Anda di halaman 1dari 14

MODUL PDP SPM PASCA PKP

NEGERI PERAK 2020


Biologi Tingkatan 4
2.3: Proses Hidup Organisma Multisel
BIOLOGI TINGKATAN 4
2.0 BIOLOGI SEL DAN ORGANISASI SEL

2.3 PROSES HIDUP ORGANISMA MULTISEL


 Menghubungkait keunikan struktur sel khusus dengan fungsi sel dalam organisma multisel.
 Mengenal pasti sel khusus dalam organisma multisel.
 Mencerakinkan kepadatan komponen sel tertentu dengan fungsi sel khusus dalam organisma
multisel.
 Menghuraikan kesan kekurangan, ketiadaan atau kegagalan fungsi suatu komponen sel bagi sel
tertentu dalam organisma multisel.

SEL OTOT
SEL DARAH MERAH

SEL EPITELIUM

 Sel yang nipis dan leper


 Tiada nukleus.
 Bentuk dwi cekung.
Fungsi:  Tersusun dalam bentuk gentian.
Melapisi permukaan organ  Multinukleus. Fungsi:
seperti salur darah.  Berjalur. Meningkatkan kecekapan
pengangkutan oksigen
Fungsi:
Mengecut dan mengendur bagi
menghasilkan pergerakan.
SEL KHUSUS DALAM
SEL SARAF SEL DARAH PUTIH
MANUSIA

SEL SPERMA  Ada nukleus.


 Boleh berubah bentuk.

Fungsi:
Memusnahkan patogen

 Berbentuk unjuran panjang dan


halus.

Fungsi:
Menghantar impuls saraf

 Mempunyai ekor yang panjang.


 Bahagian kepala mengandungi nukleus.

Fungsi:
 Ekor membolehkan sperma berenang
ke ovum di tiub Falopio.
SALUR XILEM
SEL AKAR RAMBUT
 Salur berongga yang
panjang dan
Plat tapis TIUB TAPIS bersambung.
 Turus silinder Fungsi:
panjang. Mengangkut air dan garam
 Tersusun dari hujung  Mempunyai unjuran
mineral dari akar ke
ke hujung. panjang.
seluruh bahagian
tumbuhan.
Fungsi: Fungsi:
Mengangkut bahan Menambahkan luas
organik dari daun ke permukaan untuk
organ simpanan. penyerapan air dan garam
Tiub tapis Sel rakan mineral.

SEL PENGAWAL
SEL KHUSUS DALAM
SEL MESOFIL BERSPAN
Sel TUMBUHAN
pengawal

Stoma

SEL MESOFIL PALISAD


 Sel epidermis yang
terubahsuai.
 Dinding dalam lebih tebal
daripada dinding luar.
 Sel tersusun longgar.
Fungsi:  Terdapat banyak ruang
Mengawal penutupan dan udara antara sel.
pembukaan stoma untuk
pertukaran gas. Fungsi:
Ruang udara membolehkan
pertukaran gas antara
 Sel berbentuk silinder yang panjang. bahagian dalam daun ke sel
 Disusun secara tegak. mesofil palisad.
 Rapat antara satu sama lain.
 Sangat padat dengan kloroplas.

Fungsi:
 Membolehkan penyerapan cahaya
matahari yang maksimum untuk
berfotosintesis.
ORGANISASI SEL DALAM MANUSIA

Organisma multisel seperti manusia terdiri


daripada pelbagai jenis sel yang mempunyai Tisu ialah sekumpulan sel yang mempunyai
fungsi tertentu struktur dan fungsi yang sama untuk
menjalankan fungsi yang khusus.

4 jenis tisu dalam badan manusia

Lokasi: permukaan peparu, rongga


badan & salur darah
Struktur: bentuk leper dan selapis Sel
Fungsi: resapan goblet

Lokasi: usus kecil


Struktur: selapis, mempunyai sel
goblet
Fungsi: perembesan, penyerapan dan
TISU EPITELIUM
perlindungan

silium
Lokasi: rongga mulut & esofagus
Struktur: beberapa lapisan sel
Fungsi: perlindungan

