga 90 hari untuk kedua sampel A dan B, sedangkan perbezaan kekuatan
mampatan antara sampel B dan A dari umur 3, 7, 28 hingga 90 berturut-turut adalah
1.37%, 2.76%, 8.35% dan 10.97%. Begitu juga untuk Rajah 2.5 dengan campuran
20% JRAE dapat dilihat kenaikan kekuatan mampatan dari umur 3, 7, 28 hingga 90
hari untuk kedua sampel A dan B, manakala perbezaan kekuatan mampatan antara
sampel B dan A sebesar 4.65%, 8.48%, 12.35% dan 15.51%. Selanjutnya untuk Rajah
2.6 dengan campuran 30% JRAE tampak kenaikan kekuatan mampatan dari umur 3,
7, 28 hingga 90 hari untuk kedua sampel A dan B, sedangkan perbezaan kekuatan
mampatan antara sampel B dan sampel A dari umur 3, 7, 28 dan 90 berturut-turut
sebesar 3.28%, 5.62%, 9.51% dan 11.91% .

Dari hasil tersebut tampak adanya perbezaan kekuatan mampatan konkrit


antara sampel B dan sampel A. Kesan kenaikan pada sampel B berbanding sampel A
dimana konkrit pada sampel B telah dilakukan proses pelarutan oksida dengan
menggunakan HNO3. Dengan menggunakan kaedah Luxan ini, untuk kedua bahan
pengganti JRAE-A dan JRAE-B telah dilakukan uji kaji. Merujuk pada Rajah 2.1 dan
Jadual 2.2 maka JRAE-A merupakan bukan pozzolan kerana nilai variasi ke-
konduksian elektrik kurang daripada 0.4 mS/cm sedangkan JRAE-B merujuk pada
Rajah 2.2 dan Jadual 2.2 mempunyai aktivi pozzolanik yang baik kerana nilai variasi
ke-konduksian elektrik lebih dari 1.2 mS/cm.
7

Jadual 2.4 : Kekuatan mampatan konkrit SPB, konkrit JRAE-A dan konkrit JRAE-B

Umur Kekuatan Mampatan (N/mm2)


hari SPB 10J-A 10J-B 20J-A 20J-B 30J-A 30J-B
3 25.06 21.81 22.11 18.79 19.66 15.15 15.65
7 31.19 25.25 25.95 21.49 23.32 17.95 18.96
28 37.43 30.42 32.96 27.63 31.10 23.09 25.28
90 40.20 33.05 36.67 29.96 34.60 25.97 29.06

45 40

10.97%

) m
K e k u a ta n M a m p a ta n (N)/m m

40

K ek ua tan M a m p atan (N /m
36

2
2

35 8.35% 0%

32
30 0%

25 28
2.76%
0%
20
24
0% 1.37%
15
20
10 3 7 28 90
0 10 20 30 40 50 60 70 80 90 100 Umur Konkrit (hari)
Umur Konkrit (hari)
10J-A 10J-B
SPB 10J-A 10J-B 20J-A 20J-B 30J-A 30J-B

Rajah 2.3 Hubungan perkembangan Rajah 2.4 : Peratus perbezaan kekuatan


kekuatan mampatan dengan umur untuk mampatan sampel konkrit JRAE-A dan
konkrit SPB dan konkrit JRAE untuk sampel konkrit JRAE-B untuk campuran
campuran 10%, 20% dan 30% 10%

40 32
K e k u a ta n M a m p a ta n (N) /m m
) m

11.91%
K e ku ata n M am p ata n (N /m

36
2

15.51% 28
2

0%
12.35% 9.51%
32
0% 0%
24
0%
28
5.62%
8.48% 20
24 0%
0%
4.65% 0% 3.28%
20 16
0%

16
12
3 7 28 90 3 7 28 90
Umur Konkrit (hari) Umur Konkrit (hari)
20J-A 20J-B 30J-A 30J-B

Rajah 2.5 : Peratus perbezaan kekuatan Rajah 2.6 : Peratus perbezaan kekuatan
mampatan sampel konkrit JRAE-A dan mampatan sampel konkrit JRAE-A dan
sampel konkrit JRAE-B untuk campuran 20% sampel konkrit JRAE-B untuk campuran
30%

