Anda di halaman 1dari 4

ESEI

Orang Kanaq merupakan rumpun bangsa Orang Asli yang paling kecil jumlah
populasinya. Penempatan utama mereka adalah di Kampung Sungai Selangi,
Mawai, daerah Kota Tinggi, Johor. Orang Kanaq merupakan salah satu dari 18 buah
suku yang membentuk kaum Orang Asli di Malaysia. Mereka tergolong di dalam
kumpulan Melayu Proto iaitu salah satu dari tiga kumpulan utama kaum Orang Asli.
Orang Kanaq merupakan suku kaum Orang Asli yang paling sedikit jumlahnya iaitu
kira-kira 83 orang sahaja. Bahasa pertuturan mereka seakan-akan bahasa Melayu
dengan lenggok bahasa yang agak kasar.

Suku kaum Kanaq mengikut agama tradisional mereka satu set kompleks
kepercayaan dan amalan. Walau bagaimanapun, mereka akan menafikan
mempunyai bentuk tertentu ibadat dan kepercayaan. Mereka mempunyai badan
yang besar mitos dan legenda terikat dengan kepercayaan kepada dewa-dewa
ghaib. Pelbagai pantang larang, diturunkan dari generasi ke generasi, mentadbir
kehidupan Orang Kanaq yang beriman kepada kewujudan hantu dan makhluk
rohani. Mereka masih percaya kepada kuasa roh yang dikatakan sumber mereka
membantu dalam masa keperluan. Berdasarkan penelitian, didapati bahawa orang
asli suku Kanaq kebanyakkannya beragama Islam.

Agama dilihat mempunyai peranannya yang tersendiri dalam memberikan


panduan kepada manusia tentang corak kehidupan yang perlu dilaluinya. Agama
berperanan menjadi kod etika dan aturan moral yang dinamik dan menjadi pedoman
bagi penganutnya dalam mengatur kehidupan spiritual supaya lebih bermakna. Suku
kaum Kanaq mengamalkan kegiatan memungut hasil hutan, berburu dan bercucuk
tanam. Kegiatan ekonomi mereka bergantung kepada persekitaran petempatan
mereka. Namun kini dengan pembangunan yang dialami, kebanyakkan petempatan
suku kaum Kanaq ini lebih teratur, maka ramai antara mereka telah mula keluar
untuk bekerja makan gaji.

Agama juga dapat membentuk pandangan semesta seseorang dan sesebuah


masyarakat serta perilaku dan tindakan mereka dalam kehidupan. Ini dapat dilihat
dari segi  pertuturan, perilaku dan gaya hidup seseorang manusia. Bahasa orang
asli dikategorikan sebagai bahasa moribund, iaitu kelompok bahasa yang
mempunyai penutur yang kecil saiznya dan jika tidak bertambah, ada kemungkinan
bahasa-bahasa ini akan lupus penggunaannya (Asmah, 2008). Begitu juga dengan
suku Kanaq yang semakin kecil jumlahnya dan akan terancam jika tiada usaha
dilakukan untuk mengekalkannya. Namun, bagi kawasan yang agak jauh dari
bandar besar atau berada di pedalaman, penggunaan bahasa mereka masih
dipertahankan, khususnya dalam ruang kegiatan utama kehidupan mereka. Mereka
masih memelihara bahasa ibunda dan masih terdapat keupayaan bagi bahasa ini
untuk berdaya saing dalam era modenisasi, khususnya pada masa kini. Oleh yang
demikian, makalah ini meneliti kedinamikan bahasa-bahasa tersebut menurut aktiviti
sosioekonomi mereka, iaitu berdasarkan kegiatan perikanan, kegiatan perhutanan
dan kegiatan pertanian.

Maka, kepelbagaian kegiatan yang dilakukan oleh suku kaum memberi


tadahan yang lebih luas kepada bahasa mereka. Dalam konteks ini, didapati bahawa
tadahan bahasa dalam konteks perikanan, pertanian dan perhutanan masih
menunjukkan bahawa bahasa orang asli Melayu-Proto masih dinamik dan
mempunyai daya hidup yang tersendiri. Oleh itu, agama memainkan peranan
supaya bahasa mereka dikekalkan kerana bahasa adalah identiti sesebuah kaum
serta memberikan pandangan meluas tentang sosioekonomi melalui pertuturan.