Lokasi: permukaan trakea & bronkus


Struktur: mempunyai silium
Fungsi: perembesan dan perlindungan

Lokasi: tubul, kelenjar & duktus


ginjal.
Struktur: satu lapisan sel
Fungsi: perembesan dan
penyerapan
TISU OTOT

Otot licin Otot rangka Otot kardium

Lokasi: dinding jantung


Lokasi: salur pencernaan, Lokasi: melekat pada tulang rangka Struktur: memanjang,
salur darah, salur kencing & Struktur: memanjang, berbentuk berbentuk silinder dan
salur pembiakan. silinder gentian bercabang yang
Struktur: memanjang, Fungsi: pergerakan terkawal bercantum
berbentuk gelendong dan Tisu Penghubung
seperti pergerakan Longgar
anggota badan. Fungsi: tindakan luar kawal.
hujung runcing mengecut untuk mengepam
Gentian luar kawal
Fungsi: tindakan Lokasi: di kebanyakan bahagian darah
badan
ke seluruh badan
kolagen
seperti peristalsis Struktur: gentian yang terhasil daripada sel fibroblas.
Terbenam dalam matriks separa cecair dan bercampur
Gentian
dengan pelbagai sel.
elastik
Fungsi: memaut tisu epitelium dengan tisu di bawahnya dan
menetapkan organ pada kedudukannya.

Tisu Penghubung Bergentian

Lokasi: tendon & ligamen


Struktur: banyak gentian kolagen yang tersusun rapat
Fungsi: tendon menyambungkan tulang dengan otot, ligamen
menyambungkan tulang dengan tulang.

TISU
PENGHUBUNG Tisu Tulang

Lokasi: pada rangka


Struktur: sel-sel yang terbenam dalam matriks kolagen &
dikeraskan oleh enapan kalsium fosfat.
Fungsi: melindungi organ, membentuk rangka badan.

Tisu Darah
Sel darah
putih Lokasi: dalam jantung & salur darah
Sel darah Struktur: mengandungi sel darah putih & sel darah merah.
merah Fungsi: untuk pengawalaturan, pengangkutan &
perlindungan.
Tisu Adipos

Lokasi: di bawah dermis kulit & disekeliling organ utama


Struktur: sel-sel yang tersusun padat
Fungsi: menyimpan lemak, memberi tenaga simpanan,
membekalkan penebatan dan perlindungan.

Rawan
Lokasi: hidung, telinga, mentup hujung tulang pada sendi dan
ceper antara vertebra.
Struktur: kuat dan fleksibel
Fungsi: memberi sokongan kepada hidung dan telinga.
Melindungi tulang daripada menjadi haus.

ORGANISASI TISU DALAM


TUMBUHAN

TISU MERISTEM TISU KEKAL

 Didapati di hujung akar & pucuk.


 Sel yang belum membeza dan aktif membahagi.
TISU MERISTEM APEKS

TISU MERISTEM SISI


TISU EPIDERMIS

TISU VASKULAR

TISU XILEM TISU FLOEM

 Mengangkut air & garam mineral dari  Mengangkut bahan organik seperti
akar ke bahagian lain tumbuhan sukrosa dari daun ke seluruh bahagian
 Dinding berlignin untuk sokongan & tumbuhan tumbuhan.
kekuatan mekanikal kepada tumbuhan
TISU ASAS

TISU PARENKIMA TISU KOLENKIMA TISU SKLERENKIMA

Struktur:
Struktur: Struktur:  Dinding sel mengalami
 Dinding sel nipis & vakuol besar.  Dinding sel mengalami penebalan lignin yang seragam.
Fungsi: penebalan tidak seragam. Fungsi:
 Menyimpan kanji, protein & air. Fungsi:  Memberi sokongan mekanikal
 Menjalankan fotosintesis  Memberi sokongan kepada kepada bahagian tumbuhan
batang muda & tidak berkayu matang

KEPADATAN KOMPONEN SEL DENGAN FUNGSI KHUSUS SEL

JENIS SEL KOMPONEN SEL YANG BANYAK FUNGSI


Sel sperma Memerlukan banyak tenaga untuk berenang ke tiub
Falopio untuk persenyawaan
Sel otot (sel otot Memerlukan banyak tenaga untuk mengecut &
penerbangan pada Mitokondrion mengendur untuk pergerakan & penerbangan
serangga & burung)
Sel meristem dan sel Memerlukan banyak tenaga untuk melakukan
stem pembahagian sel yang aktif
Sel mesofil palisad Menyerap lebih banyak cahaya matahari untuk
Kloroplas
Sel mesofil berspan berfotosintesis
Sel pankreas Meningkatkan sintesis & perembesan enzim
pencernaan
Jalinan endoplasma kasar
Sel goblet pada epitelium Menghasilkan mukus
Jasad Golgi
usus & salur pernafasan
Sel hati Metabolism karbohidrat, detoksifikasi dadah & racun

