Anda di halaman 1dari 2

KETENGAH PERWIRA SDN BHD

___________________________________________________________________

IKLAN JAWATAN KOSONG

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa bagi mengisi jawatan kosong seperti
berikut dan keutamaan diberikan kepada Rakyat Negeri Terengganu Darul Iman.

1. a) Nama Jawatan : Pembantu Perubatan (MA)


(1 Kekosongan)

b) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan

c) Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Kesihatan

c) Taraf Jawatan : Tetap

d) Tangga Gaji : RM2,390.00 – RM4,255.00

e) Syarat Lantikan : Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan


seperti berikut :-

i. Warganegara Malaysia
ii. Lelaki dan berumur tidak kurang dari 23 tahun sehingga 45 tahun pada tarikh
tutup iklan jawatan
iii. Diploma/Sijil perakuan pendaftaran sebagai Pembantu Perubatan dari Lembaga
Pembantu Perubatan Malaysia.
iv. Calon hendaklah memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan setaraf
dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malayu.
v. Berpengalaman dalam bidang Pembantu Perubatan selama 2 tahun dan
berpengetahuan dalam penggunaan jenis ubat dan dos.
vi. Mempunyai perwatakan baik dan boleh bekerjasama.
vii. Tempat tinggal disediakan dan diberikan keutamaan kepada yang sanggup tinggal
di dalam komuniti ladang (rumah disediakan).
viii. Calon yang berjaya akan menjalani tempoh percubaan selama 6 bulan sehingga 1
tahun.

f) Deskripsi Tugas
I. Memberi rawatan kepada pesakit/pekerja ladang.
II. Menyelesaikan perkara yang berkaitan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan (DOSH).
III. Membantu menyelesaikan tuntutan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
IV. Menguruskan hal keselamatan dan kesihatan yang berkaitan dengan Jabatan
Tenaga Kerja dan Perumahan.
V. Bertanggungjawab sekiranya berlaku kes kemalangan di tempat kerja sebagai
Pegawai Kompeten perlu memberi rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital.
CARA MEMOHON

1. Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Permohonan Jawatan yang boleh


dimuat turun secara percuma di laman web Ketengah Holding Sdn Bhd iaitu
www.ketengahholding.com.my.

2. Pemohon hendaklah menghantar borang permohonan ke Ibu Pejabat Ketengah Holding


Sdn. Bhd.

2. Permohonan hendaklah disertakan dengan satu salinan sijil akademik, kad pengenalan
dan sekeping gambar berukuran pasport.

4. Pemohon-pemohon yang pernah memohon dikehendaki memohon semula jika masih


berminat dan berkelayakan.

5. Permohonan-permohonan berikut AKAN DITOLAK:-

(a) Pemohon berumur kurang dari 23 tahun pada tarikh tutup iklan;

(b) Tidak disertakan dokumen-dokumen yang diperlukan;

(c) Borang tidak lengkap atau tidak jelas;

(d) Tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan di dalam iklan; dan

(e) Borang permohonan tidak ditandatangani.

ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP

Permohonan hendaklah sampai kepada:-

Ketengah Holding Sdn Bhd


Lot 70029, Jalan Sultan Zainal Abidin 3
Bandar Al Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
(u.p : Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia)

TARIKH TUTUP: 27 April 2021

CATATAN AM

1. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temu duga.

2. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan daripada tarikh iklan
ditutup, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Anda mungkin juga menyukai