Selain itu agama memainkan peranan yang penting dalam membentuk


pandangan dunia dalam kehidupan manusia serta mendatangkan ketenangan dan
keamanan di kalangan penduduk dunia sehinggakan agama itu dijadikan sebagai
sumber kekuatan dan mekanisme yang berpengaruh dalam pembentukan
keselamatan serantau. Ini dibuktikan dengan prinsip agama Islam yang bencikan
peperangan. Agama islam juga melarang umatnya untuk memulakan peperangan
dan menggalakkan menyelesaikan masalah dengan aman. Prinsip ini dapat
mendisiplinkan masyarakatnya untuk mempunyai amalan-amalan yang baik supaya
mengekalkan keamanan sejagat.

Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu (2008), amalan adalah sesuatu


perkara yang dilakukan, dilaksanakan seterusnya dikerjakan sebagai suatu
kebiasaan. Di samping itu, amalan adalah sesuatu perbuatan yang baik kerana ia
kerap dilakukan dalam kehidupan sehari-hari yang mana juga dikenali sebagai
aktiviti. Selain itu, amalan membawa maksud satu tanggapan berkaitan perkara-
perkara yang dihajati dan pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran.
Amalan mulia sesuatu masyarakat biasanya diasaskan kepada agama (Yusof,
2010). Oleh itu, amalan adalah melalui aktiviti berbentuk budaya tersebut adalah
berfungsi sebagai suatu kegiatan yang dilakukan dalam kehidupan seharian suku
kaum Kanaq. Ia diamalkan sebagai sesuatu perkara yang menjadi rutin atau
kebiasaan dalam kehidupan mereka dan menjadi pengamalan daripada generasi ke
generasi.

RUJUKAN

Rohani Mohd Yusof. (2008). Leksikostatistik bahasa-bahasa Melayu-Proto.


Prosiding (Jilid 2), Seminar Antarabangsa Dialek-Dialek Austronesia di
Nusantara III, Brunei Darussalam, 24-26 Disember 2018.

Yusof, R. (2010). Asas Sains Sosial: Dari Perspektif Sosiologi. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
REFLEKSI

Semasa melaksanakan tugasan Agama dan Hubungan Sosial ini, saya telah
menerima banyak faedah yang berguna dan baik untuk diri saya. Kumpulan saya
telah pun bersetuju untuk memilih tugasan C sebagai tugasan kami. Dari situ,
terjalinlah persefahaman dan juga kerjasama antara ahli kumpulan dan ia
merupakan satu langkah yang baik dalam kerja berkumpulan. Setelah membuat
banyak rujukan dan perbincangan bersama rakan-rakan, saya mula lebih mengenali
serta memahami tentang fungsi agama sebagai suatu sistem undang-undang, moral
dan ideologi bagi masyarakat kaum asal di Malaysia. Saya dapati banyak maklumat
serta perihal mengenai Melayu-Proto yang terdiri daripada beberapa suku kaum.
Saya juga mula merasai kepentingan mata pelajaran Agama dan Hubungan Sosial
ini terhadap diri saya kerana saya dapat belajar asal usul kaum asal Malaysia.
Contohnya melalui pencarian maklumat saya begitu teruja dalam meneliti dan
membaca setiap ilmu yang bagi saya amat bernilai ini. Melalui segala pengalaman
dan ilmu-ilmu baru yang telah saya perolehi, dengan izin Tuhan, saya akan
praktikkan sebaik mungkin. Setelah saya banyak membuat pencarian maklumat,
saya berharap ilmu ini akan terus bermanfaat kepada saya.

Pada permulaan tugasan ini, saya berasa agak tertekan sebab tugasan yang
diberikan agak sukar dilengkapkan. Hal ini dikatakan sedemikian kerana memang
sukar untuk mengumpulkan kesemua ahli kumpulan dalam satu masa. Hal ini
rentetan, ahli-ahli kumpulan dipenuhi dengan tugasan-tugasan tetap sebagai
seorang pekerja kepada sesebuah organisasi dan ada yang telah mempunyai
keluarga. Oleh itu sebagai pelajar PJJ mempunyi masa yang terhad kerana masa
perlu dibahagikan kepada tugasan kerja, tanggungjawab kepada keluarga dan
belajar secara pendidikan jarah jauh. Jadi saya telah membahagikan masa dengan
betul dengan membuat jadual masa untuk harian, mingguan dan bulanan.

Anda mungkin juga menyukai