KESAN KEKURANGAN, KETIADAAN ATAU KEGAGALAN FUNGSI KOMPONEN SEL

KOMPONEN SEL KESAN


Mitokondrion Tenaga tidak dapat dijana.
Kegagalan mitokondrion menyebabkan pertumbuhan terbantut, otot lemah,
masalah pendengaran & penglihatan
Lisosom Penyakit Tay-Sachs – pesakit mengalami pertumbuhan terbantut & terencat akal
Kegagalan fungsi lisosom menyebabkan fagositosis yang tidak lengkap oleh
makrofaj. Organel yang rosak tidak dapat dimusnahkan.
Ribosom Protein tidak dapat disintesis dalam sel.
Kegagalan sumsum tulang, anemia dan kanser
Kloroplas Proses fotosintesis tidak dapat dijalankan
FAQ
1. MENGAPA SEL DARAH MERAH TIDAK MEMPUNYAI NUKLEUS?

 Ketiadaan nukleus merupakan adaptasi sel darah merah dalam menjalankan fungsinya.
 Ini membolehkan lebih banyak ruang untuk hemoglobin berada dalam satu sel darah merah.
 Oleh itu lebih banyak oksigen dapat diangkut.
 Ketiadaan nukleus juga menjadikan sel darah merah berbentuk dwi-cekung dan lebih fleksibel yang
membantu sel darah merah melepasi kapilari darah yang sempit.

2. ADAKAH TIUB TAPIS IALAH FLOEM?

 Tidak. Tiub tapis ialah sel khusus dalam tisu floem.


 Tisu floem terdiri daripada sel yang mengalami pengkhususan seperti tiub tapis, sel rakan dan sel
parenkima.

3. APAKAH CONTOH ORGAN SIMPANAN YANG MENYIMPAN HASIL FOTOSINTESIS DALAM TUMBUHAN?

 Organ simpanan dalam tumbuhan ialah buah


 Bahagian akar juga boleh menjadi organ simpanan bahan organik contohnya pada tumbuhan bebawang,
tuber dan rizom

4. APAKAH JENIS GAS YANG TERLIBAT DALAM PERTUKARAN GAS MELALUI STOMA?

 Gas oksigen dan gas karbon dioksida.

5. APAKAH ITU STOMA?

 Stoma ialah liang yang terdapat di antara sel pengawal.


 Stoma membantu proses pertukaran gas dalam tumbuhan.
 Wap air juga dibebaskan melalui stoma semasa proses transpirasi.

6. APAKAH FUNGSI SEL GOBLET?


 Fungsi sel goblet ialah untuk merembeskan mukus bagi melindungi dan melincirkan permukaan usus.

7. APAKAH ITU SEL FIBROBLAS?


 Sel fibroblas ialah sel yang mensintesis matriks luar sel dan kolagen dalam tisu haiwan.
 Sel ini juga terlibat dalam proses penyembuhan luka.

8. BAGAIMANA TISU ADIPOS BOLEH MENYIMPAN LEMAK BERBANDING TISU YANG LAIN?
 Sel lemak dalam tisu adipos mempunyai sitoplasma yang sedikit tetapi kandungan lemak yang tinggi.
 Sel lemak mempunyai sedikit mitokondrion kerana memerlukan tenaga yang sedikit.
 Sel lemak boleh mengembang untuk menyimpan lebih banyak lemak.

9. DI MANAKAH LOKASI TISU MERISTEM APEKS DAN MERISTEM SISI PADA TUMBUHAN?

 Tisu meristem apeks terdapat di hujung pucuk dan hujung akar tumbuhan. Tisu ini membolehkan
pemanjangan pucuk dan akar berlaku.
 Tisu meristem sisi terdapat bahagian sisi tumbuhan iaitu di kambium gabus dan kambium vaskular.
Tisu ini mengalami pertumbuhan sekunder untuk menambahkan diameter batang dan akar.
LATIHAN PENGUKUHAN

1 Antara berikut yang manakah tisu penghubung?

2 Rajah 1 menunjukkan sejenis tisu haiwan

Rajah 1

Apakah tisu itu?