3.2 Ungkapan Statistik Empirikal

Ungkapan statistik dalam praktik adalah digunakan untuk menjangka sifat-sifat


kejuruteraan jangka panjang konkrit. Dalam penyelidikan ini, Rajah 2.7 dan Rajah 2.8
menunjukkan bahawa statistik empirikal diperolehi untuk konkrit JRAE yang tidak
8

melalui proses pelarutan dengan HNO3 dan yang melalui proses pelarutan dengan
HNO3. Kekuatan mampatan dapat digambarkan sebagai berikut:

fcu = a ln t + b (1.1)
dimana :
fcu = Kekuatan mampatan (N/mm2)
t = Lama pengawetan (hari)
a = Tetapan empirikal kecerunan garis regresi kekuatan mampatan
b = Tetapan empirikal titik potong garis regresi kekuatan mampatan

36 40
) /m m

fcu = 3.3425Ln(t) + 18.541 fcu = 4.3751Ln(t) + 17.524

K eku atan M am p atan (N2)/m m


32 R2 = 0.9865 36 R2 = 0.9917
K eku atan M am p atan (N
2

32 fcu = 4.5472Ln(t) + 14.805


28 fcu = 3.4329Ln(t) + 15.145 2
R = 0.9868
R2 = 0.9788
28
24 fcu = 4.0215Ln(t) + 11.303
fcu = 3.2434Ln(t) + 11.72 24 2
R = 0.9956
R2 = 0.9936
20
20

16
16

12 12
0 20 40 60 80 100 0 20 40 60 80 100
Umur Konkrit (hari) Umur Konkrit (hari)
10J-A 20J-A 30J-A 10J-B 20J-B 30J-B

Rajah 2.7 : Ungkapan statistik Rajah 2.8 : Ungkapan statistik


perkembangan kekuatan mampatan konkrit perkembangan kekuatan mampatan konkrit
JRAE-A JRAE-B

Jadual 2.5 memberikan nilai tetapan a dan b dengan koefisien penentuan (R 2).
Nilai yang tinggi dari R2 (> 0.9) menunjukkan bahawa kekuatan mampatan dapat
digambarkan sebagai fungsi logaritma biasa dari masa. Ianya dapat digunakan untuk
menilai jumlah dari kesan penambahan JRAE pada konkrit dan dibandingkan apabila
menggunakan simen. Seterusnya penambahan kekuatan mampatan setelah dilakukan
proses pelarutan yang nilainya ditunjukkan dengan aras pengesahan (R2).

Jadual 2.5 : Nilai tetapan dan koefisien penentuan untuk kekuatan mampatan
konkrit JRAE-A dan JRAE-B

Jenis Jumlah Tetapan R2 Aras pengesahan


Campuran a b   (R2)
10J-A 3.3425 18.541 0.9865 Sangat baik
10J-B 4.3751 17.524 0.9917 Sangat baik
20J-A 3.4329 15.145 0.9788 Sangat baik
20J-B 4.5472 14.805 0.9868 Sangat baik
30J-A 3.2434 11.720 0.9936 Sangat baik
30J-B 4.0215 11.303 0.9956 Sangat baik

Merujuk pada Rajah 2.7, Rajah 2.8 dan Jadual 2.5, diperolehi kecerunan garis
regresi campuran 10J-B dengan nilai 4.3751 dan campuran 10J-A dengan nilai
3.3425. Didapati nilai campuran 10J-B lebih besar dari 10J-A maknanya adanya tindak
balas yang lebih besar pada campuran 10J-B (JRAE diproses dengan HNO 3)
berbanding campuran 10J-A (JRAE tidak diproses dengan HNO 3). Selanjutnya bagi
9

campuran 20J-B, nilai kecerunan garis regresi diperolehi ialah 4.5472 lebih besar dari
campuran 20J-A dengan nilai 3.4329. Begitu juga campuran 30J-B yang nilai
kecerunan garis regresi diperolehi ialah 4.0215, lebih besar dari campuran 30J-A
dengan nilai 3.2434. Oleh itu, nilai kecerunan garis regresi sampel B lebih besar dari
nilai kecerunan garis regresi sampel A, dengan demikian ini memungkinkan tindak
balas yang lebih besar pada sampel B daripada sampel A serta nilai kekuatan
mampatan sampel B lebih besar daripada sampel A.

4. Kesimpulan

Daripada huraian di atas, dapat dibuat beberapa kesimpulan iaitu;

1 JRAE-A merupakan bukan pozzolan kerana nilai bacaan ke-konduksian elektrik


kurang daripada 0.4 mS/cm. Manakala JRAE-B mempunyai aktiviti pozzolanik
yang baik kerana nilai variasi ke-konduksian lebih dari 1.2 mS/cm;

2. Dengan melakukan proses pelarutan sebatian oksida yang terdapat dalam


JRAE dengan HNO3, menunjukkan adanya pengurangan kandungan oksida
dalam sebatian yang terdapat dalam JRAE. Hasil ujikaji ini menunjukkan
kekuatan mampatan konkrit JRAE-B, melebihi kekuatan mampatan konkrit
JRAE-A untuk semua campuran;

3. Kadar kenaikan kekuatan mampatan meningkat selepas proses pelarutan


dengan HNO3 untuk semua campuran konkrit JRAE;

Rujukan

Altun, I.A. Yilmaz, I. (2002). Study on steel furnace slags with high MgO as additive in
Portland cement. Cement and Concrete Research. (32)8: 1247-1249.

Bahrul Anif (2006). Potensi Penggunaan Jermang Keluli Relau Arka Elektrik Dalam
Konkrit. Proceeding International Conference on Construction Industry. June
21-24, Padang, Indonesia: Universitas Bung Hatta.

Bahrul Anif (2009). Sifat-Sifat Konkrit Dengan Jermang Relau Arka Elektrik. Universiti
Teknologi Malaysia: Ph.D. Thesis.

Cotton, F. A., Wilkinson, G. and Murillo, C. A. (1999). Advanced In-organic Chemistry.


6th ed. New York: John Willey and Sons.

Dingle, C.F., Simpson, O.J., Southcott, R.A. (1971). Basic Chemistry. London: Arnold

Frias R. M. and Sanchez de Rojas, M.I. (2004). Chemical assessment of the elecric arc
furnace slag as constuction material: Expansive compounds. Cement and
Concrete Research. (34)10. 1881-1888.
10

Luxan, M.P., Sanchez de Rojas, M.I., and Frias, M. (1989). Investigations on the fly
ash-calcium hydroxide reactions. Cement and Concrete Research. (19)1: 69-
80.

Luxan, M. P., Madruga, F. and Saavedra, J. (1989). Rapid Evaluation of Pozzolanic


Activity of Natural Products by Conductivity Measurement. Cement and
Concrete Research. 19(1): 63-68.

Monshi, A. and Asgarani M. K. (1999). Producing Portland Cement from Iron and Steel
slags and Limestone. Cement and Concrete Research. (29)9: 1373-1377.

Rajeh, Z. Al-Zaid, Faisal, H. Al-Sugair and Abdulaziz I. Al-Negheimish (1997).


Investigation of Potential Uses of Electric-Arc Furnace Dust (EAFD) in
Concrete. Cement and Concrete Research. 27(2): 267-278

Saidin, M.A.R (2004). Kajian Sifat dan Kimia Abu Sekam Padi Malaysia. Universiti
Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.

Salmiati (2002). Analisis Kimia dan Penggunaan Jermang Keluli Relau Arka Elektrik
(EAF) sebagai aggregat dalam mortar. Universiti Teknologi Malaysia: Master
Thesis.

Shi, C. and Qian, J. (2000). High Performance Cementing Materials from Industrial
Slags – a Review. Resources Conservation and Recycling. (29): 195-207.

Shi, C. (2002). Characteristics and cementitious properties of ladle slag fines from steel
production. Cement and Concrete Research. (32)3: 459-462.

Svehla, G. (Ed.) (1979). Vogel’s textbook of macro and semi micro qualitative in
organic analysis. New York, USA: Longman.

Yusof, A., Makhtar, A.M dan Salmiati, M.Y (2000). Kajian Penggunaan Jermang Keluli
dari Kilang Penghasilan Keluli Tempatan Untuk Batu Baur Kasar. Prosiding
Seminar Persekitaran 2000. Perak: Universiti Sains Malaysia, 187-194.

Yu, Q., Sawayama, K., Sugita, S., Shoya, M. and Isojima, Y. (1999). The Reaction
Between Rice Husk Ash and Ca(OH)2 Solution and The Nature of Its Product.
Cement and Concrete Research. 29(1): 37-43.

Anda mungkin juga menyukai