A Tisu saraf B Tisu otot


C Tisu epitelium D Tisu penghubung

3 Kolagen diperlukan untuk membentuk sejenis tisu dalam manusia.


Apakah sebab terbaik untuk mengambil kolagen?

A Sebagai tisu adipos di bawah kulit


B Sebagai tisu epitelium di bawah kulit
C Sebagai salut meilin didalam tisu saraf
D Sebagai tisu penghubung bergentian untuk membaiki keanjalan kulit
4 Maklumat berikut adalah mengenai satu sel khusus dalam tumbuhan.

 Sel berbentuk silinder yang panjang


 Tersusun menegak dan rapat antara satu sama lain
 Sangat padat dengan kloroplas

Apakah sel tumbuhan tersebut?

A Tiub tapis B Sel pengawal


C Sel mesofil palisad D Sel mesofil berspan

5 Rajah 2 menunjukkan organisasi sel dalam manusia.

Rajah 2

Antara berikut yang manakah mewakili X?

A B

C D

6 Antara sel berikut, yang manakah membentuk tisu asas dalam tumbuhan?

A Sel xylem B Sel pengawal


C Sel epidermis D Sel parenkima

7 Organ manakah yang mengandungi kepadatan jalinan endoplasma kasar yang tinggi?

A Hati B Otak
C Ginjal D Jantung
8 Seorang atlet bercadang untuk mengambil bahagian dalam acara marathon di sukan olimpik. Dia memulakan
latihan daya ketahanan pada hari X.
Graf manakah yang menunjukkan perubahan bilangan mitokondria dalam sel otot kakinya?

A B

C D

9 Rajah 3 menunjukkan keratan rentas bagi daun.

Vascular bundle
Berkas vaskular

S R
Rajah 3

a) (i) Namakan P dan Q. (2 markah)


(ii) Nyatakan fungsi Q. (1 markah)
(iii) Nyatakan satu sebab mengapa P dan Q dikelaskan sebagai tisu. (1 markah)
b) (i) Berkas vaskular terdiri daripada dua jenis tisu vaskular. Namakan tisu tersebut. (2 markah)
(ii) Nyatakan fungsi tisu-tisu yang dinyatakan dalam 9(b)(i). (2 markah)
c) Sel R penting dalam mengawalatur pembukaan liang S. Namakan sel R dan liang S. (2 markah)
10 Rajah 4 menunjukkan tisu otot pada seekor burung.

Komponen S

Rajah 4

a) Apakah jenis tisu otot yang terdapat pada R dan nyatakan satu fungsinya. (2 markah)
b) Otot R disambungkan kepada tulang pada sayap burung oleh satu tisu penghubung
bergentian.
Namakan tisu tersebut. (1 markah)
c) Otot R mempunyai kepadatan komponen S yang tinggi. Terangkan kesan sekiranya bilangan (3 markah)
komponen S berkurangan dalam sel otot R.
BIO AKSES

SEL KHUSUS DALAM MULTISEL

TISU TUMBUHAN

PENYAKIT TAY-SACH’S
CADANGAN JAWAPAN

1 A 5 B
2 C 6 D
3 D 7 A
4 C 8 B

9 a) (i) P – tisu epidermis (bawah)


Q – sel mesofil palisad
(ii) - menyerap cahaya matahari untuk menjalankan fotosintesis
(iii) - P dan Q terdiri daripada sekumpulan sel-sel yang serupa yang bekerjasama untuk menjalankan fungsi
tertentu

b) (i) - Tisu xilem


- Tisu floem
(ii) Tisu xilem
- Mengangkut air dan garam mineral daripada akar ke daun.
- Memberi sokongan mekanikal kepada tumbuhan.
Tisu floem
- Mengangkut bahan organik dari daun ke seluruh bahagian tumbuhan.

c) Sel R – sel pengawal


Liang S – stoma

10 a) - Tisu otot rangka


- Mengecut dan mengendur bagi membolehkan burung terbang.

b) Tendon

c) - komponen S ialah mitokondrion


- jumlah tenaga yang dijana menjadi sedikit
- pengecutan dan pengeduran otot menjadi perlahan
- otot menjadi lemah
- sayap burung tidak dapat bergerak ke atas dan ke bawah / burung tidak dapat terbang.

Anda mungkin juga menyukai